Tuesday, January 3, 2012

Apa ceritanya?
NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga  dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.

Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.

Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya?Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha?Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy?Ceramahnya dimaku hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng..semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.

Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.

Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

Sama dan serupa..!
Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?

Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?

Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?

Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya.

36 comments:

  1. salam moderator, sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, tuan perlu menyiasat dan mendapatkan saksi saksi agar tuduhan ini bukan satu tuduhan liar. buat en azhar pula ..... jgn ingat anda dah hebat.... kerana apabila anda rasa hebat bermakna anda dah makin riak kerana ramai menyanjungi...... kadangkala peminat yg ramai yg membuatkan diri anda secara x langsung akan merasa anda saja yg betul.....dan pendengar pula tidak mengkaji apa yg di sampaikan oleh beliau. saya x setuju saudara azhar di panggil ustaz kerana kata-kata anda terlalu menghampiri riak ....sekian tq tuan moderator.....

    ReplyDelete
  2. 1 pagi berapa haribulan saudara? hati2 takut jadi fitnah jer.. boleh bagitahu berapa haribulan.. nak komfem jer saudara.. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Mungkin membantu...contohnya buang TUNGAU kat APOM !

    Tak mustahil..kan..kan..kan!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum pakcik..
    UAI tu dah jawab ke belom ttg perempuan trgganu tu?? jgn sebabkan penglihatan kita yg terbatas nih, abis semua tanggapan buruk kita lemparkan kat seseorg..xkiralah dia usatz ke orang biasa ke.adehh..geram plak baca pasal bnda ni.kalo benda yg pakcik ckp dlm entri ni salah, free2 jer dpt dosa..

    ReplyDelete
  5. Anonymous, January 3, 2012 9:15 PM pergi lah tanya penduduk di sana apa benarkah peristiwa ini berlaku...

    ReplyDelete
  6. Terlalu banyak komen yang lari dari tajuk asal keseluruhan isi tulisan ini.Saya tidak menuduh cuma mohon penjelasan apa sebenarnya berlaku sekitar bulan 11 tahun lepas.

    Sesiapa boleh singgah di Jambu Bongkok itu dan tanya apa sebenarnya berlaku?Tanya org Jambu Bongkok...

    Rata-rata orang bercakap tentang perkara ini dan kalau tidak benar,diakui tidak benar oleh Azhar Idrus.saya terima segala cacian terhadap tulisan ini dgn dada yang terbuka malah bersedia untuk mengakui kesilpana saya krn mendapat sumber dari orang yang salah

    Betul boleh buat solat sunat tak kira waktu cuma yang menjadi persoalan dan diperkatakan org ketika ini di Jambu Bongkok itu knp ambil wuduk dalam bilir air wanita dan bukannya di sebelah (bilik air lelaki).

    Jangan komen ikut emosi dan ini tidak ada kena mengena dengan PAS atau UMNO.

    Saya sedar dan mengakui pengikut ustaz ini terlalu ramai tapi saya tidak mahu memperincikan susur galur kejadian itu krn motif saya cuma nak tahu apa cerita sebenarnya...

    Tak salah mempertahankan azhar kalau dia benar tapi salah mempertahankannya kalau ianya peristiwa itu benar-benar terjadi.

    Pihak moderator sedia melepaskan komen2 yg dihantar sekiranya ia mampu membantu merungaikan pertanyaan yang timbul hasil dari tulisan ini.

    Dan salahkah saya bertanya?Jgn kerana taksub hingga tanya pun tak boleh...

    ReplyDelete
  7. tidak jelas tarikh cerita...setakat pukul 1 pagi sahaja..bleh jelaskan cerita ini bila?sebab ustaz azhar selalu bergerak diikuti dengan pengikut2 dia...ramai...bukan berseorangan..so adalah lebih baik sahihkan cerita sebab ianya mungkin fitnah utk menjatuhkan sahaja...semua orang boleh buat cerita macam ini walau tanpa bukti..terlalu mudah...

    ReplyDelete
  8. harap ada orang Jambu Bongkok yg tampil buat penjelasan sbb takut benda ni jadi lain pulak..mintak maaf ye lah...tapi kalau dah nama manusia yg ada nafsu, tak mustahil perkara mustahil jadi benar..kena pulak bab daging berbulu...ermmm

    ReplyDelete
  9. Baguih tok sanggah, sanggah komen diaorg yg taksub ni

    ReplyDelete
  10. ini yg saya terjumpa dlm carian..

    http://tunhisyamuddin.blogspot.com/2010/03/ustaz-azhar-ustaz-paling-popular-di.html

    ReplyDelete
  11. korang boleh siasat sendiri...tanyalah org yg tahu. pergilah ke masjid kg jambu bangkok dan tanya ajk kat situ. kalau betul kata mereka, batul lah tu.....

    yg pelik tu ada pompuan dlm tandas masjid pukul satu pagi.apa dia buat ye? seram juga teman dengor....

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.. :)
    sekadar nak menyatakan pendapat... sesungguhnya tidakkah sesuatu yang tidak sahih itu tidak elok disebarkan... jika pihak anda ingin meminta kepastian.. tidakkah lebih baik berurusan terus dengan beliau.. jika ia benar.. baru lah anda boleh menyebarkan nya.. bukan dengan niat untuk memalukan.. tetapi dengan niat pengikut2nya tidak terus tersesat.. tapi jika salah?? tidakkah anda telah menjatuhkan maruahnya dan mengaibkannya??

    yang baik itu dari Allah.. yang salah itu dari kekhilafan sy... :)

    ReplyDelete
  13. Sebab tu aku pun tak suka duduk dlm majlis ceramah azhar ni, aku jumpa kawan sekolah dari sekolah rendah sampai menengah yg menimbulkan soalan entah dimana dia belajar agama, kalau setakat baca kitab, ilmu tu tak sampai tariqohnya kepada Nabi saw sebab tu setakat dtg dengar ceramah dan lawak jenaka boleh lah, untk amal rasanya tak sampai separuh yg beramal.

    --Ganasnyer--

    ReplyDelete
  14. http://youtu.be/VEhXbJCdehk

    ReplyDelete
  15. http://www.youtube.com/watch?v=VEhXbJCdehk&feature=related

    http://kuliyah.ws/ustazazhar.html

    As-salam...silalah tgk video yg paste tu...die sendiri pon mengaku tak penah beljar pondok mana2...tak semestinyer nak jadi seorang pengajar perlu belajar smpi ke tanah suci mekah, india, china walhal kutub selatan sekalipun...beliau sendiri pon mengaku pernah melakukan kesalahan...saya rasa tempat tidak menjadi ukuran untuk seseorang tu menjadi seorang penyampai ilmu...dan bagi saya apa yg elok kita ambil jadikan tauladan dan apa yang kita rasa tak elok kita tak yah layan...tak perlu saya rasa nak pertikaikan siapa dia...kita ni hanyalah manusia yang tak pernah lari dari melakukan dosa...

    Wallahualam.. ^_^

    ReplyDelete
  16. Assalamua'laikum. Sy tak setuju dgn perkataan saudara yang mana saudara menyatakan bahawa Ustaz Azhar menggunakan perkataan maki hamun dalam ceramahnya. Sy selalu hadir ke ceramahnya krn berdekatan dgn kediaman sy, dan sy ingin tegaskan tidak pernah sekali sy dengar dalam mana2 kuliah kelolaan beliau perkataan cacian dan makian sepertimana perkataan saudara. Dan berkenaan dgn tuduhan saudara yg menyatakan ustaz azhar masuk ke dalam tandas perempuan tersebut, jika benar, sy mohon penulis mengemukakan bukti yg lebih terperinci. Ingatlah, fitnah itu besar dosanya. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  17. Assalamualailkum... Pada pendapat sy adalah sesuatu yg positif anak2 muda sekarang berminat utk mendengar ceramah dr Ustaz Azhar atau menyaksikn youtube Ustaz Azhar dr melakukn perkara2 lain yg tidak berfaedah... Pd pendapat sy fenomena Ustaz Azhar adalah sesuatu yg baik... Sekurang kurang nya anak2 muda kita selangkah ke hadapan lebih tertarik mendengar ceramah agama... Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete
  18. Allah Subhanahu wa-Ta’ala melalui firmanNya dan melalui RasulNya Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam berulang kali meyeru kepada setiap orang yang beriman agar tidak bercerai-berai (tidak berpecah-belah), kerana diwajibkan kepada mereka agar berpegang teguh kepada agamaNya atau kepada kitabNya (yang menyeru kepada perpaduan ) kerana bersatu padu merupakan perjanjian (perintahnya)Nya di dalam al-Quran. Sekalian mereka yang beragama Islam diseru agar sentiasa bersatu atau berjamaah. Diharamkan dari berpecah-belah kerana perpecahan adalah kehancuran dan berjamaah adalah kejayaan. Jelasnya al-Quran mewjibkan orang-orang beriman agar sentiasa berjamaah di atas kalimah i'tisam (اعتصام) "Al-Quran" yang hak dan berserah diri kepada Allah. Al-Quran dengan jelas mengharamkan perpecahan sebagaimana berpecahnya golongan Ahli al-Kitab serta orang-orang jahiliyah.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum

    boleh jelaskan motif memohon penjelasan dengan artikel sebegini?tuan sendiri tak pasti kebenarannya,jadi mengapa menulis tentang perkara meragukan?ianya lebih mendorong kepada menanam suatu persepsi buruk tentang seseorang,hati-hatilah dan bertanggunjawablah dalam penulisan kerana artikel sebegini hanya menjurus kpd fitnah yg seterusnya mengundang dosa besar dan laknat dari Yang Maha Akbar..moga Allah ampunkan kejahilan dan kelemahan diri kita semua...salam ukhwah,sekadar peringatan sesama saudara muslim...peace :)-Ummu Aiman

    ReplyDelete
  20. salam.

    kalau cerita ni belum tentu betulnya, buat apa sebarkan..macam menggalakkan fitnah tersebar pulak.saya bukan nak back-up siapa2, dan kalau cirita ni betul pun, bukankah membuka aib seseorang tu boleh menyebabkan dosa.

    ReplyDelete
  21. Bismillahirrahmanirrahim..

    Ya Allah AL-ALIM, Ya Allah AS-SAMI’, Ya Allah AL-QAHHAR, Ya Allah AL-HAKAM.,
    Jika benarlah apa yang disampaikan oleh PENULIS BLOG ini maka buktikanlah agar kami mengetahuinya. Jika PENULIS BLOG ini berniat untuk menjatuhkan ISLAM,Para Ulama', dan Pendakwah maka berilah PERINGATAN kepadanya.
    Amien..

    ReplyDelete
  22. Semakin tinggi ilmu kita maka semakin besar pangkat syaitan Iblis yg datang menggoda , kalau mcm saya ni ...ilmu pun kosong , jahil dan bebal , mungkin hanya syaitan pangkat prebet saja datang menggoda dah tersungkur!
    maknanya , gelaran ustaz itu bukan jaminan bahawa selama 24 jam , 360 hari setahun selamat dari hasutan dan godaan syaitan ,

    seorang guru tua yg terpinggir , tak dipandang orang , malah ada yg kata dia sewel , miskin dan selalu dlm keadaan kusut masai , tinggal jauh disudut kampung , pernah mengatakan kepada saya jangan nilai seseorang itu dari rupa , atau dari berapa panjangnya janggut atau berapa panjang serbanya , kerana keteguhan dan utuhnya iman seseorangitu bukan terletak dihujung janggut atau diatas serban nya , pak guru mengatakan semua itu hiasan luaran semata utk perindahkan penampilan , ianya tak perlu dan tak mustahak !

    siapa guru tua yg dipandang hina ini ? dia beberapa kali didapati bersolat jumaat pada 3 masjid yg berbeza pada hari yg sama , anak muridnya yg ke mekah pernah menemuinya disana , suatu ketika anak murid dari Linggi menelefon pak guru ada disana [dirumahnya] ..sedangkan dlm masa yg sama si polan yg dia telefon itu sedang duduk berhadapan dgn sang guru tersebut!! terkejut ...gementar dan menangis si anak murid , langsung terkam dan peluk cium gurunya !

    ini kisah benar ..

    cuma nak kata , jgn kita menilai sesuatu dari luaran , ular yang paling berbisa ialah ular yang paling cantik dan punya pelbagai warna dikulit !

    ReplyDelete
  23. Sedangkan Raja segala wali , syeikh Abd kadir Jailani diuji dan digoda , dikelirukan syaitan , inikan pula setakat manusia yang ilmunya tak sebanding dgn syeikh Abd kadir , bila2 masa staitan boleh pesongkan dia ...jgn takabur mengatakan konon mentang2 dia ustaz , setan tak kacau tak goda !

    kekuatan Iman bukan terletak pada berapa panjangnya janggut , kalau janggut dijadikan ukuran , kambing lebih panjang janggut!

    kalau serban dijadikan ukuran hebatnya iman seseorang , maka kecewalah segala imam dan lebai yg tdk berserban 24 jam ! kerana mereka tidak beriman!

    semakin ternama seseorang , semakin tinggi pujian dan harapan orang terhadapanya , semakin besar pangkat syaitan iblis yg datang menggodanya ..
    pejawat awam diuji dengan rasuah , peniaga diuji dgn kejujuran , pendekar diuji dgn kesabaran , orang agama diuji dgn benda yang dia selalu nasihatkan pada orang lain ,

    saya juga bekas sekolah pondok , ada cerita tersendiri !
    pak ustaz bawa tidur anak murid , murid pun suka tidur rumah ustaz duda , bangga !
    malam tiba , tangan ustaz menjalar ..suruh sang pelajar pegang 'anu'nya sehingga selesai!

    ni kisah benar , bukan rekaan bukan khayalan , si pelajar yg kena suruh buat itu dah jadi cikgu sekarang ni !

    ReplyDelete
  24. Azhar Idrus kalau masuk maharaja lawak gerenti menang. Banyak ceramahnya hanya guna hukum akal utk berlawak. Memang ramai anak muda yg ikut tapi ikut menuju kesesatan.

    ReplyDelete
  25. Ustaz Azhar ini memang hebat dalam ilmu feqah.

    Dan saya sendiri suka dengar ceramah ustaz kerana ianya jelas dan diselit lawak.

    Ada antara perkataan nya yang tidak enak didengar seperti mengatakan seoarang ustaz lain sebagai 'ustaz anjing' dan terlalu banyak perkataan 'bodoh' digunakan.

    Mungkin bagi sesetengah orang ia adalah gaya dan bahasa orang Terengganu berbicara.

    Namun bagi saya tiada yang lebih mulia dari ucapan yang baik.

    Walaupun seronok mendengar dia berceramah, pertimbangan yang wajar dan pemikiran yang betul mesti ada pada audience. Pertimbangan yang wajar amat dihargai.

    Kerana ustaz seperti juga kita, hanya manusia yang banyak juga kesilapan nya. Apatah lagi bila terlalu cakap banyak.

    ReplyDelete
  26. apa apa pun tuntutlah ilmu ...ambil yang baik jgn yg buruk...kalau rasa ustaz azhar tu tak elok tak payah le dengo ceramah die pangkah je UMNO .....yang rase ustaz azhar tu elok pangkah je PAS buat ape gado gado....hidup kita hanya sementara ntah bila bila mati masuk kubur...masa tu dah tak boleh patah balik...ape ape pun kalau dunia ini seperti sebutir pasir dan akhirat itu seluas alam ini ...buat ape kita nak terkejo kejo nakkan dunia...

    ReplyDelete
  27. apa apa pun tuntutlah ilmu ...ambil yang baik jgn yg buruk...kalau rasa ustaz azhar tu tak elok tak payah le dengo ceramah die pangkah je UMNO .....yang rase ustaz azhar tu elok pangkah je PAS buat ape gado gado....hidup kita hanya sementara ntah bila bila mati masuk kubur...masa tu dah tak boleh patah balik...ape ape pun kalau dunia ini seperti sebutir pasir dan akhirat itu seluas alam ini ...buat ape kita nak terkejo kejo nakkan dunia...

    ReplyDelete
  28. Golongan muda skrg sgt dahagakan perubahan.baik dari kemajuan,mahupun kekuatan agama Islam.semoga kerajaan berjaya menambat hati golongan tersebut untuk kebaikan melayu dan Islam umumnya.Malaysia satu2nya negara yg tidak habis2 gaduh pasal politik walaupun bukan waktu mengundi.Renung2kan.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum...

    Saya ingin bertanya kepada saudara yang mengukir artikel ini. Daripada mana saudara mendapat sumber-sumber yang menyatakan Ustaz Azhar berbuat demikian? adakah sumber2 ini boleh dipercayai atau dibuat sebagai bahan bukti? Jika sekiranya saudara telah membuat satu fitnah maka saudara hendak segeralah bertaubat sebelum ajal tiba. sesungguhnya saudara sendiri sedar bahawa hukum fitnah jauh lebih teruk daripada membunuh? apatah lagi jika tuduhan ini merupakan suata yang tidak benar terhadap ahli ulama'? Jika iya pun, saudara tidak sewajarnya post-kan keburukan/keaiban orang lain. kerana ini sudah melanggar apa yang diajar oleh Islam. Cuba saudara bayangkan apa orang persepsi orang bukan Islam terhadap Islam jika mereka ternampak suatu tuduhan yang sebegini? Jika benarpun perkara sebegitu berlaku, mungkin Ustaz Azhar benar2 ingin mengambil wuduk dan pada masa yang sama beliau tidak sedar akan tandas wanita/terdapat wanita di dalamnya? Janganlah kita mencari kesalahan orang lain. Saya ingin memesan kepada diri saya dan semua orang. Janganlah kita membuat tuduhan palsu/melulu tanpa sebarang bukti yang kukuh dan janganlah kita menyebarkan keaiban orang lain kerana perkara2 ini mengundang dosa. Jika kita berdosa terhadap orang tertentu, maka hendaklah kita memohon kemaafan darinya sebelum ajal tiba. Wallahualam.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum...

  31. Assalamualaikum...

  32. Assalamualaikum...

  33. Salam, asay juga ada mengikuti ceramah UAI. saya tidak setuju kerana beliau ada mempertikaikan Fardu Haji yang di Tuanaikan YAB Najib Tun Razak ketika ceramah di Taman seri Gombak, sedangkan perkara wajib dan rukun telah dilaksanakan, Hanya Allah yang berhak menerima pahala haji itu.bukan UAI.

    ReplyDelete
  34. kalau nak tahu jawapan bukan pos kat semua org boleh baca , tanya one on one tros ke tuan empunya badan , kan senang , ni spesis nak perhatian lebih ni . haihhhhh

    ReplyDelete
  35. peminat azhar ni sebijik cam peminat justin bieber. taksub xleh nak terima keburukan idolanya.

    ReplyDelete
  36. salam. . ."yang nmpk elok jngn disngka elok..yang nmpk buruk jngn disngka buruk". .org kte mdah taksub pde sesuatu yg trknal..tidak fham yg mne batu dn yg mne prmata..prmata yg indah bkn dri luaran atau brapa rmai pngikut nya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..