Friday, January 11, 2013
7:18 PM
|
NAMPAKNYA dengan hanya satu
ucapan Hari Krismas oleh Tokong Lim, DAP akhirnya berjaya menggunakan nama
Allah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu tanah Kelantan yang tidak
mampu ditepis oleh Nik Aziz mahupun Ngeh dan Nga DAN Nik Aziz tentunya merasa
lega dan terhutang budi dengan Tokong Lim.
lega dan terhutang budi dengan Tokong Lim.
Isu Kalimah Allah ini juga
berjaya meredakan sedikit isu Amanat Hadi yang melemaskan Hadi Awang, walaupun
tidak mampu menguburkannya bersama mereka-mereka yang telah dikuburkan dalam
keadaan dikafirkan oleh saudara-mara, anak-anak atau ibubapa sendiri. Oleh itu, Haji Hadi juga tentu turut merasa
lega dan turut terhutang budi dengan Tokong Lim.
Bagi memastikan kelegaan itu
berpanjangan, PAS cuba bermain kata-kata dengan memutarbelit kenyataan sendiri dalam menyatakan pendirian
parti itu terhadap perjuangan DAP untuk menyebarkan Injil berbahasa Melayu
serta menggunakan nama Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian. Harapan mereka, isu ini akan menenggelamkan
terus isu lain yang menyesakkan mereka, sekurang-kurangnya sehingga
pilihanraya.
Jika dirujuk laporan-laporan
serta kenyataan pemimpin PAS yang disiarkan oleh laman web rasmi dan tidak
rasmi pembangkang di tahun yang lepas-lepas, kita akan dapati bahawa PAS tegas
dan konsisten membenarkan Injil berbahasa Melayu dan juga kalimah Allah
digunakan dalam risalah dan kitab Kristian dengan syarat ia tidak
disalah-gunakan. Alasan PAS ialah bagi
menjaga keharmonian serta membuktikan yang Islam, atau parti mereka, bersifat
terbuka berbanding UMNO.
Tetapi, PAS tidak pernah
memperincikan maksud ‘salah-guna’ serta tidak menyatakan langkah-langkah untuk
memastikan ia tidak disalah-guna dan apa yang dapat dan boleh dilakukan
sekiranya ia tetap disalahguna?Mudah
bagi PAS mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu
diedar, tetapi apabila ia disalahguna, tuding pula telunjuk kepada
kerajaan.
Apabila kerajaan mengambil
tindakan terhadap kes Melayu yang telah berjaya dimurtadkan akibat
penyalahgunaan ini, PAS mengambil sikap berdiam diri dan berselindung di
sebalik gereja sehingga sanggup memecat Dato’ Dr. Hasan Ali yang
membongkarnya.
Hari ini, PAS turut
konsisten untuk terus bermain dengan kata-kata, berbelit-belit dan berpusing-pusing
untuk memberi ruang kepada puak Kristian memanipulasi kalimah Allah.
Untuk itu, Harakahdaily melaporkan kenyataan
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib bahawa MStar telah tersalah
melaporkan kenyataannya yang bertajuk: ‘Ulama PAS tetap tidak setuju bukan
Islam guna kalimah Allah’ pada 9 Januari 2013.
Menurut Harun Taib, tajuk
yang betul mengenai kenyataannya sepatutnya ditulis begini: ‘Ulamak PAS tetap tidak setuju bukan Islam
guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi menggantikan perkataan God'.Inilah
kenyataan paling ‘busuk’ yang pernah keluar dari mulut seorang yang mengangkat
diri sendiri sebagai Ulama.
Soal, Kalimah Allah merujuk
kepada perkataan ‘God’ di dalam Injil tidak pernah timbul dalam mana-mana
kenyataan PAS yang menyokong DAP dalam isu ini, sebelum ini. Ianya kerana, ia sudah difahami dan tidak
perlu diperjelaskan lagi bahawa kalimah Allah itu digunakan untuk merujuk
kepada Tuhan atau ‘God’ dalam kitab dan risalah Kristian. Inilah isunya, jika tidak tidak mungkin ia
menjadi isu.
Agak-agak Harun Taib, jika
bukan untuk menggantikan perkataan ‘God’ untuk apakah puak DAP Kristian ini
ingin menggunakan kalimah tersebut?
Sekadar sebutan? Atau untuk
merujuk kepada benda-benda lain?
Bukankah ini lebih teruk dan lebih sesat lagi? Takkanlah Harun Taib bermaksud bahawa jika
kalimah itu dirujuk kepada benda lain maka ia tidak apa?
Apakah yang Harun Taib cuba
belitkan ini? Kalau ya pun ingin
membelit, janganlah dibelit diri sendiri.
Hakikatnya, sama ada kalimah
Allah dirujuk kepada Nabi Isa (Jesus), atau Tuhan Bapa, atau Holy Spirit, ia
tetap merupakan satu penyalahgunaan kerana kesemua itu dirangkumkan oleh
Kristian sebagai satu elemen yang dianggap Tuhan (God).
Kenyataan Harun Taib
membuatkan kita hairan, kenapa begitu cetek sekali pengetahuan seorang yang
bergelar Ulama mengenai agama-agama langit yang ‘berselisih’ dengan Islam? Bukankah bagi mendapatkan ‘hak’ untuk memakai
gelaran Ulama, seseorang itu perlu mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidangnya,
siap dengan kajian terperinci dan idea-idea yang bernas untuk dirujuk, dibahas
atau dikaji semula oleh orang lain?
Jika inilah tahap seorang
Ketua Ulama, maka tidak hairanlah bagaimana seorang yang bergelar Tokong juga
mampu mempermainkannya sekali gus kesemua mereka yang hanya melangut dan
menelan apa saja kata-kata ‘Ketua Ulama’ tersebut.
Jangan nanti, kerana terlalu
ingin menjaga hati Tokong, maka PAS pula yang keliru antara ‘Jesus’ dan
‘Allah’. PAS perlu pastikan bahawa dalam
mereka menyembah Allah SWT, jangan pula mereka menjadi hamba kepada
Tokong.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Nasib ko lah labu......
ReplyDeleteMulai sekarang bahlol2 PAS boleh pilih untuk solat jumaat di masjid atau solat ahad di gereja kerana kedua-duanya adalah rumah 'Allah' PAS.Mungkin lepas ni Kelantan dan Kedah akan umumkan cuti setiap hari ahad dan bukan lagi hari jumaat supaya bahlol2 PAS dapat ke gereja.
ReplyDelete