Friday, May 17, 2013
5:14 PM
|
Menang 4 kerusi tapi SPDP gagal menambat hati Najib.. |
TIDAK ada sesiapa pun yang
mempertikaikan pemilihan ataupun siapa yang PM najib pilih Ahli Parlimen daripada
Sabah maupun Sarawak kerana kedua-dua negeri ini layak untuk diberikan sedikit
kelebihan berbanding dengan negeri-negeri lain lantaran kemenangan besar mereka
dalam PRU13 hingga menyumbang kepada pembentukan kabinet Najib.
Namun meminggirkan Ahli
Parlimen di negeri-negeri yang menang seperti Kedah dianggap oleh pemerhati
politik sebagai menafikan sumbangan besar pimpinan negeri yang telah berjaya merampas
serta menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dan sekaligus mengembalikan Kedah
ke tangan Barisan Nasional.
Apakah kejayaan tersebut tidak
dilihat sebagai sebuah kejayaan yang besar oleh PM Najib?Kalau Sabah dan
Sarawak boleh diberikan tempat yang begitu besar dalam kabinet PM Najib,adakah
cukup dengan hanya seorang sahaja MP diberikan jawatan sebagai Menteri kabinet
sedangkan Terengganu yang hilang begitu banyak kerusi Parlimen dihadiahkan dua
jawatan Menteri?
Apakah Johari Baharum tidak
layak sedangkan beliau sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen dan memegang
jawatan Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah dan memegang jawatan
Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian Dan Indsutri Asas Tani ataupun Johari
Bahrum sememangnya hanya layak jadi MP sahaja?Pengalaman Johari Bahrum
rupa-rupanya gagal memikat PM Najib.Kejayaan Johari Bahrum meningkatkan majoriti
dalam PRU13 daripada tujuh ribu ke 10,444 bukan ukuran keberkesanan pimpinan
beliau?
Apakah Mahadzir Khalid tidak
layak sedangkan beliau bekas Menteri Besar Kedah seperti juga Sahidan Kasim dan
Idris Jusuh yang diberikan jawatan Menteri Penuh dalam kabinet Najib?Sepatutnya
bekas Menteri Besar Kedah ini menolak perlantikan tersebut kerana inaya
bersifat penghinaan kepada beliau.PM Najib `menampar’ Mahadzir Khalid dalam
senyum dan sepatutnya Mahadzir Khalid menolak lantikan tersebut kerana beliau
tidak rugi apa-apa pun apatah lagi pengalaman beliau sebelum ini tidak mendapat
tempat.
Jo Bahrom mangsa dendam Tun M? |
Siapa yang menyusun kabinet ini?PM
Najibkah ataupun masih ada campurtangan Tun M ataupun orang-orang yang sama
sebelum ini menyusun calon yang kononnya `winnable candidate’ dan akhirnya PM
Najib terpempam tidak memperolehi majoriti 2/3 turut sama menjadi tangan-tangan
ghaib menasihati PM Najib dalam masa menyusun kabinet ini?
Apakah PM Najib tidak
melihat kejayaan pimpinan Kedah itu bukan sesuatu yang patut dibanggakan dan
kita bersetuju keputusan PM Najib yang tidak menyenarai satu pun jawatan
Menteri kepada calon yang menang di Selangor ekoran kegagalan mengambilalih negeri
itu dari pembangkang tetapi memandang
remeh kepada kejayaan pimpinan UMNO Kedah menakluk kembali negeri itu merupakan
satu tindakan yang silap dan PM Najib seperti tidak berterima kasih kepada
segala usaha mereka itu selama ini.
10 Parlimen BN Berjaya rampas
datri PAS dan menumbangkan PAS untuk mengambil alih kerajaan negeritetapi
malangnya perjuangan serta pengorbanan pimpinan Kedah tidak mendapat tempat di
hati Najib sebagaimana Sabah dan Sarawak yang diberikan enam jawatan Menteri
manakal Sarawak pula mendapat tujuh jawatan Menteri termasuk bertaraf Senator.
Di Sarawak pula,Parti
Progresif Demokratilk Sarawak (SPDP) yang bertanding di empat kerusi Parlimen
dan menang kesemuanya,itu pun tidak mendapat perhatian daripada PM Najib
sedangkan Joseph Kurup yang bertanding satu kerusi dan tidak pun mempunyai
keahlian yang ramai dipilih Najib untuk mengisi jawatan menteri.
Apakah Tiong
King Sing yang merupakan bekas Pengerusi BNBBC tidak layak untuk mengisi kuota
parti itu bagi jawatan Menteri?Buruk sangatkah pimpinan SPDP ini hingga PM
Najib langsung tidak memandang keupayaan mereka?Tafsiran perkongsian kuasa apa
yang PM Najib lakukan ini?
Mahadzir patut tolak jawatan Timbalan Menteri..! |
Kita bersetuju andai PM
Najib kata politik bukan satu bentuk jaga hati,politik adalah perjuangan
menentukan nasib serta masa depan agama,bangsa dan negara tetapi PM Najib harus
mengambil kira perjuangan serta pengorbanan mereka tatkala Najib mengambil alih
pimpinan daripada Pak Lah dan kepada mereka inilah antara yang Najib sandarkan
apabila berlakunya ura-ura ada penghijrahan ataupun lompat parti beberapa orang
MP sebelum ini dan adakah PM Najib begitu yakin,peristiwa 16 September tidak
berulang lagi?
Sekarang ini pun sudah terdengar
bisik-bisik suara yang tidak puas hati apabila yang patut menjadi Menteri
disingkirkan atapun tidak mendapat tempat dihati PM Najib dan
penasihat-penasihat dan PM Najib tidak perlu yakin dengan AkuJanji calon-calon
yang bertanding kerana dalam demokrasi AkuJanji bukan penghalang untuk mereka
berhijrah.moral bukan lagi keutamaan.
Sekiranya masih ada ruang yang terbuka,kabinet berimbang PM Najib ini harus secara menyeluruh supaya tidak ada Ahli Parlimen yang menang terguris hati dengan gaya politik PM Najib ini dan sebagai rakyat bawahan,kita mahu semua yang berkelayakan serta berpengalaman harus mendapat tempat sejajar dengan segala kerja keras mereka untuk memenangkan parti hingga PM Najib boleh menubuh kerajaan.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
semoga yg tak terpilih tidak sugul ... semoga berbesar hati, berlapang dada.
ReplyDeleteYDPA dah berikan perkenan sudahlah - dalam politik mana boleh pakai akal sangat sebab muslihatnya banyak sangat. Biralah PM fikirkan apa yang baik bukankah dia yang PM?
ReplyDeleteMP Kedah kene stay focus on memantapkan lg pengaruh kat Kedah. Kalo x, puak2 parti Bulan akan naik Roket balik kat Kedah tu. nanti kalo jd Menteri nanti payah nak focus sbb byk tanggungjawab nak kene pikul. Kena ingat peribahasa, 'yang dkejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Baru je dpt rampas Kedah dr pembangkang tu, bukan maknanye org2 Kedah dah suka 100% kat BN. Skang masa nak tambat hadi depa bg btul2 suka kat BN.
ReplyDeletesekarang adalah masa utk bekerja...bukan utk menentukan siapa yg layak atau tidak utk menjadi menteri...najib tidak mampu utk memuaskan hati semua ahli parlimen utk jawatan kabinet...kita lihat samada semua menteri kabinet akan dapat memikul amanah yg diberikan perdana menteri
ReplyDeletememang kita tak boleh puaskan hati semua orang tetapi janganlah sampai terlalu ramai yg tak puas hati seperti Kabinet baru Najib (?) ini. Kita menegur najib utk kebaikan. Najib tidak menggunakan kayu pengukur yg sama bagi setiap Menteri dan TM yg dilantiknya. Najib cuma berkuasa atas ahli parlimen UMNO sahaja sebab itu kita kena terima hakikat bhw Najib hanya pengerusi BN tapi PM kepada UMNO sahaja.Ingat tak ucapan najib ketika mula2 jadi PM ganti pak lah. Najib sebut 2 perkara yg akan jadi perhatian rakyat iaitu ucapan beliau sbg presiden UMNO dan susunan kabinet beliau. Najib beri hint macamlah dia ada kuasa penuh dlm pembentukan kabinet. Ramai dari kita beranggapan wakil menteri dan TM dari MCA akan berkurangan kerana prestasi buruk. Lat lat, yg Najib pinda itu dan ini hanya dari UMNO sahaja manakala MCA dapat seorang lagi TM. Yg lain tak terusik langsung. Saya ralat kerana tiada menteri dari Selangor yg najib sendiri jadi pengerusi dan pengarah pilihanraya sedangkan kelantan yg kalah banyak kali pun ada wakil menteri. Sepatutnya to' pa tak dilantik lagi. MInta dia kuatkan umno kelantan dan rampas kembali kelantan.Tak kan dia tak tahu ttg pengundi luar yg terlalu ramai di luar kelantan. macamlah umno tak ada orang lain yg faham ekonomi. Pada saya, Najib memang lemah ....sangat lemah sebenarnya!! Kita ingin membantu dan akan membantu tetapi najib janganlah buat sesuatu yg menyusahkan kerja kita.
ReplyDeleteDi kedah ni org ramai dh mula bersuara..menunggu 100hari pemerintahan bn kedah yg diterajui oleh anak bekas pm. Apakah aura beliau mampu diterjemahkan kpd tindakan utk mendapatkan hasil yg positif spt yg diharapkan pengundi muda terutamanya? Sama2 tunggu. Tindakan2 mikro klu ikutkn akan n,pak hasil dlm masa yg singkat. Perlantikan exco pula masih menimbulkan kesangsian. Tp xpa tunggu pi lah!
ReplyDeleteApa daaa...semua nak jadi menteri kabinet. Terlingkop ler macam ni.
ReplyDeletetak dapat nak merajuk...tunjuk perasaan!
Takkan tak jadi menteri dah tak boleh menyumbang pada parti dan negara ?
setuju ngan zethro 6:41.fokuskan betul2 dlu negeri kedah tu.mantapkan dan perkasakan dlu BN kedah tu.jgn nanti dpt kuasa sepenggal jer.mana2 ahli parlimen BN kat kedah tu,bantu sebaik mungkin MB kedah datuk mukhriz.jgn duk gila ngan frust xdapt jadik menteri kabinet.
ReplyDeleteSaya orang Kedah yang berada di Jitra tapi mengundi di PT. Dato' Jo belum mampu jadi Menteri Penuh. Itu pandangan saya. Soalan bertulis boleh la sebab ada yang tolong sedia. Tapi soalan direct. Cuba tengok sidang parlimen lepas. Tok Det memang bekas MB dan baru-baru ini menang dan jadi Timbalan Menteri. Dari segi akademik memang dia sangat layak. Dia juga wakil rakyat yang sangat baik. Tapi dia juga perlu ingat kesilapan dia dulu yang menyebabkan BN tumbang di Kedah. Dia dah mohon maaf sama Tun M pun. Tun tak ada campor tangan pun malah tolong lagi walaupun sebahagian puak ni dulu kutuk dia dulu. Sebab tu orang hormat dia. Tidak dendam. Mukhriz memang anak Tun. Dia layak jadi MB. Kalau bukan anak Tun pun dia memang sangat layak dan disukai dengan bahasa dan akhlaknya. Kita kena ingat, bukan senang nak buat semua orang puas hati. ini lumrah. DS Najib mungkin ada maklumat berpuluh kali dari kita. Kita bercakap atas persepsi saja tapi dia buat kerja atas fakta. Tak semua akan dapat semua dan tak semua akan terlepas semua. Anda hanya fikir dua tiga orang yang tak puas hati tapi DS Najib kena fikir berpuluh menteri dan timbalan mentari untuk di lantik. Jadi sorang dua tak puas hati adalah biasa dalam mana-mana organisasi. Nak kira tak puas hati, apa cerita HUsam Musa. Itu puak-puak ada janggut dan mengaku perjuang Islam ( silap dah tukar kebajikan). Pun rioh rendah.
ReplyDeleteSukar untuk memuaskn hati org, apalagi klu yg bergelar PM, apakata kita berikn kepercayaan kepada beliau kerana sy rasa dia ada sbb dia tersendiri dn sy percaya dia sdh buat yg trbaik yg dia mampu..apakata kita jauhkn segala prasangka buruk dn beri sokongan penuh dgn keputusan beliau...beri beliau peluang...
ReplyDelete