Wednesday, October 31, 2012

Benarkah JJ yang menyusun calon PRU13?

BILA Setiausaha Agung UMNO,Tengku Adnan Tengku Mansor mendedah serta menafikan bahawa UMNO maupun BN tidak pernah melantik  ataupun memberi izin kepada mana-mana  individu untuk memilih atau mengenalpasti nama-nama calon bagi disenaraikan pada PRU13 nanti  sekaligus menutup gerakan seorang pemimpin UMNO yang juga dikatakan sebagai orang kepercayaan PM Najib yang sedang ligat menyusun senarai calon-calon ketika ini.

Kenyataan tegas Tengku Adnan itu juga mungkin lahir setelah beliau menyedari ataupun dimaklumkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa ada yang mengaku rapat dan diberi kuasa oleh Presiden parti bagi menyenaraikan nama-calon untuk PRU13 nanti dan tindakan Ku Nan ini betul dan tepat pada waktunya kerana UMNO ada lebih kurang 16 agensi yang membantu mengenalpasti calon-calon `winnable candidate’ dan bukannya `cable candidate’ dan tugas mengenal pasti calon ini bukan dari individu terbabit.

Malah pemimpin yang dimaksudkan sudah pun menjelajah ke beberapa buah negeri termasuklah mengadap Ketua Negeri masing-masing yang bukan sahaja berkenaan dengan nama calon malah difahamkan memohon restu untuk pertukaran nama Menteri Besar dengan nama yang beliau cadangkan termasuklah di Johor dan di Pahang,negeri kelahiran Presiden UMNO  bila pemimpin ini secara semborono mahu melakukan transformasi politik mengikut acuan beliau,alasannya Presiden parti yang suruh dan beliau orang kepercayaan Presiden.

Malah di kawasan beliau sendiri pun,beliau tidak menyenaraikan kesemua pemegang jawatan ADUN dan mahu digantikan dengan semua muka baru dan tindakan ini dilihat seperti beliau mahu membentuk empayar politiknya tersendiri tanpa cabaran terutamanya dalam pemilihan parti nanti dan kesemua nama-nama calon yang dikenalpasti bukan dari kalangan yang `boleh menang’ tetapi menyirat kepentingan peribadi.

Seandainya PM Najib terpedaya dengan helah individu yang dikenali sebagai rakan rapatnya ini  ataupun `inner circle;nya ini, nasib Najib akan sama dengan Pak Lah apabila terlalu mempercayai orang-orang yang rapat dengannya dan menelan bulat-bulat keputusan yang dibuat itu tanpa menyelidiki  asas pencalonan  tersebut,segala tansforamsi politik serta janji Najib untuk menolak pencalonan walaupun dari kalangan rakan rapatnya demi mementingkan kemenangan besar parti dalam PRU13 nanti hanya tinggal cakap-cakap semata-mata.Najib kena ambil iktibar di atas segala kejadian yang menimpa Pak Lah.

Malah pemimpin yang dikatakan penuh dengan masalah moral ini termasuklah satu kes polis jika tidak dibendung lajaknya menentukan senario politik tanahiar ianya bakal memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada PM Najib malah kepada UMNO itu sendiri dan Najib harus berhati-hati bagi menjamin survival politik UMNO dan dikatakan juga pemimpin ini bakal menjadi liabaliti kepada Najib dan UMNO jika terus kekal bertanding nanti.

Menjaja nama Najib yang suruh cari calon merupakan satu tindakan ataupun perbuatan yang paling tidak bermoral kerana calon-calon yang disenaraikan itu boleh diibaratkan ramai yang kalah sebelum bertanding dan sebarang laporan mengenai prestasi calon ini di kawasan masing-masing perlu ditapis sewajarnya kerana ada juga yang mendakwa laporan dari agensi  seperti JASA ataupun BTN harus mengikut telunjuk beliau sebelum disampaikan kepada PM Najib.

Kenyataan tegas Ku Nan tutup spekulasi!
Najib tidak akan terus kekal sebagai Perdana Menteri jika hanya beliau seorang sahaja yang menang dalam PRU13 nanti dan Najib kena yakin dan percaya andainya ada berita disampaikan kepadanya oleh pemimpin ini,itu semua cerita bohong dari orang yang bodoh sombong!

Bila kenyataan Tengku Adnan itu timbul,ramai yang menuding jari  dan berpaling ke arah Jamaludin Jarjis (JJ) yang dikatakan sedang menjalankan gerakan menyusun nama-nama calon ini dan kita berharap bukan JJ yang dimaksudkan dan kalaulah benar JJ orangnnya di sebalik semua gerakan ini,PM Najib bakal menerima petaka sepertima mana zaman Pak Lah satu ketika dulu apabila 3K dikaitkan sebagai punca kejatuhan Pak Lah dari tahta Perdana Menteri.

Kita tidak nafikan JJ mempunyai hubungan yang amat akrab dengan PM Najib tetapi PM Najib pula janganlah menganggap keakraban itu sebagai satu tiket untuk beliau menyerahkan segala tanggungjawab parti kepada JJ kerana kita bimbang keakraban tersebut disalahgunakan dan kalau benar Najib tidak memberi izin kepada mana-mana pemimpin termasuklah JJ sendiri,PM Najib perlu berterus terang bahawa JJ bukan orangnya dan bersetuju dengan kenyataan Ku Nan bahawa tidak ada pemimpin poilitik yang beliau arahkan bagi mengenalpasti calon-calon untuk PRU13 nanti kerana beliau ada kaedah tersendiri.

Dan kalau JJ merasakan bahawa bukan beliau individu yang dimaksudkan,beliau kena berterus terang dan membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat  dan tidak berkuasa menentukan siapa calon dan bukan orang yang dimaksudkan sedang  menyusun senarai calon-calon bagi PRU13 nanti.

Kita tidak mahu semua usaha keras Najib selama ini memperkasa parti dan mereformasikan politik UMNO menjadi sia-sia sekiranya dalam masa yang sama beliau dikelilingi oleh musang-musang berbulu ayam yang mengkhiantinya dari dalam. Kita tidak mahu Najib tersalah pilih calon,Najib ingat winnable tetapi rupanya `cable candidate’ yang disusun oleh orang-orang tertentu.

Dan Najib haru mengarahkan gerakan menyusun calon-calon ini dihentikan dan kalau terus dibiarkan berterusan,Najib kena bersedia untuk menjadi imam bagi mentalkinkan UMNO dan BN selepas PRU13 nanti.

1 comment:

  1. Salam,

    JJ nie memang penyakit. Dengar citer masa nak buat sambutan merdeka ogos lalu pun dia sibuk melantik diri sendiri menjadi pengurusi acara sambutan hari merdeka.

    Tanya la dgn staff kementerian yg dia jaga dulu.. Banyak tak suka sikap mata duitan dia nie..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..