Thursday, January 24, 2013
12:59 PM
|
KUNING, Merah, Hijau, Oren dan
berbagai-bagai lagi warna di pamerkan oleh segerombolan manusia d dalam Negara ini
sebagai mewakili tanda protes mereka dengan mengilhamkan bersama berbagai-bagai
logo dan slogan malah apa yang kumpulan ini sedang lakukan
adalah kerana
dorongan daripada apa yang berlaku di negara luar,mauduknya adalah menumbangkan
kerajaan yang sah dan dipilih rakyat melalui sau pendekatan revolusi yang
dirancang secara terpimpin.
Revolusi warna ini adalah
pergerakkan politik yang berasal dari negara-negara barat terutamanya Eropah
kemudiannya diambil alih oleh Amerika Syarikat dan ianya merupakan satu
gelombang ideologi yang menular dari sebuah negara ke negara yang lain manakala
penyokong-penyokong dalam revolusi warna ini semuanya menggunakan penentangan
aman pada mulanya yang melibatkan orang awam tetapi akhirnya menjadi ganas
seperti dilakukan Bersih 1.0 hingga ke Bersih 3.0.
Demonstrasi,mogok lapar dan
perhimpunan haram semuanya digunakan bagi tujuan melumpuhkan kerajaan
memerintah dan memaksa perubahan yang mereka perjuangkan dan pergerakan revolusi
ini semuanya menggunakan warna tertentu atau bunga sebagai simbol mereka.
Revolusi warna ini amat
ketara sekali di dalam menggunakan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang sengaja ditubuhkan dan
khususnya kumpulan-kumpulan aktivis pelajar di dalam mengatur penentangan aman
atau perhimpunan-perhimpunan haram ataupun menyerap masuk individu-individu
tertentu di dalam agensi-agensi kerajaan bagi menyelaraskan gerakan revolusi
yang dirancang,
Revolusi warna sebeginii amat
berjaya sekali di Serbia terutama dalam Revolusi Jentolak padatahun 2000), di
Geogia melalui Revolusi Bunga Ros (2003), di Ukraine dengan Revolusi Oren
(2004), di Lubnan dinamakan Revolusi Araz (yang paling ganas pernah berlaku),
di Krygyzstan dengan Revolusi Tulip (2005), Revolusi Biru di Kuwait (2005), di
Iraq ia dikenali sebagai Revolusi Unggu (2005) dan di Czechoslovakia ia
dikenali sebagai Revolusi Baldu (2005).
Kumpulan yang berhaluan kiri
di negara ini yang dipimpin oleh ekstrimis politik sedang menggerakan agenda
yang sama kerana mereka yakin,mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan sedia
ada melalui proses demokrasi dan sebarang bentuk demonstarsi yang mereka adakan
sejak akhir-akhirnya hanya satu latihan menggerakan kepada satu demonstrasi
yang lebih besar menjelang PRU13 ataupun ketika diumumkan pembangkang kalah
dalam PRU13 nanti.Ini perlu kita awasi.
Revolusi Hijau pula telah
dimulakan di Iran pada tahun 2009 hingga 2010 tetapi gagal dan revolusi ini
dimulakan atas dasar menentang keputusan pilihanraya atau meminta pilihanraya
diadakan secara adil. Namun jika ditunaikan sekalipun kehendak penganjur
revolusi ini mereka tetap akan melakukan protes sehinggalah kerajaan yang
ditentang dijatuhkan dan mereka mengambil alih kepimpinan kerajaan. Lihat saja
tuntutan Bersih yang pertama dulu bilamana SPR tunduk kepada permintaan
mereka,kumpulan ini terus juga melancarkan demontrasi.
Tujuan penentangan mereka
sebenarnya adalah topeng kepada hasrat mereka untuk mengambil alih kerajaan
walaupun kerajaan semasa mentadbir dengan baik malah genda mereka disokong pula
oleh pergerakan demokrasi dari negara-negara barat yang memang berniat
memerintah negara-negara yang sedang membangun melalui proksi-proksi mereka.
Revolusi warna dalam negara kita
ini adalah hasil usahasama pemimpin-pemimpin pembangkang dengan negara luar
yang berusaha untuk menguasai sesebuah negara dan selalunya sokongan kewangan
yang besar datang daripada kerajaan negara-negara barat dan NGO-NGO barat yang
mensasarkan negara tertentu seperti Malaysia untuk diambil alih melalui
revolusi sebegini
Revolusi warna adalah satu
bentuk penjajahan baru yang telah dicipta oleh negara-negara barat dengan
menggunakan kepimpinan tempatan seperti Anwar Ibrahim,Mat Sabu,Ambiga dan
beberapa nama lagi yang merancang untuk membuat kacau bilau di dalam Negara ini.
Mereka ini akan adakan
pelbagai tuntutan dan tuduhan kepada kerajaan yang memerintah dan pada masa
yang sama cuba tidak akan menerima apa saja pembaharuan yang dibawa walaupun
tuntutan-tuntutan mereka telah dipenuhi.
Ideologi yang dibawa oleh
revolusi warna ini memperdagangkan konsep politik songsang yang sesat malah
membawa kesan yang amat buruk kepada sesebuah negara. Lihat sahaja Bersih,HKR
dan berbagai-bagai lagi gerakan sonsang yang sedang dilakukan.
Rakyat menjadi keliru,keliru
dengan maklumat-maklumat palsu yang disebarkan oleh pihak pembangkang dan pihak
kerajaan pula akan diserang tanpa henti dengan tohmahan yang dikeluarkan secara
besar-besaran meliputi semua media alternatif, laman sosial dan blog-blog anti
kerajaan yang dikawal-selia oleh jentera-jentera milik revolusi warna ini dari
dalam dan luar negara.
Begitulah adanya dengan perancangan licik
revolusi warna ini yang hanya semata-mata berusaha atas dana yang diberikan
oleh proksi negara-negara barat bagi menjatuhkan mana negara-negara yang mereka
ingin ambil alih dan inilah bentuk penjajahan alaf baru yang sedang rancak
berlaku dan jika kita berwaspada ia akan berlaku kepada negara kita ini.Lihat
sahaja terdedah tentang Suaram,Sarawak Report,MalaysiaKini dan berbagai-bagai
lagi yang menerima dana daripada luar untuk menabur serta merekayasakan fitnah terhadap kerajaan dan pemimpinnya.
Apakah signifikan baju merah
penunjuk perasaan Thai dengan baju kuning penunjuk perasaan Bersih 2.0 dan 3.0
di Malaysia ? Kedua-duanya menggunakan warna sebagai satu cara menunjukkan
protes mereka dan mereka sebenarnya tergolong dalam satu pergerakkan global yang
dinamakan pergerakan revolusi warna dan Malaysia adalah sasaran seterusnya..
Revolusi warna tanpa syak
lagi adalah satu fenomena baru yang sedang menular dalam arena pembangunan
politik masa kini dan tujuan saya mendedahkan hal ini supaya
dapat diambil peringatan oleh para pemimpin politik tentang bahaya dan kesan
revolusi warna ini yang mampu menghancurkan negara kita dengan menimbulkan
kacau bilau jika tidak ditangani dengan lebih awal.
Kita perlu memahami
ciri-ciri pergerakan ini dan bentuk-bentuknya supaya dapat diambil tindakan
yang sewajarnya di dalam membenteras wabak ideology ini yang sememangnya
dicipta oleh pergerakkan demokrasi barat.
Mari kita mulakan dengan
definasi yang diambil daripada Wikipedia. Laman web ini adalah antara yang
pertama menerangkan tentang wujudnya revolusi warna ini dengan memberi definasi
yang berikut ;
"Color revolution(s) is
a term used by the media to describe related [political] movements that
developed in several societies in the CIS (former USSR) and Balkan states
during the early 2000s. Some observers have called the events a revolutionary
wave. Participants in the color revolutions have mostly used nonviolent
resistance, also called civil resistance. Such methods as demonstrations,
strikes and interventions have been [used to] protest against governments seen
as corrupt and/or authoritarian, and to advocate democracy; and they have also
created strong pressure for change.
Freedom House, National
Democrat Institute, International Republican Institute, CIA, MOSSAD, USAID,
CIDA, Albert Einstein Institution, and various western NGOs including Jew
billionaire George Soro’s Open Society Institute – are ‘the foreign instigators
and helpers’ who pave the way for a pro-USrael regime changes around the world.
These groups arrange dessident groups behind a single opposition leader (a
pro-West would be ideal, but even an anti-West would do the trick”
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.
ReplyDelete