Thursday, February 23, 2017
8:34 PM
|
Dalam tempuh `mute' ini begitu
banyak perkara telah berlaku,dari senario politik kepartian sama ada melibatkan
BN, PAS, AMANAH, PKR, BERSATU dan lain-lain,yang boleh disimpulkan sebagai
makin banyak polemik,maka makin dekatlah PRU14.
Siapa yang mempunyai gerak kerja yang
lebih baik dan berkesan, peluang untuk mereka menang makin mudah dan besar. Apa
juga isu yang dimainkan dari seremeh-remeh isu seperti isu Mat Tere hinggalah yang mempunyai penjelasan teknikal seperti Himpunan
RUU 355 dan pembunuhan rakyat Korea, semuanya disangkutkan dengan politik
sebagai penyedap bagaikan `aji no moto'
dalam proses mempengaruhi sokongan.
Namun hakikat sebenarnya ialah
bagaimana menggunakan `peluang politik' dan `crisis' untuk mencari keuntungan
dari dana politik yang ada dan mencatur kedudukan masing-masing untuk makin
berkuasa.Realiti inilah yang sedang berlaku dalam semua parti politik. kalau
tidak, takkan kecoh tentang perlantikan
Ketua Penaja Bahagian Parti Bunga yang baru sahaja bertunas, takkan ada banner
ceramah yang langsung tidak ada nilai dalam parti PAS yang telah matang.`Husam
lari debat baiah',segala bahan penyedap itu menjadi tular mengikut keupayaan masing-masing dalam usaha
mencari pengaruh politik dan undi.
Ada yang menjadi perhatian pihak
pelaksana undang-undang dan tindakan tegas terus diambil dengan menggunakan
pelbagai Akta tapi ada juga yang `tersengaja' dibiarkan walaupun jelas yang
dihina adalah pimpinan tertinggi negara. Kita tidak kecewa jika org politik
bertindak dengan niat bermain politik sebab kita maklum bahawa politik adalah seni yang
tidak ada sifir tetapi amat kesal jika penjawat awam, pelaksana
undang-undang juga turut ingin `bermain
politik'.
Ada juga Ketua Jabatan ketika baju yang
dipakai mewakili agensi tetapi lagak dan tindakan seolah-olah dialah
lebih dari Ketua Bahagian parti politik .Mana hilangnya etika penjawat awam
apabila Ketua yang bertaraf Menteri kita cuba sabotaj, melaga-lagakan
kakitangan dan pegawai, kononnya si anu penyokong dia, si anu bukan penyokong
dia, sentiasa memberi amaran kepada pegawai bahawa dialah yang berkuasa dan orang
ini dialah yang bawa masuk berkhidmat, bila ada yang tak suka pula, diikhtiarkan
supaya keluar dari jabatan dan ditamatkan perkhidmatan.
Malah lebih teruk,ada yang sentiasa
inginkan pujian dan populariti dan ingin melompat lebih tinggi, sekali lagi
kita harus bertanya, apakah ini etika penjawat awam? Lebih menampakan kebodohan
ialah apabila mula merekayasa (agaknya telah dinasihat oleh penasihat-penasihat
yang begitu strategies) bahawa ada gerakan dalaman mahu menjatuhkan kedudukan
Ketua dengan menuding kepada orang yang begitu setia berkhidmat dan membantu
sebelum ini. Apakah bodohnya Ketua jenis ini?
Apakah jawatan dalam sektor awam yang
dipegang sekarang jawatan politik yang akan hilang dengan undi? Apa juga
gerakan tidak meninggal kudis pun jika memang kita KetuaJjabatan yang baik dan
berkesan,apa yang berlaku adalah kerana diburu ketakutan akibat gagal
menunaikan janji-janji kepada pegawai-pegawai yang beliau berjanji yang
sehingga kini terkontang kanting dan mula memanggil beliau dengan gelaran
munafiq.
Malah sudah kedengaran para pegawai
dan kakitangan mula membandingkan dengan Ketua-Ketua sebelum ini dan
keputusannya, majoriti mengatakan beliau adalah ketua yang paling teruk dalam
sejarah.Kerana menyedari intigriti dan kejujurannya sebagai `orang operasi'
yang setakat ini gagal mengurus operasi agensi dan mula dipertikaikan, maka
kini pegawai-pegawai yang dulunya tidak disukai, kini itulah pegawai-pegawai
yang popular dimata Sang Ketua ini tanpa menyedari dia telah mula memasuki
jerat yang telah lama dipasang.
Kini telah menjadi rahsia umum,
Menteri sebagai Ketua pun sudah mula menunjukkan hormat dinginnya, KSN sebagai
Ketua Perkhidmatan pun sudah mula meluahkan rasa kecewanya. Jika Ketua Jabatan
yang sikapnya menjadikan agensi sebagai medan bermain politik, maka elok
sebenarnya dilepaskan sahaja jawatan awam itu dan terjunlah dalam politik, lagi
pun memang sekarang pun rasa geli sudah ada kerana asyik berulang alik
ke kawasan yang kononnya ada peluang politik dan mendakwa diri diterima.Cubalah,
baru kita tahu langit itu tinggi atau rendah!
Mudah sahaja pesanan kita,kawan-kawan
yang sama-sama merancang, meredah hutan dan belukar untuk memberi laluan,
jangan ditingalkan. Janganlah bila sudah memiliki kedudukan, kawan-kawan lama yang
jujur bila menegur, dianggap sebagai melepas anjing yang tersepit. kawan-kawan
yang bertungkus lumus menyusun gerakan dari hotel ke hotel, berkejar dalam
dingin Subuh ke Lapangan Terbang menyiapkan tugasan tanpa henti, kalau tidak
sanggup memandang baik sekali pun kerana sudah ada kawan-kawan baru yang begitu
banyak berjasa setelah bergelar Ketua, janganlah dianggap musuh. kerana sedikit
atau banyak, tentunya oanrg pernah mengusung dan meredah semak samun ini lebih
tahu dimana parut, sopak dan kudis yang ada.
Namun sehingga masa itu tiba, fokus
dan pimpinlah agensi yang telah diberi tanggungjawab ini dengan baik, usahlah
bermain politik lebih dari org politik. urus tadbirlah dengan bijak danber
intigriti kerana bijak dan berintigriti bukan hanya terpakai pada pegawai
bawahan sahaja.Mereka juga ingin melihat Ketua yang bijak dan berintigriti,
kalau tidak mampu pun biarlah dilihat bijak dan ada intigriti. Usah biarkan
ucapan-ucapan `kalau macam ni je cara berfikir dan bertindak, aku lebih layak
jadi ketua',
Ingatlah walaupun kita sudah rasa
kita adalah ular sawa yang besar, boleh membelit dan membaham apa sahaja, ada
waktunya kita kena tahu had dan batasnya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment