Sunday, February 9, 2014

Kajang- permulaan menumbangkan Najib!

PANDANGAN dan nasihat telahpun diberikan kepada PM Najib supaya mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Kajang yang jelas telah mencabul prinsip demokrasi malah PRK Kajang bukan sekadar untuk mengisi tembolok nafsu serakah Anwar Ibrahim namun lebih jauh dari itu adalah bertujuan untuk melaksanakan satu gerakan bagi menumbangkan PM Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mengambil kira sejarah lampau bilamana Anwar mengarahkan isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk satu PRK dan selepas daripada itu kedudukan Pak Lah mula goyang hingga akhirnya dengan tekanan dalaman Pak Lah berundur untuk digantikan dengan Najib.

PM Najib boleh berfikir kenapa DUN Kajang dipilih daripada 44 DUN yang ada di Selangor dan kita pasti Anwar telah merancang sesuatu serta menyakini bahawa sesiapa sahaja calon yang ditawarkan oleh BN,mereka tidak mampu untuk menumbangkan Anwar.

Dan kalau BN tidak akan menang,untuk apa menyertai PRK Kajang itu?Kalau merasakan itu pencabulan,untuk apa BN turut sama mencabul prinsip itu sepertimana PKR mencabulinya. MCA pun tidak perlu bersungguh untuk menyertai kerana yang lebih penting kepada mereka sekarang ini adalah menggembalikan semula MCA ke landasan yang betul setelah berubah pucuk pimpinan mereka.


Biarkan pembangkang menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka dan sebagai Perdana Menteri,tidak perlulah beliau menjadi orang tengah ataupun membiarkan diri dimangsai oleh kegelojohan dan kegilaan pembangkang ini.PM Najib lebih bijak membaca apa yang tersirat sebenarnya di sebalik arahan Anwar supaya DUN Kajang dikosongkan untuk satu PRK dan tidak perlulah PM Najib menelan gula-gula yang diberikan oleh orang-orang sekelilingnya.

PM Najib tidak perlu terpedaya dengan muslihat penasihat-penasihat yang berada di sekeliling beliau ketika ini terutama Ketua-ketua jabatan psywar yang sekarang ini sedang sibuk membuat analisa seperti salah seorang darinya iaitu Raja Arif,Ketua Pengarah BTN kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa ada agenda yang sedang Anwar gerakkan dan mungkin turut digerakkan oleh dalaman UMNO untuk melihat nasib PM Najib seperti Pak Lah.

PM Najib tidak perlu menunggu analisa bohong yang dibuat oleh jabatan berkaitan terutama sekali daripada BTN yang mana Raja Arif sedang dibantu oleh pegawai-pegawai kanannya yang masih buta tentang politik dan kalau celik sekalipun,analisa mereka bukan boleh diguna pakai.

Raja arif sendiri khabarnya sedang membuat pelbagai analisa dibantu oleh pegawai-pegawai kanan beliau yg rata-ratanya memang tinggal atauoun bermastautin di Kajang. Memamg menjadi prinsip Raja Arif,hanya lembu Mekah; yng tahu tentang Mekah lantaran itulah Raja Arif sedang menunggu analisis daripada pegawai-pegawai daripada Kajang dan PM Najib dikatakan sedang menunggu analisa ini bagi diperbodohkan untuk kesekian kalainya oleh pasukan BTN yang semakin tidak berguna dan berharga sesen pun ketika ini.
Kita yakin dan percaya pasukan Raja Arif ini akan menasihati PM Najib supaya menawarkan calon untuk bertanding di Kajang dengan memberikan harapan serta keyakinan bahawa BN boleh menang di DUN tersebut malah boleh mengurangkan majority tetapi itu jugalah yang dinyanyikan sewaktu Anwar bertanding di Permatang Pauh,bukan menurunkan majority malah majority Anwar bertambah melebihi lima ribu undi.

Analisa yang dibuat oleh pasukan BTN ini sebenarnya hanya sekadar untuk menghalalkan mereka menggunakan wang jabatan dan sebagai pengkagum Anwar,tidak mustahil pasukan ini bukan membantu calon BN malah mungkin akan menggunakannya untuk membantu Anwar.

Sebab  itulah untuk PRK Kajang walaupun melanggar prinsipnya,Raja Arif telah melantik orang Kelantan sebagai Pengarah Operasi PRK Kajang iaitu Pengarah Cawangan Pemaju Masyarakat yang amat dibenci oleh beliau diTerengganu kerana Pengarah ini adalah orang Kelantand an pemilihan ini seperti tidak masuk akal kerana Raja Arif selalu mengulangi dan menjadi pegangan beliau bahawa orang Kelantan tidak layak memegang apa-apa jawatan yang bersifat strategic kerana Kelantan adalah negeri yang kalah tetapi kali ini beliau melanggar prinsipnya dan apakah Ops kali ini adalah Opreasi untuk kalah bagi kesekian kalinya kerana logiknya yang bertanding di PRK Kajang adalah idola dan juga murrabi kepada Raja Arif.

Raja Arif-Calon Raja Lawak dari BTN.
PRK Kajang yang datang secara tiba-tiba ini juga adalah peluang untuk Raja Arif mencari talian hayatnya. Untuk kekal sebagai Ketua Pengarah BTN dan sebab itulah beberapa hari lalu Raja Arif bertemu dengan Mustafa Mohamad,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan walaupun Tok Pa tidak layak dimata Raja Arif kerana Tok Pa gagal membawa kemenangan untuk Kelantan dan pertemuan tersebut bagi tujuan Tok Pa menyokongnya ataupun mengetahu tentang kewujudannya dan alasan lain pertemuan itu adalah menawarkan bantuan untuk UMNO Kelantan.

Kita percaya selepas Tok Pa,Raja Arif akan menemui seluruh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk menyembah dan menawarkan diri membantu dengan harapan agar Pengerusi Perhubungan Negeri-Negeri ini memberitahu kepada PM Najib kononnya Raja Arif gigih berkerja dan perlu disambung kontraknya sebagai Ketua Pengarah BTN apatah lagi beliau belum sempat lagi menggunakan kereta baru yang disediakan oleh kerajaan.

Kalau benarlah PM Najib menggunapakai otak udang Raja Arif dan pasukannya ini,kita percaya salah satu lagi prosedur tetap operasi BTN adalah mendekati pengundi dengan menggunakan padang golf dan lagi senanglah kerana di Kajang memang banyak terdapat padang-padang golf ini.Disinilah analisa Raja Arif..

Raja Arif bangga kerana program bermain golf lah yang beliau lakukan di Terengganu hingga BN tetap menang besar mengikut penilaian dan analisa Raja Arif dan dikatakan bangga mengatakanbahawa Terengganu benar-benar bernasib baik kerana PM Najib melantik beliau sebagai Ketua Pengatah BTN menyebabkan BN masih menang dan bangga tindakan drastiknya membawa balik anak Terengganu.sebagai Pengarah BTN Negeri telah mengubah landskap politik negeri tersebut 

Cuma kerana beliau tidak dicalonkan sebagai calon PRU13 maka Parlimen Kuala Nerus dan 3 DUN dalam kawasan tersebut jatuh ke tangan pembangkang.Koya anak Raja Ali nih!

Biar mereka sahaja yang gila,jangan Najib ikut gila mereka..
Mungkin kerana berpandukan kepada kehebatan-kehebatan inilah barangkali PM Najib sedang menunggu lampu hijau Raja Arif untuk membuat keputusan samada menyertai PRK Kajang atau tidak..Bukti daripada PRK terakhir sebelum ini iaitu Kuala Besut adalah amat releven dengan keputusan yang akan PM Najib laksanakan dan PM Najib kalau mahu mendengar nasihat ataupun pandangan Raja Arif,lihat dulu analisa BTN di Kuala Besut bilamana peti undi yang dipertanggungjawab kepada ketua Pengarah yang `ddok rok chhetong’ ini iaitu di Kg Nail,jelas keputusannya memihak kepada BN iaitu tidak berlaku sebarang peningkatan sokongan serta penurunan sokongan,kalau bukan BTN yang bertanggungjawab seakan Peti Undi tersebut akan kalah.

Kesimpulannya PRK Kajang bukanlah medan yang sepatutnya BN terlibat sama.Kita pernah mengatakan keputusan pengosongan itu adalah pengkhianatan kepada amanah rakyat dan kalau BN juga terlibat maka BN tidak jauh beza dengan PKR,sama-sama menjadi pengkhianat kepada rakyat.Kalau kita mengatakan tindakan ADUN PKR itu mengosong kerusi tersebut sebagai dosa kepada rakyat,BN juga akan turut berdosa kerana menelan dosa yang sama.Biarlah Anwar dengan kegilaannya,biarlah bertembung Anwar,Khalid serta Azmin Ali..urusan mereka biar mereka yang selesaikan.Jangan BN diperbodohkan untuk kesekian kalinya dan jangan nasib Pak Lah turut sama menimpa Najib..!

1 comment:

  1. apa kata BN letakkan berok bos BTN ni sebagai calon melawan firaun politik pkr. tengok betapa hebatnya berok tu meraih undi orang kajang. sama ada dia yg melingkup atau dapat melingkupkan defacto pkr tersebut.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..