Monday, March 18, 2013
7:55 PM
|
INQUIRER News mendedahkan
wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas
Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan
raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun
.
Pegawai perisikan Filipina
berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan
Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.
Rupa-rupanya, ahli politik
ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau
didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke
atas negeri Sabah.
Malah, satu laporan The
Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj
kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama
Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat
keselamatan negara Filipina.
Portal ABS.CBN juga
mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul
Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang
ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah
parti pembangkang Malaysia.
Maka, jika merujuk kepada
kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat
mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan
Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.
Agensi berita
antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi
tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan
pemimpin pembangkang di negara ini.
Akhbar dalam talian, The
Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji
pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika
berjaya membentuk kerajaan kelak.
Satu komunikasi dari
Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh
11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai
perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika
itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding
kerusi Gabenor Sulu.
Wikileaks mendedahkan
hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana
menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih
menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk
menakluki secara ketenteraan.
Apakah mereka yang jadi puncanya? |
Tindakan Anwar
menyanyikan lagi Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai liriknya bagi
mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai
persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap
ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut Sabah bakal
hilang.
Jelas Anwar, apabila Sabah
hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.
Tanya sama Najib apa sebab
goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali
dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong
pembangkang menyanyi bersama.
Dalam ceramah pada 29 Januari
lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14
Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah,
diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
Aquino sendiri hairan
bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk
menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat
rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa
ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.
Jika berkaitan kesihatannya
sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke
Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot
digunakan dalam kejadian itu.
Jadi, di mana dia mendapat
dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino dipetik
daripada Malaya-Business Insight.
Saya hanyalah seorang
sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP
ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti
keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula
mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur
dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.
DUA pemimpin kanan
pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya
pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu
terbabit dikatakan mempunyai rekod buruk pada masa lampau dalam usaha
pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan
penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali
sebagai Timor Leste daripada Indonesia.
Mereka berusaha
membebaskan wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada
kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan
Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November
1996.
Dulu, Anwar menyatakan dia
akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil
yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa
skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik
dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit.
Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.Kemudian, dia dibawa ke
Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia pulih
serta-merta.
Menurut sumber yang
boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo,
dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk
melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut
didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses
pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang seluruh pelusuk Sabah tanda solidariti kita kepada Sabah milik Malaysia selamanya...
ReplyDeleteAyuh rakyat Malaysia kita kempen dalam Facebook, blog, twitter, WhatsApp... Jalur Gemilang bukan hanya untuk dikibar masa hari kemerdekaan sahaja!!!!
AYUH! RAKYAT BANGKIT DARI TIDOR. JANGAN PENGKIANAT NEGARA HIDUP DI SABAH.
ReplyDeletePendedahan demi pendedahan yang dato sebarkan sangat berguna dalam menyedarkan rakyat. sama-sama kita berjuang dato.
ReplyDeleteMohon dato komen blog saya untuk penambah baikkan.
http://malaysiabangkit.blogspot.com/2013/01/awastangan-tangan-ghaib-kuasai-plkn.html
SKADAR BRPESAN2; Firman Allah swt; Surah 2 - Al-Baqara (MADINA) : Ayat 191
ReplyDeleteسُوۡرَةُ البَقَرَة
وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ ثَقِفۡتُمُوهُمۡ وَأَخۡرِجُوهُم مِّنۡ حَيۡثُ أَخۡرَجُوكُمۡۚ وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۚ وَلَا تُقَـٰتِلُوهُمۡ عِندَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَـٰتِلُوكُمۡ فِيهِۖ فَإِن قَـٰتَلُوكُمۡ فَٱقۡتُلُوهُمۡۗ كَذَٲلِكَ جَزَآءُ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (١٩١)
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. (191)
SKADAR BRPESAN2; Firman Allah swt; Surah 2 - Al-Baqara (MADINA) : Ayat 191
ReplyDeleteسُوۡرَةُ البَقَرَة
وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ ثَقِفۡتُمُوهُمۡ وَأَخۡرِجُوهُم مِّنۡ حَيۡثُ أَخۡرَجُوكُمۡۚ وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۚ وَلَا تُقَـٰتِلُوهُمۡ عِندَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَـٰتِلُوكُمۡ فِيهِۖ فَإِن قَـٰتَلُوكُمۡ فَٱقۡتُلُوهُمۡۗ كَذَٲلِكَ جَزَآءُ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (١٩١)
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. (191)