Wednesday, January 2, 2013


Rafizi bagai sara hidupnya dengan fitnah

RAFIZI RAMLI semakin tidak bermoral dan tindakan terbarunya memalsukan dokumen berhubung pembelian barang kemas kononnya milik isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor membuktikan lagi betapa jahatnya permainan politik Pengarah Strategi PKR ini yang semakin terdesak untuk terus memfitnah Perdana Menteri dan dan mencalarkan imej Rosmah Mansor.


Bila Deepark Jaikishan menjelaskan bahawa  beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan  Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas  yang didakwa Rafizi sebagai sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.


Deepak menegaskan bahawa ,beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut malah Deepark sendiri mengakui bahawa beliau tidak pernah pun melihat dokumen ataupun inbois yang ditunjukan oleh Rafizi tersebut.


Poltik yang Rafizi mainkan ini cukup jijik malah kita tidak menyangka anak muda yang dikatakan berpendidikan tinggi ini boleh begitu sekali mengulangi fitnah demi fitnah terhadap keluarga Perdana Menteri dan barangkali kerana yakin bahawa Perdana Menteri maupun Rosmah tidak akan mengambil tindakan undang-undang,beliau secara semborono mengangkat yang palsu sebagai benar.


Terlalu banyak fitnah anak muda ini terhadap kepimpinan negara.Beliau seperti langsung tidak takut dengan dosa malah beliau dilihat sanggup berdosa demi melebarkan fitnah terhadap pemimpin nombor satu Negara ini.Beliau seolah-olah dilihat saban hari sentiasa berfikir bagaimana untuk menyusun fitnah-fitnah bagi dilemparkan kepada kepimpinan sedia ada.


Sayang sungguh terhadap anak muda yang sepatutnya mengisi  kepimpinan Negara dengan ilmu yang beliau  belajar hingga keluar Negara akhirnya memilih untuk menjadi pemfitnah tegar.Beliau memilih untuk menjadi perkakas politik yang paling tidak berguna kepada PKR dan paling tidak bermaruah sebgai seorang manusia dan sekaligus memperlihatkan betapa busuk dan hinanya Rafizi serta keluarga beliau sekali.


Dalam mengejar cita-cita politiknya,Rafizi mengenepikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam,Rafizi mengenepikan dosa serta pahala,Rafizi meletakkan maruah di aras paling bawah dan dengan memperalatkan Deepark,Rafizi merekayasakan segala macam fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Dendam sungguh anak muda yang tidak berguna ini kepada Najib dan Rosmah.


Rafizi telah terlalu banyak berbohong dan kita tidak pelik kalau anak muda ini disuruh berbohong kerana PKR itu sendiri parti yang penuh dengan segala pembohongan bersiri mereka tetapi kita tidak menduga dalam mereka berusaha untuk menyentap Najib dan Rosmah, Rafizi menjadi manusia yang hilang akal budinya.


Sampai bila Deepark akan serang Rosmah..?
Rafizi memalukan anak-anak muda sezaman ataupun seangkatan dengannya malah tindakan beliau mempergunakan segala kepalsuan Deepark itu membuktikan bahawa Negara ini amat malang memiliki warganegaranya seperti Rafizi. Rafizi mengambil kesempatan diatas kesempitan Deepark,kesempitan inilah Rafizi dagangkan kononnya untuk membuktikn bahawa beliau seorang Pengarah Strategi yang baik sedangkan hakikatnya sifat serta jiwanya lebih busuk dari bangkai biawak dijalanan.


Kita tahu Rafizi makan upah dari partinya tetapi apalah ada pada upah yang sepatutnya halal untuk sama-sama dimakan oleh keluarganya akhirnya menjadi haram bila beliau bertindak seperti ini.Rafzi sedang menjamu keluarganya dengan hasil pendapatan memfitnah orang lain. 


Dan kita juga tahu beliau adalah perkakas yang digunakan oleh Anwar untuk terus menyerang Najib dan Rosmah tetapi kita tidak menduga bahawa anak muda yang kita sangka cerdik serta bijak ini sanggup menjadi alat untuk kepentingan orang lain.Baca juga disini..


Deepark dalam sidang akhbarnya dikatakan akan mengambil tindakn undang-undang terhadap Rafizi yang mempergunakan nama beliau untuk memfitnah Rosmah kononnya dokumen tersebut datang daripada beliau tetapi kita juga tidak terkejut sekiraya Deepark menarik balik tindakan beliau nanti kerana kekangan kewangannya dan telah dibuktikan pun sebelum ini bahawa moral Deepark sendiri pun diragui serta banyak pembohongannya.


Rafizi pula semakin hilang pedoman serta pegangan hidupnya dan semakin jelas untuk dilihat berbakti kepada parti PKR,beliau bersedia untuk melakukan apa sahaja termasuklah mencipta berbagai-bagai lagi fitnah terhadap PM dan juga Rosmah.



\


20 comments:

  1. Hahahahaha.. kan dah Kantoi, bodohnya rafizi lembu, rafizi ni patut diambil tindakkan, tak abes abes nak menipu, Rafizi Lembu !!

    ReplyDelete
  2. Yang gua percaya satu sahaja. Rafizi ni di bayar untuk buat kerja memfitnah sahaja. Hehehe........

    ReplyDelete
  3. Yang sebarkan video seks tu bermoral sangatlah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang rakam dan yang sebarkan video seks itu kawan karib Anwar sendiri. Ye lah, tak bermoral tu menyebarkan video seks.

      Yang beraksi dalam video tu sangat bermoral kah?

      Delete
  4. Deepak menegaskan bahawa ,beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR,

    lepas ni kita tnggu apa plak yang si lembu ni nak spin....

    ReplyDelete
  5. Kenapa attachment invoice dalam xls dan tidak pdf?

    Tuduhan babitkan jutaan ringgit, urusniaga pakai gmail dan xls sahaja?

    Sama ada yang berniaga itu penjual dalam mudah.my atau yang membuat cerita ini kantoi menipu.

    Lu pikir lah sendiri.

    ReplyDelete
  6. rafizi lembu dan deepak ke dua-dua nyer adalah orang upahan pakatan harami dan sanggup buat apa sajer demi memenuhi kehendak politik songsang ketua umum nyer....yg beza nyer si anjing nie bijak sikit dr si lembu sbb si anjing suka main tarik2 si lembu klu d tarik ikut jer sbb dia bodoh....itu la perbezaan antara rafizi lembu dan dan si anjing kurap deepak nie....bg aku pakatan harami sudah kekeringan idea utk pru akan dtg dan sanggup menabur fitnah demi fitnah terhadap rosmah supaya rakyat mempecayai nyer tetepi rakyat tidak sebodoh rafizi lembu nie kerana rakyat sudah mula muak mendengar pembohongan demi pembohongan yg d lakukan pakatan harami...

    ReplyDelete
  7. MALULAH DGN KELUARGA ATAU IBU YG MELAHIRKAN KAU RAFIZI JGN KAU IGT KAU HIDUP SELAMA-LAMANYA, BILA AJAL KAU TIBA TAKDE DE ANWAR BLH TLG KAU WAKTU TU. KENAPA KAU SANGGUP JADI HAMBA DUIT SEDANGKAN AKU PASTI KAU TAHU SEMUA INI ADALAH FITMAH SEMATA2 UTK NAJIB DAN ROSMAH KAN. INSAFLAH KAMU RAFIZI SEBELUM TERLAMBAT.

    ReplyDelete
  8. Bodoh punya rafizi kalau nak tipu sekali pun belilah deepak dulu dgn duit ini tidak kan dah kantoi malunya kau nak tunjuk muka sekarang ini kan.

    ReplyDelete
  9. aku blm pernah tgk manusia yg sejijiknya mcm rafizi ini sebab sanggup buat apa saja demi wang ringgit. kesian pun ada aku tgk dia dah macam meroyan aje. belajar tinggi2 tapi sia2 aje pelajarannya itu.

    ReplyDelete
  10. rafizi ni tak abis2 nak menipu..dia ni mmg tak tau malu kan dah byk kali kantoi lg nak menipu

    ReplyDelete
  11. si lembu ni tgh pk lah apa yg dia nak buat cite lg...aduh lembu blk kandang je lah tak yah nak malukan diri tu berkali kali kang aq jentik telr tu br ko tau

    ReplyDelete
  12. Rafizi ni, 10 patah dia bercakap, 15 patah bohong...

    ReplyDelete
  13. diaorang nak buat fitnah , tapi tak dilakukan dengan teliti , last2 sendiri terperangkanp..keh keh keh

    ReplyDelete
  14. apa sebenarnya masalah si rafizi nie ha????????
    kenapa dia tetiba menyibuk dengan deepak nie..

    ReplyDelete
  15. Lembu-lembu apa laagi yang di mahu buat kerja gila apa lagi cukup lah lembu kat kandang banyak lagi tak makan..cukuplah menipu bodoh mcm kanak-kanak ribena demi kepentingan wang ringgit..mata duitan boleh dikata semua pr mata duitan

    ReplyDelete
  16. Dia ni agaknya klon lembu dari baka PARABOLA + PAGOLA.

    ReplyDelete
  17. Peniaga Karpet bankrap sudah menjadi wayang politik yang bodoh..macurkini mana?selama ini berganding bahu dgn deepak untuk memfitnah rosmah dan PM?sudah menyorok dalam seluar anwar ker..cermin diri dahulu sebelum memfitnah bodoh!!

    ReplyDelete
  18. Peniaga Karpet bankrap sudah menjadi wayang politik yang bodoh..macurkini mana?selama ini berganding bahu dgn deepak untuk memfitnah rosmah dan PM?sudah menyorok dalam seluar anwar ker..cermin diri dahulu sebelum memfitnah bodoh!!

    ReplyDelete
  19. salam bro..

    Mohon di pautkan blog saya ni ye jika tidak keberatan..

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Moga ukhuwah sesama kita terjalin erat di alam maya..

    Anyway, blog saudara sempoi n terbaeekkk..

    Tq Boss..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..