Monday, March 12, 2012
3:00 PM
|
Kecerdikan disalahguna! |
RAFIZI Ramli semakin ligat
menabur fitnah dan kita tidak menyangka sama sekali bahawa dalam usianya yang
begitu muda beliau dilihat begitu seronok dan bergembira merekayasakan berbaga-bagai
fitnah dan selepas berjaya membunuh politik Shahrizat dengan persepsi yang
beliau mainkan bersama kumpulan pemfitnahnya,beliau terus meneruskan serangan
fitnah terhadap Perdana Menteri,Najib Razak.
Barangkali Rafizi juga mengharapkan Perdana Menteri akan melepaskan jawatan sebagaimana beliau berjaya membunuh politik Shahrizat Jalil dengan persepsi dan fitnahnya.
Beliau bagaikan langsung
tidak takut dengan dosa dan hanya kerana memikirkan kepentingan parti politik
yang beliau dokong serta perjuangkan,beliau sudah tidak ada rasa sifat malu dan
takut dengan segala dosa-dosa fitnah yang dilemparkan malah beliau dilihat
semakin hari sudah menjadikan fitnah adalah makanan seharian yang menjadi darah
dagingnya.
Kita perlu bersetuju dengan
nasihat orang-orang tua dan mungkin juga nasihat dari ibu bapa kita bahawa
apabila kita berkawan dengan pencuri,lambat laun kita juga akan menjadi
pencuri,apabila kita berkawan atau bergaul rapat dengan kumpulan pemfitnah,kita
juga akan menjadi pemfitnah yang sama dan apabila kita berkawan dengan peliwat
lambat laun kita juga akan terdorong untuk turut sama meliwat ataupun diliwat.
Barangkali inilah yang
sedang menimpa Rafizi kerana setelah sekian lama beliau bergelumang dengan
orang-orang –orang yang suka memfitnah akhrinya beliau turut menjadi pemfitnah
yang lagi hebat dari guru ataupun sifunya dan Rafizi cukup bijak menyusun dan
menguruskan segala fitnahnya untuk rakyat melihat sebagai benar,tidak ada yang
tidak benar kecuali yang benar belaka.
Sayang,sebagai anak muda
yang mendapat pendidikan hingga keluar negara dan pernah disarungkan cincin
oileh Anwar Ibrahim,Rafizi kembali ke Malaysia dengan bekalan ilmu-ilmu yang
digunakan untuk memfitnah dan mengkacaubilaukan rakyat serta negara dan hari ini beliau
bolehlah berbangga kerana fitnah dan persepsinya,dia telah menghumban keluar
Shahrizat daripada kabinet.Jahat budak bernama Rafizi ni!
Adakah silibus fitnah
merupakan salah satu mata pelajaran yang Rafizi ambil sewaktu mendapat
pendidikan di luar Negara?Dan adakah seseorang itu hebat dan bijak mengatur
fitnah akan mendapat tempat dalam mana-mana parti pembangkang di Negara ini?Adakah
Rafizi tidak takut dengan balasan Allah di akhirat nanti hingga beliau tanpa
rasa segan silu menunjukkan jari fitnah kepada musuh-musuh politiknya?Atau memang
beliau merasa bangga dan hebat kerana berjaya menjadikan segala fitnhanya sebagai
benar?Sebagaimana ketuanya begitulah Rafizi dan Rafizi dengan Anwar seperti aur dengan tebing,lengkap melengkapi.
Malangnya anak muda ini
diheret dan membenarkan dirinya menjadi alat untuk segala kemungkaran dan kita
menerima kalau perjuangannya sekiranya beliau benar serta tidak memfitnah
tetapi setakat ini dan kebetulan dalam keadaan rakyat mami dan bingung,fitnah
Rafizi menjadi benar.Barangkali Rafizi juga bangga walaupun beliau belajar hingga keluar negara tetapi beliau rela menjadi pencacai ataupun kuda tunggangan.
Ketika ini beliau sedang
menyusun lagi fitnah untuk mengaibkan Perdana Menteri yang kononnya menggunakan
wang rakyat bagi majlis pertunangan anak beliau dan beliau begitu
bersungguh-sungguh hingga berjaya memperdayakan pengurusan Hotel Shangrila dan
banggalah Rafizi menunjukkan surat tempahan hotel tersebut bagi majlis
pertunangan itu.
Lepas ini kita cadangkan
mana-mana pihak tidak perlulah menempah Hotel Shangrila kerana mereka ini turut
sama bersekongkol dengan kumpulan pemfitnah Negara dan tidakl reti bezakan
antara tempahan dan bayaran.Memang sahlah ada kalangan pengurusan hotel ini
jahat juga hati budi mereka!
Rafizi menuduh tanpa rasa
malu kononnya PM menggunakan wang rakyat seolah-olah PM Malaysia ini sengkek,seolah-olah
PM Najib ini papa kedana hingga terpaksa menggunakan wang rakyat dan bila
pejabat PM mengeluarkan kenyataan bahawa segala kenyataan Rafizi itu
fitnah,Rafizi enggan menerima penjelasan panjang lebar itu dan terus menuduh PM
Najib menggunakan wang rakyat.
Dan kita percaya Rafizi
banyak lagi cerita-cerita fitnah yang sedang mereka reka malah sebagai Pengarah
Strategik PKR,beliau menyedari bahawa kepimpinan UMNO dan kerajaan terlalu
mudah dijatuhkan oleh fitnah-fitnah begini kerana kebetulan rakyat pula lebih
suka menerima cerita fitnah daripada menyelidik kebenarannya dan Rafizi serta
kumpulannya akan menghidang fitnah sebegini sebagai makanan utama rakyat negara
ini.
Rafizi harus kembali ke jalan
benar sekiranya beliau tidak mahu usia dan latar belakang pendidikannya menjadi
sia-sia serta akal budinya menjadi rosak binasa,Rafizi harus bertaubat dan
takut dengan Allah dan selagi Rafizi bersekongkol dan bersekang mata mengumpul
segala fitnah,ingatlah seksa Allah sedang menanti!Bertaubatlah Rafizi sebelum
fitnmah itu menjadi darah daging…!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Insyallah satu hari nanti allah taala akan tarik balik nikmat yang ada padanya. Kalau dia x ditimpa bala mungkin bala itu akan menimpa ahli keluarganya.
ReplyDeleteSaya sarankan semua Blogger kasi telanjang itu jantan lembut. Biar dia tahu ramai blogger penyokong kerajaan yang x bergaji, berjuang dengan ikhlas tanpa imbuhan.
Beruk ni tak takut dosa dan azab Allah. Jangan ikut Anwar,dia memang manusia yang berani. Dia tak takut dosa, fitnah, bohong, zina, liwat, munafiq dan lain-lain benda dosa berat yang kita boleh fikirkan. Orang bernafsu syaitan jangan diikut biar dia seorang yang buat.
ReplyDeletemmg sedih... org PR suka buat fitnah. Kini seolah2 fitnah dah jadi budaya kita kesan cara berpolitik oleh DSAI. PAS lebih teruk, tak malu fitnah dalam masjid.
ReplyDeleteBiar lah bala menimpa budak ni supaya jadi pengajaran kepada semua supaya tidak menjadi fitnah sebagai amalan harian.
ReplyDeletesaya nak cadang kat PM jgn jadi kedi macam sepupunya kerismuddin,banyak kali saya tanya bro gap..zaman mahadir dulu ada tak berlaku perkara mcm ni???jawabnya tak ada..sbb TDM boleh control puak2 haprak ni...termasuklah hindraf dan lain2 ngo yg kurang ajar....PM sepatutnya keras sikit...tengok mana2 yg tak betul tu di sanggah...jgn diam aje..saolah2 benda tu betul, rakyat nak tahu juga kebenarannya....kita semua sayangkan dia ...tapi kalau buat bodoh aje rakyat pun meluat...tambah2 yg melibatkan rosmah...jgn sbb rosmah najib jatuh sudah lah.......
ReplyDeleteJika bukan krn Rafizi, rakyat M'sia tak kan tahu apa yg k'jaan kita buat dgn NFC, klu fitnah mengapa pengerusi NFC didakwa? Pihak hotel mengakui dokumen katering adalah asli - fitnah ke ni? Mmg tercatat bil tu kpd PMO - apa yg fitnahnya. Hotel kata PM yg byr - masih blh dipersoalkan jika tiada bukti dikeluarkan & ianya menunjukkan betapa borosnya PM kita, RM400k ++ hanya utk belanja majlis pertunangan ank....Anda blh byg berapa kos utk majlis kahwin nanti!!!
ReplyDeletesalam 1Malaysia
ReplyDeletesila layari blog ocean13 di http://ocean-13.blogspot.com/..
terima kasih
Buat apa nak ditakutkan sangat dengan budak Rafizi ini.Tak kan jatuh sebuah kerajaan hanya disebabkan seorang pemfitnah kecil ini.Umpama beruk muda memetik kelapa bila tua akan mati terikat dibatang pokok.Budak ini akan rebah bersama2 idolanya.Tetapi UMNO mesti ingat satu hari nanti bila budak ini sudah dipinggirkan oleh tuan nya, adakah UMNO akan jadi tukang pungut dan merajakan dia spt yang telah UMNO lakukan pada beberapa kerat Ex pemitnah..tanpa mengira luka & kerosakan dijiwa pejuang tulin yg telah dilakukan??
ReplyDeleteRafizi semangnya terasa dizalimi oleh kerajaan sejak dulu lagi. Dia sudah nampak pembaziran kerajaan, contohnya kerana membazir wang menghantar pelajar ke luar negara. Buat apa bagi duit pada mereka? itukan kezaliman namanya. Patutnya Rafizi berfikir jika kerajaan tak bagi biasiswa tentulah Rafizi berbahagia mengayuh basikal jual kelapa.
ReplyDeletebertuah bagi budak bernama Rafizi ketika di alam persekolahan, tetapi malang bagi mamak bernama rafizi ini apabila berada dalam dunia politik. Ketidakcerdikan, kebodohan, keterbolahannya (tebolah) telah digunakan oleh ketua pembangkang, anwar ibrahim utk membantunya mencapai cita-cita menawan putrajaya. Rafizi tentu bangga kerana menganggap pendedahannya mengenai NFC telah menyebabkan Shahrizat meletakkan jawatannya dalam kabinet, wal hal, peletakan jawatan itu disebabkan tempoh shahrizat sbg senator akan tamat april ni, tinggal seminggu saja lagi. bezanya shahriat lepaskan dua tiga minggu lebih awal dari tamat tempohnya, tapi rafizi terlompat2 macam kera kena belacan dan menyalak sana sini mengatakan kononnya kerana pendedahan yg beliau buat itu menyebabkan shahrizat letak jawatan. inilah kebodohan Rafizi. Bodohnya sama dgn bodohnya pak pandir yang melihat ada satu mayat kanak-kanak ketika dlm perjalanan pulang ke kubur mengebumikan jenazah anaknya. pak pandir dgn sedih kata, "rupanya bukan anak aku sorang yg mati, anak org lain pun mati jugak". Rafizi pun mcm tu lah, mcm pak pandir, cuma rafizi ni pak pandir moden, kebodohannya yang dimilikinya agak moden sikit. dia lupa dia telah dipergunakan oleh anwar. kesian rafizi.
ReplyDelete