Wednesday, January 4, 2012
Risalah ini jelas menghasut!
PIHAK polis kali ini dituntut untuk tidak lagi berlembut dan hanya sekadar memberikan amaran demi amaran bagi mengekang  GERAKAN 901 yang sedang dirancang bagi membebaskan Anwar  dar tuduhan liwat kerana terbukti sikap lembut polis itu diambil kesempatan oleh kumpulan ini untuk terus memberikan tekanan kepada mahkamah.

Sebagai pasukan yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan mendaulatkan undang-undang Negara,pengalaman BERSIH 2.0 dulu seharusnya dijadikan pengajaran apabila amaran mereka lansung tidak dipedulikan oleh gerombolan pengkhianat yang berselindung di sebalik hak asasi ataupun demokrasi hingga Kuala Lumpur menjadi kacau bilau.

Setakat ini lebih tiga ratus lebih laporan polis telah dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan dalam masa yang sama Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali terus mencabar undang-undang bahawa mereka akan tetap berhimpun dan mengarahkan setiap cawangan parti itu menghantar sekurang-kurangnya 100 ahli bagi menyertai demonstrasi haram ini,jelas mereka langsung tidak peduli dan menghormati arahan ataupun amaran yang pihak polis berikan.

Mengambil kira pengalaman Bersih 2.0 pihak berkuasa gagal menangani demonstrasi  itu dengan berkesan dan dilihat prinsip mencegah lebih awal tidak dipraktikan di zaman pemerintahan PM Najib dan Ismai Omar ini dan kita tidak tahu mengapa pihak polis dilihat hanya gemar memberikan amaran demi amaran sedangkan mereka tahu amaran tersebut tidak langsung menakut atau membimbangkan golongan pelampau politik yang taksub kepada Anwar ini.

Pihak polis jangan mempertaruhkan nasib rakyat yang majority menolak sebarang pencabulan undang-undang dan keluhuran perlembagaan dengan tunduk kepada  budaya samseng serta kurang ajar gerombolan politik yang didalangi oleh PKR ini yang akhirnya rakyat tidak bersalah turut menjadi mangsa hasil percaturan amaran yang silap daripada pihak berkuasa.

Jangan sampai tanah Kuala Lumpur bermandi darah,baru ada tindakannya,jangan sampai Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur runtuh diganyang oleh kumpulan yang tidak bertamadun ini baru berkeras mengambil tindakan dan jangan sampai meletus perang saudara barulah polis menggandakn tindakan demi tindakan untuk mengekangnya.

Jangan runtuhkan institusi ini..
Majoriti rakyat meletakkan ketenteraman dan kedamaian mereka di tangan polis tetapi sekiranya polis lebih memihak untuk tunduk tanpa mengambil tindakan keras dan tegas terhadap pelampau-pelampau politik ini pasti ianya akan menjamin suasana tegang antara pihak yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju.

Kita nampak  dengan jelas bahawa pasukan keselamatan sudah tidak lagi dihormati oleh kumpulan pembangkang ini.Mereka lebih menerima pakai undang-undang rimba daripada tunduk dan akur kepada sistem perundangan Negara.Mereka maipulasikan politik matlamat menghalalkan cara dan segala sistem yang tidak menguntungkan mereka,mereka akan tentang habis-habisan manakala kita hanya selesa dengan amaran demi amaran.

Segala bukti dan fakta ada depan mata.Siapa yang terlibat menyusun gerakan ini telah pun dikenalpasti dan rakyat mana yang bakal diperbodohkan untuk turt serta dalam demonstrasi ini pun telah diketahui oleh pihak polis,jadi mereka tunggu apa lagi?

Dalam kumpulan ini mereka menggerakankan rantaian subversif cukup tersusun,barangkali mengangkat falsafah ala-komunis,ala-gansterisme dan sebab itulah mereka dilihat cukup berani untuk menentang pasukan polis kerana mereka yakin serta percaya polis tidak mampu untul lebih dari sekadar memberikan amaran dan kalau mereka tertangkap sekalipun mereka akan cuba mencari jalan menuding jari menyalahkan polis kononnya perhimpunan merek aman tetapi polis yang menjadi punca kepada rusuhan.Inilah antara taktik mereka.

Apakah tidak cukip dengan laporan polis berates-ratus itu untuk membuatkan polis bangun menyiasat serta mengambil tindakan?Atau sememangnya pihak berkuasa  gentar dengan gerakan 901 ini?Polis kata mereka menerima laporan risikan bahawa kumpulan ini akan membuat huru hara dan apakah tindakan seterusnya?Adakah mereka menungggu tarikah tersebut baru mahu bertindak?Ataupun menunggu nasi menjadi bubur?

Demi Anwar.Azmin korbankan segala
Dua kali Azmin Ali membuat kenyataan menghasut, pertama di Konvensyen PKR di Johor,meraka akan robohkan tembok penjara sekiranya Anwart dipenjarakan dan kedua,beliau menyeru semua anggota parti itu untuk turun beramai-beramai bagi menjadikan jumlahna 100,00 supaya berhimpun di perkarangan Mahakamah Tinggi,tempat menentukan Anwar bersalah atau tidak atas kes liwatnya.

Kita tidak mahu polis terus dianggap lemah,bacul dan lembik di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara,Ismail Omar.Kita tidak mahu Polis DiRaja Malaysia yang terbukti hebat dimata dunia terus menjadi bahan cacian kumpulan pelampau politik ini.

Cukup-cukuplah polis bersabar dan menelan bulat-bulat segala cacian yang dilemparkan kepada mereka.Biar polis dicerca asalkan negara terjamin amannya,biar polis diperlekehkan oleh pembangkang asalkan majoriti rakyat merasai nikmat dan selamat kerana polis ada untuk membantu mereka dan biar apa sekalipun tanggpana pembangkang kepada polis,polis kena buktikan negara ini ada undang-undang dan sesiapa pun tidak boleh mempolitikkannya.

PDRM ada harga diri dan jangan sampai tergadai harga diri itu yang akhirnya bakal menjadikan pasukan ini tidak bernilai apa-apa.Rakyat sedang menunggu adakh nasib mereka dan polis sama sahaja seperti Bersih 2.0 dulu.

1 comment:

  1. seorg lelaki tua berusia meliwat seorg pemuda? fikirlah dgn logik akal..bkn tidak percaya pada undang2 negara, tetapi ada tangan2 kotor disebalik undang2 itu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..