Friday, January 24, 2014
8:40 PM
|
Dulu kutuk KP lain sebab menyanyi! |
SEMALAM Raja Arif,Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN)
mengadakan program sempena menyambut Tahun Baru 2014 dengan menghimpunkan
Pengarah-Pengarah Negeri dan kita juga turut mengucapkan Selamat Tahun Baru dan
tahniah kepada beliau yang begitu serius menyusun program mencari nyawa untuk
menyambung talian hayat bagi tahun 2014
dan semoga tahun baru ini memberi sinar kepada beliau dan Timbalan-Timbalan
Pengarahnya dari segi perjawatan biarpun terpaksa mengorbankan kakitangan
pengurusan yang dipaksa berhijrah dan berpisah dari keluarga untuk memenuhi tuntutan
nafsu Ketua Pengarah dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah sebagaimana syarat
perjawatan dari pihak SPA dan untuk
tujuan itu semua kakitangan dan pegawai rela berkorban.
Pemilihan Raja Arif sebagai KP BTN dan Mokhtar serta Hanapi
sememangnya pilihan yang amat tepat oleh PM Najib dan lihat sahaja kebijaksanaan
yang ditunjukan oleh Raja Arif apabila dengan pantas, secepat kilat dan segera
menyusun program untuk UMNO sama ada itu salah satu program sambung nyawa atau
tidak tetapi Raja Arif bertindak segera, kali ini terus disusun program untuk
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan telah pun berlangsung satu sessi di Meru, Kelang
dan hari ini selama tiga hari sekali lagi Puteri dibawa untuk jadi ujikaji di
Kem Ulu Sepri.
Khabarnya bukan main seronok Raja Arif apabila ada ahli Puteri yang memuji
program BTN ini lain dari yg lain dan kita tertanya-tanya, apa yg lainnya? Apakah
kelainan ini menjadikan kesannya lebih baik dan apa guna kelainan itu jika kesannyamenjadi lebih buruk? Dan kita pun hairan dalam banyak-banyak
sayap UMNO, Puteri UMNO sahaja yang sanggup menjadikan ahli-ahli mereka sebagai
bahan uji kaji BTN.
Kita pun ingin tahu, apakah program-program itu sememangnya
dikendalikan oleh BTN atau BTN hanya menyediakan tempat dan makan, sebaliknya
ia dikendalikan oleh consultant dan apa hubungan konsultan ini dengan Raja
Arif? Dan kalau konsultan yang mengendalikan untuk apa Raja Arif saolah-olah
seperti peserta Maharaja Lawak menjadi orang yang mengaku proram itu program
BTN hingga berjuih mulutnya menyakinkan kakitangan yang hadir dalam perjumpaan
semalam?
Hakikatnya kekecewaan Puteri UMNO terserlah apabila Konsultan yang
dilantik oleh Raja Arif yang memperlekehkan ahli Puteri dengan menjadikan hanya
15 orang ahli Puteri sebagai responden bagi menunjukkan Puteri tidak berkualiti.
Sedangkan responden itu tidak mewakili ratusan ribu ahli Puteri seluruh Negara.
Buta-buta pegawai BTN yang hadir semalam ditipu oleh anak Raja ini. Dok rhokk
Cetonggg mung!!
Kita difahamkan oleh ahli Puteri yang hadir ,BTN hanya
kendalikan 3 slot LDK sahaja tetapi Raja Arif bangga mengaku seluruh modul
kursus itu adalah terbitan BTN dan kalau itu benarnya jadilah Raja Arif sebagai
mana kata orang tua-tua, jenis suka berak di atas pusu... (busut) dan mana
datangnya pula ahli Puteri yang memuji modul Raja Arif?Berapa ramai yang puji?Satu
orang ataupun semua ahli Puteri yang hadir dalam kursus itu? Kuat belawok mung! beghayuk
mok mung!
Pegawai BTN kena main golf untuk dekatkan dengan rakyat.. |
Sesuatu yang perlu kita tahu dan sedar bahawa program untuk
ahli UMNO harus datang dari orang yang benar-benar ikhlas untuk membantu dan
menyelamatkan UMNO dan kalau ikut sifir Raja Arif, orang Kelantan tidak layak
bercakap tentang formula kemenangan kerana
Kelantan kalah, maka sifir yang sama perlu di gunakan untuk Raja Arifi
sendiri kerana perjuangan UMNO yang
jujur dan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara.
Kursus sebegini tidak boleh ditunjuk ajar oleh
orang yang menjadi pengkhianat kepada UMNO seperti Raja Arif, Mokhtar dan
Hanapi. Pada Hanapi semoga selepas ini akan lebih berjaya dalam kerjaya baru
sebagai Pensyarah di Universiti Malaya.,`resume’ telah diteliti dan mungkin
akan menjadi warga Universiti Malaya. Eloklah tu..cukup-cukuplah Hanapi jadi
api dalam sekam dan duri dalam daging di BTN..
Dalam program yang sedang berlangsung sekarang ini, Raja Arif
harus jujur dengan modul yang ingin dilatih kepada Puteri UMNO Malaysia. Apakah
nilai-nilai perjuangan UMNO, nilai-nilai pengkhianat kepada UMNO, sejarah
perjuangan bangsa dan segala mungkin maklumat disampaikan kepada ahli-ahli
Puteri sehinggakan ahli-ahli Puteri rasa amat berbeza dan bila keluar dari kem latihan
dengan semangat untuk berjuang dan menggerakan segera jentera bagi menghadapi
PRU14 atau Puteri hanya merasa keseronokan dengan kursus kerana modul BTN sekarang sekadar horey-hore,
berkaroake dan langsung merasa tidak tertekan dengan segala kelonggaran untuk
memenuhi selera perjuangan demi agama,bangsa dan negara.
Ahli Puteri dijadikan eksperimen cari talian hayat... |
Atau yang sesungguhnya, sebagai orang yang sememangnya berada
di dalam kerajaan dengan perancangan untuk menumbangkan kerajaan dari dalam, Raja
Arif tidak pernah kisah dengan apa-apa modul asalkan janji program untuk
UMNO telah dibuat kerana itu arahan
Presiden dan apabila arahan Presiden ditunaikan, itu bermakna, nyawanya masih
panjang di BTN.
Lagi menarik dalam pertemuan semalam, Raja Arif baru
mencadangkan pegawai-pegawai BTN memiliki blog ataupun Facebook dan juga
Twitter dan nampak sangat betapa ketinggalan zamannya KP BTN ini. UMNO sudah
mahu lumpuh dan PM Najib terkapai-kapai sendirian, Raja Arif baru mencadangkan
media sosial diaktifkan dikalangan pegawai-pegawai BTN.
Kita juga ingin maklumkan kepada Raja Arif bahawa satu gerakan
yang digerakan oleh sebahagian besar pegawai-pegawai BTN untuk menolak Raja
Arif sebagai Ketua Pengarah dengan melancarkan gerakan ABRA iaitu Asalkan Bukan
Raja Arif dan kita yakin gerakan ini bukan sekadar mahu menyingkirkan Raja Arif
tetapi turut mahu memalukan Raja Arif secara peribadi.Jadi sebelum malu menjadi
lebih besar,berundurlah Raja Arif.
Sebagai kesimpulan,kita juga ingin tahu berapa banyak lagi
program untuk menjadikan Puteri bahan eksperimen untuk tahun ini.Program
himpunan bloger dan juga kumpulan media sosial,bila pula Raja Arif mahu
laksanakan kerana itupun arahan daripada Presiden dan untuk sambung nyawa
janganlah pula Raja Arif buat-buat lupa.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
salam blogger...minta tolong blogger dapat paut kinginwar.blogspot.com ke link blogger... saya sudah pun pautkan link blogger ke blog saya...sekian terima kasih...
ReplyDeletesalam blogger...minta tolong blogger dapat paut kinginwar.blogspot.com ke link blogger... saya sudah pun pautkan link blogger ke blog saya...sekian terima kasih...
ReplyDelete