Thursday, March 22, 2012
5:24 PM
|
Kamilia ada agenda! |
AKHIRNYA Kamilia Ibrahim
menunjukan wajah gelojohnya dan betapa tidak sabarnya beliau untuk memangku jawatan
ketua Wanita UMNO Malaysia apabil mendesak Shahrizat Jalil supaya meletak
jawatan dan sekaligus membuktikan bahawa beliau bukan seorang Naib Ketua yang
baik yang sepatutnya tidak mengocak penyatuan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Kita tidak tahu idea
mendesak supaya Sharizat ini dating dari siapa tapi nampak macam ada
kesinambungan apabila Rafidah Aziz,Sharipah Norli dan Maznah Mazlan mengungkap
desakan yang sama walaupun esok (Jumaat) Presiden UMNO akan bertemu dengan
seluruh pimpinan Wanita UMNO dari semua peringkat.
Semua orang tersenyum
apabila Kamilia memberikan alasan bahawa beliau mendapat petunjuk dari akar
umbi Wanita UMNO yang mahu Shahrizat mengosongkan kerusi itu sedangkan semua
orang tahu bahawa Kamilia berada di luar Negara hampir empat bulan dan mula
mempersoalkan statistic mana yang dipakai oleh beliau bagi mendesak Shahrizat
untuk mengikut telunjuknya.
Cara Kamilia ini macam mahu
mengajar Presiden dan seolah-olah mahu menunjukan dia lebih bijak untuk membuat
keputusan walaupun setakat ini kita belum Nampak pun apa jasa serta sumbangan
beliau kepada parti termasuklah di negerinya sendiri.
Budaya memijak pemimpin dan
kawan masa dalam kesusahan ini menular di kalangan pimpinan Wanita UMNO dimana
sepatutnya dalam keadaan Ketua mereka sedang berdepan dengan masalah perniagaan
suami, sepatutnya semua pimpinan Wanita terutama Kamilia sebagai Naib Ketua
harus berdiri menyokong Ketua mereka dan bukannya menongkah arus.
Kita yakin bahawa Shahrizat
amat kecewa dengan Naib Ketuanya ini malah suara Kamilia itu boleh kita anggap
bukan suara akar umbi kerana Shahrizat menang ketua Wanita kerana mengalahkan
Rafidah Aziz sedangkan Kamilia mendapat jawatan Naib Ketua tanpa
bertanding,hanya ihsan perwakilan kerana menyedari kuasa Naib Ketua hanyalah
dua perkara iaitu membantu ketua dan mempengerusikan mesyuarat semasa Ketua
tiada.Itu sahaja,tiada lebih dan tiada kurang.
Manis bersama,pahit sendirian! |
Namun Kamilia menjadi duri
dalam daging kerana mungkin selama ini kepimpinan ataupun kedudukannya sebagai
Naib Ketua Wanita gagal menyaingi ataupun membantu Shahrizat dan peluang yang
ada di depan mata hari ini,Kamilian guna semaunya untuk mengasak Shahrizat
hingga ke dinding.
Kamilia cuba mengambil alih
kuasa Presiden parti dan tangan ghaib manakah yang memberikan jalan kepada
Kamilia hingga beliau menjadi begitu berani dan biadap walaupun beliau tahu Presiden parti
akan bertemu dengan Wanita UMNO esoknya.
Soalnya,adakah apabila
Shahrizat meletak jawatan,Kamilia mampu mengemudikan Wanita UMNO untuk berdepan
dengan PRU13 nanti?Ataupun Kamilia juga berpendirian seperti ketam batu?
Kita tidak menyangka di
sebalik pendiamnya Kamilia beliau bercita-cita besar untuk memangku jawatan itu
dan adakah Kamilia yakin bahawa beliau akan mendapat sokongan penuh daripada
semua Wanita UMNO sekiranya Shahrizat
terpengaruh dengan desakan itu.
Kamilia boleh kita sifatkan
sebagai pengkhianat yang sedang menyalakan api ataupun sedang menebuk kapal
UMNO untuk mengkaramkan gerakan sedangkan
beliau tahu untuk berdepan dengan PRU13 yang bila-bila masa akan diadakan
ini,penyatuan serta pengukuhan Wanita serta sayap lain harus berada dalam
keadaan siap siaga dan semua pemimpin serta ahli harus fokus untuk satu
matlamat,menang besar dalam PRU13 nanti.
Dalam keadaan semua orang
bersetuju Shahrizat melepaskan jawatan Menteri,atas nama parti seharusnya semua
pihak menyerahkan kepada Presiden untuk mebuat keputusan dan bukannya
memandai-mandai kerana jawatan Naib Ketua
bukan tiket untuk berlagak bijak ataupun pandai.
Untuk Kamilia,jangan `makan’
daging kawan yang sedang cedera malah kita sepatutnya harus bertanggungjawab untuk
sama-sama mengubatinya dan bukan terus menambahkan luka atau menyimbah garam pada cedera yang sedia
ada.
Dalam keadaan semua pihak dituntut bersatu, Kamilia dilihat memilih jalan berbeda.Sakitkan Kamilia ini?
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Kami rakyat biasa dan pengundi setia BN,w/p bukan ahli UMNO, tapi sentiasa mengikuti perkembangan NFC yang ada saja cerita baru setiap minggu yang cukup dengan bukti yang kukuh dan memalukan.Kamilia ikhlas terimalah dengan hati terbuka & jangan emosi menerima pandangannya. Teamwork adalah TERAS untuk meraih kemenangan di PU13 bukan individu . Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kami pengundi sentiasa neutral dan tiada political agenda bila memberi pandangan. Tahniah Kamilia , somebody has to stand up and say the truth and address the real isue eventhough it hurts. Allah bersama pemimpin yang ikhlas untuk bangsa, agama dan Negara.
ReplyDeleteDia kena ikut kata tuan dia, Rafidah le sape lagi.....
ReplyDeletetOK JAT MEMANG BERJASA...kuat kerja...prihatin...dan disenangi ramai orang.....
ReplyDeleteKakak-kakak oi...cerita lah elok-elok...nak menang pilihan raya kan....selesai baik-baik. Kalau tak menang bukan kata ko dapat naik jadi presiden wanita UMNO...alahai...
Ikhlas ada tempatnya. Jangan cerita kisah girlfriend lama kpd si isteri atas sifat ikhlas. Itu bahlol namanya. Maaf.
ReplyDeleteSalam...saya ni merupakan pengundi di Selangor dan juga ahli pergerakan Wanita Umno peringkat cawangan ...saya senantiasa mengikuti perkembangan UMNO dan keseluruhan sayap-sayap parti barisan Nasional. Saya amat sokong seratus peratus kenyataan Dato Kamelia supaya Sharizat mengundurkan diri dari menjadi liabiliti kepada Wanita. Kenyataan yang diberikan oleh Dato Kamelia adalah senada dengan apa yang dirasakan oleh saya dan juga rakan-rakan saya yang tidak ada kepentingan di dalam UMNO. Dato Kamelia bercakap mengikut kewarasan dan bukannya perasaan seperti wanita2 lain yang membabi buta memekakkan telinga dan membutakan mata demi menyokong Sharizat tanpa usul periksa dan menilai ketelusan dan nawaitu beliau. Saya sebagai rakyat biasa turut mengikuti isu NFC ini dan setelai menilai segala bukti dan pengakuan yg diberikan, maka saya tidak teragak-agak untuk menolak Sharizat sebagai pemimpin sayap Wanita mahupun sebagai Menteri Kabinet. Tindakan Sharizat selaku Menteri Kanan dan Ketua Wanita yang menghalalkan perbuatan keluarganya adalah terlalu jelas menunjukkan beliau seorang yg rendah intergritinya. Penafian dan kedegilan beliau untuk menidakkan isu ini amatlah dikesali sekali. Perbuatan ini jelas menunjukkan beliau hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan sentimen dan perasaan rakyat jelata yang sedang memerhatikannya. Apa beliau fikir hanya dengan mendapat sokongan Wanita UMNO, parti Barisan National akan menang pilihanraya?? Bagaimana dengan kaum-kaum Hawa mahupun rakyat yang di luar sana yang amat peka dan terkesima dengan isu ini! Saya merumuskan bahawa kesanggupan beliau untuk turun padang, bekerja keras siang dan malam..berjumpa wanita, NGO selama ini adalah semata-mata kerana beliau dahagakan habuan yang tinggi untuk dirinya dan keluarganya. Beritahu saya, siapa yang akan menolak untuk bekerja keras sekiranya mereka tahu habuan yang menunggu untuk disapu adalah amat mengujakan sekali...RM250 juta bukanlan kechik anak jumlahnya!!! Dengan habuan wang yg sebegitu banyak patutlah beliau menjadi pujaan ramai kepada ahli-ahli Exconya, kaum2 ibu, persatuan-persatuan NGO dan sebagainya. Kerana beliau juga akan menggunakan taktik yang sama untuk menawan hati penyokong2nya...ini jelas menunujukkan nawaitunya amat kotor... kerana usaha yang dilakukan adalah berteras dan berpaksikan wang ringgit sahaja! Oleh sebab itu tidak hairanlah sehingga kini beliau dan penyokong2nya bermati-matian ingin mempertahankan jawatannya..cuba cerita kerana apa??? Patutkah orang yang rendah morah sepertinya dihargai dan dikekalkan jawatannya sedangkan kita tahu apa sebenarnya yang berlaku??? Sikap lakonannya yang terlalu emosi dan hilang pekerti boleh dilihat sewaktu beliau membuat penafian terhadap tuduhan kepada keluarganya dgn cara menyinsing lengan, menyelak kain dan cara percakapan yg keras bagi menegakkan kebenaran! Sejujurnya, saya amat malu sekiranya beliau terus dikekalkan sebagai Ketua Wanita dan saya juga telah bertekad sekiranya beliau masih mengetuai Pergerakan Wanita, saya tidak akan keluar mengundi bagi menunjukkan rasa protes terhadap parti yang jelas menghalalkan perbuatan keluarga Ketua Wanita ini...
ReplyDeleteSharizat tu patut berundur aje demi kesejahteraan parti...kalau dia ikhlas dan dah tahu nasibnya hanya tinggal dihujung tanduk..berilah laluan pada Timbalan dia..org tamak selalu rugi..
ReplyDeleteSalam semua...saya akan lepaskan semua komen2 yg berhujah menggunakan fakta dan bahasa yang baik2..saya minta maaf..takkan lepaskan komen yang mencarut,lari dari topik.
ReplyDeleteMeskipun komen yg mennyokong kenyataan Kamilia ataupun menentang Shahrizat.saya akan lepaskan asalkan ditulis dengan hemat...
Senyum Rafidah, jarum ditikam tampa bunyi alih-alih terkena jarumnya.
ReplyDeleteInilah umno... dulu kini dan selama-lamanya... bila ketua ditimpa masalah, assisten pulak naik toncang keruhkan keadaan, bukan nak nolong atau backup ketua, tapi nak tolong lanyak dan lemaskan lagi ketua. sepatutnya, sbg asisten, kalau ketua dlm masalah atau kesusahan, dia kena mainkan peranan utk bantu bangkitkan semula ketuanya, bantu bersihkan nama ketuanya dgn hentam atau serang habis2an puak pembangkang, tapi ini tak berlaku, asisten pula tambah keruhkan keadaan. Tak malu ke rumah tangga diganggu gugat oleh pembangkang, kita mengiya dan menambahkan lagi kejahatan pembangkang? apa punya asisten ni? Tambahan pula, nama kamilia ni tak penah pun terpapar dlm mana-mana media sama ada buat program, kebajikan atau bertemu rakyat. alih2 namanya timbul bila ketua berada dlm kesusahan. ini ke jenis asisten yg baik? yg berjuang dan berkhidmat utk parti? lepas ni parti kena tubuhkan jawatankuasa pemantau dan pemerhati... pantau dan perhati mana2 pemimpin parti yg ambil kesempatan keruhkan keadaan dgn masalah yang menimpa, harus disenaraikan sbg golongan yg WAJIB dibuang dan disisihkan drp bertanding apa-apa jawatan dlm parti. pemimpin spt ini kalau jadi pemimpin berjawatan, mereka bukan berjuang utk parti tapi utk kepetingan diri.
ReplyDeleteMungkin juga Kamilia Ibrahim salah seorang yang bersekongkol dengan pihak lawan untuk menjatuhkan Ketua Wanita UMNO? Di dalam politik segala-galanya mungkin berlaku.
ReplyDeletekpd darapanas..sy bukan ahli umno ttpi lbh sayangkn umno drp ahli umno. Knp? Sy bekerja utk umno lbh 20 thn. Sy dididik utk menghormati pemimpin.Sy pegawai kerajaan yg attach dgn org politik. Bos sy org politik ttpi dia tak ajar sy jd kurang ajar & buat kerja salah spt yg biasa sy tengok kpd ahli2 umno yg tdk tahu sejarah umno. jd ahli dan pegang jwtn kecil pun dah tunjuk lagak mcm dia pemimpin besar. Tak perlu jatuhkn maruah dss dgn prkataan kasar.Dia & suaminya blm dibuktikn brsalah. ternyata darapanas trmkn dakyah pmbgkang. sbgi ahli umno, sepatutnya anda tdk menulis ayatyg tdk tepat mengenai dss. anda sepatutnya lbh bnyk tahu maklumat drp sy yg bukan ahli umno. masa dlm kerajaan dulu, sy kecewa dgn org2 umno yg mcmni, lbh sudu drp kuah..kerja tak buat, mengumpat yg lbh.dulu beban kerja parti dihempap di kepala sy..sorang2 kena buat. hasilnya org politik mcm darapanas yg dpt kredit..20 thn dlm politik..lama tu..sy start umur 23 thn dh pegang jwtn penting. mcm2 sy tahu ttpi sy bukan jenis tikam blkg bos sy. bila dia tak betul, sy bgtahu. trpulg kat bos sy nak dengar ke tak. bila dpt bos baru, dia jenis tak dengar nasihat & maklumat yg diberikn..sy angkat kaki, lps sethn, perak negeri sy bungkus..maklumat yg sy beri kpd bos sy trnyata benar.dss tak mcm bos sy dulu yg tak dengar info org bawah.prcaturan dlm politik kena guna akal bukn guna mulut. dlm kedudukn dss skrg, dia prlukn sokongn memndgkn pru13 dah dekat. nak ubah struktur kepimpinn akan timbul mslh baru..jika apa yg brlaku trhdpnya 3thn lps, sy prcaya dia akn letak jwtn utk tumpu kpd mslh keluarganya. dato' kamalia boleh memangku jwtn ketua, ttpi track record org no. 2 & pengaruhnya tak kuat. mcmana dss nak serah bg mengemudi pru13? ini yg jd mslh..kalau dk ada pengaruh yg seimbg mcm dss, sy prcya dss dah angkat kaki tumpu kpd keluarga beliau. itu lbh baik utk mmbersihkn namanya melalui lunas undg2..sy org perak, sy support dk, ttpi tdk bijak dia keluar kenyataan masa ni disaat dss brdpn luka yg parah..sy kenal dk sbb suaminya sekg dgn sy.. tiada sbb sy nak sabotaj beliau. ttpi dlm keadaan politik hari ini, dk kena bijak mengukur baju dibdn sndiri.sy org perak yg tahu keduduknnya dlm politik. jd..ahli wanita perlu waras..jngn suka tuduh menuduh yg boleh merugikn parti..
ReplyDeletePRU dah dekat. Sebab tulah makin rancak tikam sesama sendiri. Jenis yang tak suka buat kerja tak payahlah nak tonjolkan diri.
ReplyDeletekemaruk nak kuasa..nak jadi ketua tak cukup sokongan..so cube test water ikut backdoor..hahaha
ReplyDeleteitu simton pempuan monopos....biasa la tu...
ReplyDelete