Saturday, March 30, 2013
10:27 AM
|
BAGAIKAN
tidak ada satu pun halangan yang mampu menghalang PapaGomo untuk menghentikan
tindakannya mendedahkan wajah-wajah jalang Anwar dan penyiaran terbaru video
Anwar menerkam seorang mahasiswa membuktikan bahawa beliau langsung tidak
tercuit pun dengan segala serangan peribadi yang dilemparkan terhadapnya
terutama sekali oleh pencacai nombor
wahid Anwar,Rafizi Ramli malah beliau terus menyerang dan menyerang.
Mesikupun
Rafizi Ramli berusaha keras untuk menyelamatkan maruah idolanya yang sudah pun
tidak bermaruah dengan mendedahkan segala latar belakang PapaGomo termasuklah
menuduh PapaGomo pengundi hantu,bekas polis yang bermasalah dan berbagai-bagai
lagi hinggalah menggunakan bekas isteri PapGomo untuk menyerang penulis blog
tersebut namun PapaGomo konsisten serta istiqamah mendedahkan perilaku Anwar
bagi menyedarkan rakyat yang selama ini tertipu dengan wajah imam Anwar,lenggok
nyanyian serta tarian Anwar.
Penyiaran
klip video ketiga DISINI membuktikan bahawa penulis blog ini tidak sedikit pun
gentar dengan ugutan Anwar dan barua-baruanya termasuklah tidak peduli seinci
pun dengan saman RM100 juta yang dibuat
oleh peguam-peguam Anwar malah PapaGomo terus memperbudakkan Anwar sehingga
bertempiaran para juak Anwar merekayasakan bukti dan saksi bagi mencemarkan
kredibliti PapaGomo.
Tatkala
PapaGomo dilabelkan pengundi hantu oleh Rafizi Ramli,carian SPR juga
membuktikan Rafizi juga pengundi hantu,Tatkala PapaGomo dituduh perasuah oleh
Rafizi,sumber lain pula mendedahkan bahawa Rafizi dipecat dari Petronas kerana
membuat tuntutan palsu dan malang bagi Rafizi,saat beliau terkial-kial seperti
orang mabuk ubi gadung mempertahan dan mereka hujah untuk menyelamatkan
Anwar,Wan Azizah mengambil sikap berdiam diri.
Perlu
diingat siapa pun PapaGomo,itu bukan urusan kita tetapi sekurang-kurangnya
dengan adanya PapaGomo kita lebih mengetahui dan mengenali siapa Anwar sebenarnya dan
topeng apa yang Anwar pakai untuk menutup wajah serta kelakuan sebenar beliau.
Sepatutnya
kita mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada PapaGomo atas keberanian
serta pembuktiannya yang membuktikan bahawa Anwar adalah manusia sesumpah dan
terlibat sebagai pengamal bisesksual.
Perlu
juga kita ingat,apa pun latar belakang PapaGomo,beliau bukan pemimpin
UMNO,beliau bukan manusia yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan
tidak pernah terlibat meliwat bekas pemandu,adik angkat ataupun mahasiswa
sebagaimana Anwar yang sedang bercita-cita untuk merampas Putrajaya dan
terlibat dengan bekas pemandu serta adik angkat dan terbaru seorang mahasiswa
serta paling baru di http://Rajagoyang360.blogspot.com.
PapaGomo
perlu merasakan dirinya hebat kerana telah dijadikan agenda cukup penting oleh
Anwar selain daripada Najib,Rosmah serta kepimpinan UMNO lain kerana saman
tersebut adalah sebaris dengan harga sama Anwar terhadap pemimpin UMNO yang
lain dan sekaligus Anwar meletakkan PapaGomo lebih hebat dari dirinya namun
tidak mewarisi kejalangannya.
Tulisan
serta jawapan PapaGomo terhadap Anwar cukup mudah,andaipun beliau terpalit dan
dipalit dengan segala masalah,itu tidak penting kerana apa yang lebih penting
adalah menghalang kerakukasan Anwar dari terus menipu rakyat dan sebagai warganegara yang ada tanggungjawab,rakyat
perlu disedarkan dan Anwar perlu dibogelkan supaya rakyat tahu siapa Anwar
sebenarnya.
PapaGomo
telah melaksanakan tanggungjawabnya dan rakyat yang celik serta cerdik harus
juga menjalankan tanggungjawabnya untuk mentalkinkan Anwar dan partinya dalam
PRU13 nanti dan bak kata PapaGomo dengan kunjungan pembaca melebih 4 juta
orang,mustahil dan agak kegilaan yang luar biasa andainya Anwar terus dipilih
untuk menjadi pemimpin masa depan di bumi Malaysia ini.
Kita
percaya masih ada lagi rakaman yang melibatkan Anwar sewaktu berlangsungnya
Konvensyen PKR di Johor,Pulau Pinang dan beberapa tempat lain lagi dan kita
percaya rakaman ini akan terus dikeluarkan pada bila-bila masa kerana kita
merasakan cukup-cukuplah Anwar bersandiwara sebagai pejuang bangsa sedangkan
hakikatnya beliau sebenarnya adalah pejuang bangsat.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Jangan buruk sangka, Anuar Ibrahim bukan terkam sebarang terkam budak jantan tu tapi bergurau seperti Harimau Jantan menerkam Kambing Jantan....kah kah kah
ReplyDeleteBezanya Harimau Jantan terkam Kambing Jantan untuk dimakan tapi Anuar Ibrahim terkam Budak Jantan untuk diratah kejantanan budak tu.
Tembak anwar pakai peluru berpandu cap terkaman mahasiswa
ReplyDeleteBila Anwar saman Papagomo sebanyak RM100 juta; kununnya Papagomo memfitnah dia, Papagomo makin terpaksa menyiarkan segala video mengenai Anwar untuk membuktikan bahawa Anwar memang seorang biseksual. Ini adalah jawapana bahawa Papagomo TIDAK memfitnah, sebaliknya kenyataannya adalah suatu fakta..
ReplyDeleteInilah ertinya 'saman Anwar dah makan tuan'..
Support papa gomo 100%..
ReplyDeleteBegitulah nasib orang yg mahu memberikan Kalimah Allah kepada Bible serta anaknya yang mahu melayu boleh pilih ugama dan sokong LGBT.
ReplyDeleteAsssalam bro RAK.
ReplyDelete43juta lah bro...bukan 4juta.He he he
Aku cadangkn Papagomo blh dicalonkn pd PRU ni, pas tu lantik sbg 'Menteri'...Jasa Papagomo bnyk kpd rakyat Malaysia...kita dh nmpk 'Wajah Anugerah Tuhan' sebenar2nya!...Lg pun standard Papagomo di mata Anugay mmg tinggi,..100 juta berrr.....!
ReplyDeleteSemuga Allah SWT sentiasa melindungi Papagomo & keluarga nya. Muga2 juga Papagomo dimurahkan rezeki dan dianugerahkan kesihatan yg baik. Kami menyokong perjuangan ikhlas mu dan akan terus menyokong selagi hayat dikandung badan. Selamat maju jaya PAPAGOMO!
ReplyDeletehttp://malaysiabangkit.blogspot.com/
ReplyDeleteDulu Anwar Idola aku, TERIMA KASIH PAPAGOMO. TUN M MAAFKAN KAMI SKELUARGA...
ReplyDeleteZek58
ReplyDeleteDendan linangan air mata aku aminkan doa saudara
kita semua ade kesilapan lampau namun kita pandai nak insaf.tapi yang aku pelik nape gay tua ni tak serik buat hal ye-mungkin itu lah kehidupan nuar.kehidupan kemaruk sex terkam menerkam sesama jenis.dan saya pasti masih banyak lagi menjadi mangsa beliau.bah kata perpatah kuno hari hari makan bendi nak gak terung nak gak patola.kami salute papagomo moga moga malaysia selamat daripada ancaman sedemikian.
ReplyDeleteSetuju, Papagomo sudah berjaya membuka topeng Anwar, rakyat Malaysia sudah lebih mengenali siapa dia Anwar Ibrahim, sebelum dia rosakkan Malaysia, lebih baik kita singkir terus. Dah 15 tahun rakyat Malaysia dibelenggu masalahnya, sehingga kita tak mampu utk menerangkan kepada anak-anak kita. Manusia ini memang muka tebal, diaibkan sebesar manana pun masih terhegeh-hegeh lagi. Dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat kot.
ReplyDeletemmg kelakar..hanya budak ingusan jer yg x belajar utk mengenal mana satu betul dan mana satu palsu..Yakin..pasti lepas nie akan dibawa pengadilan....
ReplyDeleterespect PAPAGOMO..TERINGIN TENGOK USTAZAH MEE SEGERA ABBY ABADI masuk perangkap ANWAR....BEST GILER CAMTU!!!
ReplyDeleteNtah ape2 la citer papagomo ni, rekaan semate2 belake.. Sy cdgkn papagomo kerjasama ngan steven spilberg wat filem, baru berguna citer rekaan papagomo ni.. ok tak? Ingatlah Allah sentiasa memerhatikan apa yg kita wat, dunia ni kejap je, tegakkan kebenaran bukan menyokong penipuan semata2 mengejar kemewahan dunia..
ReplyDelete