Saturday, November 3, 2012

TSMY memimpin sumpah Baiah..!

TENTU kita masih ingat dan seluruh perwakilan di Persidangan Agung UMNO 2011 tidak lupa bila mereka mengangkat `baiah’ sumpah taat setia yang diketuai oleh Timbalan Presiden UMNO,Muhyiddin Yassin bagi melangsungkan perjuangan UMNO memartabatkan agama,bangsa dan Negara bersama seluruh pimpinan tertinggi UMNO untuk menerima sesiapa sahaja calon-calon PRU13 yang akan ditentukan oleh Presiden dan akan memastikan calon-calon yang dipilh Presiden itu menang besar dalam pilihanraya nanti.

Perwakilan ketika itu memberikan mandat yang cukup besar serta kepercayaan yang tinggi kepada Presiden untuk memilih calon dan akan memastikan calon-calon pilihan Presiden itu disokong penuh untuk menang dan Presiden pula berjanji akan betul-betul memilih calon yang boleh menang untuk diketengahkan bagi mempertahankan kerajaan yang ada serta akan menggugur ataupun tidak memilih sebagai calon walaupun mereka itu adalah rakan rapat beliau,orang yang datang untuk melobi,menggunakan orang tengah maupun pegawai-pegawainya sendiri.

Malah PM Najib juga memberikan keyakinan bahawa tidak semestinya Ketua Bahagian yang dipilih sekiranya mereka bukan `winnable candidate’,malah penyandang sedia ada pun harus bersedia untuk digugurkan sekiranya mereka tidak boleh menang dalam pilihanraya nanti. Nampak jelas ketegasan Presiden ketika itu dan kita harap kekal ketegasan itu hingga ke hari ini!

Baiah bukan perkara yang main-main. Rukun Baiah ada sepuluh iaitu Faham, Ikhlas, Amal,Jihad,Pengorbanan.Taat, Tetap pendirian,Tajarud (bertekad), Ukhwah,Thiqah (kepercayaan) dan rukun ini adalah akujanji yang dilafazkan jangan hanya dilihat sebagai retorik politik semata-mata kerana baiah di dalamnya ada hubungkait dengan akidah seseorang malah sekiranya Presiden melanggar baiah itu,bukan sahaja Presiden,UMNO sendiri bakal berdepan dengan petaka yang cukup besar.Begitu juga dengan perwakilan,sekiranya mereka melanggar baiah yang mereka lafazkan itu,mereka juga akan menghadapi keadaan petaka serta hukuman yang sama.

Namun adakah baiah itu tidak terbatal sekiranya Presiden memilih calon-calon tersebut bukan melalui saluran yang betul ,bukan menepati kehendak Rakyat DiDahulukan dengan hanya menerima bulat-bulat senarai nama-nama calon yang diserahkan kepadanya?

Adakah baiah itu masih dikira `suci’ seandainya senarai nama-nama yang akan diumumkan nanti adalah datang dari satu sumber ataupun dicadangkan oleh orang-orang tertentu ataupun Najib melantik orang-orang tertentu bagi menyenaraikan calon-calon untuk PRU13 sedangkan nama-nama tersebut ditolak oleh rakyat di kawasan masing-masing.Mereka dipilih hanya kerana mereka orang Presiden.mereka dipilih hanya kerana mereka kawan rapat orang yang ditugaskan memilih.

Perhimpunan yang menjadi saksi...!
Bila calon-calon tersebut tidak menepati kehendak ramai dan Najib melanggar syarat baiah yang dilafazkan,adakah salah sekiranya wujud sabotaj calon kerana perwakilan dan rakyat mahu calon-calon yang bersih,dilihat bersih ataupun benar-benar bersih dipilih dan mereka akan merasa terpedaya serta tertipu apabila calon PRU13 yang Najib umumkan bukanlah calon pilihan ramai dan mereka ini tidak ada pilihan hingga terpaksa sabotaj pencalonan tersebut ataupun menolak mereka ini dalam pilihanraya nanti.

Mereka ini  tidak akan merasa bersalah maupun berdosa menolak baiah yang sama-sama mereka lafazkan apabila semua calon-calon tersebut dilihat mempunyai kepentingan ataupun orang-orang yang dekat dengan Presiden kerana Presiden dilihat oleh mereka tidak mendengar suara akar umbi sebelum membuat keputusan.Presiden tidak mendengar denyut nadi rakyat dengan memilih Ketua Bahagian ataupun penyandang jawatan yang semakin dibenci oleh rakyat dan pengundi.

Kita sedar Najib berdepan dengan masalah dalam memilih calon-calon ini tetapi sekiranya Najib bertegas dengan segala kenyataan awalnya untuk menolak sebarang lobi,mengenepikan sentimen sahabat ataupun pegawai,kita yakin dan amat pasti bahawa Najib akan diluruskan keputusannya untuk membuat keputusan yang betul dan tepat.

Malah kita amat yakin dengan pemilihan calon-calon yang betul dan mengekalkan penyandang jawatan yang tepat  untuk bertanding nanti,pembangkang akan gulung tikar di PRU13 ini malah PAS dan PKR akan kehilangan banyak kerusi yang pernah mereka menangi sebelum ini.Bakt kata seorang ulamak,Najib harus melakukan solat sunat Isthikarah sebelum membuat keputusan bagi mendapat petunjuk dari Allah dan bukannya ditunjuk oleh orang lain.

Asas pemilihan dan keputusan yang Najib bakal laksanakan mesti menjadikan 10 Rukun Baiah itu sebagai penanda aras dan kalau kebijaksanaan Najib memimpin negara telah terbukti,Najib kena buktikan demi kuasa yang mahu UMNO pertahankan.jangan sesekali tersalah pilih.



2 comments:

  1. jangan sibuk calon Bro. Kalau polisi macam sekarang ni, calon apa pun silap-silap tumbang BN ni

    ReplyDelete
  2. kalau BN tumbang dan kerajaan baru tertubuh baru rakyat boleh buat perbandingan.sebagai contoh sekarang ni rakyat p.pinang,kedah dan selangor tentu dah merasai pemerintahan mana yg terbaik,bagi rakyat kelantan kerajaan pas adalah yg terbaik baginya,bagi rakyat terengganu sepangal dibawah pemerintahan pas mengajarnya membuat pilihan terbaik,bagi perak pula mungkin hanya sebab teknikal saja.sabah pula masih sukar mencari yg terbaik.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..