Friday, May 25, 2012
8:12 PM
|
Hassan perlu jawab Konathan Smith! |
BUKU dalam talian The ‘I’
Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula
diperkatakan umum. Seperti yang ditulis
sebelum ini iaitu kebanyakan kisah yang
diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran.
Kisah Anwar kahwin lari,
bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin
ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya. Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja
oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah
didedahkan.
Penglibatan beliau dengan
International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui
ramai. Apa yang menarik ialah Smith
tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara
terperinci. Kita percaya bahawa lokasi
IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu
kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh
CIA.
Menurut beberapa sumber, hasil
penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk
memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus
dan tersusun.
Melalui IIIT juga diwujudkan
Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim
fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam
sebenar.
CIA tahu bahawa Muslim
fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental. Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui
agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga
memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan
pemberontakan.
Apabila negara-negara Islam
mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri, barat akan memberi sokongan, bantuan malah
dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui
berbagai sudut, bentuk dan cara.
Maka kita wajar faham bahawa
tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam
tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu,
tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu
sendiri.
Yang jelasnya, hari ini,
kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam
IIIT. Tidak mungkin beliau tidak tahu
kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi
Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat
dengan CIA.
Selain wang dari kumpulan
ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin
belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas dan bagi pihak rakyat Malaysia
keseluruhannya, kita yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari
4 bab buku ini.
Menurut Smith, data kewangan
Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar
mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia.
Pada mulanya, pekerja bawahannya telah
mengesan penjualan minyak Petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah
harga pasaran. Namun, beliau telah
menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada
waktu itu.
Nama Hassan Marican
kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang
yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK.
Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah
bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an. Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke
Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa
tertinggi syarikat tersebut pada 1995.
Tun Mahathir agak sangsi
pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun,
beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan
Hassan.
Memainkan harga minyak
hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini. Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka
membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan
melalui Petronas yang bernilai berbillion pound.
Dana dari rangkaian Wahhabi-CIA
dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah
yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri
sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.
Memandangkan Wahhabi atau
CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua
perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih
besar menangani mereka.
Sebagai rakyat marhaen, kita
hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja
seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara
kita? Dan benarkah Hassan Marican terlibat
sama?
Petronas dan Hassan wajib
menjawab kemusykilan rakyat.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Mungkin ada kebenarannya. Sebagai orang yang rapat dengan Petronas saya dapat lihat bagaimana kebanyakan pengurusan tertinggi dizaman Hasan Merican banyak memupuk semangat anti kerajaan dan mempromosikan sisitem 2 parti. Banyak dasar kerajaan yang ditentang. Seorang pengurusan tertinggi yang bernama Mat Soh Bin Ninggal yang merupakan MD/ CEO MITCO telah mengorbankan seekor lembu sebagai tanda kesyukuran Anuar Ibrahim telah berjaya mewujudkan sistem 2 parti di Malaysia dan berjaya menawan 5 negeri. Boleh ditanya kepada pekerja Petronas yang kebanyakan Pengurusan tertinggi memang anti kerajaan.
ReplyDeleteAku pun setuju....kebanyakan pengurusan tertinggi Petronas memang pro pakatan......dulu ada ceramah si n.ajis di Petronas masa sebelum si akjuburi kena pecat......peringkat pertengahn pun sama.....Datuk Ibrahim Ali, dulu dalam perhimpunan UMNO pernah bercakap perkara yang sama....ketua agensi GLC memang banyak sokong si pr ni......so Goverment BN please do something.... pecat je serta merta...diaorang nilah yang merosakkan agenda negara.....untuk mencapai negara maju...
ReplyDeletemmg ada kebenaranya semasa sy bekerja dgn syarikat kongsi pengeluaran minyak petronas dah nampak gelagat staf petronas di masa itu lagi
ReplyDeletesedari dulu aku berbangga dgn petronas namun kini aku rasa aku tak akan isi minyak petronas selagi pencacai aljuburi masih memegang jawatan2 penting dalam petronas. emm kalau aku dpt jawatan tinggi kat petronas dah lama aku buang org2 celaka pengkhianat ni.. mulai hari ini aku akan isi minyak kat shell..
ReplyDeleteSHAMSUDIN
MOHON DO HIGHLIGHT KAN ISU INI..INGAT KAN KAT KEMENTERIAN JER KAT PETRONAS PUN SAMA RUPANYA
ReplyDeleteMemang betul. Bulan ramadhan tahun 2009 azmin sendiri datang petronas after office hours. Bulan puasa staf balik awal sikit. Dalam lima setengah, tak ada segan silu azmin datang dengan bodyguard seorang naik atas.
ReplyDelete'Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai. Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci. Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh CIA.':
ReplyDeletePada zaman anwar menjadi TPM, seorang sahabat saya rapat dengan seorang tokoh IIIT dan pernah melawat rakan IIIT itu diAmerika. Sahabat saya beritahu saya beliau nampak banyak surat2 permohonan jawatan sebagai pensyarah UIA dalam bilik tokoh IIIT itu kerana memang menjadi satu prasyarat pada masa itu bahawa semua permohonan olih pemohon dari luar Malaysia mesti melalui tapisan olih IIIT.
Kita boleh buat andaian sendiri jenis2 pensyarah import yang telah dibawa masuk keUIA oleh anwar melalui IIIT.
Pada masa anwar menjadi Menteri Kewangan,daripada rekod awam dipejabat Pendaftar Syarikat kita boleh tengok, JAMI Sdn Bhd menjadi antara pemegang saham 'substantial' Bank Islam (sebelum Bank Islam di senaraikan diKLSE) dengan membeli saham dari Menteri Kewangan(Diperbadankan). Berapa harga sesaham Bank Islam dijual kepada JAMI maklumat itu ada dalam fail Kementerian Kewangan.
Salah seorang pengarah mewakili JAMI dalam Lembaga Pengarah Bank Islam ialah tokoh IIIT tersebut.