Monday, January 9, 2012
11:21 PM
|
PM
Najib berkata keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar Ibrahim daripada
tuduhan liwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan
tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan.
"Keputusan
hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa,
sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik
mahupun ahli politik tidak mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan
keadilan," katanya.
Najib
berkata, ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap
cabang institusi dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan
cabang yang lain.
"Sebagai
ketua cabang eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan,
badan kehakiman," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada lawatan rasmi dua hari
ke Afrika Selatan.
Najib
berkata, kes ini dibawa oleh seorang individu persendirian dan adalah penting
tuduhan beliau itu didengar di mahkamah.
"Jauh
daripada menjadi satu perbicaraan bermotifkan politik, ia telah menjadi satu
gangguan yang tidak dialu-alukan daripada hal yang lebih penting untuk
mentadbir negara kita demi kepentingan rakyat Malaysia," katanya.
Bekas
Perdana Menteri, Tun Mahathir menegaskan,
apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin
berhubung kes liwat Anwar Ibrahim hanya
membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk
memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.
“Segala-galanya
tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan
disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.
“Tetapi
keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang
konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir.
Dr
Mahathir juga berkata, sebelum ini pun kerajaan pernah kalah dalam beberapa kes
di mahkamah termasuklah Umno diharamkan oleh mahkamah.Ini,
kata Dr Mahathir menunjukkan di Malaysia, sistem kehakiman negara adalah bebas
dan berkecuali dan tidak ada mana-mana pihak termasuklah kerajaan mahupun
pembangkang boleh campur tangan,” katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment