Wednesday, December 19, 2012
8:10 PM
|
Parasit perlu disingkirkan... |
KITA terima pandangan
pemimpin atasan yang mahu semua ahli,kepimpinan bahagian serta cawangan dan
juga penyokong-penyokong untuk memberikan
fokus bagi menentang segala penyelewengan serta fitnah yang dilemparkan
oleh pembangkang terhadap kerajaan serta parti tetapi dalam maa yang sama,kita
juga mahu pemimpin atasan turut fokus bagi memastikan kemenangan besar dalam
PRU13 nanti dan tidak memperalatkan parti untuk kepentingan peribadi.
Demi kemenangan parti,semua
orang bersetuju namun dalam masa yang sama beberapa kerat pemimpin yang berada
di sekeliling PM Najib wajar menghentikan segala gerak kerja mereka yang boleh
memudaratkan parti apabila dalam kita berusaha untuk terus memenangi hati
rakyat,kalangan mereka ini pula sedang sibuk menyusun rakan-rakan untuk
ditonjolkan sebagai calun PRU13 nanti yang tidak bertepatan dengan slogan Najib
`winnable candidate’.
Tidak guna PM Najib
berteriak masa ucapan sulungnya sebagai Presiden UMNO di Perhimpunan UMNO 2009
yang bertajuk Menakhoda Zaman itu sedangkan dalam masa yang sama masih ada parasit-parasit
yang mengelilingi Najib dengan berbagai-bagai agenda peribadi dan PM Najib juga
dilihat cukup keras memberikan peringatan tetapi dalam masa yang sama terlalu naïf
untuk mengambil tindakan terutama sekali terhadap orang-orang yang berada di
sekelilingnya hari ini.
Najib pasti pernah dengar
kata orang-orang tua bahawa dalam memilih kawan kita kena berhati-hati kerana
tersalah pilih ianya boleh menjadi duri dalam daging ataupun api dalam sekam
dan Najib yang tidak pernah lekang impian serta harapannya supaya semua
peringkat kepimpinan memberikan focus bagi menentukan hidup mati UMNO di PRU13
nanti,ada dari kalangannya yang mengaku sebagai kawan atau orang kanan beliau
cukup rakus membina kekayaan.
Kita juga bersetuju dengan
apa sahaja cadangan yang mahukan setiap dari kita tidak menyerang atau
membongkar kebejatan moral atau apa sahaja salahlaku baik penyelewengan kuasa
dan hubungan baik antara najib dengan rakan-rakannya di antara satu sama lain
tetapi dalam masa yang sama,orang-orang disekeliling Najib jangan pula
menggunakan kuasa serta pengaruh yang ada untuk menikam dari belakang
rakan-rakan seperjuangan lain ataupun menhasut Najib untuk membuang pemimpin
itu dan ini kerana mereka bukan datang dari satu kem,bukan kawan ataupun
sahabat Najib ataupun tidak sehaluan gaya pemikiran politik mereka.
Kritikan demi kritikan yang
dilakukan bukan untuk menjahanamkan UMNO ataupun Barisan Nasional tetapi kita
tidak mahu menyokong ataupun memiliki pemimpin ataupun calon di PRU13 nanti
seperti buluh yang pepat diluar tetapi rencung di dalam.
Politik puja puji atau ampu
mengampu ini tidak lagi sesuai berada di era ini apatah lagi UMNO adalah parti
milik tiga juta lebih ahlinya dan bukan harta emak bapak sesetengah pemimpin
yang rakus yang menggunakan nama UMNO untuk mengisi tembolok mereka.
Ahli wajib mengkritik dan menegur ataupun mendesak pimpinan tertinggi parti mengambil tindakan seandainya mereka ini benar-benar menjadi pengkhianat kepada parti.Kehadirannya boleh menjadikan parti malu kerana adanya pemimpin begini,ahli berhak bersuara.
UMNO adalah parti keramat
orang-orang Melayu dan kita tidak mahu ada lagi Anwar Ibrahim kedua dalam UMNO
dan kita mengesan corak politik yang dibawakan oleh Anwar masa berada dalam
UMNO dulu sedang dipraktikan oleh beberapa seorang dua pemimpin,ada yang
menyusun calon-calon dengan memperalatkan nama Najib dan ada pula yang mengaut
projek-projek tertentu menggunakan nama Najib dan juga UMNO.
Dalam MKT UMNO pun ada parasit... |
Dalam kita berusaha
membongkarkan segala kebejatan moral, penipuan,pembohongan serta fitnah bersiri
pakatan jahat pembangkang, pemimpin atasan hanya dilihat berpeluk tubuh dan
menyerahkan bulat-bulat kepada askar-askar bawahan untuk menangkis serangan
pembangkang dan juga menyerahkan sewenang-wenangnya kepada PM Najib secara solo
untuk menjawab segala tomahan pembangkang.
Mereka ini jugalah yang
mengaku kawan Najib,mengaku orang yang dekat dengan Najib tetapi malangnya saat
Najib dan keluarganya diserang oleh fitnah pembangkang,apa yang mereka ini
buat?
Mereka ini cakap sahaja
pandai tapi akal mereka penuh dengan tipu daya.Yang penting saya tidak akan terpedaya.Perahu
sudah diair,dayung sudah ditangan! Kita perlu tolak pemimpin yang dulunya asal
ular lidi tetapi telah menjadi ular sawa dan sekarang sedang cuba menjadi anaconda.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
salam tuan mhn tlg pautkn blog sy di blog list tuan terima kasih
ReplyDeleteanakjatimalaya93.blogspot.com
blog tuan sudah sy pautkan ...terima kasih