Thursday, December 12, 2013
2:01 PM
|
Banyak sangatkah skandal Mokhtar ini? |
RASA muak dan makin berbulu mata
melihat gelagat Raja Arif,Ketua Pengarah Biro Tata Negara yang sedang gila dan
ligat mencari nyawa ke sana sini supaya beliau tidak ditamatkan sebagai Ketua Pengarah BTN sedangkan semua agensi strategik di bawah
Jabatan Perdana Menteri mengetahui momokan dan pembohongan beliau sebagai Ketua
Pengarah yang gagal menerajui jabatannya.
Begitu juga dengan Mokhtar
Sulaiman, Timbakan Ketua Pengarah (Pentadbiran) BTN yang sedang hebat
mengumpulkan pegawai-pegawai BTN yang sebelum ini pernah bersama beliau,yang
boleh beliau cucuk hidung dan dalam masa yang sama mereka terus mengumpulkan
bekas-bekas ABIM di jabatan itu untuk menerajui jabatan-jabatan strategik dalam BTN.
Kita sedang berfikir,apakah
nilai nilai sebenar yangg mahu ditunjukan oleh pengurusan BTN?Jika bercakap
tentang integriti,apakah 3 peneraju BTN itu ada integriti?Cuba semak macam mana
permainan politik untuk bisness yang Mokhtar sedang lakukan?Seakan-akan sedang
melepaskan geram, semuua projek dipulun oleh syarikat yang beliau putuskan di ibu
pejabat seperti pembelian alat siaraya biarpun projek itu di peringkat negeri
dan juga kem latihan.
Sebab itulah dibawa masuk
Pengetua-Pengetua Kem yang boleh beliau cucuk hidung untuk bersikap jangan
persoalkan apa yang Mokhtar sedang buat hatta Raja Arif sendiri pun seakan lembu
yang dicucuk hidung oleh Mokhtar kerana tidak pernah tahu politik Mokhtar dalam
urusan perniagaan membabitkan BTN.
Sama juga dengan gerakan
membawa masuk PTD-PTD yang diuruskan oleh Mokhtar untuk dibawa masuk ke dalam
BTN,semuanya yang tiada latar belakang latihan dan yang penting kepada beliau
adalah berlatarbelakangkan ABIM.Semaklah homepage ABIM dan carilah siapa PTD-PTD
yang dibawa masuk untuk menerajui jabatan-jabatan lain dalam BTNyang berkait rapat dengan ABIM Pusat,semuanya datang
daripada usrah ABIM dan terbaru dikhabarkan satu lagi penyokong tegar Anwar
Ibrahim akan dibawa masuk ke dalam BTN ,yang pernah jadi anak buah Mokhtar iaitu
Razali Malik.
Jangan lupa kepada Mokhtar
ini yang ada sindrom hanya beliau seoarang sahaja PTD yang hebat dan kita harap
skandal yang dikaitkan dengan Mokhtar satu ketika dulu tidak benar dengan
seorang pegawai BTN bernama Cik Manis dan sinonim dengan panggilan anak Abah
yang dinaikan ke Gred 52 oleh Mokhtar kerana ada yang mendakwa satu ketika dulu
Cik Manis ini diusung ke hulu ke hilir,siang dan malam.Kalaulah dakwaan ini
benar,dimanakah maruah beliau?Dan demi menutup skandal ini kononnya dilantik
seorang pegawai lain untuk menjadi balaci ataupun barua menutup segala perlakuan
sumbang dan songsangnya dan pegawai yang jadi pak sanggup itupun khabarnya di naikan ke
Gred 52.Itu kisah di BTN dulu dan Cik Manis sudahpun berkahwin dan mempunyai
anak-anak.Kita harap ini tidak benar dan kalau benar alangkah malangnya kepada
BTN yang menyimpan Timbalan Ketua Pengarah seperti ini.
Razali bersama pegawai BTN.. |
Cik Manis juga dikatakan
telah membawa masuk banyak syarikat untuk berurusniaga dengan BTN dan khabarnya
termasuk syarikat milik suaminya.Kita tidak tahu adakah syraikat-syarikat itu sudah
dapat bayaran atau tidak?Mokhtar tidak boleh mengelak untuk menjawab tentang
projek air mineral dari Selangor ke Sabah sewaktu PRU13 lalu, penyelenggaran
Rumah Meranti di Jalan Bellamy, pembinaan pagar Kem Latihan dan projek
percetakan yang beliau agihkan dan kita percaya Raja Arif pun tidak tahu
permainan Mokhtar ini.
Kita juga ingin bertanya
Mokhtar,tuntutan RM1.6 juta itu sudah dapat ke belum? Kita bimbang kalau tidak
diagihkan samarata akan terjadi pecah kongsi pula dan takkanlah setakat beli
Pajero buruk sahaja dan takkanlah juga ke Indonesia sampai seminggu hanya kerana buku
yang mahu diberikan kepada PM Najib tentang aktiviti BTN di Indonesia.
Begitu juga dengan kos
pemergian Mokhtar bersama Nadiah,Penolong Pengarah dari Bahagian Mahasiswa ke Jepun berjumlah RM98 ribu dan Wisma Putra menuntut
bayaran ataupun kos tersebut dari BTN.Apa program yang beliau buat di sana antara BTN dan Wisma
Putra dan takkanlah kos untuk seorang Timbalan Ketua Pengarah dan seorang Penolong Pengarah bernilai sebanyak itu?Alangkah baiknya kalau wang sebanyak itu digunakan
untuk kepentingan pelajar-pelajar dalam Negara.
Malah ketika beliau di Jabatan
Perangkaan,kereta yang baru dibeli telah dicalar dan dirosakkan oleh pegawai-pegawai
dan kakitangan Jabatan Perangkaan dan kalau benar beliau seorang pegawai yang
jujur dan beramanah seperti yang beliau uar-uarkan,mana mungkin beliau akan
diperlakukan sedemikan rupa oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Perangkaan,itu
belum lagi kita dedahkan apa yang berlaku di KPDNKK dan bab Mokhtar ini,Rodiah
tahu banyak ceritanya.
Tentang Hanapi Harun,Timbaan
Ketua Pengarah (Latihan) BTN ini pun satu perkara juga.Cuba buat bancian kepada
semua pegawai-pegawai dan kakitangan BTN dan cari berapa ramai yang suka dan
benci terhadap Hanapi@Abu Nawas ini.Mengapa beliau dibenci?Beliau dibenci hanya kerana beliau perasan
hanya beliau yang hebat dan baik serta sempurna di BTN itu kalau mahu dibandingkan dengan
Mokhtar dan Raja Arif,semua orang lain tidak sempurna mengikut KPInya,hanya
beliau yang ada integriti dan cuba tanya bagaimana beliau mengkhianati dan sabotaj
PM serta Ketua beliau sebelum ini di BTN bila secara sengaja membiarkan sajak
Ku Cari Damai Abadi telah disalahcetak dan diedarkan dalam majlis yang telah
memalukan Perdana Menteri ketika itu,Pak Lah.
Jadi kalau hari ini ada pegawai-pegawai
BTN yang juga bersikap sedemikian terhadapnya,beliau perlu tahu bahawa
apa yang beliau telah buat sebelum ini telah berlaku terhadap dirinya hari ini.Ini
hukum karma Hanapi!
Raja Arif dan Hanapi dalam majlis usrah ABIM.. |
Kalau betul mereka ini jenis
spesis yang ada integriti dan maruah sepatutnya mereka sudah ambil tangguung
jawab dan meletak jawatan tapi kerana mereka memang jenis spesis yang semua orang
tahu dan kenal sebagai syok sendiri,maka dengan bangganya mereka
canang, merekala orang-orang yang paling hebat dan mereka lupa segala yang sedang
mereka lakukan di BTN ketika ini sebagai menyumbangkan kepada tumbang dan
rebahnya BTN yang menjadi mercu tanda perkaderan,roh serta jasad kerajaan sebelum ini.
BTN adalah satu kekuatan kerajaan setelah bangkit dari
peristiwa 13 Mei 1969 dan bagaimana Tun Razak menubuhkan Unit Penyelidikan Belia
yang akhirnya dikenali sebagai Biro Tata Negara telah berjaya menanam perasaan
patriotik dikalangan rakyat dan pemimpin sehingga kita boleh tanya,mana
pemimpin dari pelajar sehinggalah memimpin agensi kerajaan dan parti dan kerajaan hari ini termasuklah yang berada dalam pembangkang,siapa yang
tidak pernah melalui kursus dan latihan BTN?
Tapi kini dimana peranan
BTN?BTN dibawah pengurusan Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi sudah jadi gelangang
yang telah lari jauh daripada kerangka yang Allahyarham Tun Razak impikan.BTNByang dulunya mengasuh dan mendidik serta melatih anak-anak muda,memberi
kesedaran dan input yang amat mahal tentang senario politik dan ancaman namun
kini nilai BTN sudah jadi seperti kata pujangga `ketam mengajar anak berjalan
betul,menjadi seperti pepat diluar rencong di dalam’ kepada bangsa
Melayu,menjadi api dalam sekam,gunting dalam lipatan untuk agama,bangsa dan Negara
ini.
Mana agensi yang serius
memikul peranan ini selain BTN tapi kelihatan BTN terlalu takut jika anak Melayu mempunyai rasa
cinta yang mendalam kepada bangsanya dan apakah BTN atau kita tidak ambil kisah
atau peduli jika anak-anak Cina diasuh dengan pelbagai sentimen melalui SRJKC
dan program `summer camp’ anjuran mereka?Kenapa kita terlalu pesimis dan
akhirnya BTN menjadi korban dan mula menganut fahaman pluralism hasil idea pengurusan BTN hari ini.
Apakah masih ada program BTN
yang menanam semangat seperti BTN zaman Nordin Kardi ataupun Saghul Hameed
dulu?Lebih malang,BTN hari ini sekarang menjadi
lebih sensitif kepada denyut nadi pembangkang berbanding dengan denyut nadi
kerajaan.
Bukankah kumpulan ABIM yang
menjadi idola dan rujukan Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi ini sebenarnya lebih assabiyah daripada
mana-mana kumpulan yang merasakan hanya kumpulan mereka sahaja yag bijak dan benar tapi ABIM masih jadi keutamaan mereka dan relevenkah BTN dan modulnya
yang ada dengan cabaran PRU14 nanti? Masih belum terlambat,tunjukan jalan keluar
dan hambat Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi daripada terus menjadi Sultan dan Raja
di BTN.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Lantik ore Kelantan baru comel BTN
ReplyDeleteOre Kelantan ke, orang Tgganu ka, Neghori ka.... kalau kepala, hati dan jiwa 2 × 5 saja dgn YM Raja Arif, Hj. Mokhtar PA Sistem @ Hj. Mokhtar Air Mineral lebih baik tutup saja agensi yg bernama BTM. Kalau tak byk lagi belanja operasi BTN difaraid oleh..........sama2 tahu lah!
ReplyDeleteOre Kelate buat aper? Kelate tu pun sampai ke sudah tak menang-menang.. Lantik ore Kelate, lagi lingkup!
ReplyDeletePuncanya mudah..bubarkan PTD..puak2 ni punca kepincangan dan masalas dalam Pentadbiran Awam. Bukan semuanya celaka tapi bila yang baik dok tgk kaki celaka ni je dok naik keja mcm sial guna hasil keja org lain..lama2 yang baik jadi celaka..abis semuanya jadi celaka..tak caya tanyala sendiri dengan puak2 tu..
ReplyDelete