Friday, August 3, 2018
10:59 PM
|
TEPAT
jangkaan saya dan sehingga hari ini, tiada media yang melaporkan bahawa Lim Guan
Eng mengelak untuk menjawab soalan dari Wee Ka Siong mengenai hutang negara dan paling
kelakar, Astro Awani boleh pula buat laporan dengan tajuk "Hutang 1MDB:
KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan Guan Eng".
Mujur
Hansard Parlimen telah keluar. Saya dah
teliti dan memang benar Guan Eng mengelak soalan. Dia divert isu dengan
bertanya kepada Wee Ka Siong sama ada beliau tahu atau tidak kerajaan telah
membayar hutang 1MDB sebanyak 7 billion. "Yes or no? Do you know or
not?" tanya beliau kepada Wee Ka Siong. Beliau ulang-ulang soalan itu
seperti budak sekolah bergaduh. Sedangkan perkara itu bukan jawapan kepada
persoalan yang diberikan kepada beliau. Inikah standard Menteri Kewangan?
Wee
Ka Siong bertanyakan tiga soalan kepada Lim Guan Eng dimana yang pertama
mengenai sama ada dua kompnen hutang - contingent liability dan lease payment
disembunyikan selama ini.
"Pertama,
iaitu hutang secara langsung RM686.6 bilion. Kedua, kontinjen liabiliti RM199.1
bilion. Ketiga, lease payment RM201.4 bilion. Itulah yang dijumlahkan menjadi
RM1.087 trilion sepertimana yang telah digunakan selama ini. Saya hendak bertanya
Yang Berhormat. Satu, apakah pembentangan selama ini dua komponen contingent
liability dengan lease payment disembunyikan? Kalau ia disembunyikan, saya
setuju bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kalau itulah yang telah
dibentangkan, maka ia adalah sesuatu yang telah kita hebahkan kepada public.
" - Wee Ka Siong.
Soalan
kedua pula berhubung jumlah hutang negara, sama ada RM 1.087 trillion seperti
yang digembar-gemburkan oleh kerajaan ataupun RM686 bilion mengikut standard
antarabangsa yang digunakan oleh semua negara.
"Saya
dapat jawapan daripada Yang Berhormat pada 23 Julai, tulis ini mengikut
takrifan IMF iaitu hutang rasmi negara mengikut standard antarabangsa ialah
50.8 peratus. Pertikaian sekarang ialah, adakah hutang kita RM1.087 trilion ataupun
RM686 bilion mengikut standard antarabangsa yang digunakan oleh semua negara?
Jadi soalan saya, bila Moody’s secara rasmi mengeluarkan satu kenyataan bahawa
kita punya debts ratio adalah 50.8 peratus, Yang Berhormat mengatakan they
don’t understand the extent of debts. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang
Berhormat, kalau itulah standard yang dipakai kita pun tidak pernah
menyimpang." - Wee Ka Siong.
Manakala
soalan ketiga adalah mengapa hutang 1MDB tidak dimasukkan dalam perkiraan
hutang Rm1.087 trillion.
"Yang
Berhormat sebut tentang 1MDB. Jadi, Yang Berhormat kalaulah kita campur
RM686.6, RM199.1 campur dengan RM201.4 itu menjadikan RM1.087 trilion. Kalau
disebutkan 1MDB lagi, sepatutnya itu adalah pendedahan tambah kepada itu tetapi
Perdana Menteri pakai RM1.087 trilion. Jadi kalau Yang Berhormat boleh bagi
justifikasi sesuatu yang tidak dimasukkan dalam huraian Yang Berhormat tadi
adalah sesuatu yang baharu dan saya berharap Yang Berhormat boleh bagi
penjelasan, adakah itu standard yang telah dikeluarkan oleh antarabangsa dan
Bank Negara ini adakah sebelum ini mereka tidak pernah bagi data itu?" -
Wee Ka Siong
Jawapan
Lim Guan Eng ada dalam hansard yang saya tangkap layar ini. Serius macam budak
sekolah! Jaguh kampung. Memalukan Dewan Rakyat ada wakil rakyat begini.
ini
sumber hansard : https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31072018.pdf
muka surat 119 -123.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment