Monday, May 27, 2013
10:00 AM
|
MEMBACA akhbar-akhbar utama
sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai pihak menggesa supaya kerajaan mengambil
tindakan tegas terhadap Red Bean Army dan
ini seolah-olah negara ataupun kerajaan
baru tersedar kewujudan kumpulan seperti ini yang sedang hebat mengadu domba serta mengelirukan rakyat.
Hakikat ini menjadikan seakan-akan pelik tapi
benar bahawa adakah betul kerajaan baru tahu tentang kewujudan kumpulan pengkhianat ini atau sudah
tahu tapi menjadi perkara remeh untuk diambil tahu oleh kerajaan dan pelbagai pihak lagi
sedangkan segala gerakan untuk mengkhianati Negara telah pun didedah ataupun
ditulis oleh bloger-bloger pro kerajaan secara percuma dan tidak dibayar
seperti bayaran yang diterima oleh Red Bean Army itu yang diupah untuk menumbangkan kerajaan.
Pendedahan demi pendedahan
telah dibuat melalui pelbagai tulisan, tetapi tidak ada siapa yang melihat ini
sebagai sesuatu yang serius sehinggalah kesannya sama-sama boleh dilihat
melalui keputusan PRU13 baru-baru ini dan jika benar perkara ini PM Najib baru tahu,
amat malanglah kepada beliau kerana kegagalan pasukan risikannya yang gagal
melaporkan tentang aktiviti `team' yang dibiayai jutaan ringgit oleh pembangkang ini.
Lebih malang lagi kerana PM
Najib sememangnya mempunyai rangkaian
kerja yg diketahui hebat yang berpengkalan di Pejabat PM atau memang ada
sesuatu yang tidak kena dengan pegawai dan kakitangan pejabat PM Najib sehinggakan maklumat ataupun gerakan ini boleh terlepas pandang.(Mungkin masing-masing sibuk nak susun
strategi sebagai calon walaupun semua kalah dan kini galak pula menyusun
strategi untuk kembali semula ke pejabat PM).
).
Red Bean Army tiba-tiba
menjadi tersohor dan gah dengan kejayaan mereka yang hampir menumbangkan
kerajaan BN melalui PRU13 dengan kempen hasutan mereka dan kejayaan mereka menggerakkan gerakan telah menidakkan
kemenangan 2/3 BN di Parlimen dan terus cuba
menghasut rakyat menjatuhkan BN melalui gerakan jalanan dan dalam pada
itu,apakah tidak ada pihak yang kini tersenyum sendiri kerana beban kesalahan
dan kegagalan mereka kini telah diletakkan sepenuhnya kepada Red Bean Army.
Ada orang-orang tertentu sedang
tersenyum puas kerana kegagalan dan
perancangan mereka memasang jarum yang menusuk dari dalam langsung tidak
disedari dan betapa bangganya mereka melaporkan bahawa punca kegagalan ini
adalah kerana kehebatan dan strategi Reed Bean Army sedangkan gerakan jahat
mereka dari dalam tertutup rapat….
PM Najib jangan sekali lagi
tertipu dengan mainan, perancangan dan laporan yang beliau terima selepas PRU13,
memang tidak ada siapa yang boleh nafikan tentang propaganda Red Bean Army
tetapi bagaimana dengann faktor-faktor lain yang telah di dedahkan berkali-kali
tetapi tidak ada siapa yang menganggap laporan itu juga penting malah sangat
penting!
Bagaimana dengan pendedahan tentang permainan sesetengah Ketua Jabatan
strategik seperti BTN yang dilihat semakin menjadi duri dalam daging kepada PM Najib?Najib tahu atau tidak bahawa BTN telah gagal menjalankan
fungsinya,gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab yang PM Najib sandarkan kepada agensi strategik ini?Apakah KP BTN masih lagi ingin mencanangkan kepada PM bahawa BN
bernasib baik melantik beliau sebagai KP
kerana jika bukan beliau,, BN telah pun hilang kuasa? Persoalan
ini bukan persoalan peribadi tetapi menjadi hakikat bahawa agensi strategik yang
diasaskan oleh Allahyarham Tun Razak ini telah gagal diperkasakan misi serta visinya dan Raja Ariflah pemusnahnya.
Tidak ada sesiapa pun ingin
mempertikaikan kuasa PM Najib melantik sesiapa sahaja untuk mengetuai jabatan kerajaan
kerana itu memang kuasa PM tetapi perlantikan Raja Arif atau lebih suka
dikenali sebagai RARA ke BTN, bolehlah
dianggap antara perkara paling
"sial" dan membawa sial kepada
PM Najib dan tidak ketelaluan jika dianggap, gerakan nasional dan kesedaran
kepada rakyat terus terhenti dengan kemasukan beliau sebagai Ketua Pengarah,Biro TataNegara.
Lagak bongkaknya sebagai
pengamal mazhab Dale Carnagie memulakan tugas dengan mengatakan bahawa Anwar
Ibrahim bukan musuh dan tidak perlu pegawai-pegawai BTN bercakap ataupun menyerang Anwar malah mungkin bagi
Raja Arif, BTN bukannya agensi yang boleh memberi sumbangan kepada politik
sebaliknya BTN hanya agensi yang menjual serta menjaja produk 1Malaysia dan sebab itulah barangkali logo
korporat BTN ditukar dan digantikan dengan logo 1Malaysia.Inilah permulaan kepada kemandulan BTN.
Memulakan langkah memasuki
semula BTN dengan lagak angkuh
dan bongkaknya menafikan apa sahaja yang telah dibuat oleh Ketua-Ketua
Pengarah sebelum ini seolah-olah semua Ketua Pengarah sebelumnya adalah bodoh
dan semua ini dilafazkan dengan kata-kata sindiran dan bahasa badan yang
menunjukkan isyarat memasuki semula BTN dengan membawa dendam kesumat yang amat
jahat.
Permulaan yg mula mendapat tepukan gemuruh
daripada pencacai yang hanya mementingkan tembolok masing-masing dan bagaikan
anjing yang tersepit Meneruskan tugas awal dengan membuang pegawai-pegawai kanan daripada
legasi lama yang lebih faham tentang ancaman keselamatan dan soal politik kerana bimbang
agenda tersiratnya nanti akan bocor kepada pihak luar dan mendapat tentangan.
Kesian apa yang berlaku kepada Abd Wahab Jusoh.
Ghairah Raja Arif sebagai Ketua
Pengarah dimulakan dengan menggunakan
wang yang banyak yang diberikan kepada BTN untuk tujuan melatih rakyat memahami
aspirasi nasional tetapi dalam masa yang sama cukup bijak memperdayakan pejabat
PM sehinggakan tidak dapat melihat apa yang tersirat disebalik wajah anak kampung yang di kutip semula oleh Idris
Jusoh setelah terpelanting dari tampuk kuasa kerana memuja Anwar dalam
peristiwa 1999.
Rupa-rupanya biarpun pernah diberi peluang kedua oleh
pimpinan UMNO dan BN kerana dosanya turut dikatakan terlibat menumbangkan
kerajaan BN di Terengganu pada 1999, peluang kedua itu tidak pernah menginsafkan
beliau danl angkah awal di BTN ialah menggunakan jutaan ringgit peruntukan
BTN untuk membawa masuk consultant Dale
Carnalgie yang turut memuja Anwar sebagai ` trainer` yang melatih pegawai-pegawai
supaya melupakan soal tanggungjawab politik sebaliknya semua memfokuskan kepada
pembinaan diri sendiri.
Tanpa disedari
pegawai-pegawai BTN seakan terbuai dengan teori-teori `self development’ ini
sehingga terlupa tugasan mereka menjaga dan mengawalselia politik Negara dan
ratusan ribu pula digunakan untuk mencetak buku-buku yang kononnya menjadi
rujukan kepada konsep 1Malaysia dengan kata-kata `ini arahan PM’ hatta sanggup
mencetaknya di percetakan milik Institut Kajian Dasar (IKD) tempat lubuk
rujukan Anwar dan tindakan ini menjadi halal kerana satu ungkapan sahaja “ini
arahan PM”.
Kempen Raja Arif hanya di Pokok Sena,kelibatnya tiada di Pekan |
Selain itu, KP BTN ini juga
dikatakan membawa masuk kumpulan ABIM secara terancang walaupun tahu sebahagian mereka itu adalah
pemikir Anwar dengan memberikan Gred gaji yang luarbiasa walaupun ada diantaranya
dibantah oleh UMNO.
BTN juga menyalurkan dana puluhan ribu kepada ABIM Sabah yang diakui
oleh KP BTN sendiri (tidak termasuk yang sulit) dan membiayai gerakan operasi PRU13
di kawasan orang ABIM bertanding termasuk Pokok Sena yang kalah dengan bergaya. Walaupun
orang UMNO membantah, KP BTN persetankan semua itu kerana beliau antara orang
yang berada di` corridor of power’ dan dilaungkan dimana-mana bahawa beliau orang yang sentiasa dipanggil untuk mengadap PM Najib dan Rosmah Mansor {ada peristiwa menarik beliau dengan Rosmah Mansor,harap Raja Srif tidak lupa sewaktu majlis makan malam).
Bukan hanya dilihat memandulkan
gerakan BTN untuk menjelaskan isu-isu negara kepada rakyat, BTN juga
seakan-akan memperlekehkan serangan blogger dan tidak pernah yakin kemampuan
cybertroopers dalam arena politik negara dan ketika PM Najib dengan tegas mengatakan bahawa PRU13 adalah peperangan
di alam maya, KP BTN dalam forum anjuran RTM pula, dengan bodoh sombongnya
seakan-akan memperlekeh dan menafikan pandangan PM Najib dan sebab itu agaknya PM Najib baru tahu tentang Red Bean Army kerana KP BTN tidak pernah percaya.
KP BTN dilihat hanya memfokuskan
untuk gerakan pengukuhan diri beliau dengan Menteri, dengan Setiausaha
Politik,Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan dengan Ketua Setiausaha
Negara (KSN) dan kerana kejayaan ini menjadikan seolah-olah beliau kebal dan
bebas berbuat apa sahaja dan merasakan beliau adalah setanding dengan Menteri-Menteri kabinet dan sebab itulah beliau akan perlekehkan apa sahaja yang datang dari orang yang bukan satu jemaah dengannya meskipun orang itu lebih kanan dan lebih hebat dari beliau,mungkin perlekehkan orang lain ini adalah ajaran dari Dale Carnalgie.
.
Pokok Sena tapi Sahlan tumbang juga.. |
Banyak pihak merasakan dan
yakin bahawa beliau dilihat api dalam sekam dan seolah-olah orang yang di 'plant' oleh Anwar
untuk menumbangkan PM Najib dari dalam dan sebab itulah tiada serangan terhadap
BTN sejak anak Raja ini ditahtakan di BTN dan kekuatan hubungan beliau
dengan Pejabat PM digunakan sepenuhnya untuk bertindak apa sahaja malah
dikhabarkan bahawa pandangan daripada YB Timbalan Menteri yang mengawalselia BTN langsung tidak
diendah dan digunapakai bahkan seakan-akan Timbalan Menteri itu musuh beliau.
Kedudukan beliau sebagai KP BTN seakan-akan menjadi penentu kepada segala-galanyanya, dari
menyenarai nama calon, bacaan sikap (walaupun hanya atas kertas) dan lain-lain,PM
Najib harus dengar,ikut serta patuh malah beliau tidak percaya kepada
"lead agency" yang ditubuhkan dan memperlekehkan pandangan agensi
lain.
Di Terangganu secara diam beliau cuba mencatur politik Terengganu dengan mengadakan berbagai-bagai gerakan
sulit tanpa pengetahuan MB Terenganu dengan niat supaya MB sekarang ini
ditukar dan akhirnya kerana gerakan songsang beliau,apa yang berlaku kepada Terengganu dalam PRU13 yang lepas. Apakah Ahmad Said tahu semua ini?(Kita dedahkan kemudian)
Apa yang berlaku di BTN
adalah kegagalan satu agensi membaca signal dan denyut nadi rakyat kerana
pengurusan dibawah KP BTN seakan-akan sengaja menggagalkan untuk memberi laluan
Anwar menjadi Perdana Menteri. Sikap "PM bos saya tetapi Anwar adalah
idola" inilah sebenarnya yang terjadi dan kegagalan ini bukan kerana
kebodohan tetapi satu orkestra yang sedang dimainkan secara terancang dan dirancang oleh agen Red Bean Army dari dalam.
Cuba lihat semula apa yang
Raja Arif buat sepanjang berada di BTN? Antara yang mesti beliau lakukan adalah lawatan ke Eropah
berkali-kali, atas tujuan apa? Jumpa pengundi muda? Berapa ramai? Apakah
menggunakan duit sendiri seperti yang Haji Mokhtar PA System suarakan kepada Pegawai-Pegawai BTN bila di persoalkan
blogger dan Pengarah sendiri?Keadaan ini sama seperti OPS1M di padang golf Terengganu,berbagai jawapan diberi untuk menutup pekong yang semakin membusuk.
Berapa banyak wang BTN digunakan demi Sahlan? |
Membawa masuk team Dale
Carnalgie yang secara tersirat doktrin pemuja Anwar, membawa masuk ahli-ahli
ABIM sebagai rujukan utama dan memberikan dana kepada gerakan ABIM, apakah itu tidak
bermakna membawa masuk agen Anwar ke dalam kerajaan? Menghentikan serangan
terhadap Anwar, apakah tidak memberi keuntungan kepada pembangkangi? Menjadi
jurujual kepada produk atau konsep 1Malaysia, sejauh mana diterima? Berkempen untuk
"orang" KP yang bertanding, berapa ramai yang menang? Membuat OPSIM
(walupun di padang golf dalam edah PRU) dan OPKUM semasa PRU, berapa banyak kawasn
yang menang kerana bergantung kepada
bantuan dan kepakaran BTN?
Bahkan sebaliknya jentera BN
dimana-mana tempat sebenarnya kecewa dengan peranan dan sumbangan BTN yg
diwakili oleh pegawai-pegawai kepercayaan Raja Arif yang membawa doktrin `cash
is king’ tetapi bila ditanya peruntukan, jawapannya tiada peruntukan dan yang
menariknya selepas PRU13 berbondong-bondong pegawai-pegawai BTN melancong ke luar negara seiring dengan
minat KP BTN yang selalu ke luar negara.
Tahniah!.
Kita percaya selepas ini
minat baru pegawai-pegawai BTN pastinya bermain golf dan kini sudah ramai yang
mula berkira-kira untuk beli kelengkapan Golf dan menjadi ahli kelab-kelab golf di seluruh negara.
Oleh itu disamping semua
pihak mendesak kerajaan bertindak terhadap Red Bean Army, seharusnya kerajaan
juga diminta bertindak kepada orang-orang tertentu yang secara nyata menjadi
agen kepada pembangkang,menjadi gunting dalam lipatan dan duri dalam daging.
Semua orang tahu yang
mengukuhkan kedudukan KP BTN ini adalah kerana hubungan baik beliau dengan Syed
Naquib Al-Attas satu nama besar yang PM Najib hormati. Lantas apabila
dilantik sebagai KP BTN, anak murid kepada Syed Naquib iaitu Prof Wan Mat Nor
terus dilantik sebagai Felo Kehormat BTN, sebagai tanda 'membalas budi'.
Namun PM kena ingat,apa yang dilakukan ini bukan
arahan dan perancangan daripada Syed Naquib, ini barangkali tidak lebih daripada
dendam seorang yang memuja Anwar dan jauh disudut hati tetap inginkan
Anwar menjadi PM kerana beliau sedang menunggu waktu untuk berkata, DSAI BOS SAYA, DSAI JUGA ADALAH IDOLA SAYA!.
Biarpun kita tahu mungkin
ikatan dengan orang-orang tertentu kuat dengan hubungan peribadi jangan sesekali PM
Najib jadikan alasan untuk membiarkan mereka ini terus-terusan mengkhianati kerajaan kerana PM
Najib harus kasihan kepada rakyat terbanyak yang memang mengharapkan kejayaan besar
BN tapi usaha mereka gagal kerana ada orang
di tampuk kuasa yang merancang untuk menggagalkannya.
Sebesar mana sekali pun nama itu,jika BN boleh bertegas mengambil tindakan terus memecat ahli yang sabotaj parti, pasti kerajaan juga wajib mengambil tindakan terhadap pengkhianat dalam kakitangan kerajaan apatah lagi di jawatan utama.
Sebesar mana sekali pun nama itu,jika BN boleh bertegas mengambil tindakan terus memecat ahli yang sabotaj parti, pasti kerajaan juga wajib mengambil tindakan terhadap pengkhianat dalam kakitangan kerajaan apatah lagi di jawatan utama.
Kepada PM, kita masih ingat
ucapan beliau "Berubah atau Rebah", Biro Tatanegara juga perlu berubah dari segi pengurusan, modul
dan pendekatan dan jika secara konsensus kita bersetuju bahawa PRU14 akan datang
perlu fokus kepada generasi muda, ini memberi makna bahawa rakyat yang berumur
17 tahun dari sekarang akan menjadi
pengundi kali pertama untuk PRU14.
Generasi ini memerlukan
sentuhan BTN yang perlu ditugaskan memberi kefahaman tentang Negara, Ancaman dan kedudukan
Perlembagaan dan sentuhan ini perlu dikembalikan semula dan bukannya sentuhan kecundang
oleh Raja Arif dan gerakan ini tidak mungkin akan berlaku selagi BTN di bawah
pengurusan Raja Arif.Gerakan ini tidak akan berjaya selagi Raja Arif,Hanafi `Abu Nawa'] dan Mokhtar PA Sistem menguruskannya.
Jika kita mengharapkan
Gerakan Red Bean Army disekat melalui
tindakan undang-undang, akan lahir lagi ribuan Red Bean Army menentang kerajaan
kerana mereka mempunyai dana kewangan yang mencukupi apatah lagi dengan sokongan Luar Negara yang mereka terima.
'Attack is the best defence'
dan BTN juga jika digerakan dengan betul dan faham tentang ancaman negara,
boleh bertindak balas dalam menghadapi serangan ini dan syaratnya pengurusan
BTN harus orang yang percaya dengan situasi ini, bukannya yang memperlekehkan
kenyataan yang sedang berlaku kerana berpegang dengan mazhab yang hanya beliau
yang tahu, mazhab yang akhirnya Anwar Ibrahim berkuasa walaupun Anwar bukan Perdana Menteri.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
tukar je la raja arif..dua kali diberi peluang, BTN nampak lesu..dia dah buang orang 'lama' gamaknya..
ReplyDeletetukar lah..dah dua kali diberi peluang BTN nampak 'lesu'..tergamak dia tendang keluar orang lama BTN..tidak patut berada dalam BTN si raja arip ni..huhuhu
ReplyDeletePM need to think outside the box ... kena cari tuan syed kut.
ReplyDeleteKenapa recycle yg lama ?
PM Najib tahu ke cerita ni
ReplyDeleteNAK BUAT CEMANA..NAJIB MMG TAK LEH PAKAI..SEMUA PEKARA IKUT CAKAP PUNAHSIHAT..PIKIR SENDIR TARAK..DARI ZAMAN PAK LAH MCM TU
ReplyDeletePAK LAH - SY PM SEMUA KAUM
NAJIB - SY PM SEMUA KAUM
TUN M - SAYA PM MALAYSIA
CAYA LAH TUN M!!
SYABAS TOK JANGGUT!! PENDEDAHAN YANG BERANI. BERANI KERANA SAYANGKAN UMNO.
ReplyDeleteSELAMAT BERJUANG UNTUK UMNO.
Transformasikan BTN....Jangan sampai dah terhantuk baru terngadah
ReplyDeleteTOK janggut sangat berani dedahkan keadaan sebenarnya dlm BTN
ReplyDeleteTapi persoalan ialah kenapa PM masih juga buta? Jawapan nya - jangan jangan No 1 ni juga agen? karut? Cuba kaji baik baik. Think out of the usuql box la.
tukar semua lagi bagus
ReplyDelete