Thursday, April 18, 2013
1:34 PM
|
Jiwa Safri cukup besar..tak ramai seperti beliau.. |
KESAMPINGKAN kepentingan
diri,redakan kemarahan,buang jauh-jauh dulu perasaan tidak puas hati kerana
perjuangan untuk mempertahankan agama,bangsa serta negara bukan sesuatu yang mudah
dan adakalanya kita terpaksa berkorban malah sejarah juga membuktikan bahawa
kadangkala apa sahaja yang kita mahukan,kita tidak akan memperolehi semuanya,bak kata bidalan,kalau bukan rezeki kita apa sahaja kita lakukan akan tetap jadi rezeki orang lain.
Kita sedar ada yang
tersentak,diam terpak!u bila mendengar ataupun membaca nama-nama calon yang
disenaraikan untuk menyambung perjuangan UMNO dan Barisan Nasional dalam
kegetiran berdepan dengan PRU13 pada 5 Mei nanti namun sesekali kita harus
berlapang dada serta berjiwa besar terutama sekali kepada nama-nama yang tidak
terpilihuntuk menjadi calon,pasti ada sebabnya dan pasti ada hikmahnya bila
berlaku sedemikian.
Contohi sikap serta tindakan Dato Mohamad Aziz( bekas
MP Sri Gading) dan Dato Safri (bekas ADUN Bukit Ibam) serta beberapa nama lagi
yang tidak disenaraikan bilamana mereka begitu berlapang dada serta berjiwa
besar memeluk dan mengangkat tangan pengganti mereka dan sekaligus menyatakan
sokongan serta menerima keputusan parti yang tidak menyenaraikan mereka
walaupun mereka masih mampu menyumbang untuk parti,rakyat dan negara.
Semua orang mungkin terkejut
bila nama Mohamad Aziz tidak tercalon kerana beliau adalah antara hulubalang
UMNO bukan sahaja di dalam prti tetapi menjadi Laksamana Perang di Parlimen
hinnga pembangkang kecut perut bila MP Sri Gading ini bersuara namun sebagai
yang menjadikan UMNO itu darah dagingnya,beliau langsung tidak kecewa,merajuk
dengan keputusan yang dibuat oleh parti.
Begitu juga dengan Safri,seorang
anak muda,exco Kerajaan Negeri Pahang,bila nama beliau tidak tercalon,beliau
menerima denga berlapang dada serta menunjukkan jiawa besarnya dengan memeluk Jamaludin
Jaris,Ketua Bahagian Rompin.Kita mahu setipa pemimpin yang tidak terpilih
ataupun dicalonkan semula memeiliki sifat dan sikpa seperti mereka yang secara
terbuka menerima keptusan tersebut dengan tenag dan redha malah terus istiqamah
dalam perjuangan masa depan demi memastikan BN menang besar di PRU13 ini.
Mereka ini meletakkan parti
lebih penting,perjuangan bangsa serta agama lebih utama dan tidak tersenarai
semula bukan menjadi halangan atau beban kepada mereka untuk terus
mempertahankan Barisan Nasiona (BN) bagai memenangi PRU13 nanti.Mereka tidak
merajuk,putus asa,menangis berguling-guling ataupun mengerahkan penyokong untuk
memboikot calon yang telah dipilih oleh parti.
Tidak ada secalit pun rasa kecewa yang penting BN |
Oleh itu pada nama-nama yang
menjangka merekalah calon ataupun kononnya tokoh terbaik untuk diketengahkan
tetapi tidak disenaraikan,jangan merajuk kerana perjuangan masih panjang dan paling
penting andai kita sebenar-benarnya orang Islam yang berpegang kepada Qada dan
Qadar Allah,kita kena yakin dan percaya bahawa yang menentukan segalanya
tentang diri kita adalah Allah SWT.
Andainya kita merasa kita
dikhianati serta menuduh parti tidak berlaku adil kepada kita kerana kononnya
kita telah berkerja keras tetapi parti seperti menafikan segala jasa bakti kita
hingga tidak tersenarai,yakinlah jua bahawa Allah akan menjanjikan sesuatu yang
lebih baik kepada kita dan sesuatu pembalasan kepada orang yang mengkhinati
kita.Paling penting kita jangan sesekali mengkhianati wadah perjuangan itu
kerana parti bukan sekadar milik kita tetapi menjadi milik jutaan ahli yang
lain.
Kita tidak ada pilihan,demi
menyelamatkan aidah rakyat yang sedang dipesongkan oleh pembangkang,demi
mempertahankan agama,bangsa dan Negara,kita kena keteikan rasa gunda gulan
serta kekecewaan kita untuk turut sama-sama berganding bahu memerangi
pembangkang yang sedang menggla untuk meruntuhkan kerajaan yang sekian lama
diberikan mandat memerintah Negara ini.
Jangan kerana kita kecewa
setelah tidak terpilih menjadi calon,kita mengambil keputusan membakar
jambatan,menjadi api dalam sekam,menjadi duri dalam daging untuk mengkhianati
potensi kemenangan calon-calon BN dan pemimpin sebenar adalah pemimpin yang
rela serta setia kepada segala keputusan Presiden dan mengkhianati Presiden
parti akan membuktikan bahawa kita sebenarnya menjadi ahli parti bukan mahu
berjuang tetapi mahu mencapai kepetingan peribadi.
Menguburkan pembangkang
dalam PRU13 ini adalah tugas utama kita dan bukannya terus meladeni rasa kecewa
kita hingga kita sanggup meninggalkan medan perang kerana PRU13 ini menuntut
kewajipan serta tanggungjawab kita untuk bersama-sama dengan PM Najib meneruskan
kecemerangan pimpinannya yang telah dibuktikan dalam tempoh empat tahun sebelum
ini.
Marilah kita betulkan saf
perjuangan kita kerana nasib serta masa depan generasi,agama,bangsa dan Negara kita
berada di tangan kita sendiri.Pada yang tidak terpilih jangan bercakap soal
maruah kerana kita bermaruah selama ini kerana kita menjadi ahli parti dan
diangkat oleh parti untuk menjadi seoarang yang lebih bermaruah.Tanpa parti kita mungkin tidak bernilai..Wallah hualam..
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment