Saturday, November 17, 2012
9:56 PM
|
Jangan ada lagi sesiapa cuba khinati Najib! |
UMNO tidak boleh silap lagi
dan sebarang pengkhianatan yang cuba dilakukan terhadap UMNO perlu ditentang
dan dihalang dengan apa cara sekalipun kerana tempoh UMNO berdepan dengan rasa
dukacitanya harus dihentikan segera
daripada terus dimamah oleh pengkhianat-pengkhianat yang brselindung di sebalik
nama ahli ataupun pemimpin--pemimpin
tertentu yang sedang menjaja mimpi.
Kita mula mengesan bila
semakin dekat dengan Pilihanraya Umum Ke 13,semakin galak puak-puak
tertentu yang mengaku rapat dan intim
dengan pejabat Perdana Menteri sedang menjaja nama Presiden,Timbalan Presiden
dan Setiausaha Agung kononnya mereka telah diarahkan oleh pucuk pimpinan supaya
menyenarai pendekkan nama-nama calon untuk diketengahkan dalam pilihanraya
nanti.
Mereka ini mengaku diarah
oleh Perdana Menteri,ada juga yang mengaku mereka lah sebenarnya Setiausaha
Agung UMNO yang boleh memanggil semua ketua-Ketua bahagian bagi mengadakan
mesyuarat di hotel-hotel tertentu untuk mengenalpasti nama-nama calon ataupun
mengarahkan nama-nama orang-orang tertentu supaya dicalonkan dan mereka akan
berusaha menyakini Presiden bahawa itulah `winnbale candidate’nya.
Dari Utara sampai ke Selatan
termasuklah ke Sabah dan Sarawak mereka bergerak dengan pasukan yang mereka
lantik sendiri walaupun tugas
mengenalpasti calon ini bukan tugas mereka apatah lagi penyenaraian calon-calon
yang mereka lakukan adalah mengikut naluri mereka sendiri termasuklah
menyenaraikan Setiausaha Politik mereka sendiri sebagai calonya.
Tidak cukup dengan itu
mereka semakin melampui batas dengan mengadap Sultan ataupun Raja-Raja di
negeri-negeri tertentu dengan menyembahkan senarai calon-calon baru untuk
mengantikan Menteri Besar sedia ada,mereka cuba mempengaruhi Sultan ataupun
Raja di negeri masing-masing kononnya itu adalah arahan daripada Perdana
Menteri.Setakat yang kita tahu mereka ini telahpun mengadap Sultan Johor dan
Sultan Pahang.
Gerakan mereka ini mengimbau
kembali zaman Pak Lah yang dikaitkan dengan onar daripada Tingkat Empat hingga
Pak Lah hilang 2/3 pada PRU12 setelah mencapai kejayaan gilang gemilang pada
PRU11 dan gerakan yang didalangi oleh orang-orang tertentu ini jika tidak
dibendung olh PM Najib,beliau bakal mengulangi nasib yang sama seperti Pak Lah
ataupun berkemungkina besar PM Najib akan hilang kerajaan yang mahu dipertahankan
ini.
Rakyat ataupun ahli-ahli di peringkat akar umbi berusaha
gigih dengan transformasi yang dijanjikan oleh Perdana Menteri tetapi dalam
masa yang sama kelibat orang-orang yang mengaku rapat dengan Najib sedang
mengatur rakan-rakan terentu termasuklah sudah bersedia dengan nama-nama
Menteri Besar dan Ketua Menteri yang baru.
Kita tidak tahu adakah Najib
sedar ataupun tidak ataupun sememangnya Najib merelakan tentang kelibat
orang-orang yang mengaku rapat dengan beliau ini yang begitu gigih menjual nama
beliau ini dan mereka ini akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri untuk
mengumpulkan semua Ketua-Ketua Bahagian dan dijanjikan dengan bermacam-macam
janji,penyakit mereka ini sama sahaja dengan Anwar Ibrahim yang berjanji
jawatan Timbalan Perdana Menteri serta jawatan-jawatan Menteri kepada setiap
orang yang ditemuinya.
Kita amat yakin UMNO dan BN
akan terus memerintah negara ini walaupun pembangkang menggunakan segala cara
untuk meruntuhkan Barisan nasional hinggalah mengadakan Solat Hajat sempenan
Muktamar PAS di Kelantan baru-baru ini tetapi
membiarkan paraist-parasit ini mengawal parti dari dalam.UMNO akan terus
berada di jalan sukar untuk
mempertahankan kerajaan selagi parasit-parasit ini tidak dinyahkan dari parti.
Najib harus bertindak
walaupun terpaksa mengambil tindakan bukan sahaja terhadap rakannya sendiri
tetapi kalau terpaksa mengambil tindakan terhadap saudara maranya, Najib harus
lakukan kerana beliau pernah berjanji dalam Perhimpunan UMNO Ke 11 bahawa untuk
menang besar beliau bersedia untuk mengorbankan sesiapa sahaja dengan tidak
menyenaraikan mereka sebagai calon baik calon baru ataupun yang mempertahankan
kedudukan.
Untuk PRU13 ini Najib
perlukan pasukan baru yang hebat serta kuat bagi memenangi hati rakyat.Najib
tidak boleh lagi menyimpan calon-calon yang sedang merantaikan perjalanan Najib
untuk terus berjuang untuk rakyat dan bukannya mengikat Najib supaya tunduk
kepada percaturan peribadi mereka.
UMNO jangan sesekali
mengulangi semula kesilapan 2008.Saat pembangkang semakin gila,sasau,nyanyuk
serta bercelaru ini,UMNO harus terus bangkit menerajang masa silam mereka yang
pernah luka.Lepada parasit-parasit ini,cukup dan hentikanlah buat kerja-kerja gila ini...!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
mana ada lagi percalonan nama pasal menteri2 baru utk pru13 sedangkan perdana menteri pun tak kata apa2 lagi pasal pru13, kenapa ada perasit2 yg tak tahu malu yg dah mulakan kerja yg tak sepatutnya.
ReplyDeletekenapa terlalu dengki dgn parti UMNO sampaikan sanggup jadi perasit dan jaja nama PMkita kononnyan suruh cari muka baru. tak payahlah nak sibuk menghadap raja dan beri nama calon2, nampak sgt perasit ini semua takut sebenarnya yg mereka tak akan menang.
ReplyDelete