Thursday, August 23, 2012
6:47 PM
|
Hanya parti semata-mata.. |
Sesetengahnya yang terlebih
taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam
dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi
dianggap sama saja.
Beza antara parti politik
dengan agama langsung tidak terfikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman
bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian
dari agama".
Tanpa fikir panjang dek
kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian
dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.
Bagi kita yang waras dan
celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub penyokong PAS terhadap parti yang
mereka dukung itu sebagai satu kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun
sebelumnya mereka terlampau jahil murakkab.
Bila tiba seru mahu mencari
semula arah hidup tersalah langkah terus terjerumus pula dengan ajaran songsang
yang meletakkan PAS sebagai sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang
memperjuangkan Islam.Malah hari ini seudah ada usaha gila menjadikan serta mengelirukan rakyat kononnya PAS itu adalah sebahagian daripada Rukun Islam,menolak PAS bermakna tergelincir daripada agama Islam.
Yang sebenar-benarnya, PAS
hanyalah sebuah parti politik sama sahaja seperti organisasi lain yang membezakan
PAS kelihatan Islamik secara luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah
dan penggunaan label Islam dalam partinya, itu sahaja.
Malah kewujudan PAS itu
sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh
dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan
majoriti umat Islam solid bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan
menuntut kemerdekaan dari British.
Dalam keadaan British tidak
mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang
yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya
serpihan dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh
British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor
pendaftaran 733.
Asalnya gila jawatan..! |
Dendam kerana tewas dan malu
air mukanya membawa kepada kata sepakat keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan
oleh British sebagai pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung
label dan kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut
kasih dengan UMNO.
Perjuangan UMNO bersama
rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata
oleh pimpinan PAS tika itu hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni
itu dengan ungkapan kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana
mungkin layak untuk merdeka?".
Penghinaan tersebut
datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal budinya dan cetek
pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat di mata mereka dan jika pun
perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu satu-satunya cara bagi mereka ialah
dengan bergabung bersama Indonesia membentuk Indonesia Raya.
Tapi mujurlah apabila
pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan, PAS hanya mampu menang di satu
kerusi sahaja daripada keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan, jika tidak
sama ada sekarang kita masih dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi
salah satu wilayah Indonesia.
Di awal-awal kewujudan PAS,
pemimpinnya melihat Perikatan yang tika itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC
adalah satu kerjasama yang merugikan orang Melayu, lantaran itu beberapa tahun
selepas Negara merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan dokrin dikalangan
para ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang
adadalam perikatan, maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".
Tidak sedikit ulama dan tok
guru pondok yang tertipu dengan mainan ayat suci Al-Quran dan hadis yang
ditakwilkan bagi menghalalkan tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah,
kaum kerabat keluarga terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta
kenduri kendara dipulaukan.
Namun berpuluh tahun
kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan gabungan perikatan yang kini dikenali
Barisan Nasional (BN) akhirnya menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan
pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari
tanpa kerjasama sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa
tampuk pemerintahan.
Punca rakyat berpecahbelah.. |
Sudahlah jauh tertinggal di
belakang dalam soal peri penting bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila
di beri peluang memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai
keldai dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip memperjuangkan
negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal dipertahankan.
Sekarang, setelah ramai
menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya PAS sejak dulu kala hingga kini,
saban hari para ulama, agamawan dan tok guru-tok guru pondok mula berubah arah
berpaling dari mendengar dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama
jamaah UMNO yang bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya
menyatu padukan rakyat.
Tidaklah menjadi kejutan
sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13 secara rasmi membuka tirainya, PAS akan
tiba-tiba tampil bermuka-muka menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan
Islamik dari UMNO selepas bertahun-tahun sejak bersama PR, PAS lebih selesa
kelihatan liberal dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.
Bezanya antara PAS dengan
UMNO, walau kedua-duanya dikuasai oleh orang Islam, PAS terlampau kemaruk
mengejar kuasa hingga agama dan maruah bangsa digadai dan gagal dipertahankan
tatkala bersemuka dengan kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan pembangkang.
UMNO pula walau tidak
mempergunakan label dan istilah Islam dalam perjuangannya, tetap utuh
memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara bijaksana dan tidak pula menindas
atau terikut dengan arahan si kafir zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam
BN.
Saat tikanya UMNO sesekali
tergelintir dari landasan, tidak pula pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri
dan memperbetulkan kembali arah tuju perjuangan.
Jauh berbeza dengan PAS,
sudahlah bebalan sepanjang zaman, tetap juga bodoh dan bangang enggan mengaku
salah silap sendiri seolah-olah tujuh petala langit dan bumi mahu diarah mengikut
perwatakannya yang sering khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.
Apa sahaja tingkah laku PAS
sejak ia diperanakkan dari perut UMNO hinggalah derhaka menentang perjuangan
UMNO diikuti hingga kini terus taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada
kafir harbi dan semakin meliberalkan Islam, segalanya itu menunjukkan PAS
hanyalah sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk
mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada pada
nama partinya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Satu artikal bernas syabas tahniah moga-moga ahlol pas boleh menagabil iktibar dari keterlanjuran yg jauh menyimpang dari matlamat asal penubuhan pas. Tapi sayanag mereka itu tidak akan mengambil endah terhadap apa jua teguran. Mereka akan memekakan telinga dan menutup mata dlm segala hal.
ReplyDeleteSatu artikal bernas syabas tahniah moga-moga ahlol pas boleh menagabil iktibar dari keterlanjuran yg jauh menyimpang dari matlamat asal penubuhan pas. Tapi sayanag mereka itu tidak akan mengambil endah terhadap apa jua teguran. Mereka akan memekakan telinga dan menutup mata dlm segala hal.
ReplyDeletebukan tu jea banyak lagi
ReplyDeletekalau dengar ceramoh ddero bulea
dari tahun 1989 hingga sekarang
tapi saya tak pandai ugama
dan mungkin ramai lagi cam saya
itulah sebabnya
jadi sesiapa yang pandai ugama
harus perjelaskan, banyak keliru,
harap pas biol kita dibuatnya
maki orang adala
kutuk orang bukan nak btolkan