Friday, March 1, 2013


Yang lain semua dapat JUSA..!Kena tunngu 6 bulan lagi!

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN)  dan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA )kerana  tidak terus terpedaya dengan kumpulan mualaf politik pimpinan Raja Arif yang kini sedang menerajui BTN dan bilamana terus mengekalkan Haji Mokhtar Sulaiman sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran dengan  Gred 54 memangku Jusa C walaupun banyak helah dan tipu daya cuba dibuat oleh kumpulan mualaf ini tetapi pihak JPA tetap berpegang pada etika  dan prinsip.



Walau bagaimana pun pihak pejabat KSN dan JPA perlu lebih peka dan hati-hati kerana banyak lagi helah dan tipu daya kumpulan mualaf ini dalam  mengisi jawatan-jawatan penting khususnya untuk Gred 52 yang sedang berlansung temuduga di BTN ketika ini kerana pihak pengurusan akan tetap cuba membawa masuk orang-orang yang mualaf sebagaimana mereka.


Sebagai  salah seorang mualaf politik,Mokhtar sememangnya bercita-cita tinggi dalam perkhidmatan dan beliau yang berumur 56 tahun sudah pasti ingin mengakhiri perkhidmatan paling kurang pada Gred Jusa C dan sebab  itulah bila beliau berada di BTN,antara fokus beliau adalah membuat kertas `re-op’ Untuk perjawatan dengan  menaikan Gred` post-post’ utama iaitu KP.TKPP dan TKPL dan bukannya fokus untuk membantu BN menang 2/3 dalam PRU13 nanti


Beliau termasuk dalam kumpulan mualaf politik ini kerana  ternyata mereka ini sejak 1999 adalah penyokong  Anwar dan pembangkang.Manusia-manusia seperti Raja Arif,Hanafi Harun,Dr Roslan,Ahmad Fairuz( dikatakan menbsabotaj Tengku Adnan semasa PRU12 di Putrajaya)  secara tiba-tiba menukar akidah politik bila diberi jawatan dan kedudukan kerana ketika tidak berjawatan dan tidak duduk di BTN( hingga mendapat Jusa. mereka semua  ini adalah terbukti anti BN dan pemimpin-pemimpin  tertentu dalam Barisan Nasional.Masih ingat kah semua apa tindakan masing-masing sejak 1999?


Seronok juga bila boleh mengimbau dan membayangkan tingkah laku Raja Arif sebagai  Ketua mualaf ini sejak 1999 sehinggalah diangkat sebagai Ketua Pengarah BTN (khabarnya juga sedang mencari peluang untuk merapati isteri PM Najib ) kerana sejak dari tarikh dilucutkan jawatan sebagai SUSK Tengku Mahmud Mansor,beliau  adalah antara orang yang tidak  pernah berhenti mengutuk dan mencerca  kepimpinan BN bermula dari Tun Mahathir sampailah pemimpin BN yg lain secara berterusan.


BN Terengganu pasti jadi saksi kepada kenyataan ini bahawa Mahathir adalah Firaun manakala Anwar adalah umpama Nabi Musa kepada Raja arif dan tidak cukup dengan itu BTN adalah agensi yang paling dibenci dan dimusuhi kerana ketika itu BTN adalah agensi paling terkehadapan mendedahkan kebobrokan `Nabi Musa’ sanjungan Raja Arif itu sehinggakan bila anak gadisnya gagal kursus BTN untuk ke luar negara kerana  ternyata anak beliau adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim,BTN dicaci dan dimaki tanpa henti  dan terus diulang dalam setiap ceramah dan taklimat.


Kutukan dan cercaan kepada pimpinan BN dan BTN hanya terhenti bila beliau dilantik jadi Ketua Pengarah BTN dan sejak itulah beliau dan kawan-kawannya  termasuklah  Mokhtar menjadi mualaf kepada  BN dan sebagai mualaf,beliau merasakan jawatan sebagai Ketua Pengarah  itu sudah setaraf dengan jawatan Menteri dan sebab  itulah beliau tidak perlu menghormati Timbalan Menteri dan Menteri di JPM malah seetengah Menteri beliau terus perlekekan di dalam pertemuan-pertemuan sulit kumpulan mereka dan beliau berkira-kira bagi meng hantar laporan negatif supaya digugurkan dan khabarnya Nazri Aziz, menteri kanan di JPM adalah salah seorang yang akan jadi mangsa.


Dari segi akidah politik kumpulan mualaf ini jika hendak  dibandingkan dengan taukeh keropok losong di Losong Hj Omar,taukeh ini  jauh lebih mulia dan bermaruah kerana mereka tetap menyokong BN walaupun tiada jawatan,pangkat dan kuasa tetapi tetapi kumpulan mualaf ini hanya menyokong BN kerana  dapat jawatan KP,TKPP dan TKPL tetapi bila tiada semua ini,mereka boleh menjadi murtad bila-bila masa.


Dapat elaun memangku pun oklah!
Namun apa yg berlaku kepada Mokhtar patut di ambil iktibar oleh semua,keputusan JPA itu benar-benar  akan menjadikan Mokhtar kenal siapa sahabat,kawan dan rakan. Bayangkan dimana beliau mahu letak maruah kerana setelah dengan  angkuh dan bangganya beliau buat pengumuman tentangg kejayaan melobi KSN dan JPA berkenaan perjawatan di BTN kemudian buat`roadshow’ ke seluruh negara bertemu kakitangan menabur gula-gula dan manisan,alih-alih yang berjaya mendapat Jusa hanyalah KP,TKPL,Dr Roslan,Ahmad Fairuz dan diri sendiri tidak layak mendapat Jusa C seperti mana pegawai-pegawai lain dan perlu mengikut prosedur khas JPA untuk menunggu selama enam bulan ataupun setahun lagi bagi pengesahan ke JUSA.


Memanglah sewaktu belum jadi mualaf,ada dosa telah dibuat di KPDNKK(masihkah Mokhtar  ingat) dan barangkali Itulah antara sebab beliau tidak layak tetapi sepatutnya  setelah jadi mualaf takkanlah semua dosa itu Raja Arif tidak boleh tutup? Takkan Raja Arif tidak  boleh `slow talk’ dengan KSN  dan Dato Farida kerana KSN telah diusung siang dan malam,takkanlah KSN tidak boleh pertimbangkan kerana  sudah banyak duit dibelanjakan untuk laksanakan program KSN hingga KSN kini sudah popular dan kalau terpilih jadi calon pasti akan menang kerana  BTN sudah bantu popularkannya dan takkanlah Raja Arif tidak boleh tutup semua dosa-dosa lalu kerana  kini Mokhtar telah jadi mualaf.


Mokhtar perlu tahu bahawa Raja Arif sebagai Ketua mualaf hanyalah pentingkan diri sendiri saja,beliau tidak fikir pun soal maruah Mokhtar sebagai TKPP sedangkan TKPL dapat Jusa C walau Hanafi adalah junior daripada Mokhtar.Macam mana Mokhtar mahu berhadapan dengan kakitangan?Budaya di BTN,siapa lagi tinggi gred jawatan,dia akan lebih dikerumuni dan di jilat sedangkan semua tahu Hanafi adalah seorang yg angkuh dan susah berbincang serta tidak tahu apa-apa tentang Latihan dan sebahagian tugas latihan sebelum ini pun banyak  Mokhtar yang terpaksa `cover ‘kerana Pegawai-pegawai Latihan  lebih suka merujuk Mokhtar daripada Hanafi dan apakah selepas ini pegawai dan kakitangan tidak lagi merujuk kepada Mokhtar?


Mokhtar juga perlu tahu bahawa rupa-rupanya di BTN ini, tidak cukup jika hanya mahir pentadbiran sahaja untuk dapat kenaikan Gred kerana untuk dapat gred Jusa C,jika ingin sokongan Raja arif,beliau perlu hadir usrah ABIM dan jangan sesekali ponteng,jangan tegur jika Hanafi buat usrah dan buat gerakan di Rumah meranti untuk kumpulan-kumpulan  ABIM kerana  itu adalah pra-syarat untuk  dapat gred Jusa C.


Terasing dalam dukakah Tuan Haji?
Demi maruah, sepatutnya Mokhtar perlu meletak jawatan dan tumpukan kepada  ladang kelapa sawit di kampung halaman tetapi buat masa ini,itu bukan keputusan yg terbaik dan bincanglah dulu dengan Ketua Mualaf secara gentleman,cukuplah jadi mualaf, mungkin sekali lagi Mokhtar akan murtad sokongannya pada BN sebagaimana dia pernah murtad 1999 hinggalah jadi mualaf bila dilantik jadi Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) BTN.


Mokhtar tentu masih ingatkan kisah-kisah silam terutamanya di KPDNKK Perak? Kita ingatkan semua dosa-dosa itu terampun bila sudah menjadi mualaf dan orang kanan kiri KSN  ini serta buat apa saja mengikut arahan Raja Arif termasuklah memberi wang kepada ABIM walaupun beliau tahu banyak perkara Raja Arif tidak ikut peraturan kewangan, ada masa Mokhtar terpaksa menipu kakitangan akibat keputusan-keputusan Raja Arif,rupa-rupanya walaupun telah buat segalanya termasuk kertas pengsrtukturan jawatan yang memberikan Jusa A kepada Raja Arif, Jusa C kepada Hanafi,membawa masuk Ahmad Fairus sebagai Pengarah Pemaju Masyarakat dengan  gred 52 malangnya kawan-kawan mualaf ini hanya  mementingkan tembolok mereka sahaja.


Rupa-rupanya istilah "kulluhum ajmain" yang keluar dari mulut Raja Arif dan Hanafi ini tidak termasuk Mokhtar dan Raja Arif ni rupa-ruoanya barangkali hanya peralatkan sahaja Mokhtar tetapi lebih rapat dan mengutamakan  Hanafi  aka Abu Nawas kerana barangkali bagi Raja Arif, Hanafi lebih mudah unttuk diperbodohkan walaupun walaupun Hanafi memiliki PHD. 


Raja Arif pasti bijak membaca siapa timbalan-timbalan beliau  walaupun meraka sama-sama mualaf,beliau lebih tahu bahawa Hanafi tidak sebijak Mokhtar dalam soal-soal pengurusan dan ini dibuktikan oleh Hanafi bilamana kalau buat slaid taklimat pun pasti berminggu-minggu bahkan bertahun pun masih belum siap.Kalau buat laporan Hanafi hanya tahu buat muka surat depan dengan ayat `Di sediakan oleh: Dr Hj Hanafi Harun TKPL’.


Raja Arif dan Hanafi dilihat sememangnya tidak menyukai dengan Mokhtar yang dikatakan kerap sangat memberikan kerja-kerja yang ada keuntungan wang  kepada krooni-kroninya termasuklah Anak Abah dan Mokhtar pula suka mempertahankan pegawai yang sememangnya tidak disukai oleh Raja Arif dan Hanafi seperti  Khailani sebab dendam Raja Arif terhadap khailani sewaktu beliau bertugas di Terengganu dan sebab itulah antara engarah terawal yg dipisahkan daripada keluarga adalah Khailani Ismail.


Mana Mokhtar?
Lantaran itu Mokhtar perlu faham suasana,untuk dapatkan Jusa C beliau perlu membantu gerakan usrah di Rumah Meranti dengan jayanya dan eliau juga perlu  mempastikan gerakan ABIM  berjaya menyelinap dengan  baik dalam BTN,berikan wang kepada Hanafi dan jangan sesekali mempertikaikan untuk apa wang itu kerana Mokhar perlu ingat,Ketua Mokhtar sekarang adalah Raja Arif Raja Ali dan Dr Haji Hanafi Harun,Mokhtar juga harus pastikan Rumah Meranti kekal sebagai   pusat usrah yang  tidak terganggu dan gerakan orang-orang ABIM abim  perlu dilipatgandakan.


Atau Mokhtar akan murtad awal-awal lagi daripada menyokong BN?Hara-harap janganlah begitu!Belajarlah daripada Ustaz Zulnun aka Panglima Perang Cyber kerana Zulnun pernah menulis supaya berlapang dada jika berlaku apa-apa,jika tak dpt jusa atau ditukar dan belajarlah dari contoh panglima perang Islam yang tetap berperang walaupun dilucutkan jawatan.


Sebagai seorang yang tidak pernah tahu sejarah dan faham suasana,boleh lah Zulnun mula bertanya kepada Raja Arif,Hanafi dan Mokhtar kenapa mereka pada tahun 1999 telah murtad beramai-ramai dan sekarang telah jadi mualaf secara beramai-ramai?Dan tanya juga Raja Arif ,jika selepas ini ditamatkan perkhidmatan,apakah beliau akan murtad sekali lagi?


Kepada Raja Arif sebagai Ketua Mualaf,signal awal telah pun ada bila Mokhtar tidak diberi Jusa.Ingatlah KSN dan JPA tidak boleh di perlekehkan begitu sahaja walaupun kini telah berjaya mengusung KSN  kemana-mana dan ini tidak bermakna etika kerja dan prinsip kerja mereka juga boleh di permainkan begitu sahaja sebagaimana BTN dipermainkan.Jangan anggap JPA  sama seperti BTN walaupun dapat Jusa A,di JPA masih  ramai lagi orang yang lebih tinggi pangkat dan kedudukan.Budaya BTN jangan nak dibawa ke JPA kerana di BTN,asalkan mereka itu ABIM.mualaf boleh di lantik sebagai pegawai ataupun Pengarah dan ini bukan  kayu ukur JPA.lantaran itu JPA perlu berhati-hati dengan bakal-bakal  nama yang akan dicadangkan oleh BTN dalam waktu terdekat ini.


Seperti Zulnun tulis (baju belang)..berlapang dadalah!
Kepada PM Najib,walaupun kumpulan mualaf ini sudah tidak lagi mengutuk PM dan BN ketika di depan PM tetapi harus diingat bahawa mereka boleh murtad bila-bila masa sahaja,itu realiti sejarah bahkan antara yg mualaf ini sikapnya masih tak ubah seperti  Abdullah Bin Ubai yang munafiq kerana paksi tauhid politiknya masih kpd tuhan yg lama.


Jadi PM Najib berhati-hatilah dan jangan sesekali terpedaya dan jangan diambil kira pandangan dan apa yg disampaikan, PM juga pantaulah apa yg telah didedahkan ini kerana paksi sokongan politik kepada BN dan PM selaku Ketua Negara yang datang dari nelayan di Kuala Paka, Dungun yang tidak pernah jumpa PM,yang tidak pernah dibantu dengan kuasa,jauh lebih mulia dan jujur berbanding sokongan kumpulan mualaf pimpinan Raja Arif ini yang menyokong kerana  jawatan KP BTN gred khas Jusa A,TKPL gred khas Jusa C dan tapi saying TKPP  cuma gred 54 memangku gred Jusa C.

3 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=83qZZ3UAMBc&feature=youtu.be

    ReplyDelete
  2. Itu ustaz zulnun pergi progrm jabatan ke tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..