Monday, January 9, 2012
5:40 PM
|
DNA adalah merupakan satu
kaedah pembuktian dalam satu-satu kes dan
dalam kes Anwar Ibrahim ini mahkamah
telah tidak terima pembuktian melalui DNA setelah kedua-dua pihak memberi
keterangan masing-masing.
Untuk pembuktian DNA ini
mahkamah perlu mengambikira dalam aspek-aspek cara bagaimana sampel DNA
diambil? Apakah pengambilan sampel itu sendiri mematuhi peraturan dan kehendak
pembuktian oleh mahkamah. cara proses untuk pengesahan DNA juga boleh
dipertikaikan.
Jadi, untuk mendapat
pembuktian secara tengok dengan mata adalah tidak mungkin didalam pengendalian
kes yang melibatkan jenayah seksual seperti ini dan sebab itulah Anwar berkeras
tidak mahu menyerahkan sampel maninya bagi ujian DNA kerana beliau sedar risiko
yang bakal beliau tanggung.
Anwar selamat kerana
teknikal DNA menyelamatkannya dan proses rayuan yang mungkin dibuat oleh Peguam
Negara belum tentu dapat menyelamatkannya malah hanya orang yang sengaja membutakan mata
hatinya sahaja yang akan bersetuju kononnya Anwar tidak meliwat apabila mahkamah
membebaskannya.
Namun yang paling penting
daripada keseluruhan kes yang berlangsung hamper dua tahun ini adalah seperti
memulangkan paku buah keras kepada beliau kerana selama ini belia pusing
seluruh dunia mendakwa badan kehakiman Negara tidak bebas,mencerca mahkamah
kita sebagai mahkamah kanggoraoo,menghina Hakim Zabidin hingga beliau berusaha
menyingkirkan hakim tersebut daripada
mendengar kes beliau dan beliau dengan angkuh mengatakan bahawa tidak akan
mendapat keadilan terhadap kes tersebut.
Sekarang ini apa helah Anwar
setelah mahkamah memutuskan beliau dibebaskan daripada kes tersebut?Mahkamah
dan Hakim yang beliau cerca selama ini tidak adilkah bila membebaskannya?Hebatnya
badan kehakiman kita yang tidak pernah tunduk kepada sebarang tekanan baik
daripada Perdana Menteri ataupun daripada sesiapa sahaja dan membuktikan bahawa
badan ini benar-benar bebas dan bermaruah.
Walaupun Anwar dan
juak-juaknya begitu lantang menghina mahkamah sehinggalah detik terakhir
keputusan mahu diumumkan apabila Fauziah salleh berucapa di perhimpunan depan
mahkamah menganggap Hakim Zabidin dicucuk hidung dan macam-macam gelaran
diberikan.
Anwar perlu minta maaf terhadap badan kehakiman negara dan juga PM Najib kerana mencerca mereka selama ini.
Kita mahu sebagai terus
mempertahankan maruah dan memperkasakan badan kehakiman kita,mereka ini
dituntut untuk didakwa menghina mahkamah.Mulut-mulut celupar dan sial ini harus
dihentikan supaya tidak terus menjadi mulut-mulut celaka yang tidak segan silu
menyumpah seranah badan kehakiman kita.
Beliau juga menuduh UMNO
terutama sekali PM Najib berkonspirasi untuk memenjarakan beliau serta
menghalangnya untuk menjadi Perdana menteri yang diidamkan sekian lama?Dan
kalau benar Najib terlibat serta boleh mengawal badan kehakiman seperti yang
Anwar tuduh selama ini,pasti Anwar akan didapati bersalah dan dipenjarakan
hingga 15 tahun.
Dan ada juga yang melihat
betapa kecewanya PAS,DAP dan PKR yang sememangnya mengharapkan Anwar dihukum
bersalah oleh mahkamah kerana itu adalah peluang kepada mereka untuk meraih
simpati rakyat serta menagih undi kononnya untuk menyelamatkan Anwar yang dipenjarakan
kerana konspirasi seperti yang disebutkan.
Dan Anwar sendiri pun yakin
beliau bersalah dan telah memberikan amanat demi amanat malah PAS Selangor
mengarahkan 75,000 ahlinya turun ke mahkamah dan Azmin Ali pula mencanangkan
akan menghimpun 100,000 penyokong mereka membayangkan Anwar bersalah tetapi
malangnya yang hadir hanya sekitar 4,000 orang sahaja.
Dan Anwar perlu ingat..beliau belum bebas sepenuhnya. Mahkamah dunia anda terlepas,mahkamah Allah belum tentu...
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
TERLALU banyak dosa dosa Anwar pada agama bangsa dan tanahair.
ReplyDeleteSaya hanya insan marhaen sahaja. Tapi saya tetap akan berdoa dan terus berdoa agar Anwar dan keluarga serta keturunannya akan dilaknati Allah suatu hari nanti. Begitu juga dengan pengikut taksubnya.
ReplyDeleteIni semua mahkamah dunia bahawa sanya dia boleh terlepas hanya kerana tidak mahu memberikan DNAnya. Walaupun dia terlepas bukan bermakna dia tidak meliwat.
Mungkin saya hanya sekelumit insan kerdil di Malaysia yang amat kecewa dengan keputusan ini. Tapi saya akan terus memanjatkan doa agar Malaysia dijauhi dengan pemimpin yang korup moral seperti Anwar dan PKR serta pakatannya.
Insya'Allah suatu hari nanti mereka semua akan rebah. Semoga Allah maha mendengar dan memperkenankan do'a saya. Amin.
Kes rogol n liwat akan menjadi jadi...sesiapa penjenayah perogol peliwat yg mengikuti perbicaraan ini tidak akan memberi sampel dna dengan sukarela..ikut idola mereka..nuar..grenti akan terlepas..sebab lowyer akan gunakan penghakiman nuar kali ni untuk membebaskan penjenayah seperti itu..fikir2 kan..
ReplyDeletemulai sekarang semua perogol akan dilepaskan sekiranya mereka enggan beri dna utk pemeriksaan. Mereka boleh menggunakan kes anwar sebagai kes law. Sekiranya semua suspek boleh diberi keistimewaan seperti anwar maka tiada pesalah terutamanya perogol atau peliwat akan didapati bersalah dalam tuduhan mereka. Fikir semua
ReplyDeletekenapa si penipu pengecut untuk serahkan DNA, berani kerana benar, takut kerana SALAH. LIWAT TETAP LIWAT, diakui oleh peguambelanya sendiri. Sanggupkah kita sbagai umat islam btuankan PELIWAT, nauzubillah
ReplyDeletemuka pun dah x berseri...dah x de nur..semuanya kehendak Allah..mngkin Allah buat yg tebaik untuk saiful..Allah nak duga pulak camner ANWAR selpas di bebaskan..
ReplyDeleteHAKIM JELAS MEMPERMAINKAN ANWAR..TUDUHAN BELIAU TERHADAP MAHKAMAH,KERAJAAN DAN HAKIM JELAS TIDAK BERASAS DAN SAIFUL SENDIRI TELAH MEMBUKTIKAN DAKWAAN NYA BENAR APABILA KARPAL MENGAKUI LIWAT TELAH BERLAKU TETAPI SECARA SUKA SAMA SUKA....
ReplyDelete