Friday, October 5, 2012
1:34 PM
|
Najib laksanakan impian rakyat! |
BAJET 13 yang dibentangkan
PM Najib tidak dinafikan sebagai bajet terbaik dari kerajaan untuk rakyat
walaupun cuba dan sedang diberikan
tanggapan buruk oleh pembangkang malah disifatkan juga oleh Nik Aziz sebagai
menjauhkan takwa rakyat terhadap Allah SWT.
Bajet 13 merangkumkan segala
kebimbangan rakyat selama ini dan dijawab serta disusun dengan penuh berhembah
oleh kerajaan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap beberapa dilemma yang
sedang rakyat tanggung dan semua pihak menganggap inilah Bajet paling terbaik Negara
untuk rakyatnya.
Ada pula yang secara sinis
membandingkan kedua-dua bajet tersebut dan menyifatkan Bajet 13 yang PM Najib
bentangkan adalah anugerah terbilang dari Allah sedangkang Bajet pembangkang
umpama segulung kertas tisu tandas semata-mata.
yang digunakan Membandingkan Bajet 13 Barisan
Nasional untuk rakyat dengan Bajet pembangkang yang masih bertunjangkan
mimpi-mimpi yang tidak pasti,Bajet kerajaan jelas hala tuju serta masa depannya
sedangkan Bajet pembangkang menjurus kepada keruntuhan sebuah Negara ataupun
memperdaya rakyat dengan ceritera-ceritera palsu yang dirangka secara onar
serta putarbelitnya.
Namun adakah Bajet 13 yang
PM Najib bentangkan ini penentu kemenangan dua pertiga pada PRU13 nanti?Adakah
rakyat menerima semua pengistiharan dalam Bajet tersebut dengan penuh rasa
syukur serta berterima kasih kepada kerajaan?Malah ada juga pemerhati politik
mengulas,dengan Bajet yang begini terbaik yang pernah dibentang dan Barisan
Nasional masih gagal juga mendapat dua pertiga majorit di Parlimen,ada yang
tida kena dan majal sedang berleluasa dalam kepimpinan PM Najib.
Sebagai Perdana
Menteri,Najib sudah melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebaik-baiknya
menguruskan nasib serta masa depan rakyat dalam Negara ini namun usaha Najib
ini akan terbantut sekiranya masih ada lagi kepimpinan baik dalam kerajaan
maupun diperingkat agensi dan juga parti serta parti komponen yang Najib pimpin
terus berpeluk tubuh dan membiarkan Najib sendirian bergerak memberikan
penerangan kepada rakyat,Bajet sebegini baik akan terus diptarbelitikan oleh pembangkang.
Bajet 13-rakyat perlu diberikan penjelasan lengkap.. |
Otak serta pemikiran rakyat
yang terus diputarbelitikan oleh pembangkang dan mereka mula memberikan tekanan
demi tekanan kepada kepimpinan Najib akan menjadikan rakyat lalai,mamai dan
kekal diperbodohkan oleh pembangkang sekiranya semua pemimpin termasuk
Menteri,Timbalan Menteri,agensi-agensi kerajaan serta kepimpinan empat
peringkat parti yang sedang memerintah ketika ini menyerahkan kepada rakyat
semata-mata untuk membuat perbandingan antara Bajet kerjaan dan bajet
pembangkang.
Kita simpati dengan PM Najib yang terkial-kial
sendirian mengurskan hal ehwal rakyat sedangkang yang lain-lainnya sedang sibuk
mengatur serta melobi untuk menjadi calon pilihanraya termasuklah
pegawai-pegawai PM Najib sendiri manakala Menteri ataupun Timbalan Menteri
sedang berkira-kira untung nasib mereka dalam PRU13 nanti.
Sekiranya mereka ini
meletakkan tembolok dan hawa nafsu masing-masing sebagai keutmaan,Bajet 13 ini
hanyalah sekadar satu anugerah semata-mata dan bukannya perancangan terbilang
Barisan Nasional malah akan memberikan ruang yang lebih besar kepada
pembangkang untuk terus memanipulasikan pemikiran rakyat.
Semua pihak harus berganding
bahu dan tenaga turun ke akar umbi bertemu rakyat memperjelaskan dasar kerajaan
sedia ada dan memperjelaskan juga betapa kotor dan busuknya bajet pembangkang
yang jelas bajet yang dibacakan oleh Anwar itu hanyalah sebuah cerpen yang
dikhayalkan isi kandungannya oleh orang yang cukup bijak berimaginasi.
Bajet 13 ini juga bukan penentu
kepada kemenangan besar dalam PRU13 nanti kerana Barisan Nasional bukan sahaja
berdepan dengan cabaran pembangkang tetapi campurtangan kuasa-kuasa asing untuk
meruntuhkan Negara ini juga menjadi cabaran yang harus ditangani oleh semua
pemimpin,itupun kalau mereka ini sayang kepada rakyat dan negaranya.
Bajet sampah yang bakal masuk mata rakyat..! |
Dengan beberapa pendedahan
demi pendedahan,pembangkang berjaya mengalihkan perhatian kerajaan serta rakyat
darpada terus membicarakan sola Bajet 13 dan lebih menumpukan untuk menjawab
tentang Soros,Suaram dan berbagai-bagai lagi yang mana isu membabitkan
keselamatan Negara seperti ini harus
diserahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Pembangkang memasang
perangkap dan Anwar yang hebat dengan muslihat serta tipu helahnya berjaya mengalihkan
semua perhatian termasuklah kes liwatnya,video China Doll dan Anwar Berjaya apabila
rakyat masih menerima beliau sebagai pemimpin walaupun belaiu jelas pemimpin
yang tidak bermoral.
Anwar bukan sahaja disokong
oleh rakyat malah masih diagungkan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan mungkin
masih dijadikan idola oleh sesetangan pemimpinyang ada dalam cabinet Najib
walaupun jelas dan terbukti Anwar adalah pengkhianar serta penderhaka kepada
agama,bangsa dan Negara.
Semua pihak harus seragamkan
penerangan serta tindakan bagi mengekang segala tindakan sila serta jahat yang
sedang dilakukan oleh pembangkang ketika ini supaya majority rakyat di luar
yang masih cintakan Negara ini,sayangkan agamanya tidak terpalit sama dengan
keghairahan serta kerakusan sebahagian rakyat lain yang mahu meruntuhkan kerajaan yang sedang
dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam ketika ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Ingatan yang jelas...Ok bang Rafi..tegur2 kepada mereka...undi BN!!salam dari Arwis.
ReplyDelete