Saturday, March 9, 2013
10:00 AM
|
Ketua Penerangan-cabaran besar menanti Ahmad Maslan |
MENJELANG PRU13,Barisan
Nasional (BN) perlu bersedia untuk berdepan dengan serangan terancang
pembangkang yang menggunakan taktikal ataupun strategi Blitzkrieg bagi
menghasut rakyat dan sekaligus menggunakan strategi tersebut untuk meraih undi dan simpati.
Kalau sebelum ini mereka
telah berjaya menjadikan Badan Kehakiman, SPRM ,Institusi Raja-Raja Melayu dan
berbagai-bagai lagi badan berkanun dicemuh dan akhirnya diperlekehkan rakyat
yang terpedaya dengan janji manis mereka,sasaran mereka menjelang Pilihan Raya
Umum Ke 13 nanti akan lebih memberikan tekanan demi tekanan sehingga UMNO dan
BN terkial-kial untuk menepis segala fitnah yang mereka rekayasakan.
Isu pencerobohan Lahad Datu
adalah sebahagian daripada pelan tindakan mereka untuk mendaruratkan Negara .menggagalkan
kelancaran PRU13 dan kumpulan pembangkang ini tidak boleh menolak tentang
keterlibatan mereka apabila banyak laporan-laporan dari luar Negara dengan
bukti-buktinya menjurus bahawa mereka adalah sebahagian darpada penceroboh
tersebut dan ini adalah sebahagian kecil daripada Revolusi Warna yang pernah ditulis sebelum ini.
Namun di peringkat
seterusnya pembangkang pasti akan mengitar semula
isu Saiful Bukhari,isu cincin Rosmah,kapal selam Scorpene, enjin
jet, PKFZ,KFC, SPR,FELDA, Deepark serta Balasundram dan kita yakin serta penuh
percaya isu-isu ini akan menjadi modal mereka apabila Parlimen dibubarkan dan operasi
kilang fitnah mereka akan menjadikan isu ini sebagai makanan untuk disuapkan
kepada pengundi sepanjang kempen PRU13 nanti.Jadi bersedialah BN!
Blitzkrieg adalah satu
merupakan satu strategi mengumpul isu dan isu-isu yang dikumpulkan akan
dilemparkan pada waktu yang sesuai dan BN dalam menyerap tekanan kononnya tragedi
berdarah Lahad Datu dikaitkan dengan mereka yang mana isu ini adalah isu
keselamatan yang perlu ditangani oleh polis serta tentera jangan sesekali lalai
dengan strategi yang sedang digunapakai oleh pembangkang ini.
Isu PKFZ |
Mereka menggunakan pendekatan "blitzkrieg iaitu Lightning
war “ yang cepat dan akan menyebabkan UMNO dan BN terpaksa bertahan hingga rakyat lebih banyak
melihat kesalahan dari kejayaan parti itu membangunkan rakyat dan Negara.
Anwar mahukan blitzkrieg ini
dijayakan sepenuhnya bagi menutup isu moral beliau,isu Lahad Datu,isu dana
asing,melanggan pelacur Cina,isu Kalimah Allah,isu LGBT serta kebebasan
beragama dan berbagai-bagai lagi dan malangnya UMNO ataupun BN dilihat seperti
sengaja membiarkan segala isu yang timbul tidak terjawap.
Saat ini mereka sedang
berusaha untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan mengalih isu dan sebab itulah
isu bapa Saiful Bukhari didendangkan supaya rakyat tidak lagi bercakap tentang
mereka yang dikatakan ada kaitan dengan pencerobihan penggans di Timur Sabah
itu.
Pembangkang akan kulum semaunya isu cincin ini.. |
Mereka mempunyai jentera
media yang sentiasa bersekongkol untuk melebarkan fitnah bagi menyakin rakyat memilih
ataupun mengundi mereka dan jentera
Penerangan BN harus berada dalam keadaan siap siaga bagi menangkis segala
hujah fitnah daripada kumpulanpembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
BN akan menjadi terlalu
bodoh dan jahil politik seandainya menganggap bahawa isu-isu yang disebutkan di
atas tidak boleh mempengaruhi rakyat apatah lagi dalam keadaan rakyat yang
semakin keliru untuk mentafsir kebenaran mengatasi kepalsuan apatah lagi dalam
masa yang sama kumpulan pembangkang kali ini dilihat mempunyai peruntukan yang
amat besar sehinggakan pembelian bot-bot laju dan kelengkap perang canggih di
Lahad Datu dikaitkan hasil peruntukan kewangan yang mereka salurkan kepada
kumpulan penceroboh itu.
Anwar dan para baruanya
cukup menyedari bahawa PRU13 ini sahaja
peluang yang mereka ada untuk menggulingkan kerajaan dan mereka tidak ada
pilihan senadainya mahu terus kekal dalam radar politik tanahair,mereka perlu
menggunakan apa sahaja termasuklah menggunakan pihak asing termasuklah Nur
Misuari dan juga rakan-rakan mereka yang berada di dalam agensi-agensi kerajaan
bagi menjayakan matlamat tersebut.
Enjin jet ini juga akan jadi modal fitnah |
BN sebelum ini tatkala
mendepani isu-isu yang disebut di atas dilihat gagal menanganinya kerana kebanyakan
mereka yang sepatutnya ke depan mempertahankan parti tidak efektif,mereka tiada
bahan baru dan sudut pandang yang luas untuk menyanggah segala isu-isu yang
pembangkang mainkan dan sebab itulah mereka ini dilihat menggelabah tidak tentu
arah, dan ini kejayaan pembangkang.
Bersedialah BN untuk
menangkis segala serangan dan fitnah selama kempen PRU13 nanti dan kepada rakyat,terpulanglah
kemana undi anda.Tepuk dada tanya selera tapi kalau anda berfikir untuk mempertahankan
akidah agama,bangsa dan Negara BN yang harus jadi pilihan anda tapi kalau anda
akhirnya termakan dengan persona nan grata,pilihlah parti yang bakal
menghancurkan Negara ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment