Thursday, April 10, 2014



Kasihan Razali!
SAYA pada mulanya bercadang mahu` tutup buku’ atau cuci tangan untuk tidak lagi menulis tentang Biro Tata Negara ini kerana sekian lama saya mendedahkan berbagai-bagai kepincangan dalam BTN,berdepan dengan cicak mengkarung seperti Raja Arif,Mokhtar dan Hanafi  yang telah jelas perlantikan mereka merugikan masa depan agama,bangsa dan negara tapi PM Najib masih tetap buat pekak badak dan cicak mengkarung ataupun cengkerik ini tetap juga berkeliaran di BTN walaupun mereka kadangkala menjadi pelesit yang sedang memakan darah organisasi bernama BTN ini.Mereka ini terus kebal dan membebalkan orang lain.


Namun setelah mendengar penjelasan YB Dato Razali Ibrahim Timbalan Menteri di JPM yang mengawalselia BTN ketika di tanya tentang Program BTN dan modul-modul latihan BTN sekarang ini menyebabkan tangan terus gatal untuk menulis dan fikiran terus di hujani pelbagai bayangan tentang peneraju BTN yang namanya Raja Arif dan kita tidak boleh salahkan Razali kerana memberi jawapan yang begitu bombastik Mr Loba Loba kerana pasti jawapan itu telah disediakan oleh Raja Arif kepada Timbalan Menteri namun kepada Razali belajarlah daripada kes ini agar di masa-masa akan datang beliau tidak dilihat seakan-akan diperbudak-budakkan.



Apa yang membuatkan jawapan Timbalan Menteri yang disediakan oleh Raja Arif itu nampak kebudak-budakkan? Perkara pertamanya dengan yakin dijelaskan bahawa program-program BTN sekarang ini adalah bertujuan untuk membina semangat patriotik dan program-program itu telah mengalami transformasi sebagaimana yang PM Najib inginkan, senada dan seirama dgn lagu 1Malaysia.


Cuma tidak dijelaskan bahawa patriotik yang bagaimana yang telah lahir daripada program BTN? Apa transformasi yang telah BTN lakukan dan sejauh mana semangat 1Malaysia telah dijiwai bila Raja Arif diberi amanah menerajui BTN sebagai Ketua Pengarah?


Pengertian Patriotisma secara mudah berasaskan standard murid darjah 6 sekolah rendah ialah mempunyai rasa cinta yang tidak berbelah bagi pada negara dan akan mempunyai tanggungjawab untuk turut mempertahankan negara daripada ancaman dalam dan luar yang bolehmenganggu kestabilan. Perasaan ini hadir melalui proses pendedahan dan kesedaran yang dipupuk melalui program dan modul yang berkesan. Apakah modul itu sekarang ini dilaksanakan di BTN? Kalau betul kenapa lulusan BTN sekarang ini lebih suka menentang `goverment of the day’ terutamanya PM Najib dan terlalu negatif kepada Rosmah? Apa modul patriotik Raja Arif ini uuntuk mempertahankan negara atau patriotisme yang mengandungi isme-isme Anwarinas?


Makan bersama tapi hanya Mokhtar terkena racun!
Apakah pula modul 1Malaysia yang BTN sedang laksanakan untuk menjadikan rakyat Malaysia liberal dan boleh saling beri dan menerima sebagaimana pokok 1Malaysia garapan Shahlan Ismail?Yang nyata di Kajang baru ini orang-orang Melayu tetap simpati dan memberi undi pada Azizah dan bukannya kepada calon BN kerana dia adalah Cina MCA serta penyokong Cina di Sungai Chua menolak calon BN kerana hanya beliau bergambar dengan Ibrahim Ali,jadi berjayakah modul BTN untuk mengajar rakyat tentang kematangan berpolitik dan patriotik?Rupa-rupanya memang segalanya bombastik dan retorik semata-mata!


Yang menjadikan perut memulas pula ialah bila dijelaskan bahawa sudah berjuta golongan muda khususnya yang telah hadir ke program BTN dibawah Raja Arif. Apakah kriteria yang menjadikan seseorang itu graduan BTN yang boleh di masukkan dalam laporan untuk Menteri di parlimen? Kalau berjuta sudah hadir dan keluar dengan semangat patriotik, apakah suasana politik dan sosial negara kita masih seperti hari ini? Apakah orang yg dijumpai oleh pegawai=pegawai BTN di kedai-kedai makan dan di temui oleh KP BTN di Padang Golf sudah dianggap peserta yang telah faham tentang negara dan patriotik?


Kalau itu ukuran yg PM Najib inginkan memang patutlah Raja Arif terus disambung kontrak untuk menerajui BTN sampai PM sendiri bertukar kerana pastinya akan ada jutaan lagi yang akan dilatih oleh Raja Arif selepas ini sehingga PRU14 nanti. Saya ulang kalau dalam setahun saja sudah lebih sejuta, makna nya menjelang PRU14 nanti jumlahnya akan lebih dari 6 juta orang dan  separuh daripada jumlah pengundi yang memiliki semangat patriotik mengikut tafsiran Raja Arif yang sifatnya sama sebagaimana ketika berhadapan dengan PRU13 lalu.


Persoalannya apakah modul yang ada dan dipertikaikan itu akan diubah selepas ini? Kalau mahu ubah, mampukah Hanafi Abu Nawas sebagai  TKPL BTN merangka modul yang lebih baik selain daripada  modul usrah kumpulan pencinta Anwar Ibrahim ini?


Dan benarkan program-progran lain yang di bentangkan oleh Razali itu betul modul sebagai program untuk membina semangat patriotik rakyat dan orang muda? Apakah program-program itu bukan sekadar untuk memberi keuntungan kewangan kepada Ahmad Fairuz sekali lagi sebagaimana jutaan RM yang dapat di kumpul dari program Jejak Merdeka dulu? Apakah program-program yang dirangka bukan untuk memindah wang BTN  keluar jika berlaku apa-apa kepada Raja Arif? Kasihan kepada Timbalan Menteri yang nampak jujur memberi penjelasan tetapi tidak melihat apa yang sebenarnya sedang di rancang oleh kumpulan yang diketuai Raja Arif ini


Kemungkinan-kemungkinan yang saya nyatakan di sini kerana apa yamg sedang berlaku di BTN sudah jadi rahsia umum kepada penjawat awam yang lain dan sebab itulah saya melihat bila Razali memberi penjelasan berkaitan BTN, ada kawan-kawan yang yang bertugas daripada agensi lain di Jabatan Perdana Menteri tergelak sesama sendiri sampai menitis airmata serta keluar ayat spontan dari mereka..` kesian Dato Razali... di perbudakan oleh Raja Arif...!


Ini adalah kerana kekalutan dalaman yang sedang berlaku dalam BTN tidak  memungkinkan apa yang Razali sebutkan itu menjadi lenyataan. Lihat sahaja kepada kes perjawatan yang berlaku di BTN setelah pasukan Audit Jabatan Perdana Menteri  masuk ternyata pengurusan BTN didapati menyeleweng dari segi kenaikan dan penambahan jawatan. Jika benarlah apa yang diberitahu, maka amat malanglah kepada satu agensi yang menjadi 'core' kepada urusan patriotik ini. 


Sejak Raja Arif masuk di BTN, digula-gulakan bahawa beliau akan memastikan jawatan tetap kepada pegawai-pegawai kontrak tetapi sehingga hari ini tidak ada seorang pegawai pun yang ditetapkan kecuali kenaikan pangkat dan gred kepada kroni-kroni mereka yang menjadi pengkhianat kepada Shagul Hamed kerana pada masa Shagul menjadi Ketua Pengarah orang-orang inilah juga yang cium tangan dan jilat kaki Shagul. 


Lalu kesannya kini TKPP Mokhtar atau lebih dikenali Mokhtar PA Sistem atau Mokhtar Air Mineral, pula yang Raja Arif bebankan dengan kesalahan dan  khabarnya Mokhtar telah dinasihatkan untuk bersara awal oleh pihak atasan ., kasihan kepada Mokhtar tapi itulah ajaran Anwar Ibrahim yang Raja Arif praktikkan iaitu gunakan kawan-kawan untuk kesenangan, bila bersalah, tanggung sendiri dan Raja Arif tersenyum mendapat Jusa A tapi Mokhtar akan bersara tanpa Jusa C pun dan tindakan kepada Mokhtar ini juga tidak betul kerana ibarat memandu kereta yang termasuk lubang dan tayar pecah, sepatutnya pemandu yang  bersalah kerana tidak tahu memandu tetapi Raja Arif dengan mudah salahkan orang yang bekerja di pam minyak kerana isi minyak penuh disalahkan sedangkan yang memandu kereta itu adalah Raja Arif sendiri.Barua punya orang!


Akhirnya BTN adalah agensi yang dekat dan akrab pada PM Najib dan PM Najib tahu apa yang berlaku. Sebab itulah tulisan ini sekali lagi sekadar mahu mengingatkan agar PM Najib sambunglah kontrak Raja Arif sebagai Ketua Pengarah  sehingga Najib tidak bergelar Perdana Menteri lagi kerana apa juga yang beliau lakukan pasti ada justifikasi untuk memastikan kerajaan dan negara selamat. 


Sebab itulah sekarang musuh-musuh lama beliau telah dirapatkan, kawan-kawan lama beliau telah bawa duduk sebumbung di bawah BTN dengan janji lulus ujian usrah dengan Hanafi, semua stesen-stesen TV beliau  telah sanggup keluar duit bagi `mempromosikan program agar nama BTN akan bermain dibibir rakyat kerana bila org ingat BTN, orang akan terus patriotik dan sokong kerajaan. 


Pelajar-pelajar luar negara selalu dikunjungi biarpun kosnya tinggi kerana pelajar luar negara merupakan kumpulan pengundi terbesar  didalam PRU14 akan datang termasuk anak Raja Arif diluar negara. Modul-modul 1Malaysia telah semakin mendapat kepercayaan menyebabkan DAP dan Anwar ketiadaan alasan untuk menentang kerajaan. Media maya kini pun BTN telah kuasai menyebabkan Red Bean Army ketiadaan anggota untuk bantai kerajaan. Lantaran itu manusia yang hebat dan berkesan ini haruslah kekal berada di BTN untuk menjadikan PM Najib selamat, BN dan UMNO kuat dan negara terus berdaulat.Aduhai!

0 comments:

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..