Monday, May 28, 2012

Bila Nik Aziz diberhalakan!
MARAH sungguh kepimpinan dan ahli-ahli PAS bila Nik Aziz dituding sebagai Bapak Kafir oleh bekas Ketua Polis Negara,Rahim Noor malah mereka menganggap kenyataan tersebut adalah satu penghinaan kepada Nik Aziz yang mereka panggil dan dendangkan sebagai Tok Guru itu.

Bertempik menggila kalangan mereka termasuklah Dewan Ulamak PAS Kelantan yang turut mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyegerakan fatwa khas berhubung tuduhan tersebut kononnya bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai kerana kenyataan tesebut menghina ulamak,itu kata mereka.

Ulamakkah Nik Aziz ini?Penanda aras mana yang digunakan untuk mengangkat Nik Aziz itu sebagai seorang ulamak hingga tidak boleh dihina,diusik dan disentuh langsung sedangkan selama ini perkataan kafir sudah jadi makanan harian serta pakain Nik Aziz yang akan mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang beliau ataupun yang tidak menyokong parti PAS.

Apakah Nik Aziz sahaja yang boleh menuduh orang lain kafir?Mustahak sangatkah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bersidang sedangkan Nik Aziz sendiri menghina serta mencerca majlis tersebut atau Nik Aziz mahu memperalatkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kepentingan politik PAS menjelang PUR13 nanti.

Nik Aziz sudak terlalu bodoh,tidak tahu membezakan manusia dengan syaitan,sudah buta mata hati untu menilai yang mana pemimpin bermoral dan tidak bermoral malah tindakan Nik Aziz yang menyokong gerakan-gerakan kafir yang menghina agama juga boleh disifatkan bahawa Nik aziz telah mengkafrikan dirinya sendiri.

Sudah berapa ramai orang yang dikafirkan oleh Nik Aziz malah berjuta ahli UMNO dikafirkan Nik Aziz kerana menyokong parti ini dan Nik Aziz juga turut celupar apabila mengeluarkan kenyataan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka dan PAS menjanjikan syurga sedangkan semua orang tahu hanya Dajjal yang menjanjikan syurga ini.

Nik Aziz rasa sakit bila dituduh sebagai Bapak Kafir dan Dewan Ulamak PAS Kelantan rasa sakit bila Tok Guru mereka dilabelkan Bapak Kafir oleh Rahim Noor dan tahukah mereka ini bahawa berjuta lagi yang menanggung rasa yang sama bila Nik Aziz tanpa segan silu,tanpa rasa bersalah menuding orang lain sebagai kafir,iblis dan setan.

Tak reti beza Islam dan kafir..
Yang menentang Islam dijulang,dipuja..
Sami Buddha ke?
Selama ini tidak ada orang yang berani secara terbuka menggelarkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir dan  sebagai bekas Ketua Polis Negara yang mempunyai berbagai-bagai maklumat serta boleh akses beberapa perkara sulit,Rahim Noor dengan begitu berani serta yakin menoibatkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir.

Nik Aziz dalam usia yang sedang menunggu mati ini,yang mulutnya harus digunakan untuk membutirkan wirid serta zikir tetapi  masih memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak sealiran politik dengannya dan ludah beliau selama ini menimpa mukanya sendiri. 

Dalam saat kubur kata mari,rumah kata pergi ini Nik Azik masih enggan bertaubat dan masih menyokong segala usaha perpecahan dalam masyarakat,menyokong perbalahan kaum dan paling malang sekali bila beliau terus mempertahankan tindakan kafir-kafir dalam pakatan pembangkang menghina agama,bangsa dan negara.

Baik Nik Aziz ataupun Dewan Ulamak PAS Kelantan.mereka tidak perlu merasa syugul kerana inilah pembalasan terhadap keceluparan dan kemajalan pimpinan Nik Aziz selama ini malah Rahim Noor dapat menghidu belang pembohongan dan penipuan agama yang Nik Aziz lakukan selama ini.

Mengheret dua tiga kerat anak-anak muda yang belum habis belajar  Feqah dan Tauhid berdemontrasi di depan pejabat NST di Bangsar sekali lagi mencerminkan sikap tidak sekolah anak-anak muda yang buta mata hati dengan perjuangan PAS serta Nik Aziz ini.

Nik Aziz perlu muhasabah diri dan mencari sebab mengapa beliau digelarkan Bapak Kafir sedangkan pemimpin lain diberikan gelaran yang baik-baik seperti Bapa Kemerdekaan,Bapa Perpaduan dan sebagainya tetapi beliau digelarkan dengan gelaran sedemikan hina dan Nik Aziz masih bernasib baik kerana tidak ada lagi orang menggelarkan beliau sebagai dajjal akhir zaman.

14 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Daripada posting tuan hamba,maaf jika saya katakan hati anda terlalu kotor dan gelap.Ianya juga bukan cerminan hati seorang yang benar beriman dengan Allah SWT.Pesan saya,sekiranya anda seorang muslim bersegeralah untuk bertaubat,hampirkanlah diri anda dengan ajaran Islam yang sebenar.Saya bimbang jika dihujung usia anda yang terpacul keluar hanyalah caci-nista yang penuh kekejian.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    " Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)

    ReplyDelete
  3. Terima kasihlah suruh saya bertaubat..suruh jugak Nik Aziz tu bertaubat...suruh Nik aziz tu berlaku adil dan SAYA memang benci terhadap manusia bernama NIK AZIZ ini...

    ReplyDelete
  4. Terima kasihlah suruh saya bertaubat..suruh jugak Nik Aziz tu bertaubat...suruh Nik aziz tu berlaku adil dan SAYA memang benci terhadap manusia bernama NIK AZIZ ini...

    ReplyDelete
  5. pelik juga umat Islam kita ni, lebih2 lagi yang sokong PASDAPPKR. mereka pertahankan nik aziz, lebih dari pertahankan nabi. Nik Aziz tu bukan nabi, dia tak maksum pun

    ReplyDelete
  6. Bagi mereka2 yang berlagak alim menasihati orang lain untuk bertaubat lebih baiklah kamu sendiri yang bertaubat atau menyuruh dulu tok guru bapak kapiaq kamu bertaubat.
    Jangan menjadi terlalu taksub pada manusia kerana mereka juga tidak terlepas dari hasutan nafsu.
    Buka mata dan telinga anda dengan pandangan ikhlas.
    Apakah benar perjuangan manusia yang anda panggil Tok Guru atau ulama?
    Bagaimana untuk melayakkan seseorang digelar ulamak?
    Adakah anda dan tok guru anda dipihak yang sentiasa benar?
    Apa penyaksiaan anda membenarkan setiap perbuatan tok guru anda?
    Ketaksuban membuatkan manusia hilang punca kebenaran malah mengundang seribu keburukkan?
    Saya tidak menyebelahi mana2 pihak selagi pihak itu tidak membiarkan agama,bangsa dan negaranya dicaci hina oleh binatang kafir harbi laknatullah dan diangkat mereka sebagai TUAN-Tuan BESAR dan menolak saudara seagama?
    Masya Allah apa yang telah kamu perlakukan wahai saudara seagama ku?
    Betul kata penulis blog;
    Suruh tok guru kamu bertaubat dahulu atau kamu sendiri perlu tanya diri sendiri:
    Apakah aku telah bertaubat?
    Apakah taubat aku diterima?
    Bagaimana kalau aku belum bertaubat dan aku menyuruh orang lain untuk bertaubat.
    Adilkah ini?
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. Sepatunya nik aziz lah yg bertaubat kerana mengkafirkan orang UMNO dan doa pecah perut kepada orang lain. Doa pecah perut ini biasanya hanya dilakukan oleh bomoh ilmu hitam. Dan hanya bomoh ilmu hitam sahaja yang sanggup membuat perkara ini. Tapi nik aziz juga sanggup melakukannya...Nik Aziz harus bertaubat.....

    ReplyDelete
  8. Mengata orang memang tak rasa, Rahim Noor hanya mengata Nickey Ajis je yang jadi bapak kafir, sedangkan nickey Ajis mengata hampir 3 juta ahli UMNO sebagai kafir , apa hal.. sebab kita tahu mana arah tujuan kamo sebagai orang ISLAM & UMNO. Tak payah nak protes kat NSTP la... muak kami melihatnya... kami harap semua puak PAS lepak kat Masjid dan berzikir dan bertaubat nasuha..... Amin... Ya Allah selamatkanlah negara kami deripada puak-puak pakatan haram yang nak memutar belit Islam AgamaMU.. Amin Ya Rabbal Alamin...

    ReplyDelete
  9. alah hai.........petiklah mana ayat quran dan hadis yang bersetuju dengan perbuatan Bapak Kafir kamu. Lihat dengan mata hati bukan dengan mata biru coklat kamu. jangan suruh orang bertaubat apabila kebenaran yang jelas dan nyata tidak dapat kamu pendokong-pendokong kapiak melihat,menilai dan menginsafi betapa perlakuan perlakuan mereka kini sudah jauh dari ajaran yang sebenar....jadi siapa harus bertaubat......tak payah lah jawab dengan ayat ayat mainan kamu.......sedar dan insaf lah terlebih dahulu sebelum mahu menyedar insaf orang lain......oink

    ReplyDelete
  10. @Anon 1007 1008,

    Ayat Al-Quran diatas jelas ditujukan kepada puak2 Assobiyah seperti PAS yang diterajui oleh Nik Aziz. UMNO tidak membenci PAS. Bukti terbaru UMNO sedia tadah tangan dalam isu muzakarah dgn PAS.Sebaliknya PAS mempermainkannya. Adakah PAS selama ini berlaku adil? Adakah PAS selama ini bercakap yang benar? Apakah & Nik Aziz parti maksum? Apakah logik akal dapat menerima fatwa "UNDI PAS MASUK SYURGA?"

    Sifat benci membenci secara melampau ini datangnya dari hati yang busuk seperti hati Tok Guru saudara sendiri. Pernahkah anda persoal siapa guru kepada Tok Guru saudara itu semasa mengaji agama di India dulu sehingga keluar wahyu Nabi Muhammad hanyalah mamat kampung sebelum dilantik jadi Nabi?
    Jelas sekali gurunya adalah syaitan.

    Hanya berbekalkan serban & jubah dan hafal Quran sikit2 dan berceramah sambil memaki, menfitnah mampu meletak kan TG di tangga makan gaji buta RM21k sebulan amat menghairankan saya dgn tahap pengetahuan asas Islam penyokong tegar PAS terutamanya rakyat Kelantan. Adakah rukun Iman ada menyebut "Beriman kepada Nik Aziz?". Adakah terkandung perkataan "Sokong PAS"?

    Maka tak perlulah saudara keluarkan dan mempergunakan hadis2 Nabi dan Nas2 Al-Quran untuk menunjukkan saudara terlebih Islam dari yang lainnya kerana ianya seperti meludah ke langit dan betapa saudara tidak ubah seperti puak Assobiyah.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  11. alahai...bila kebenaran itu terpapar, terdampar tak pulak nak gunakan atau petik mana mana ayat al quran. Tapi jika orang sentuh Bapak Segala Kapiak ni pandai pulak guna petik segala surah dan ayat. Jenis manusia apa kamu semua wahai Pas biawak. Nik Aziz terang terang tolak kebenaran dan sokong segala macam kekafiran kamu masih boleh menerima. apa kata jika anwar ibrahm memperkosa anak bini kamu dan nik aziz kata tak apa kerana boleh masuk syurga pasal sokong Pas. Memang mata hati kamu benar benar telah buta dan kotor jadi insaf lah sebelum insafkan orang lain.....oink..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kepada hamba Allah semua...
    yg pertama sy nak tanya yakinkah kamu semua apa yg nik aziz buat itu salah?atau haram?kalau yakin cuba bagitau kamu bercakap berlandaskan ajaran mana?adakh Al-Quran?kalau betul kamu bercakap seperti seorang yg beragama sy percaya bkn perkataan seperti itu yg akan keluar,orang yg beriman sukar untuk mengeluarkan perkataan maki hamun,kamu harus tahu andai kata betul nik aziz seorang tok guru atau ulama tahu kah akan kemana kamu selepas kematian??kerana menghina dan mencaci seorang ulama?sejahat2 manusia adalah manusia yg bercakap tanpa mengetahui kebenaran walau sedikit pun,maaf jika kata2 ini ada menyinggung perasaan sesiapa..

    ReplyDelete
  13. Ciri-ciri orang Islam sejati adalah :-
    - TEGAS DENGAN ORANG KAFIR
    - lEMBUT DENGAN SEAGAMA ISLAM
    Adakah ciri-ciri ini ada pada kepimpinan dan ahli PAS.

    ReplyDelete
  14. nak jwb Anon 12.36 tu...kamu juga salah satu manusia taksub yg buta mata hati...Memang Nik Aziz bapak segala kafir di muka bumi ini....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..