Wednesday, August 22, 2012

"Saya tetap pertahankan agama saya..!"
PAS sudah terlajak jauh dan telah meninggalkan jauh-jauh asas perjuangan dan pertubuhan mereka sebagai sebuah parti politik berlandaskan Islam ,mereka telah sesat dan mereka tidak mungkin kembali untuk menginsafi bahawa perjuangan mereka telah dinodai dan apa yang sedang berlaku hari ini dalam parti tersebut adalah permulaan kepada sebuah kehancuran perjuangan mereka atas nama kesyumulan Islam dan pembalasan Tuhan,

Mungkin ini balasan yang mereka akan terima di atas segala perbuatan  dan tindakan mereka selama ini terhadap agama,mempermainkan hukum-hukum Islam,mempersendakan Al Qur`an dan sunnah malah setelah sekian lama parti itu dengan sombong dan angkuh melacurakn agama untuk kepentingan politik,hari ini PAS sedang dan bakal berdepan dengan hukuman yang memungkinkan parti itu ditalkin awal dari apa yang kita jangkakan ataupun menjadi hamba abdi kepada DAP dan PKR atauun mungkin terus menjadi badut  yang meloyakan di pentas-pentas ceramah.

Bermula dari konflik Hassan Ali hingga beliau dipecat daripada PAS kerana mempertahankan akidah Islam kini bakal menyusul mantan Timbalan Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Bachok,Ustaz Nasharuddin Mat Isa  mungkin akan menghadapi tindakan sayng sama sepertimana menimpa Hassan Ali apabil beliau dengan lantang mempersoalkan keceluparan serta kebiadapan Karpal Singh terhadap Islam.

Dua pemimpin ini sahaja dalam PAS yang lantang mempertahankan Islam sedangkan pemimin lain termasuk kepimpinan ulamak terus menjadi syaitan-syaitan bisu dengan menelan segala penghinaan terhadap agama,bangsa dan Negara.Yang lain tidak berani walau sepatah pun menyanggah segala kebiadapan kafir-kafir harbi ini terhadap Islam

Kebersamaan yang mengundang kemarahan Erdogan
Karpal Singh adalah Pengerusi DAP tempat PAS sedang bergantung harap hari ini  mungkin Tuhan baru kepada PAS atas nama mengejar kuasa dan kita percaya kepimpinan PAS akan bersama-sama Karpal Singh dan DAP untuk turt sama mencela tindakan Nasharuddin kerana PAS sudah hlang akidah politiknya dan kiblat baru PAS hari ini adalah DAP dan PKR.

Karpal Singh memfailkan di mahkamah kononnya Nasharuddin  menuduhnya menolak Islam sedangkan beliau hanya menolak hudud manakal Nasharuddin bersedia untuk bersemuka dengan Karpal Singh di mahkamah bagi membuktikan bahawa Karpal adalah pengkhianat kepada agama Allah itu kerana bagi Nasha menolak hudud samalah seperti menolak Islam kerana hudud adalah sebahagian daripada hukum Islam.

Mahfuz Omar pula menganggap apa yang berlaku antara Karpal dengan Nasha tidak menggugah kebersamaan cita-cita mereka dalam pakatan pembangkang dan ini menampakan dengan jelas pendirian Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden PAS bahawa beliau sudah meunjukkan tanda-tanda menyokong Karpal Singh yang sekian lama telah menghina dan mengaibkan Islam.Ini sebahagian tanda-tanda pemimpin munafik yang berada di dalam PAS.

Karpal terus menghina Islam..
Kita percaya keberanian Karpal ini akan turut disokong oleh rakan-rakan lain dalam PAS yang dikatakan mendokong perjuangan Edrogan ataupun dikenali sebagai Anwarinas yang sebleum ini telah menolak kepimpinan ulamak dalam PAS.Keberanian Karpal ini kerana beliau percaya,beliau akan disokong sepenuhnya oleh kalangan pemimpin dalam PAS yang sedang gila mengejar kuasa.Bagi Karpal,masa depan PAS adalah ditangan DAP.

PAS sudah semakin hilang arah.Topeng agama yang mereka pakai selama ini semakin hari semakin terbongkar dan mula menampakkan wajah-wajah mereka yang sebenar.Selama ini mereka inilah yang begitu hebat di pentas ceramah kononnya mendokong perjuangan islam tetapi hari ini ternyata mereka ini adalah iblis-iblis tua yang sedang menyerupai manusia untuk menyesatkan umat Islam di Negara ini dan kalau disifatkan sebagai ubat,mereka ada ubat yang tamat tempoh yang boleh menjadi racun kepada sesiapa yang menggunakannya.

Ada ahli PAS yang sedar,ada kepimpinan di peringkar ranting mula kecewa tetapi kerana sekian lama mereka ini didoktrinkan dengan perjuangan PAS bahawa PAS itu agama,agama itu PAS,mereka ini tidak berani bersuara kononnya takut dikatakan derhaka kepada guru mereka walaupun guru-guru mereka itu sedang menunjukkan jalan sesat serta neraka  jahanam kepada mereka.

Tidak ramai kepimpinan PAS seperti  Hassan Ali dan juga Nasharuddin yang berani bersuara mempertahankan Islam apabila dicerca oleh rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang dan kerana keberanian serta kebertanggungjawaban Hassan Ali terhadap agama Allah,beliau membayar harga yang cukup mahal dengan diterajang daripada parti itu tanpa sempat menjawab tuduhan yang dilemparkan.

Kerana Islam beliau dipecat dari PAS
Nama-nama seperti  Mohamad Sabu,Husam Musa,Khalid Samad,Kamaruddin Jaafar,Salahuddin Ayub,Hatta Ramli,Dr Zulkifli Ahmad,Mahfuz Omar dan sekian nama lagi yang mengaku ulamak yang memperjuangkan Islam sesuangguh hanya memperalatkan agama untuk meraih undi daripada golongan yang buta mentafsir niat pemimpin ini.Kesemua mereka ini sedang menipu rakyat malah Nik Aziz dan Hadi Awang pula hanyalah seperti tong najis yang dipaksa oleh kepimpinan PAS untuk mengangguk dan mencari nas serta surah untuk menghalakan segala tindakan mereka bagi mempertahankan pakatan mereka dalam pembangkang.

Dalam PAS ada yang mahu bertaubat,ada yang mahu terus sesat dan dalam PAS sudah Nampak semakin jelas kerosakan demi kerosakan dan kita sedang menunggu masa untuk melihat PAS rebah ke bumi.Ini semua adalah balasan Allah terhadap ilmu politik sesat yang mereka amalkan selama ini.

1 comment:

  1. salam tuan..

    sungguh benar penulisan tuan ini..dahulunya pemimpin2 pas kawasan adalah mereka yg sentiasa merendah diri.. bila kalah dalam pilihanraya mereka tersenyum pahit sambil mengatakan perjuangan mereka bukan untuk menang negara tetapi untuk beritahu rakyat, masih ada orang islam yg perjuangkan hukum islam..

    namun setelah menang di banyak kawasan-bahkan negeri-mereka dihinggapi penyakit takbur,riak dan sombong-penyakit inilah juga yg menyerang pemimpin UMNO..impian untuk menegak negara islam telah lama hancur dan diganti dengan impian memilik,mempusaka,dan merampas Putrajaya..

    tuan,
    kalau dahulunya tok guru pujaan,sanjungan dan keramat mereka menghina Tun Dr Mahathir sebagai ubat tamat tempoh-maka ungkapan itu telah Allah terbalikkan dan terkena di batang tubuh mereka sendiri..belum pun mati, Allah dah tunjukkan kekuasaannya pada mereka..

    kalau dahulunya mereka tawaduk,merendah diri dan sentiasa berserah pada Allah bagi memenangkan mereka-hari ini mereka merendah diri,menghamba diri dan menghina diri dihadapan Kafir Laknatullah untuk memenangi secalit undi!!

    tuan,
    inilah musibah besar yg menimpa umat Islam pabila mereka menuduh pemimpin2 kerajaan sebagai taghut dan zalim seperti Namrud-namun di pihak mereka sendiri sanggup berpakat dengan Firaun,Qarun dan Haman untuk merampas kuasa-Na'uzubillah min zalik..

    --sekian tq--

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..