Friday, February 17, 2012
10:55 AM
|
Buku ini umpama komik lucah..! |
ADA yang kata tindakan Ahmad
Maslan mencampakkan Buku Jingga ke dalam tong sampah sebagai perbuatan yang
melanggar prinsip demokrasi,satu perbuatan yang tidak beradab serta bertamadun
dan sebagai satu penghinaan terhadap manifesto parti lawan.
Malah ada juga yang
mengganggap tindakan mencampakkan Buku Jingga itu (ada yang sebut Buku JingGAY)
sebagai tindakan yang tidak berapa berani daripada Ahmad Maslan kerana buku itu
bukan seharusnya dicampakkan tetapi dikumpulkan untuk dibakar sepenuhnya kerana
jelas buku tersebut bukan memberikan faedah kepada rakyat serta negara kerana
dalam buku tersebut penuh dengan penipuan serta janji-janji palsu terhadap
rakyat di negara ini.
Tawaran pembangkang dalam buku
tersebut jelas tidak masuk akal dan ianya hanya sekadar pintalan janji-janji
manis untuk meraih undi dari rakyat bagi menyokong perjuangan mengejar kuasa
dan bukan sebenar satu janji pasti untuk rakyat jelata.
Kita hairan kerana masih ada
lagi rakyat yang percaya dengan tawaran-tawaran pembangkang sedangkan jelas
serta terbukti setelah memerintah beberapa buah negeri mereka terus bersilat
lidah untuk menafikan janji-janji mereka sebelum ini kepada rakyat.Lihat sahaja
di Pulau Pinang,rakyat yang terpedaya dengan manifesto yang mengumpulkan segala
janiu pembangkang sebelum ini mula mengeluh kerana yang mereka catat dalam
manifesto lain tetapi bila menang jadi lain.
PRU12 membuktikan pembangkang telah melakukan pembohongan cukup
besar hingga rakyat menjadi keliru dengan segala janji-janji yang mereka
tawarkan tetapi setelah pembangkang berjaya menguasai Selangor,Pulau Pinang dan
Kedah,janji yang mereka taburkan hanya tinggal janji semata-mata.
Perak bernasib baik kerana
rakyat dan pemimpinnya sedar pembohongan yang menjerat mereka hingga DAP menang
besar dalam PRU itu dan berjaya membentuk kerajaan namun hajat pemerintahan
pembangkang tidak sampai kemana apabila rakyat dan pemimpin di Perak bangkit
menoktahkan penipuan mereka dan akhirnya kerajaan Perak bertukar tangan.
Begitu juga di
Kedah,walaupun sehingga hari ini pembangkang memerintah negeri tersebut tetapi
sampai hari ini tidak ada satu pun janji-janji yang mereka tunaikan sewaktu
meraih undi PRU lalu dan tidak ada bezanya Buku JingGAY ini dengan manifesto
pembangkang pada pilihanraya lepas cuma kali ini penipuan dalam buku tersebut
disusun dalam bentuk buku supaya rakyat melihat kononnya mereka serius mahu
membawa perubahan kepada rakyat serta negara ini.Hakikatnya manifesto PRU12
lalu dengan Buku Jinggay ini tiada bezanya,penuh dengan muslihat serta tipu
daya.
Kelantan juga tiada
bezanya,hampir 21 tahun PAS kononnya mendokong aspirasi penubuhan sebuah
pemerintah Islam berteraskan Al Qur`an dan Sunnah tetapi akhrinya PAS tersembam
di kaki DAP serta PKR hingga mereka terpaksa menukar slogan kepimpinan mereka
dan dalam masa yang sama PAS terus menjanjikan syurga dalam manifesto
mereka,hingga hari ini rakyat kelantan terus terpedaya dengan helah licik
politik PAS yang memperalatkan agama islam untuk meneruskan survival politik
mereka.
Patutnya dibakar! |
Tidakkan Ahmad Maslan
mendapat kecaman yang bukan sedikit daripada penjilat pembangkang hingga
seorang yang kononnya Profesor menyelar tindakan tersebut sebagai satu tindakan
yang tidak bertamadun serta tidak menghormati Buku JingGAY tersebut.
Sesiapa yang waras dan non
partisan perlu mengambil masa mengkaji tawaran pembangkang dalam buku tersebut
dan akhirnya harus bersetuju bahawa segala tawaran yang ditawarkan dalam buku
itu umpama sebuah komik atau cerita lucah yang digarap rapi bagi menaikkan nafsu serakah
rakyat yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada di depan mata mereka
ketika ini.
Buku ini kalau tidak sampai
hati untuk dibakar,ianya juga boileh dibekalkan ke tandas-tandas awam bagi
kegunaan untuk menyapu najis sekiranya tandas-tandas awam itu tidak mempunyai
air seperti yang berlaku di Kelantan.
Kita kena setuju dengan kata
Najib Razak bahawa Buku JingGay ini adalah sebuah buku yang sia-sianya.Kulitnya
nampka cantik tapi isinya penuh dengan penipuan.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment