Tuesday, October 23, 2012
12:42 PM
|
Usaha memurtadkan Melayu melalui lagunya.. |
LAGU Harapan Bangsa yang
dinyanyikan oleh Jaclyn Victor merupakan satu lagi usaha terancang pihak-pihak
tertentu untuk memurtadkan anak-anak
Melayu di negara ini terutama sekali golongan muda serta generasi baru yang
meminati dunia muzik tempatan ataupun yang mengagumi penyanyi itu sendiri.
Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan tidak harus melihat lagu ini sebagai hiburan semata-mata tetapi lagu ini harus dilihat sebagai usaha dakwah Kristian untuk memurtadkan anak-anak muda di negara ini dan harus bertindak menyekat lagu ini dari disiarkan ataupun diedarkan secara terbuka.
Meskipun penyanyinya mendakwa beliau menyanyikan lagu tersebut bagi peminatnya di Sabah dan Sarawak namun beliau lupa bahawa kedua buah negeri itu pun masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang harus dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia dan kalau mahu peminat Kristiannya menggemari dan mengangkat lagu tersebut sabagai usaha dakwah mereka,mengapa tidak dinyanyikan dalam bahasa lain selain dari Bahasa Melayu.
Berkongsi pandangan dengan
Zahid Mat Arip,Mursyidul Am TIBAI,beliau ternyata resah dan kecewa bila lagu
ini disiarkan secara berleluasa di You Tube dan didendangkan oleh penyanyi
tersebut dalam majlis-majlis terbuka.
“Saya mohon Menteri mengarahkan SKMM menarik balik atau
`mengnyahkan’ lagu tersebut daripada You Tube sebagaimana dilakukan terhadap
filem yang menghina Nabi SAW baru-baru ini dan gesaan ini dibuat bukan sebagai
Mursyidul Am Tibai tetapi sebagai seorang bapa kepada anak,abang kepada adik
dan sebagai seorang anggota masyarakat bergama Islam kerana penyebaran lagu ini
bertentangan dengan prinsip Perlembagaan
Persekutuan FASA (1) Perkara 3 yang memperuntukan Islam sebagai Agama
Persekutuan.
`Menteri mesti nyahkan lagu tersebut dari Youtube'-Zahid |
“Adakah Rais Yatim ataupun
sesiapa sahaja orang Islam dalam negara ini mahu anak-anak mereka menyanyikan
lagu ini?Menghafal lagu ini? Lagu ini jelas mengundang keresahan masyarakat dan
langsung tidak bernilai untuk memupuk perpaduan nasional,”tegas Zahid Mat Arip.
“Kita percaya hari ini sudah
ada anak-anak Melayu yang menyanyikan lagu ini.Mungkin mereka menganggap ianya
sebagai hiburan tetapi mereka lupa dalam masa yang sama,mereka boleh menjadi
syirik,murtad kerana memuja Tuhan lain selain daripada Allah SWT,” katanya
lagi.
Bila lagu ini dinyanyikan
dalam Bahasa Malaysia,jelas ianya bertujuan jahat.Secara halus usaha
memurtadkan anak-anak Melayu dilakukan oleh Jaclyn bila dihalusi seluruh
senikata lagu tersebut dan memberi makna bahawa mereka menunggu masa yang
sesuai sahaja untuk menobatkan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Lagu ini jelas bertujuan
jahat kerana dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan tidak dinyanyi dalam Bahasa
Inggeris.Jelas secara halus ada usaha terancang pihak Kristian untuk
memurtadkan orang Islam.
Agenda penyanyi,pencipta dan
penulis lirik lagu ini menyamai agenda politk DAP yang mendapat pelindungan
khas dari Mursyidul Am PAS Nik Aziz bila didedahkan dalam Parlimen baru-baru
ini bahawa DAP akan menukarkan kedudukan agama rasmi Negara termasuklah seluruh
Perlembagaan Persekutuan.
PAS langsung tidak menentang
agenda tersirat lagu ini dan semua pemimpin Melayu seperti berdiam diri
barangkali terhibur dengan nyanyian penyanyi tersebut hingga mereka lalai
melihat segala kandungan lirik-liriknya.
Walaupun sebagai
penyanyi,pihak Kristian berjaya memperalatkan populariti penyanyi ini untuk
menerus ataupun mengukuhkan agenda mereka dan sesiapa sahaja anak-anak Melayu
yang meminati penyanyi ini harus merasa tersinggung dengan lagu Harapan Bangsa
ini.
Lagu ini perlu ditentang
sebelum ianya disebarluaskan dan Rais Yatim harus bertindak sebelum ianya menjadi perang agama yang sukar
dibendung nanti.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
PAS mna bole buka mulut,nanti kna sound ngan DAP sape nk jwab??xdpt la undi cina utk PAS..lagikan agama blh digdai oleh PAS,inikan pulak bnda2 mcm ni..
ReplyDeletekita tentang lagu ni abes abesan !!13 implearl
ReplyDeleteJaclyn Victor harus di gam oleh pengusaha media hiburan.
ReplyDeleteSaya sebagai bangsa melayu dan bangsa malaysia tidak meletakkan harapan sebegini,atas lagu "Harapan bangsa"...saya lebih kepada penyatuan pelbagai bangsa dalam rumpun bangsa malaysia yg makmur dan harmoni,bukan berteraskan intrument agama.Hak mereka yg beragama sememangnya sudah termaktub di dalm perlembagaan.Maka,saya amat membantah atas lagu tersebut, yg mempunyai tajuk lagu yg salah dan perlu di ubah dan sesuai utk melagukannya,hanya di gereja dan tidak di tempat umum, sebab ramai peminat muzik adalah di kalangan org melayu beragama islam dam di dalam utube.Yang merisaukan saya,ia akan menimbulkan sentimen yg boleh menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara.Ini adalah agenda utk menghuru-harakan negara sebab,ianya boleh mendatangkan marah pada bangsa melayu beragama islam.Malah lagu tersebut telah melanggar etika,dari segi pengisian utk tajuk lagu.Lagu agama yg terselindung ada nama harapan bangsa.Ini adalah satu penipuan.
ReplyDeleteTolonglah respek majoriti bangsa melayu beragama islam,yer.Fokus lahu harapan bangsa,utk penyatuan semua bangsa dlm ertikata bangsa malaysia yg aman dan harmoni.bukan berteraskan satu2 agama.Jaclyn Victor perlu di gam,d atas segaja dan sentiviti pelbagai bangsa dan agama.
ReplyDeletedalam diam-diam penyanyi kristian ni cuba utk menerapkan agama kristian dikalangan org-org Melayu Islam, kerana la menyayikan lagu tersebut di dala bahasa Melayu.secara tidak langsung penyanyi ini telah meresapkan unsur-unsur kristian secara halus menggunakan lagu ini utk didakyahkan dikalangan org2 Islam dinegara ini. Ini menggambarkan bahawa puak kristian berusaha menggunakan penyanyi kristian yg sudah mesra dikalangan org2 Melayu/Bumiputera dan islam utk menyebarkan agenda agama kristian secara halus melalui berbagai cara, tetapi dlm kontek ini ialah lagu yg dinyanyikan oleh jaclyn victor. Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap penyanyi ini mengikut mana-mana akta yg ada supaya perbalahan agama menjadi marak di negara ini. Penyanyi petualang agama ini perlu di haramkan lagunya dimainkan disemua stesen radio atau tv atau apa-apa media hiburan dinegara ini sampai bila-bila pun. penyanyi ini sgt bahaya kepada keharmonian agama dinegara ini. Dasar penganut agama ini yg tak sedar diri dan berterima kasih kpd rakyat islam dan raja-raja Melayu yg menjadi penaung kpd agam,a islam di negara ini.
ReplyDeleteproduk tv3...Pas pulak yang salah?fokus pada isu..penguasa ambil tindakan!
ReplyDeletejangan sebab marahkan nyamuk kelambu di bakar..sdra2 semua, islam tidak mengajar kita utk bertelagah tetapi bertoleransi sesama umat manusia sejagat.jgn kerana lagu kita bermusuhan. apa yg perlu kita lakukan ialah menguatkan lagi iman kita disisi ALLAH supaya tidak mudah goyah..kaum lain tu(yg bkn Islam), hari2 dikumandangkan dgn kelunakan suara Azan, adakah tergugat apa yg mereka anuti? jgn hanya asyik memandang pada yg tersurat tetapi carilah apa yg tersirat.
ReplyDeletebangsa asing ptt respek islam sbb ni negara islam
ReplyDeletebab2 ni pas ddk diam tkt nnt dap marah tak undi pas..pas kan gila kuasa tp berlakon konon kuat agama tp bab org mainkan agama dia senyap je
ReplyDeleteYg bersalah dalam hal ialah pemimpin Tertinggi Pas ... Kerana Menbenarkan Agama Lain selain Islam Menggunakan Kalimah Allah
ReplyDeleteKita boikot Jaclyn Victor
ReplyDeleteamboi bila bab dap pas diam je takut nak bunyi eh...sbb takut kurang undian ke?????
ReplyDeleteIngat DAP anti Islam! Jangan kita layan karenah DAP nie!
ReplyDeleteHot.fm memang pukimak, terutama anak dara tua lahanat Farah fauzana tu, gatal sangat nak berlaki, tiap-tiap pagi cerita pasal suami curang, bini curang, laki kahwin lagi, kisah suami isteri je. Babi punya farah fauzana, pukimak puki gatal. Dalam rancangan Nona pun muka macam gatal je. Puki berair, hitam legam tak sedar diri, sebab tu lambat dapat jodoh. Allah tu maha Kuasa.
ReplyDeleteNajib dan pemimpin tertinggi Malaysia semua kena bertaubat nasuha.
ReplyDeleteDah habis isu ke? Pasal lagu bodoh tu pun ramai murtad ke? memang lagu tu tak sesuai. Ban saja. Jangan komen cam orang tak tamadun.
ReplyDeletep mampus la kmu smua hahahaha... e2 pun na jd kn isu.. bodo punya melayu..
ReplyDeletebnyk betul komen2 yg seakan bodoh. sapa nk pelihara islam,peliharalh betul2... jgn anggap perkara ni remeh... kdg2 saya termenung,kerana terlalu ramai rakyat malaysia yg bangang yg tak guna otaknya. memang jd isu lah,,, baca betul2 lirik tu betul2.. jgn tak faham kemudian komplen ikut emosi, org ikut emosi,jiwanya tak tenang. org yg jiwa x tenang,bukan faham pun apa yg nk dihuraikan.. sama lah klau mkcik pkai skirt,kemudian kita pun bgtau... ''alaaa,isu itu pun nk kecoh...''. tu jawapan org bodoh tu
ReplyDelete