Tuesday, February 28, 2012
11:24 PM
|
Jangan bohong! |
BADRUL
Amin cuba mengheret nama Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah bagi
menyelamatkan dirinya daripada tuduhan berkhalwat dengan isteri orang di
Kuantan baru-baru ini dan tindakan terbaru Badrul Amin ini cukup membuktikan
beliau tersepit dengan tuduhan tersebut.
Tindakan
mengaitkan Tengku Mahkota ini merupakan satu lagi tindakan yang paling tidak
bermoral oleh Ustaz Celup ini selain mengambil kesempatan memprorak perandakan
rumahtangga orang lain dengan memancing isteri orang untuk berkhalwat dengannya
di hotel tersebut.
Katanya, kes berkenaan mendapat
perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.
"Dan rupanya kes saya ini juga
diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang
mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam
majlis beliau.
"Dan beliau tadi mengarahkan
orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang
sendiri dengan lawyer
saya.
"Dan gambaran yang diberikan
ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan
perbuatan fitnah, perbuatan jijik Umno yang tidak sudah-sudah menggunakan alat
fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," katanya.
Sebagai
orang yang dilihat kononnya beragama, kita cabar Badrul Amin dan pasangannya
melakukan sumpah mubahalah bahawa mereka tidak melakukan khalwat dan jauh
sekali antara mereka terlibat dengan zina.
Mereka
tidak perlu berdolak dalik dengan menyalah kan orang lain termasuklah
mengaitkan UMNO yang menjadi perancang disebalik kejadian khalwat itu malah
tindakan Badrul dan pasangannya yang mengatakan bahawa tangkapan tersebut
adalah fitnah terancang merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.
Kokok berderai,ekor gelumang tahi! |
Badrul
Amin tidak ada jalan lain kalau benar-benar beliau merasakan difitnah,diperangkap
atau sebagainya,jalan terbaik untuk beliau adalah bersumpah laknat.Begitu juga
dengan wanita tersebut-bersumpahlah dengan nama Allah bahawa mereka tidak
melakukan itu semua dan kita percaya Allah akan tunjukkan kebenaran ataupun
balasanya kepada sesiapa sahaja.
Penjelasan
yang Badrul berikan juga membuktikan bahawa wujud kejadian khalwat di antara
mereka dan mengikut sumber-sumber tertentu hubungan kedua pasangan haram ini
telah berlaku sekian lama tetapi mereka berjaya menyembunyikannya hinggalah
tertangkap perbuatan sumbang mereka ini.
Bila
Badrul Amin mengaitkan Tengku Mahkota Pahang yang kini difahamkan berada di
Korea Selatan,beliau sebenarnya sedang mencari talian hayat untuk menyelamatkan
maruah beliau dan keluarganya dan ada juga sumber mendakwa bahawa ada
pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk membayar dengan harga yang mahal
suami wanita terbabit supaya kes tersebut tidak dipanjangkan sehingga ke
mahkamah.
Sebagai
orang yang kononnya dilihat beragama dan mempunyai pengetahuan keagamaan yang
tinggi,Badrul Amin sebenarnya dilihat cukup keji.teramat jijik sekali dan
wajarlah suami wanita terbabit memukul beliau walaupun sebenarnya ketika itu
Badrul Amin dan pasangan wajar direjam dengan batu ataupun disembelih lehernya.
Badrul
Amin sedang berusaha untuk membuktikan beliau adalah suami kepada isteri –isteri
yang cukup baik dan juga untuk menyelamatkan maruahnya yang mencari makan
dengan menjual kaset-kaset yang kononnya penuh dengan motivasi,ibarat orang
sedang lemas beliau akan cuba berpaut di apa sahaja keadaan untuk
mengelakkannya lemas.
Badrul
tidak perlu menyalahkan sesiapa termasuklah wanita tersebut kerana untuk
membuktikan bahawa beliau telah insaf kerana menceroboh taman kepunyaan orang
lain,beliau harus bertaubat dan wanita tersebut wajib sujud di kaki suaminya
memohon ampun dan beliau akan berdosa sepanjang hayat sekiranya suami beliau
tidak mengampunkan segala kecurangannya itu.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Tindakan pegawai KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang gelojoh merujuk kes tangkapan pemimpin PKR ditangkap khalwat kepada Pengerusi Perhubungan PKR Pahang bagi mendapatkan maklumat siapa pemimpin PKR yang ditangkap adalah tindakan yg bodoh dan bangang...sepatutnya titah baginda itu dirujuk kepada pihak berkuasa iaitu Pengarah JAIP...untuk pengetahuan umum pegawai KDYTM Tengku Mahkota yang berjumpa dgn Dato' Fauzi Abdul Rahman ialah Lt Kol (B) Haji Che Dan bin Mat rakyat Kedah yang juga penyokong PAS...Perjumpaan Lt Kol Che Dan dgn Dato' Fauzi itu pastinya diambil kesempatan ditafsir sebagai campurtangan Tengku Mahkota Pahang bagi membantu menyelesaikan masalah yg menimpa Badrul Amin...
ReplyDeletePegawai KDYTM Tengku Mahkota Pahang memang bodoh dan simpati pada PKR.
ReplyDeleteKDYTM Tengku Mahkota Pahang mesti professional dan jalankan tugas sebagai payung agama Islam Negeri Pahang. Biar JAIP siapkan tugasnya, tak payah campur tangan. Ini kes khalwat yang juga ditempuhi oleh rakyat jelata. Tak payah nak nak sokong orang yang kurang ahklak sanggup rosak rumah tangga orang.
Taubat2 juga yang pasti kalau ia benar2 berlaku keduanya wajib di kenakan hukuman ALLAH.
ReplyDelete