Tuesday, February 14, 2012
3:00 PM
|
Masih waras atau tidak? |
SELAMA menceburi bidang
politik dan menjadi Menteri Besar
Kelantan,inilah tindakan yang paling betul dan
benar dilakukan oleh Nik Aziz apabila beliau mendesak anwar Ibrahim menarik
balik sokongannya terhadap Israel yang sedang menggannas di Palestine dan
tindakan Nik Aziz ini pasti menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit kepada
penjilat-penjilat tegar Anwar.
Barangkali dengan tindakan
Nik aziz ini juga akan menarik perhatian Azmin Ali untuk mendesak Pas mengambil
tindakan serta memecat Nik Aziz sepertimana berlaku kepada Hassan Ali dan juga
Azizan Razak,Menteri Besar Kedah (sedang diusahakan untuk dilucutkan jawatan
Menteri Besar Kedah) kerana menyerang apa sahaja keputusan serta tindakan Anwar
akan dianggap kurang ajar dan memecah perjanjian pakatan pembangkang antara
mereka.
Bagi penjilat tegar Anwar
Ibrahim termasuk yang berada di dalam PAS pasti tidak senang dengan tindakan
Mursyidul Am PAS ini malah desakan Nik Aziz terhadap Anwar mengambil tindakan
menyaman AWSJ merupakan satu lagi penghinaan terhadap Anwar kerana Nik Aziz
sedar bahawa Anwar tidak mungkin mengambil tindakan menyaman akhbar tersebut
sebab Anwar hanya suka mengambil tindakan saman individu yang berada dalam
negara Malaysia sahaja.
Selama hidup warasnya Nik
Aziz banyak melakukan tindakan yang bercanggah dengan kepentingan agama,bangsa
dan negara selama ini tetapi untuk kali ini Nik Aziz menjadi begitu waras dan mengelak untuk bersekongkol
dengan Anwar dalam isu Palestine.
Apakah ini petanda awal
untuk Nik Aziz bertaubat sebelum ajalnya tiba?Apakah mata hatinya yang buta
untuk mengenali Anwar telah dicelikkan semula dan beliau baru tahu Anwar ini
datang dari spesis ataupun jenama apa?Walaupun tindakan Nik Aziz dan kepimpinan
PAS ini terlewat setelah Islam dan orang Melayu berpecahbelah namun kita boleh
menganggap inilah tindakan beliau yang paling jujur (itu yang kita harapkan)
untuk mengajar Anwar supaya dalam mengejar kedudukan untuk menjadi Perdana
Menteri,jangan sesekali digadaikan semua prinsip termasuklah prinsip-prinsip
Islam.
Sudah sampai masanya Nik aziz bertaubat.. |
Kalau sebelum ini PAS yang
dilihat suci bersih perjuangannya untuk sebuah negara Islam kononnya namun
tindakan PAS bersekongkol untuk sama-sama bergelumang dengan najis-najis berat
dalam pakatan pembangkang turut melampiaskan bau yang cukup busuk kepada PAS
yang selama ini memperalatkan agama untuk survival politik mereka.
Sudah sampai masanya PAS
mufarakah daripada terus berganding dengan PKR dan DAP.Sudah tiba waktunya
untuk PAS kembali kepada perjuangan asal setelah PAS tergelincir seperti yang
Hassan Ali dakwa itu kerana PAS hanya bermimpi di siang hari kalau mereka mahu dihormati
oleh PKR dan DAP kerana selama ini PAS telah ditipu hidup-hidup oleh dua parti
pembangkang ini,PAS hanya umpama selipar jepun yang hanya dipakai untuk ke
ntandas ataupun kebilik mandi semata-mata,tidak lebih dari itu.
Tak jadi masuk penjara! |
Anwar Ibrahim hari ini
sednag diserang sindrom `gila’ apabila harapannya untuk masuk penjara ekoran
kes liwatnya dengan Saiful tidak menjadi namun beliau menjadi lebih `gila’
apabila Peguamnya Karpal Singh mengakui bahawa memenag berlaku liwat antara
Anwar dan Saiful tapi secara sukarela.
Hasil dari impiannya yang
tidak menjadi itu, Anwar terus hilang pedoman hidup dan ciri-ciri orang yang
beragama Islam apabila mahu meminda undang-undang liwat,menyokong gerakan LGBT dan akhirnya mengikhtiraf Israel
yang menyerang dan mahu menakluki Palestine.
Mungkin kerana sudah tidak
tahan diperbodohkan,kepimpinan PAS akhrinya bersuara dan mendesak Anwar Ibrahim
menarik balik sokongan terhadap Israel itu tetapi tidak bersuara menentang LGBT
dan juga liwat yang diharamkan dalam agama.
PAS hanya memilih
kepentingan tertentu yang mereka perjuangkan untuk mereka sanggah tetapi sampai
hari ini PASW tetap masih hilang prinsip apabila terus mendokong `kegilaan’
Anwar yang lain dan kita tidak hairan dalam isu Hamza Kashgari, Nik Aziz
membisu kerana beliau sendiri pun menyifatkan Nabi Muhamad SAW itu cuma insan
biasa dan seperti mamat-mamat kampung yang lain.
Kita sedang menunggu apa
tindak balas dari penjilat-penjilat dan balaci-balaci Anwar terhadap kenyataan dan desakan Nik Aziz ini
dan paling jelas apa yang sedang Nik Aziz dan pimpina PAS lain lakukan, Hassan
Ali lebih mulia tindakannya kalau mahu dibandingkan dengan pemimpin PAS yang
lain.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
RAHMAT DAN BERKAT SEMBAHAYANG HAJAT YANG DI ANJURKAN SELAMA INI..... AKHIR NYA TERMAKBUR SEBALIKNYA...
ReplyDelete