Thursday, November 29, 2012
10:44 PM
|
Jangan khianati usaha Najib! |
PRESIDEN UMNO,Najib Razak
telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan membentangkan ucapan dasarnya dan
terserlah kesungguhannya memacu UMNO untuk terus kekal sebagai kerajaan
terutama sekali berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti malah melalui
ucapannya Najib berbicara tentang suara hati UMNO,tentang masa depan UMNO dan
tentang masa depan Barisan Nasional yang perlu dipertahan,diperkukuhkan serta
disiap siaga untuk mendepani cabaran serta dugaannya.
Kita seharusnya merasa
simpati terhadap kesungguhan Najib,komitmen Najib terhadap partinya yang selama
ini begitu kental mempertahankan agama,bangsa dan Negara dan Najib cekal
mengemudikan parti walaupun fitnah terhadap beliau datang bertimpa-timpa.
Najib tidak peduli itu semua,beliau terus memandang ke hadapan dengan membiarkan cicak mengakrung mengelupur mengadu fitnah,tohmah serta mehnah.
Najib tidak peduli itu semua,beliau terus memandang ke hadapan dengan membiarkan cicak mengakrung mengelupur mengadu fitnah,tohmah serta mehnah.
Kita merasa simpati dengan
Najib kerana dengan statistic ahli UMNO yang melebihi tiga juta orang ini,berapa
ramai atau berapa juta ahli yang memahami erti perjuangan parti ini yang mampu
menterjemahkan sokongan mereka ke dalam bentuk undi untuk UMNO dan Barsian
Nasional.
Berapa ramai Ketua-Ketua
Cawangan,Pengerusi JKKK,Jawatankuasa bahagian,jawatankuasa Perhubungan UMNO
Negeri dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO memahami nilai-nilai perjuangan dalam
UMNO yang selama ini menjadi teras ataupun tulang belakang membangunkan Negara ini
dan kenapa parti ini perlu dipertahan serta diberikan sokongan untuk menerajui Negara?
Apakah semua pemimpin
tertinggi serta di peringkat akar umbi boleh mempastikan orang-orang atau
rakyat di bawah wilayah kuasa mereka akan mengundi UMNO dan Barisan Nasional
atau berapa ramaikah daripada kalangan mereka yang masih lagi tidak faham
perjuangan UMNO dengan meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan
atau betapa pentingnya parti keramat umat Melayu ini.
Alangkah malangnya kalau
sehingga hari ini ahli yang lebih 3 juta itu masih ada lagi yang tidak memahami
harga ataupun nilai perjuangan UMNO ini dan kalau ada dimana puncanya,adakah
sebab tidak berlaku secara terancang gerakan perkaderan serta penerangan kepada
ahli-ahli atau generasi Y yang dikatakan semakin jauh dari UMNO termasuklah
anak-anak pemimpin UMNO itu sendiri.Kalau ini puncanya,yang gagal adalah
biro-biro yang ada dalam UMNO itu sendiri.
Jangan bubuh racun dalam madu yang Najib usahakan.. |
Penjawat awam yang melebih
800 ribu orang,siapa yang boleh memastikan berapa ramai atau berapa ratus ribu
mereka ini akan mengundi Barisan Nasional dan berapa ramai tidak menyokong
kerajaan hari ini?
Segalanya bertitik tolak dari kurangnya atau tidak jelas penerangan kepada dan tidak ada agensi khusus bertanggungjawab memberikan penerangan kepada mereka ini.
Segalanya bertitik tolak dari kurangnya atau tidak jelas penerangan kepada dan tidak ada agensi khusus bertanggungjawab memberikan penerangan kepada mereka ini.
Kita mengharapkan sebagai contoh Biro Tata
Negara (BTN) menyalurkan penerangan sedemikian tetapi mereka terlalu sibuk
melaksanakan penerangan serta memprogramkan tentang 1Malaysia,itupun penerangan mereka
masih terawang-awang dan dillihat tidak berpijak di bumi nyata.
Sehingga hari ini seperti
tidak ada lagi pendedahan tentang ancaman terhadap keselamatan Negara,kedudukan
politik dan sebagainya.Ini jelas ketara kegagalan beberapa agensi yang
sepatutnya memainkan peranan menerangkan kenapa UMNO dan kerajaan ini perlu
dipertahankan.
Najib sepanjang masa
berdepan dengan cabaran kepimpinan dan kita mengharapkan cabaran ini akan terus
mematang serta memberikan kuasa luar biasa kepada beliau dan dalam usaha untuk
terus memperkukuhkan parti dan kuasa kerajaan,beliau terpaksa mengeluarkan
amaran demi amaran dan mengambil tindakan demi tindakan terhadap ahli-ahli yang
sabotaj parti.
Tetapi apa pula amaran
ataupun tindakan terhadap penjawat awam
yang sabotaj kerajaan?Tatkala kepercayaan diberkan oleh kerajaan,berpakaian
segak,siap dengan kot serta bertali leher dan sentiasa berpeluang mendengar
denyut nadi Perdana Menteri di `morning prayer’ pada setiap Isnin awal bulan,dapat menaiki
pesawat menjelajah seluruh negara atas nama tugas,tetapi hati tetap busuk menyokong pembangkang atas alasan jemaah dan
taksub terhadap seseorang?
Apa makna menaiki pesawat
atas nama tugas dengan tiket dibiayai kerajaan tetapi bila turun ke negeri,
mereka ini mengadakan perjumpaaan ataupun pertemuan dengan calon PAS yang kalah
pada PRU 12 dan bertemu juga dengan
penyelidik di Yayasan Tok Kenali yang dikenal pasti sebagai orang kuat PAS dan
mereka ini juga mengadakan perjumpaan di Besut,terengganu dengan penyokong-penyokong
tegar pembangkang.Apa makna semua ini?Kenapa musuh dalam selimut masih terus
mendapat tempat dan berkeliaran di sekeliling Najib?
Apakah gerakan ini tidak
diketahui ataupun dipantau serta diambil tindakan oleh Ketua Setiausaha Negara
dan dihukum oleh Perdana Menteri?Kita cukup simpati dengan Perdana Menteri
kerana dalam usaha beliau memberikan madu kepada rakyat,kepada agama,bangsa dan
Negara melalui gerakan mempertahankan UMNO untuk terus kukuh dan terus
menerajui Negara, masih ada lagi yang
disekeliling beliau sedang berusaha mencampurkan racun ke dalam tempayan madu
yang Najib usahakan.
Terus pertahankan UMNO demi agama,bangsa dan negara! |
Mereka ini seperti mahu
melihat UMNO ini hancur,mahu melihat UMNO ini tumbang melalui PRU13 nanti dan
peluang berada dekat dengan kepimpinan Najib,mereka gunakan untuk secara
perlahan menusuk sembilu tajam ke belakang Najib.
Mereka lupa tindakan mereka ini bukans ahaja boleh membunuh Najib tetapi boleh meruntuhkan segala-gala yang sedang dikecapi oleh rakyat Negara ini sejak merdeka hingga sekarang.
Mereka lupa tindakan mereka ini bukans ahaja boleh membunuh Najib tetapi boleh meruntuhkan segala-gala yang sedang dikecapi oleh rakyat Negara ini sejak merdeka hingga sekarang.
Melalui Perhimpunan Agung
yang sedang berlangsung ketika ini,kita mengharap sangat kepada seluruh Melayu
Islam untuk bangkit bersatu,bergerak sering bersama Najib demi mempertahankan
agama,bangsa dan Negara ini.Mengharap sangat kepada seluruh bangsa Cina dan India
untuk terus memberikan peluang kepada Najib kerana hasil dari kesungguhan
kerajaan pimpinan UMNO inilah rakan-rakan dari bangsa Cina dan India mendapat
segala keuntungan bukan sahaja politik tetapi turut menguasai ekonomi Negara ini.
Dan kepada cicak mengkarung
yang sedang menyelinap di sekeliling Najib, kita juga berharap usainya PRU13
nanti,berbuatlah sesuatu kepada golongan yang jenis bermuka-muka ini dan kepada
KSN,bertindaklah kepada pegawai-pegawai beliau yang menganggap Najib hanya ketua
mereka tetapi idola mereka adalah Anwar Ibrahim.
Ayuh Melayu bersatulah!Mari
kita tolak gerakan yang sedang hebat melaksanakan agenda asing untuk meruntuhkan
Negara ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
As Salam dan Salam 1 Malaysia..
ReplyDeleteMohon di linkkan blog teman ni ye bro..
http://taipingcentral.blogspot.com/
Latest article :
http://taipingcentral.blogspot.com/2012/11/china-doll-verse-2-mcm-sama-plak-ni.html