Wednesday, December 5, 2012
5:33 PM
|
UMNO satu syer pun tak ada... |
DALAM UMNO sedang sibuk berlangsung
PAU2012 baru-baru ini,rakan-rakan dari Utara tanahair membuka satu cerita yang cukup
mengejutkan tentang projek pengambilalihan Independent
Power Producer (IPP) yng terletak di Kedah Kulim Hi-tech kononnya pada peringkat awal dimohon oleh sebuah
syarikat milik UMNO tetapi setelah lulus, projek tersebut menjadi milik
syarikat lain iaitu anak kepada seorang
Ahli Parlimen yang bertanggungjawab melobi untuk mendapatkan tender tersebut.
Hakikat sebenarnya satu share pun UMNO tidak ada kepentingan di dalam syarikat tersebut dan ahli parlimen ini secara sesuka hati menjaja nama Najib tanpa pengetahuan Najib untuk kepentingan syarikat milik beliau dan anak-anaknya.
Hakikat sebenarnya satu share pun UMNO tidak ada kepentingan di dalam syarikat tersebut dan ahli parlimen ini secara sesuka hati menjaja nama Najib tanpa pengetahuan Najib untuk kepentingan syarikat milik beliau dan anak-anaknya.
Mereka ini mula bercerita bahawa
projek pengambilalihan Independent
Power Producer (IPP) yang dikatakan telah mendapat persetujuan Presiden
UMNO (jual nama Najib) pada mulanya dilobi supaya diberikan kepada syarikat milik UMNO tersebut
dan PM Najib juga dikatakan telah memberikan persetujuan dan menyokong
permohonannya.
Bekas Menteri Pusat ini melobi kononnya
syarikat milik UMNO bersedia untuk
mendapatkan projek tersebut dan beliau turut
dikatakan mendapat sokongan daripada Najib sebagai Presiden yang bersetuju
supaya IPP tersebut diserahkan kepada syarikat itu namun setelah pinjaman
melalui SUKUK diluluskan,bekas Menteri itu didakwa menukar nama syarikat itu
kepada syarikat milik anaknya.
Pinjaman SUKUK dalam bentuk
Bon yang biasanya diproses mengambil masa lima hingga enam bulan diluluskan
dalam kadar yang begitu segera kerana bekas Menteri tersebut yang juga dikenali
sebagai antara kawan rapat Najib telah menjaja nama Najib yang kononnya Najib mahu syarikat
milik UMNO itu diberikan peluang mendapatkan tender IPP Perlis itu.
SUKUK adalah Sijil bernilai
sama dengan sebahagian atau keseluruhan dari kepemilikan harta berwujud
untuk mendapatkan hasil dan jasa di dalam kepemilikan aset dari projek
tertentu atau aktiviti
pelaburan khusus, sijil ini berlaku setelah menerima
nilai SUKUK disaat
jatuh tempoh dengan menerima dana sepenuhnya sesuai dengan tujuan Sukuk
tersebut.
Sukuk juga
boleh dikenali sebagai
Bon patuh Syariah dan terdapat beberapa persamaan antara Sukuk dengan bon
konvensional. Persamaan tersebut ialah ia selalu mempunyai
tempoh matang (term maturity), mempunyai kupon profit,serta
boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).
Kita tidak tahu adakah PM
Najib (tapi kalau dah jual nama macamana Najib tahu)sedar projek tersebut telah diberikan kepada syarikat yang bukan berkaitan
dengan UMNO sedangkan di peringkat awal beliau telah diberikan penerangan serta
penjelasan bahawa permohonan untuk mendapatkan IPP Nur Power Plant itu adalah melalui
syarikat milik UMNO,untuk membantu sebagai sumber kewangan UMNO dan sebab
itulah Najib bersetuju untuk mengeluarkan surat sokongan.Nama PM dijaja merata.Itu modus operandinya.
Projek IPP itu diberikan
pinjaman SUKUK didakwa sebanyak RM900
juta oleh salah sebuah bank tempatan yang memberikan pinjamam seperti yang
disebut dalam kadar yang begitu segera,mengambil masa dua bulan.
Sekiranya benar,sekali lagi
Najib diperalatkan dan UMNO dijadikan mangsa tipu muslihat bekas menteri dan juga kawan Najib yang cukup licik
memainkan peranannya selama ini menjaja nama beliau.
Malah tidak mustahil
beberapa lagi muslihat digunakan dengan memperalatkan UMNO untuk kepentingan
dirinya dan kita harus mengakui bahawa beliau cukup bijak memanipulasikan
hubungannya dengan Perdana Menteri selama ini dan amat malang UMNO kerana terus
memiliki pemimpin yang masih memegang jawatan Ahli Parlimen ini.
Walaupun kita percaya rezeki
itu milik masing-masing namun tindakan menjaja nama syarikat yang kononnya
milik UMNO bagi mendapatkan projek tersebut merupakan satu tindakan yang jijik
dan tidak amanah serta bertanggungjawab dan Najib harus mengambil tindakan
supaya nama baik UMNO terus terpelihara dan tidak diperbodohkan oleh Ahli
Parlimen ini.
UMNO tidak boleh membiarkan
namanya diperalatkan sebegini dan kalau benar cerita yang datang dari Perlis
ini,sesuatu harus dilakukan supaya projek IPP itu kembali semula kepada
syarikat milik UMNO dan Ahli Parlimen ini perlu diberikan kata dua supaya tidak
mengkhianati kepercayaan UMNO terhadapnya dan kepercayaan Najib pada dirinya.
Bila ditanya siapakah Ahli
Parlimen terbabit,rakan dari utara ini dengan penuh yakin menyebut namanya dan
sebagai menghargai permintaannya,saya rahsiakan dulu siapakah yang dimaksudkan
itu?Berikan saya waktu untuk mengumpul maklumat secukupnya..Demi UMNO pecat sahaja pemimpin ini...
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
JAMALUDDIN JARJIS ke?
ReplyDeletesyed hamid?
ReplyDeletepenyamun nak nasihat pencuri..inilah jadinya..kong kali kong..2x5, 5x2...banyak sgt syaitan yang ku kenali....
ReplyDeleteMamat JJ ni bila lah nak bertaubat, dia ni amat cintakan dunia sehingga matlamat menghalalkan cara. Si mamat JJ ini adalah antara mereka yg memberikqn imej yg buruk pada UMNO dan org Melayu Islam. Harap PRu 13 ni boleh ditalkinkan si mamat JJ ni.
ReplyDeleteSi mamat JJ ni bilalah nak bertaubat agar tak mementingkan diri sendri demi habuan dunia. Berapa lama lagi nak hidup dan klu dapat harta secara bathil utk diri sendiri atau anak keturunan kan susah sbb memakan harta g haram, maka api nerakalah yg terbailk. Si mamat JJ ni antara contoh ahli UMNO yg memberikan gambaran negatif pd UMNO dan org Melayu Islam. Harap PRU13 ni dapt kita talkinkan si mamat JJ nie.
ReplyDeleteDatuk azmi khalid ke...
ReplyDeleteSaya rasa pejabat PM tahu siapa yg dimaksudkan?
ReplyDeleteBekas Menteri ni tak ramai..JJ.Zin Mohamad,Azalina,Syed hamid,Zulhasnan..Ong Tea Keat,Ong Ka Ting..ni semua kawan2 Najib..
ReplyDeleteNajib tak tahu ada org jaja nama beliau..UMNO 1share pun tak ada...
ReplyDeletebukan setakat syarikat ni, kalau kat tempat lain, ketua pemuda tempatan pun sebat juga, modus operani pun macam ni juga.
ReplyDeleteTahu sangat bro..JAMALUDDIN JARJIS yang dok perasan tak habis2.
ReplyDelete
ReplyDeleteKau biar betul RAK... IPP di Kedah Kulim Hi-tech????
Alah yg sama ngan Malindo Airways tue....
ReplyDeleteTakpa bro..janji org melayu kita kaya..org lain jgn dengki la..nanti kita kongsi la..muafakat bawa berkat.tak gitu
ReplyDeleteSALAM BANG ...
ReplyDeleteJANGAN SEBAB KENA UPAH DENGAN WARLORD UMNO, LU SANGGUP BUAT ARTIKEL TANPA BERDASARKAN FAKTA.
NUR Power Plant (NUR) bukanlah “Independent Power Producer” (IPP). NUR tidak mempunyai “Power Purchase Agreement” (PPA) dengan TNB dan NUR tidak membekalkan tenaga yang dikeluarkan kepada TNB.
READ MORE, http://www.klpos.com/analisis/29722
CUKUP-CUKUPLAH BUAT KERJA TAK SENONOH UNTUK PENYANGAK-PENYANGAK UMNO.
BUSUK NAMA LU SBB FAKTA ARTIKEL SALAH 100 PERATUS ...
CHECK YOUR FACTS FIRST ...
SAYA perlu jwb tulisan komen Melayu Atas Pagar ini..Pertama :saya tak persoalkan rezeki yg Nor Power Plant ini dapat dgn projek itu,itu rezeki mereka?
ReplyDeleteKedua: Saya tak nak peduli bagaimana kedudukan projek ini?
Ketiga:Biarlah KL Pos dgn analisanya.
Keempat: terima kasih krn betulkan fakta..itupun kalau fakta itu betul dan tidak melindungi beberapa perkara lain.
YANG saya cuma nak tahu..betul ke masa nak dapat projek ini,diberitahu bahawa syarikat yg memohon itu kononnya UMNO ada kepentingan?
Kalau UMNO ada kepentingan,berapa share yg UMNO ada dalam syarikat itu?Tak payahlah ilmiah saangat..
Soal dapat upah ini mudah kita tuduh..kononnya saya menulis krn dpt upah dari warlord UMNO..saya dah biasa dituduh begini..tak terguris sedikit pun dgn tuduhan tersebut..
PM Najib menyokong pengambilalihan projek tersebut kerana diberitahu bahawa yg memohon untuk membida projek tersebut adalah syarikat milik UMNO?Betul ke syarikat ini milik UMNO?
ReplyDeleteMengapa mesti umno je yg patut dapat?melayu bukan umno tak boleh ke?umno kan utk melayu..bukan mamak bukan nepal myanmar..dan bukan utk melayu yg kaya raya lg rasuah dan kaki betina atau minum arak atau kaki judi
ReplyDelete