Tuesday, June 30, 2015


GERAKAN DAP makin melampau dan mereka sedang hebat mengambil kesempatan di atas kemelut yang sedang melanda bangsa Melayu dan partai-parti yang bertunjangkan kekuatan orang-orang Melayu malah mereka sudah terlalu jauh dengan mempunyai keberanian luar biasa menyerang kedudukan orang-orang Melayu serta agama Islam di negara ini.

Mereka bagaikan sedar Melayu sudah hilang kekuatan,sudah mundur semangat sahsiah serta jati diri sebagai orang Melayu yang dikatakan tuan kepada negara ini dan kerana itu mereka mula mencorakkan politik mereka apatah lagi bila ada sebahagian kelompok Melayu yang turut serta mempersetujui segala gerakan yang sedang mereka lakukan ketika ini.

DAP sudah tidak segan silu atau malu alah bila mereka menyerang institusi Beraja,kedudukan istimewa orang-orang Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan DAP berselindung disebalik dua tiga kerat Melayu yang semakin lupa diri serta asal usul mereka menubuhkan Sekolah Demokrasi DAP yang ditunjang oleh orang-orang Melyu sendiri.Mereka ini sanggup jadi alat,jadi barua,jadi perkakas dan tali barut DAP demi memungkinkan cita-cita DAP untuk berkuasa di Malaysia terlaksana.


Corak serangan DAP ini bagaikan mahu mengundang secara sukarela penentangan orang-orang Melayu terhadap gerakan mereka dan mereka bagaikan bersedia untuk menerima apa sahaja balasan dari apa yang sedang mereka usahakan ini termasuklah mengulangi kembali Tragedi Berdarah 13 Mei.

Orang-orang Melayu tidak boleh lagi bersandar kepada penentangan ala 13 Mei kerana sekiranya berulang kembali, kita pasti kemelut ini akan diturutcampur oleh kuasa-kuasa besar lain yang akan datang ke negara ini untuk menjarah kembali dan pasti kepimpinan negara akan bertukar tangan apabila negara-negara luar campurtangan dengan kemelut yang sengaja dicetuskan oleh parti chauvinis Cina DAP ini.

Kita percaya gerakan yang sedang mereka lakukan ini bukan kerana mereka DAP semata-mata tetapi amat yakin gerakan yang sedang dirangsangghairah oleh DAP ini bersumberkan daripada negara luar yang tidak senang dengan pemerintahan yang ada sekarang ini.

Mereka melihat DAP adalah satu-satunya parti yang mereka boleh perkudakan demi memecahbelahkan Melayu dan memberi jaminan sekiranya timbul penentangan terhadap gerakan ini hingga terjadi peristiwa berdah,mereka bersedia pada bila-bila masa untuk membantu DAP mencapai cita-cita menubuhkan kerajaan sebagaimana di Singapura. Ketika itu Melayu sudah hilang bisanya dan melayu akhirnya menjadi seperti Pak Kadok yang menang sorak tapi kampungnya tergadai.

Gerakan DAP ini lebih kurang sama dengan gerakan Yahudi yang mahu menawan Palestine dan atas sifat bangsa pendatang, DAP akan cuba mencari serta mencuti tanah orang lain yang akhirnya akan mereka akui bahawa itu tanah mereka walaupun hasilnya datang dari bentuk pencurian yang begitu terancang.

Nama-nama Melayu yang ada dalam DAP adalah melayu yang terlalu kecil jiwanya,yang mudah disogok dengan wang ringgit dan jawatan sedangkan tugasmereka hanyalah memecahbelahkan melayu untuk memudahkan mereka bertapak dan bila terlaksana cita-cita jahat DAP ini, anak-anak melayu yang bangga bertuankan DAP hanya akan kekal sebagai kain basahan semata-mata.

Kebelakangan ini orang-orang Melayu seakan dibuai persona oleh gerakan DAP bila mereka begitu terbuka memberi peluang kepada pemimpin DAP yang disanjung bila bersongkok,berkopiah malah memberikan ruang kepada pemimpin-pemimpin Cina untuk turut serta memasuki masjid hingga ke ruang mimbar bagi memberikan tazkirah.Kebodohan orang-orang Melayu sedang diperalatkan oleh Cina-Cina DAP ini.

Orang-orang Melayu menyanjungi DAP yang kononnya mereka lihat semakin dekat dengan Islam namun tanpa mereka sedar DAP sedang membutakan segala mata hati orang-orang Melayu kononnya untuk mereka dilihat lebih baik dari UMNO ataupun PAS sedangkan pada hakikatnya pada setiap masa dan ketika DAP secara perlahan-lahan sedang merobohkan benteng iman orang-orang Melayu.

Kita tidak menduga semudah itu orang-orang Melayu lupa sejarah DAP, lupa konsep Malaysia Malaysian yang DAP perjuangkan dari dulu,kini dan selamanya dan kita tidak menduga sama sekali betapa begitu mudahnya orang-orang Melayu ditipu dan diperdaya oleh DAP hanya kerana membaca sejarah Khalifah-Khalifah Islam yang dididoikan oleh DAP kononnya itu teras pentadbiran mereka.Tak sangka masih ramai lagi Melayu yang bodoh rupanya!

5 comments:

  1. Hakikatnya inilah kebenaran yang sedang kita Bangsa Melayu nsedang lalui. Mereka menggunakan Bangsa Melayu yang tamak halobakan kuasa untuk memjatuhkan Melayu sendiri.

    DAP akan mengutip pengkianat-pengkianat Melayu yang terbuang sepantas kilat untuk dijadikan barua-barua mereka. Contohnya Mat Sabu. Ketika dalam PAS kemana sahaja memaki hamun dan mengkafirkan UMNO. Kini setelah terbuang PAS pula yang disalahkan kerana mengamalkan politik kafir mengkafir.

    Ramai lagi orang seperti Mat Sabu yang ditaja dan dipelihara oleh DAP. Sekarangini pula mereka menaja PASMA hanya semata-mata untuk menghancurkan PAS.

    Percayalah Kuasa ALLah swt itu lebih hebat dari kuasa kafirun dan sekutu dengan mereka.

    ReplyDelete
  2. Inilah melayu akhir zaman.. dimanakah letaknya kekuatan bangsa melayu Islam sekarang? Kuasa yang tinggal untuk pemimpin melayu pula hanya digunakan untuk melepaskan tembolok sendiri dan bertelagah sesama sendiri.. Percayalah, akhirnya melayu akan tersungkur di bumi sendiri.. tunggu dan lihatlah..

    Akan munculkah pendekar-pendekar atau panglima-panglima melayu yang akan berjuang seperti lagenda sejarah dahulu disaat kehancuran itu nanti? akan adakah melayu yang muncul bersemangat seperti Datuk Bahaman? Berjati diri seperti Hang Tuah? atau seberani Mat Kilau?

    Yang pasti budaya selesa telah begitu tebal dalam diri orang-orang melayu...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tak paham aku kenapa bangsa melayu masuk DAP , Dah takde parti lain ke selain dari parti kafir yg dah terang terang akan menjatuhkan orang melayu tu sendiri suatu hari nanti , Pada bangsa melayu fikir fikir kan lah balik kalau nak pilih parti,

    ReplyDelete
  5. DAP sedang menghancurkan Melayu, Pemimpin2 Melayu asyik jatuh menjatuhkan pemimpin Melayu yang lain. Ok lah tu.....Melayu sama Melayu bergaduh, Pengkhianat bangsa pula menjadi alat DAP, Mudahnya DAP nak jadi pemerintah negara ini........Syabas Pengkhianat2 bangsa dn negara

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..