Thursday, December 6, 2012


Penjualan hartanah yang menjadi bualan ramai..

INI satu lagi maklumat yang perlu Najib ambl peduli sesuai dengan slogannya Berubah Atau Rebah kerana tatkala beliau dan Timbalan Presiden UMNO sedang berusaha dan hampir berjaya sepenuhnya memulihkan imej parti dan kerajaan,ada pula pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara peribadi dan mungkin percuma tetapi meninggalkan kesan yang amat besar serta parah kepada rakyat.

Najib dan Muhyiddin pasti yakin dan mengetahui bahawa Johor adalah kubu kuat ataupun benteng yang mempertahankan UMNO selama ini dan rakyat Johor hidup mati mereka adalah sebagai orang UMNO dan akan terus menyokong UMNO sampai bila-bila tetapi kalau maklumat yang diterima ini benar dan Najib terus mempertahankan kepimpinan yang ada,kita bimbang kedegilan Wan Mokhtar Menteri Besar Terengganu satu ketika dulu berjangkit terhadap rakyat Johor.

Menjelang PRU13 nanti,Najib tidak ada pilihan,beiau perlu berani membuat tindakan dan bukan sekadar tegas bercakap semata-mata,itupun kalau Najib sayangkan rakyat Johor yang cinta serta kasih sayang mereka pada UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah pudar,

Saya harap maklumat ini tidak benar dan kalau ada kebenarannya,ada pihak yang perlu dipertanggungjawabkan terutama sekali mengenai isu pengambilan tanah untuk pembangunan di Danga Bay yang asalnya milik Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ) telah dijual kepada Danga Bay Sdn Bhd dan dikecualikan daripada bayaran premium.

Sukar kita membayangkan andainya maklumat ini benar bahawa Danga A seluas 214 ekar dan Danga B seluas 135 ekar dijual dengan harga satu kaki persegi dengan Rm 13.12 sedangkan harga semasa bermula dari RM 200-RM250 satu kaki persegi. 

Manakala Danga C seluas 524 ekar dikatakan telah dijual satu kaki persegi dengan harga RM1.50 sedangkan harga semasa RM80-RM120 satu kaki persegi. Danga D1 da Danga D2 192 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi sedangkan harga semasa bermula dari RM 80.00 ke RM 120.00. 

Danga D3 seluas 84 ekar dijual dengan harga RM 1.50 satu kaki persegi,harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM100.

Lebih malang lagi Danga E yang luasnya 154 ekar dijual hanya RM 28 juta sedangkan nilai semasa RM500 juta manakala Danga D4 dan D5 seluas 485 ekar diberikan secara percuma manakal untuk pembangunan Iskandar Water Front,sekali lagi KPRJ telah memberikan tanah kepada Danga Bay seluas 1800 ekar tetapi KPRJ  hanya memegang saham sebanyak 12.30 %,Danga Bay 36.50 %,Iskandar Water Front Holding memegang saham sebanyak  51.20 %.

Selain itu KPRJ juga telah menyerahkan banyak tanahnya  untuk dibangunkan oleh Danga Bay dan apa istimewanya Danga Bay sehingga begitu banyak  kehendak syarikat ini dipenuhi oleh KPRJ  hinggakan dalam KPRJ .Lim kang Hoo dikatakan memegang saham sebanyak 70 % manakala KPRJ  hanya 30 %.Siapa yang menguasai KPRJ ini sebenarnya?

Atau ada pemimpin Melayu yang menjadi barua ataupun tali barutnya sehingga dengan cukup wewenang tanah-tanah tersebut diserah untuk dibangunkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada rakyat Johor?

Caa pembangunan ini seolah-olah untuk menghalau orang-orang Melayu secara terhormat dari Johor Bharu.Rakyat Johor bukan menolak pembangunan tetapi pembangunan harus dibangunkan tanpa meminggirkan atau membunuh kepentingan orang-orang Melayu di negeri itu.

Saya amat berharap maklumat ini tidak benar dan kalau benar betapa bersimpatinya kita dengan PM Najib yang bertungkus lumus menggerakan transforamsi namun dalam masa yang sama ada pihak-pihak tertentu berpakat dari dalam untuk menggulingkan kepimpinan Najib.mejahanamkan kepercayaan rakyat Johor terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Kerakusan mereka ini jika tidak dihalang,kita bimbang ada kejutan ataupun tsunami pada PRU13 nanti dan ketika itu,sudah tiada erti lagi keramatnya sebuah negeri yang menjadi tapak penubuhan UMNO yang akhirnya ada pemimpinnya menikam UMNO dari belakang.

Menjelang PRU13,demi masa depan rakyat Johor yang sedang disumbat dengan serangan pembangkang,PM Najib harus melaksanakan program transformasi politiknya dengan kadar paling segera. Andai kepimpinan negeri sumbang,tempang serta rakus mengejar kekayaan peribadi,mereka ini perlu diganti ataupun disingkirkan.

Johor terlalu ramai pemimpin yang berpotensi serta berkualiti dan rakyat Johor tidak akan menangis andainya keputusan yang Najib buat itu adalah untuk mempertahankan kepentingan mereka malah kita percaya rakyat Johor akan berdiri teguh menyokong Najib dan Muhyiddin.

Kita tidak mahu nasib Terengganu satu ketika dulu tempiasnya menepis rakyat Johor. Mereka cukup sayangkan UMNO tetapi mereka mula benci kepada pemimpin yang mengkhianati kesetiaan dan keyakinan mereka terhadap parti.

Bayangkanlah bagaimanakah kemampuan yang rakyat Johor harus ada untuk memiliki rumah baik banglo,teres ataupun kondominum di jajaran Danga Bay itu yang dijual melebihi harga setengah juta ringgit seunit itu?

Harga rumah melebih setengah juta...
Dan adakah ini yang disebut-sebut oleh pembangkang bahawa pimpinan kerajaan negeri berpakat dengan orang –orang tertentu untuk `makan’ tanah-tanah rakyat Johor terutamanya tanah orang-orang Melayu demi mengkayakan mereka dan krooni-kroni mereka.

Saya menyimpan banyak lagi maklumat-malumat ini dan saya percaya maklumat-maklumat ini sudah sampai ke pihak sepatutnya terutama sekali Perdana Menteri,SPRM serta pihak berkuasa lain dan saya amat berharap bahawa maklumat ini tidak benar.

Meskipun pembangkang telah mendedahkannya dan tidak ada penafian ataupun kenyataan dikeluarkan oleh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab,kita bimbang maklumat-maklumat ini sahih dan benar.

Untuk peringkat ini saya tidak bersedia untuk mendedahkan berapa banyak syraikat yang menguasai pembangunan hartanah di Johor yang dimonopoli oleh seorang individu sahaja dan kita percaya Cina yang mendatangi Johor ini tidak berani bertindak sedemikian seandainya tidak ada tangan-tangan ghaib di belakang mereka.Siapa tangan itu?Siapa dalangnya?Siapa exconya?

49 comments:

  1. tido bawah jambatan je lah johor skrg bukan untok org melayu...johor skrg untok bangsa asing...jgn jadi pak turott menteri2....

    ReplyDelete
  2. MB johor tu buat apa?...patutnya dia dah direhat kan dari memegang jawatan...

    ReplyDelete
  3. Habislah johor tergadai semuanya,danga bay,iskandar malaysia lagi.Penuhlah johor dengan cina terutamanya dari s'pork.Hartanah mahal Melayu mana mampu beli?

    Ini kerja siapa?ghani ke?Sultan johor tak tahu ke?Kalau betul berita ni memang haram jadah sungguh melayu2 lahanat yang bertanggungjawab.Najib dan muhyiddin kena ambil tindakan,jangan cuma tutup sebelah mata asalkan namanya pembangunan walaupun terang2 meminggirkan Melayu!.

    ReplyDelete
  4. Danga Bay: pelupusan saham KPRJ , bawa untung sebanyak 400 juta kpd,KPRJ.


    Harga rumah, mana-mana pun mahal terutamanya di Johor Penang dan Lembah Kelang.

    Siapa yg kuasai property Johor:

    SP Setia mana aman pun ada. Johor Land ) anak syarikat Kerajaan Johor, UM Land ( dah dibeli Syed Mokhtar, sebelumya ada banyak saham Singapore), DRB Hicom juga akan go in big ways di Johor terutamany di Austin dan Senai Kulai. , IOI di Kulai Bdr Putra,....itu lah tycoon tycoon hartanah Johor sekarang, selain UEM di Nusajaya.

    muo mari

    ReplyDelete
  5. Shahrir tu knp senyap skrg? Dulu bukan main lantang. Ada dpt bahagian ke? maklum dh sampai hujung career.

    ReplyDelete
  6. memang dah heboh satu johor kes ni , kes lame dah

    "hantu" nye pun dah tahu sape.....

    bile orang bagi sokongan dia ambil kesempatan,

    x tau ape nak jadi daaa

    ReplyDelete
  7. bukan tu saje, dulu kat danga bay tu ade food court yang bleh melayu berniaga. sekarang dah tutup tukar jadi restoran cine. bile time menaik taraf jalan dikawasan tu buat jejantas kat depan restoran tu sedangkan berapa kerat sgtlah org yang datang. kenapa jejantas x dibina di kawasan rumah kedai dan pejabat berhadapan dengan restoran singgah selalu tu? sedangkan kawasan tu lah yang menjadi tumpuan sebab ade pejabat, hotel, etc. kawasan festive street mall dan rumah tradisional pun dah punah. festive street mall tu byk peniaga melayu yang berniaga. dulu bila bulan puasa byk kedai2 bukak jual barang2 utk raya, s'rang dah takde. bukan setakat di danga bay jer....nusajaya pun sama. semua pembangunan menghalau orang melayu keluar...yang kerajaan tahu luluskan jer semua projek2. iskandar malaysia singapura ke3 selepas penang.

    ReplyDelete
  8. Sudah sekian lama orang2 Melayu Johor mempertahankan Umno, sehingga Johor dilabel sebagai kubu parti tersebut...dan pernah ada yg menyatakan kalau Umno tumbang, muzium Umno akan dibina di Johor untuk rakyat akan datang melihat sejarah Umno.
    Tak kan begini yg dibalas oleh pemimpin Melayu kepada orang2 Melayu Johor? Kita perlukan pemimpin yg lebih jujur pada orang2 Melayu Johor.

    ReplyDelete
  9. Pemimpin Umno sepatutnya membalas jasa org2 Melayu yg menyokong mereka...sehingga kini Johor masih dikepalai oleh pemimpin Umno. Jangan sampai org2 Melayu Johor menukar pemimpin dari parti lain untuk mengetuai mereka. PM perlu bertindak, sebelum org2 Johor bertindak.

    ReplyDelete
  10. Johor Bahru dan kawasan persekitarannya tak akan dikuasai oleh Melayu lagi....dan mungkin terlalu mahal untuk dihuni oleh majoriti org2 Melayu. Malangnya nasib Melayu di tanah sendiri. ..
    Sepenggal dua lagi, semua parlimen & dun di wilayah pembangunan Iskandar akan dihuni oleh majoriti bukan Melayu. Seperti biasa lah....di mana-mana pun, bila jadi bandar, kerusi dapat pada DAP. Tak kan tak perasan lagi...

    ReplyDelete
  11. Nak buat pembangunan perlukan modal yang bermodal adalah orang cina orang melayu ada modal juga tapi modal air liur je, tak habis berpolitik, kalau pembangunan tiada salahkan kerajaan sebab tiada kerja, bila kerajaan buat pembangunan pun salah juga, macam mana bro, takkan modal cukai nak digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan prasarana, nanti akan disalahkan juga....

    ReplyDelete
  12. Johor pada waktu ini adalah negeri yg terkaya di Malaysia kerana sejak 5 tahun lepas kerajaan negeri menikmati surplus dari segala segi(expenditure,capital,budget,earning). Pembayaran income tax penduduk tempatan shj dah melebihi national average. Aku harap kerajaan pusat lepaskan shj negeri2 di bawah kuasa PR skrg ni. Tumpukan shj negeri2 yg sedang dikuasai BN.

    ReplyDelete
  13. negeri johor skrg ni adalah negeri yg terkaya di Malaysia. utilities dan infrastructure di johor adalah yg termaju dan terbaik di Malaysia. Kerajaan johor sebenarnya menguruskan negeri dgn baik. sejak 5 tahun lalu kerajaan negeri sudah menikmati surplus dari segala segi(capital, expenditure, budget, earnings). Pembayaran income tax penduduk tempatan dah melebihi national average. Semua ini dilaburkan utk kemudahan penduduk johor. BN kena tumpukan sokongan utk negeri2 yg sedang dikuasai termasuk Johor. Tinggalkan dulu selangor dan penang.

    ReplyDelete
  14. harap rakyat johor x jd mcm kami melayu di pulau pinang yg kini kehilangan tanah2 milik melayu kepada bangsa asing akibat kerakusan pemimpin2 yg terdahulu...bukan umno yg mengkhianati org2 melayu di pulau pinang tetapi pemimpin2 umno yg terdahulu yg mengkhianati kami akibat tamakkan debu2 dunia serta mengkhianati amanah yg kami berikan...sekarang nak patah balik pun xboleh biarpun sampai menangis air mata darah sekalipun...tolak lah mana2 pemimpin yg telah mengkhianati kita,biar rebeh tp jangan roboh...

    ReplyDelete
  15. Kadar harga tanah masa pengambilan murah sebab tanah tu tanah selut sbb tu nilai rendah..bila dah tambak memang la meningkat harganya..tok janggut klau beli tanah paya x kan rm10 kaki persegi lepas di tambak jual balik rm20.amik untung sikit jer..saya anak johor alu2kn klau tok janggut orang melayu mampu beli lah apa yg bole di beli di danga bay atau di nusajaya.rasanya kerajaan johor tak halang orang melayu klau mampu nak beli.jangan la kerana atas nama melayu bila x mampu nak salahkan pulak pemimpin membuat pembangunan yang banyak manfaatnya utk rakyat johor dan luar johor dari segi peluang pekerjaan,ekonomi dan nilai tanah...

    ReplyDelete
  16. Kadar harga tanah masa pengambilan murah sebab tanah tu tanah selut sbb tu nilai rendah..bila dah tambak memang la meningkat harganya..tok janggut klau beli tanah paya x kan rm10 kaki persegi lepas di tambak jual balik rm20.amik untung sikit jer..saya anak johor alu2kn klau tok janggut orang melayu mampu beli lah apa yg bole di beli di danga bay atau di nusajaya.rasanya kerajaan johor tak halang orang melayu klau mampu nak beli.jangan la kerana atas nama melayu bila x mampu nak salahkan pulak pemimpin membuat pembangunan yang banyak manfaatnya utk rakyat johor dan luar johor dari segi peluang pekerjaan,ekonomi dan nilai tanah...

    ReplyDelete
  17. Kadar harga tanah masa pengambilan murah sebab tanah tu tanah selut sbb tu nilai rendah..bila dah tambak memang la meningkat harganya..tok janggut klau beli tanah paya x kan rm10 kaki persegi lepas di tambak jual balik rm20.amik untung sikit jer..saya anak johor alu2kn klau tok janggut orang melayu mampu beli lah apa yg bole di beli di danga bay atau di nusajaya.rasanya kerajaan johor tak halang orang melayu klau mampu nak beli.jangan la kerana atas nama melayu bila x mampu nak salahkan pulak pemimpin membuat pembangunan yang banyak manfaatnya utk rakyat johor dan luar johor dari segi peluang pekerjaan,ekonomi dan nilai tanah...

    ReplyDelete
  18. Pembangunan diJohor dewasa ini memeng membangakan dan juga membimbangkan terutama bagi orang Melayu yang bukan dan terkeluar dari kumpulan sasar didalam pembangunan itu.
    Pembangunan memang dialu-alukan dan Melayu Johor sama sekali tidak menolak pembangunan ,tetapi kalau sesatu pembangunan bolih menyebabkan keada'an ketidakseimbangan sebagini kesudahanya akan amat parah apatah lagi sesatu pembangunan itu ada agendanya tersendiri dan para pemimpin Melayu menjadi buta mata dan hati untok melihatnya,maka riskonya akan dibayar olih Melayu sendiri.
    Rasanya diJohor ini ramai sangat orang yang berpengaroh dan pengarohnya sukar disangah ,maka kesempatan ini diambil bagi mereka yang mempunyi niat dan berkepentingan bagi mengaut apa yang ada dan mengnepikan apa yang hak.
    Diberitakan masih ramai lagi rakyat melayu Johor yang hidup daif ,memakan apa sahaja yang jumpa tampa mampu membeli pingan untok menghidangkanya dan mengutip pakaian yang hanyut disungai untok dipakai seharian. Bayangkan berapa daifnya kalau hidup sebagini jangan difikirkan api letrik ,air minuman pun dicedok disungai. Keada'an ini diberitakan belaku dikampong pendalaman Sungai Tiram didaerah Johor Baharu sendiri melibatkan lebihkurang 10 keluarga Melayu dan sehingga kini tiada maklumat mengatakan ada sesiapa yang ambil peduli.
    Apa gahnya pembangunan kalau masih ada rakyat yang bergantong hidup dengan memakan puchok dan daun disekeliling tampa nasi, jauh sekali pingan untok dihidangkan.

    ReplyDelete
  19. org melayu jgn risau k, kat masai, kulai kita mampu beli...biarkan bandar pnuh ngan cer ngan sgpork...kita balik kmpung balik pon xpe

    ReplyDelete
  20. Senibong Cove di Permas, Fasa 1 masih ada unit-unit bumiputra dengan harga bermula 600k. Fasa kedua dah tak ada unit bumi dengan harga bermula 1.2mil dan sasaran memang pembeli asing. Anak negeri hanya mampu memandang. Sudahlah nak bekerja terpaksa berebut dengan bangla, indon, myanmar, filipinos. Nak cari rumah pun terpaksa bersaing juga. Sampai masa, kita bakal merempat di bumi sendiri!

    ReplyDelete
  21. melukut di tepi gantang adalah sasaran kami orang melayu johor....kepada para pemimpin yang kami sokong, tolonglah tunaikan hasrat dan cita cita kami ini. terus laksanakan pembangunan yang akan terus terusan menghalau kami dari bumi tercinta ini dan jemputlah seramai orang terutama tuan-tuan CINA dan tuan-tuan besar SINGAPORK datang bertandang...buatkanlah mahligai dan istana untuk mereka semua....

    ReplyDelete
  22. MB sedang main ghazal da...

    ReplyDelete
  23. Nasi bakal menjadi bubur untuk Melayu Johor. Pemimpin kita bagi org2 Melayu makan bubur saja....itupun selalu rakyat kena ungkit. Bangsa lain & warga luar di bagi makan nasi berlauk. Selamat datang ke wilayah utara Singapura-pura...

    ReplyDelete
  24. ORG JOHOR JGN KAU LUPA PAKLAH...LIHAT KEBELAKANG SIAPA JD PPM TAK TAU APA APA TAPI BUAT TEBALKAN POKET DIA BIJAK PULAK..TAK LAMA LAGI ORG JOHOR BOLEH TINGGAL DI MEDAN INDON..SEBAB TANAH RUAH DAN HARTA SEMUA DA MILIK RAKYAT SINGAPURA. TAK LAMI LAGI MINUM KOPI HARGA SECAWAN 12.50 PADAN MUKA HI HI

    ReplyDelete
  25. Anak Kecil Main Api

    ReplyDelete
  26. Hari ni keluar iklan di Utusan Malaysia berkenaan beratus tawaran hartanah Bumiputra di Johor, rata-rata harga lebih RM500,000 se lot. Melayu dari benua mana agak-agaknya yang dapat beli ni semua?? Aku percaya ramai Melayu dapat beli hartanah ni kalau dikira dengan banyaknya kereta-kereta mewah yang menjalar dijalanraya sekarang. Sebut sahaja model baharu yang keluar, ramai Melayu-melayu berlumba membelinya, mau tunjuk yang mereka mewah dan berkemampuan walaupun untuk sekadar 4 bulan.

    Cuma satu sahaja yang aku takut bila aku fikirkan dengan otak aku yang purba ini...katakan Melayu tak mampu untuk memiliki hartanah-hartanah yang mahal-mahal ini, kesudahannya bangsa asing ( Cina ) yang akan mengambil alih. Mereka pun sebenarnya bukan mampu pun tetapi mereka ini lebih mudah mendapat pinjaman kerana bank-bank di Malaysia lebih percaya Cina ada duit dan mampu membayar balik hutang. Lagi pun ramai Melayu yang baru belajar berniaga sampai sekerat jalan dibankrupkan oleh bank atau disenarai hitam melalui CITOS yang dijalankan dan diurus oleh syarikat Cina.Pusing keliling, Melayu juga yang tak ada modal dan tak mampu membeli.

    Akhirnya hartanah ini semua dimiliki oleh bukan Melayu samada dari Malaysia atau Singapura. Aku katakan 'semua' kerana kuota Bumiputera pun dimiliki secara proxy oleh bukan Melayu.

    Cina Singapura tinggal di Johor. Mereka bawa masuk dan kawin dengan Cina benua dan Cina Vietnam. Dengan cara biasa (under disguise/counter) mereka memperolehi status PR dalam masa singkat disebabkan sumbangan ekonomi dan teknologi. Anak-anak mereka secara otomatis menjadi warganegara Malaysia. Aku rasa dalam masa tidak sampai 15 tahun Johor akan mengalami satu letupan populasi ( population explosion). Dengan secara tiba-tiba terdapat 400 ribu rakyat baharu bukan Melayu di Johor dimana 7 tahun kemudian mereka semua layak mengundi. Pada masa itu agak-agaknya mereka akan memilih UMNO atau DAP/PAP??

    Sejarah 1511 roboh Kota Melaka. Sultan Melaka melarikan diri. Hang Tuah menghilangkan diri dengan meninggalkan pesan "Tidak Melayu hilang di dunia". Aku takut 2040 Istana Johor runtuh, Orang Besar Johor mau pesan apa pada waktu itu? Semasa Hang Tuah meninggalkan pesanan terakhirnya itu, sebak dihatinya kerana dia sedar bahawa Melayu tidak mampu mempertahankan Melaka pada masa itu, dan dia juga takut Melayu tidak mampu mempertahankan tanah tumpah darah ini selama-lamanya.

    Sapertimana di Tebing Barat dan Gaza, pembangunan paksaan dilakukan oleh Yahudi. Beribu rumah-rumah ini akan dihuni oleh Yahudi. Mereka membawa masuk Yahudi dari luar Israel, kawin dan beranak pinak. Sementara anak-anak kecil bangsa Palestin diletupkan perut dan kepala dengan bom dan peluru berpandu. Rakyat Palestin sekarang hanya menduduki kolong di tanah gersang dan satu kerusi diPBB, sementara Yahudi merampas tanah tinggi yang strategik dan lembah yang subur manakala mereka menduduki beribu rumah baharu.

    Alasan apakah pembangunan besar giler di Johor ini? Untuk Melayukah ini semua?

    ReplyDelete
  27. Hari ni keluar iklan di Utusan Malaysia berkenaan beratus tawaran hartanah Bumiputra di Johor, rata-rata harga lebih RM500,000 se lot. Melayu dari benua mana agak-agaknya yang dapat beli ni semua?? Aku percaya ramai Melayu dapat beli hartanah ni kalau dikira dengan banyaknya kereta-kereta mewah yang menjalar dijalanraya sekarang. Sebut sahaja model baharu yang keluar, ramai Melayu-melayu berlumba membelinya, mau tunjuk yang mereka mewah dan berkemampuan walaupun untuk sekadar 4 bulan.

    Cuma satu sahaja yang aku takut bila aku fikirkan dengan otak aku yang purba ini...katakan Melayu tak mampu untuk memiliki hartanah-hartanah yang mahal-mahal ini, kesudahannya bangsa asing ( Cina ) yang akan mengambil alih. Mereka pun sebenarnya bukan mampu pun tetapi mereka ini lebih mudah mendapat pinjaman kerana bank-bank di Malaysia lebih percaya Cina ada duit dan mampu membayar balik hutang. Lagi pun ramai Melayu yang baru belajar berniaga sampai sekerat jalan dibankrupkan oleh bank atau disenarai hitam melalui CITOS yang dijalankan dan diurus oleh syarikat Cina.Pusing keliling, Melayu juga yang tak ada modal dan tak mampu membeli.

    Akhirnya hartanah ini semua dimiliki oleh bukan Melayu samada dari Malaysia atau Singapura. Aku katakan 'semua' kerana kuota Bumiputera pun dimiliki secara proxy oleh bukan Melayu.

    Cina Singapura tinggal di Johor. Mereka bawa masuk dan kawin dengan Cina benua dan Cina Vietnam. Dengan cara biasa (under disguise/counter) mereka memperolehi status PR dalam masa singkat disebabkan sumbangan ekonomi dan teknologi. Anak-anak mereka secara otomatis menjadi warganegara Malaysia. Aku rasa dalam masa tidak sampai 15 tahun Johor akan mengalami satu letupan populasi ( population explosion). Dengan secara tiba-tiba terdapat 400 ribu rakyat baharu bukan Melayu di Johor dimana 7 tahun kemudian mereka semua layak mengundi. Pada masa itu agak-agaknya mereka akan memilih UMNO atau DAP/PAP??

    Sejarah 1511 roboh Kota Melaka. Sultan Melaka melarikan diri. Hang Tuah menghilangkan diri dengan meninggalkan pesan "Tidak Melayu hilang di dunia". Aku takut 2040 Istana Johor runtuh, Orang Besar Johor mau pesan apa pada waktu itu? Semasa Hang Tuah meninggalkan pesanan terakhirnya itu, sebak dihatinya kerana dia sedar bahawa Melayu tidak mampu mempertahankan Melaka pada masa itu, dan dia juga takut Melayu tidak mampu mempertahankan tanah tumpah darah ini selama-lamanya.

    Sapertimana di Tebing Barat dan Gaza, pembangunan paksaan dilakukan oleh Yahudi. Beribu rumah-rumah ini akan dihuni oleh Yahudi. Mereka membawa masuk Yahudi dari luar Israel, kawin dan beranak pinak. Sementara anak-anak kecil bangsa Palestin diletupkan perut dan kepala dengan bom dan peluru berpandu. Rakyat Palestin sekarang hanya menduduki kolong di tanah gersang dan satu kerusi diPBB, sementara Yahudi merampas tanah tinggi yang strategik dan lembah yang subur manakala mereka menduduki beribu rumah baharu.

    Alasan apakah pembangunan besar giler di Johor ini? Untuk Melayukah ini semua?

    ReplyDelete
  28. Inilah sbb tun mahathir x setuju wilayah pembangunan iskandar.sbb akan menindas org melayu...jutawan singapore byk melabur..diaorg rampas tanah johor scr halus...tun abdullah x fikir pjg

    ReplyDelete
  29. KPRJ...Kumpulan Penyamun Rakyat Johor...

    ReplyDelete
  30. apa boleh buat kerana duit kampong tergadai .. alamatnya orang melayu tido bawah jembatan jelah nak buat macam mana ...

    ReplyDelete
  31. Tiada 1 orgpun rakyat malaysia yg menolak pembangunan.tetapi biarlah pembangunan itu tidak mengetepikan org melayu.dijhr misalnya,segala pengkhianatan ghani othman,h20,norjazlan dan semua barisan exco kerajaan negeri terhadap org melayu tidak dpt dinafikan lg.mereka perlu bertanggung jwp diatas perbuatan merwka...

    ReplyDelete
  32. Kami org melayu jhr yg taat dgn umno tidak akan menyokong kepimpinan gahni othman dan semua pemimpin melayu yg tidak jujur terhadap org melayu...kami juga berharap semua mereka yg menyalah gunakan kuasa dikenakan tindakan tegas supaya menjadi pengajaran kepada org lain...

    ReplyDelete
  33. H20,NURJAZLAN,GHANI OTHMAN dan hampir semua exco kerajaan negeri adalah anjing kurap belaan LIM KANG HOO...dia org semua pembawa malang pd kerajaan negeri jhr...pembawa sialpun yea gak tu...

    ReplyDelete
  34. Baru tau ke Kang Ho tu kan Kroni Hishamuddin dan Ghani Othman jadi balaci dia. Masa baru jadi MB dulu Ghani x de grassroot pun di johor hsrap Hishamuddin backing di Parlimen Pagoh. Patut Danga Bay tu dah dpt pada org Muhyiddin, tspi Ghani bagi kat Kang Ho, Ekovest. ekovest ni dulu bust jalan Felda.je dia boleh tapi adik Hishsmuddin bagi sub projrk Duke Hiway, bodoh punya Ghani celaka punys Hishsmuddin

    ReplyDelete
  35. Anonymous Dec 8, 2:28: Kita memang harap pemimpin2 Umno yg membawa malang pada org2 Melayu tu agar bersaralah. ...apa lagi yg tak cukup! Jangan sampai Umno yg begitu banyak jasanya, dituduh menjual Melayu & negara, gara2 pemimpin yg tidak jujur dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  36. Pemimpin2 begini akan membawa kehancuran pada parti Umno. Rakyat dah muak, menyampah & sentiasa menyumpah! Tukar sebelum rakyat menukar parti!

    ReplyDelete
  37. Salam bro... Hebat blog bro... Mohon dilinkkan blog teman ke blog bro... http://kamuntingcentral.blogspot.com/ TQ bro...

    ReplyDelete
  38. Salam bro.. Hebat blog bro.. Mohon di pautkan blog teman ke dlm blog bro.. http://kamuntingcentral.blogspot.com/ TQ tokk...

    ReplyDelete
  39. Perkara sebegini tidak boleh bertindak sembrono sahaja. Kenalah dilihat dengan berhati2. kita sedia maklum akan perkara ini sebelum petikan ini. Pada hari ini telahpun nampak sedikit demi sedikit perkara. adakah perlu diperbuat sepertimana dahulu almarhum dato' onn dititah agar hidup sebagai seorang marhaen? adakah perlu diulang sebegitu.. agar puak juak yang memerintah faham akan derita kaum rakyat jelata dan menjunjung perjuangan rakyat?

    Cunda Mohd Shah

    ReplyDelete
  40. Kalau ghani othman,Hishamuddin dan Nurjazlan ada marwah,baik bersara dari dunia politik tanah air sebelum rakyat menghukum mereka pd pru yg akan datang.

    ReplyDelete
  41. Menyumpahnya org melayu johor terhadap ghani othman dan semua barisan exco kerajaan negeri sudah sampai ke tahap yg sgt membimbangkan.Nasihat saya,berundurlah sebelum hilang marwah dlm politik.

    ReplyDelete
  42. Hishamuddin tgh loby tuanku untuk norjazlan jd mb jhr.kalau semua ni berlaku maka terimalah hakikat org melayu jhr akan merempat ditanah tumpah darah mereka sendiri.sbbnya sama norjazlan tu anjing kurap yg lim kang hoo bela jugak.

    ReplyDelete
  43. Kita bukan anti pembangunan tetapi pembangunan tu mestilah memberi keuntungan kepada bangsa kita. Tiada gunanya membangun dengan begitu pesat bila realitinya org Melayu semakin terpinggir.

    Tahniah Ghani Othman... Teruskan perjuangan anda. Ada byk lagi tanah milik kerajaan dan juga GLC kerajaan yg boleh digadaikan.

    Rasa2 pasni nak belasah JCorp. Sy cadangkan pd Ghani utk gadai YPJ, PKEINJ dan lain2. Alang2 nk sapu .. biar smp muntah ke lubang kubur.

    Sy syg kan BN. Ttp jika Ghani masih lg jb MB, undi sy tidak sekali2 pergi ke BN.

    ReplyDelete
  44. Hidup Melayu Johor! !! Kembalikan kegemilangan kita...!

    ReplyDelete
  45. Slm semua... apa yg terjadi d Danga bay ... sama yang terjadi d Lembah Sireh kota bharu kelantan .. feel orang orang melayu sama saja .. janji dapat utk diri n keluarga ..
    Fikir kan lah bangsa ku Melayu ..

    ReplyDelete
  46. Jahanam org Melayu kalau pemimpin berperangai begitu!!!!

    ReplyDelete
  47. bagi aku plak...

    selagi ada kesultanan melayu johor dan UMNO yg kuasai kjaan johor...

    selagi tu kita tak akan risau apa2...

    soal tanah ni adalah soal state. kuasa mutlak pada tanah ini adalah kuasa kjaan negeri..

    besar mana pun tanah yg org cina beli, kalau kjaan negeri dan sultan nak ambil balik, mereka boleh ambil bila2 masa saja...

    Kanun tanah negara 62 dibolehkan untuk ambil tanah org ramai dgn maksud awam...

    tu kuasa kjaan persekutuan...tapi kuasa kjaan negeri dan sultan pada tanah adalah mutlak..

    pembangkang suka mainkan isu ni sbb mereka tau ramai rakyat yg tidak tau...

    sbb tu pembangkang suka bakar sentimen rakyat yg mengapi2kan bahawa sultan membazir dan kjjan boros..

    supaya kjaan UMNO jatuh dan sultan digulingkan, barulah masa itu puak2 komunis dan cina cauvanis nak kuasai ekonomi dan tanah secara mutlak...

    berhati2 la dgn permainan mereka ini, mereka boleh mencuba tapi pengetahuan yg betul akan menolak fitnah mereka..

    wallahuaklam.

    jln antoi
    kg melayu

    ReplyDelete
  48. Ghani dah beraja dihati bersultan dimata.aku cabar sultan johor supaya merampas semua tanah yang telah diberi kepada lim kang hoo dalam masa 1 bulqn dari sekarang!!!!...berani?.

    ReplyDelete
  49. Anon 6:56...Kalau jln antoi, orang Johor cakap di Majidee Baru, bukan Kg Melayu.. ..dan perbincangan di atas rasanya berkaitan tukar pemimpin, bukan tukar parti....Sultan memang tak boleh ditukar. Dan jangan risau, kat Msia ni ada ramai Sultan....kita tak akan jadi negara republik. Walaubagaimanapun, terima kasih kerana mengingatkan hak pihak berkuasa negeri di dalam Kanun Tanah Negara.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..