Friday, March 2, 2012

Lukanya hati dengan gambar ini!
SUDAH banyak kali akhbar The Star menghina dan mempelekehkan agama Islam malah sudah berulang kali mereka ini menceroboh  hati serta perasaan dan mempersendakan sensitiviti umat Islam dalam negara ini dan setiap kali niat jahat mereka itu dihidu,mereka menggunakan pendekatan minta maaf.

Pada The Star,mereka tidak ada tindakan mencegah dan cara pencegahan meminta maaf adalah cara yang paling tidak bermoral kerana mereka menyedari sebenarnya bahawa mereka akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan membabitkan sentiviti agama Islam dan orang Melayu dalam negara ini.Mereka sebenarnya tidak ikhlas dalam permohonan maaf mereka itu.

Sebelum ini mereka mempersendakan orang Islam dengan resipi daging babi dan kali ini mereka menjadikan penyanyi Erykah Badu pula untuk menghina Allah,Tuhan bagi umat Islam dan seperti biasa mereka akan meminta maaf dengan menjadikan dua orang sidang Pengarang mereka sebagai kambing hitam kononnya untuk menujukkan mereka mengambil tanggungjawab di atas kesilapan itu.Hakikatnya mereka seronok dan bangga boleh mengguris hati dan perasaan orang-orang Melayu.

Kononnya atas dasar rasa bersalah,The Star menggantung tugas tanpa tempoh tertentu terhadap dua Pengarangnya tanpa mereka sedari penggantungan itu tidak berjaya mengubati lukanya hati dan perasaan umat islam negara ini pada kebiadapan serta sikap kepengarangan mereka yang kurang ajar itu.

Ramadhan Delight mereka iklankan daging babi
Seperti kata Mufti Perak,Harussani Zakaria,memohon maaf dan menerima maaf daripada pengurusan The Star tidak cukup untuk mengubati luka umat Islam di atas kebiadapan yang mereka lakukan bila menyiarkan gambar Erykah Baddu yang bertatu kalimah Allah di payudaranya malah mereka ini perlu dikenakan tindakan sewajarnya kerana mereka tidak serik-serik untuk menghina orang Islam dan Allah serta Rasulnya.

Bila melihat kali kedua mereka ini mempermain dan mengguris hati umat Islam,kita boleh menyedari  bahawa The Star berniat jahat terhadap orang Melayu dan agama Islam.The Star ada agenda mereka yang tersendiri dan kebencian mereka terhadap orang Islam dan Allah,mereka terjemahkan dalam akhbar mereka hingga Erkay Badu berjaya mereka peralatkan untuk menghina sekali lagi kalimah Allah ini.

Kementerian Dalam Negeri untuk kali ini tidak boleh lagi berlembut dan hanya sekadar memanggil pengurusan The Star untuk diberikan kata dua dan mereka seharusnya bertindak lebih jauh dari itu termasuklah membatalkan permit dan mengharamkan penerbitan akhbar ini kerana kita yakin dan amat percaya,mereka akan berusaha untuk mengulangi lagi kesilapan dan kebiadapan mereka terhadap umat Islam di negara ini.

Tegas Hisham dituntut!
Milik siapa akhbar itu walaupun dikatakan milik parti komponen Barisan Nasional itu bukan alasan lagi kerana KDN harus menjadikan agama bukan sahaja Islam sebagai sesuatu uyang patut dihormati oleh sesiapa sahaja dan kalau benar MCA memiliki kepentingan dalam akhbar ini,jelaslah MCA juga bersekongkol untuk menghina Islam sebagai Agama Persekutuan.

Sikap lembut dan bacul KDN inilah yang menjadikan bukan sahaja The Star malah akhbar-akhbar lain termasuklah portal internet naik lemak dan bersedia untuk bila-bila masa menjadi  biadap serta kurang ajar dan mereka menyedari dalam saat orang Melayu hari ini sedang berpecahbelah,mereka perlu mengambil kesempatan menggerakkan agenda untuk memusnahkan agama dan kepentingan Melayu di dalam negara ini.Mereka sedang menjadi ikan Yu yang menunggu Jong  pecah.

Batalkan permit dan haramkan..
The Star bukan lagi satu akhbar yang menjaga kepentingan semua kaum dan agama.Akhbar ini sedang meracuni pemikiran pembaca terutama dari golonga kafir supaya membneci dan turut sama menghina Allah,Islam dan orang Melayu di negara ini dan kalau pihak yang bertanggungjawab tidak berusaha membendung dan mengambil tindakan keras terhadap akhbar ini,kita khuatir akan wujud pula kumpulan yang menghina agama-agama lain yang bebas dianuti di negara ini.

Jadi kerajaan hanya ada satu pilihan iaitu membatalkan permit dan haramkan penerbitan akhbar ini supaya ianya menjadi pengajaran kepada akhbar-akhbar lain agar mereka mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan,keharmonian serta menghormati pegangan agama masing-masing dan tidak sesekali berniat jahat terhadap pegangan agama yang mereka anuti.

Sekiranya KDN juga berlembut dalam soal ini, mereka juga boleh diragui sebagai turut berniat jahat bagi mencemarkan agama Islam  malah Akta Penerbitan Dan Percetakan wajar dimansuhkan serta umumkan kepada rakyat bahawa mereka bebas tanpa sebarang tindakan untuk menghina apa sahaja agama di dalam negara ini.

1 comment:

  1. Ambil lah iktibar dari kebesaran Allah nie,jangan di persalahkan orang lain kerana kealpaan dan kecuaian kita.Kenapa tak di jerkah penganjur yang menyembunyikan kebiadapan penyanyi ini dari kita (yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi utk memalukan umat Islam di sini.Fikir2kan).."apa, kerana dia MELAYU ke."

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..