Sunday, March 17, 2013

Dendam Musa pada Tun M beluam reda...

TUN Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga dan sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program  'Bicara Minda -Survival Ekonomi Melayu’ yang berlangsung baru-baru ini.   


Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ‘membela kitab suci Pakatan Rakyat’ itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya ‘membela Pakatan Rakyat’ dan Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir.  Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya. 

Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar ‘Ultra Melayu’ oleh kaum Cina dan tuduhan ini  kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang.  

Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain.  Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain.  

Namun, setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain.  Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu.  

Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga.  Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul.  Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.  

Namun, itu dulu tapi hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu dan Semuanya kerana wujud kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan. 

Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman malah Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP.  

Maka, lahirlah manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu.  Mereka biadap, angkuh dan langsung tidak menghormati kaum Melayu.   Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu.   Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah!   Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai hasil dari usaha kaum mereka semata-mata. 
 
Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia.  Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara ini.  Justeru, tidak hairanlah mereka sering ‘dihalau’ keluar dari negara ini dan digelar pendatang.  

Negarawan yang sukar dicari ganti..
Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin tentunya tidak senang dengan sikap generasi baru ini kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang.  Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asas penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini dan di masa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih di takuk lama.  

Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu?  Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama saja?  Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apapun mereka.  Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang.  Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini.  

Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu. Dan sebab itulah beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar.  Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita.  Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh di belakangnya.  

Dan inilah yang berlaku antara Tun Mahathir dan Tun Musa, malah dengan entah berapa ramai lagi ‘bekas’ rakan-rakannya, termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya  yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi di liga manusia hebat pemimpin dunia.  

Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan kerana mereka yang mempunyai sifat ini tidak mampu menerima kenyataan dan kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang di segenap arah.  Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatianannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.  

Kita pasti Tun Musa lebih tahu bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya.  Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada sebarang cadangan  di dalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak, dan lain-lain.  

Jika puak PR berfikir lebih sedikit mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jingga secara spesifik dalam membincangkan subjek ‘tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara’, menunjukkan yang beliau tidak yakin dengan perancangan di dalam buku tersebut. 

Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan penentangannya terhadap Tun Mahathir dan mengharapkan cara itu akan dapat menyakitkan hati negarawan tersebut.  

Dendamnya pada Tun Mahathir adalah bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri.  Ia menjadi parah apabila Allah SWT telah mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya.  Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa saja, antaranya Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya.  Malangnya Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim.  

Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai Allah SWT lalu kecundang di tengah jalan.  Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya, tetapi tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka di dalam kerajaan atau parti dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka. 
 
Terdapat juga khabar angin yang Tun Musa merupakan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya, tetapi itu adalah cerita lain dan perlu diulang bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja asal dapat melegakan dendamnya pada Tun Mahathir.  

Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Kuli, dan kemudiannya menghimpit Tun Abdullah Badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hari ini. Mungkin bukan untuk jawatan kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biar pun kecil, untuk melampiaskan dendam. 

Justeru, tidak perlulah pencacai PR terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR.  Ingatlah bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan di dalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.  

Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membangkrapkan negara. 

Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang negara tidak boleh bankrap di bawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka pihak Neo-con, yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98.   Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.   

Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan, manakala PAS pula langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana.  

Kesimpulannya, PR mungkin tidak akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja. 

13 comments:

  1. Sebab tulah Sime Darby hampir muflis disebabkan Musa?

    ReplyDelete
  2. SAY WHAT YOU LIKE MUSA BIN HITAM, TUN MAHATHIR SAYANG BANGSA, UGAMA, DAN NEGARANYA MALAYSIA.
    UNLIKE YOU, BERDENDAM AND SAPU JAWATAN GLC, LEPAS TU KATA TAK RACIST.

    KALAU YOU BUKAN MELAYU LU DAPAT KAH SIME DARBY PUNYA CHAIRMAN.

    LU PATUT MALAU DENGAN DIRI SENDIRI.
    PEOPLE ARE LAUGHING AT YOU.
    WHAT A SHAME, WHAT A DISGRACE TO BE MELAYU LIKE YOU.
    SIME DARBY PUN TIDAKLAH WELL MANAGED UNDER YOU CHAIRMANSHIP.
    MALU MALU MALU

    ReplyDelete
  3. Pakcu Rantau PanjangMarch 17, 2013 at 6:24 PM

    Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang sedia mengikis kepentingan diri dan sanggup berkorban untuk rakyat dan negara.

    Cara lompat dan tikam dari belakang adalah bukan langkah yang terbaik apa lagi dalam suasana gentir.Pemimpin yang terbaik sering bekerja keras untuk rakyat. Pemimpin yang terbaik juga adalah pemandu yang memandu rakyat kearah yang lebih selesa dan sedia menyelesaikan masalah rakyat...walahualam

    ReplyDelete
  4. Kalau Tun M tu rasis, tahun krisis ekonomi 1998 dulu takdenya Tun M akan tolong perniagaan kaum Cina, lebih baik biar kaum Cina ketika tu bunuh diri beramai-ramai kerana bisnes semakin teruk dengan bebanan hutang.

    Tapi keadaan sebaliknya berlaku, bilamana Tun M berusaha menaikkan semula ekonomi yang dilingkupkan oleh Menteri Kewangan PALING BODOH MALAYSIA, Al-Juburi. Kesannya, pada PRu 1999, undi kaum Cina kepada kerajaan BN adalah yang tertinggi direkodkan dan PAS ketika itu terpaksa menggigit jari kerana tak dapat menguasai Malaysia walaupun mengeksplotasi isu pemecatan AnWAR dari kabinet dan UMNO dan mata lebam Al-Juburi secara besar-besaran...

    ReplyDelete
  5. Bro kenapa nak melatah . Cuba faham apa yang dikatakan oleh Tun Musa .

    Sesiapa pun jadi pemerintah tak sanggup untuk melihat negara bangkrap.

    Logiknya takkan lah kalau aku ni jadi PM Malaysia , aku nak jadi PM negara yang bangkrap .

    Sebab tu lah sebahagaian besar agenda dalam manifesto Buku Jingga tu tak akan dilaksanakan jika pembangkang ambil alih kerajaan.

    Bukan kah manifesto tu bukan janji.

    ReplyDelete
  6. Dendam dan idaman untok menjadi Perdana Menteri masih membara,dan dalam pekiraanya peluang masih ada dan tidak mustahil.
    Anuar banyak digusari pelbagai pehak terutama dari pengikut PAS ,sekiranya PR ditakdirkan menang , dijangkan DAP dengan sokongan padu masyarakat Cina dan perpechan undi Melayu akan menjadi parti utama dengan kelebihan kerusi mengatasi yang lain dan sudah barang tentulah DAP akan mengepalaai kerajaan yang akan dibentuk, namun begitu bagi mengelekan masaalah berbangkit dan mengambil hati orang Melayu sebagai pendudok mejority seorang pemimpin melayu mungkun didudokan dikerusi PM. Kesempatan ini adalah peluang bagi Tun Musa mahupon T Razali mengejar impianya walaupon didudokan sahaja.

    Kenyataan kedua-dua tokok ini lazimnya menjadi tandatanya dan dapat dibacha akan riaknya.

    ReplyDelete
  7. dia marah sebab kena letak jawatan lembaga pengarah Sime Darby yg membolehkan dia dapat duit yg banyak, dia akan sokong sesiapa yg boleh bagi duit.

    ReplyDelete
  8. Bila Tun Dr Mahathir mula secara agresif turun berkempen untuk UMNO dan BN, Musa Hitam mana tahan. Sejak dulu Musa Hitam dikenali sebagai ahli politik yang licik, kadangkala bersikap jadi musang dalam selimut. Kali ini Musa menyerlahkan pepatah "musang dalam selimut"

    ReplyDelete
  9. Musa Hitam sebenarnya tidak mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin. Tengoklah apabila dia jadi TPM apa yang dia buat? Tak ada. Dia sangka dia pandai dari Dr.M. Dia merajuk dan dendamnya pada Dr.M hingga hari ini. Pada kemelut Semangat 46 beliau takut berdepan dengan Dr.M tapi menampil pada Tengku Razaleigh. Inilah kesumat dendam Tok Ayah yang membuatkan orang Johor makin menyampah pada dia. Orang macam dia ni jangan dilayan sangat.

    ReplyDelete
  10. Musa nak panggil Tun Mahathir rasis? musa nak atas parti DAP ke yang memperjuangkan malaysian malaysia? Musa oh musa......

    ReplyDelete
  11. Tun Musa Hitam should shut up. Despite his age he still wants to play around harassing the female students on Sime Darby scholarship. Giving your private numbers and email address. You should be ashamed as your immoral behaviour is well exposed among the Sime Darby students. You are as bad as Anwar Ibrahim. I salute Tun Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  12. kes memali tu sapa yg jadi pemangku pm???kenapa pembangkang x salah kan dia?dia ni sama lah dengan anwar dan tengku razali yg masih berdendam dengan Tun M...x kemana pun selagi Allah x izinkan...berjuta org doakan keselamatan untuk Tun M..

    ReplyDelete
  13. tun musa ni hanya serpihan, kecewa sbb hajat nak jadi PM tak kesampaian.. bertaubatlah pak musa... masing2 dah tua.... kubur kata mai.. udah2 lah tu... tun m adalah antara yang paling disayangi kerana kewibawaannya... semakin kerap tun musa menyalak.. semakin sayang rakyat kepada tun m..... jadi, usah jadi seperti anjing menyalak bukit...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..