Friday, September 7, 2012
3:00 PM
|
Rakyat tak tahu beza malaikat dan iblis! |
KITA jadi hairan dengan
rakyat Malaysia hari ini yang mengaku Melayu dan beragama Islam tetapi sanggup
mendengar tazkirah yang dilbuat dalam masjid oleh orang-orang yang sudah dikenalpasti tidak
bermoral dan melakukan dosa-dosa besar malah sehingga ke hari ini masih lagi
belum bertaubat.
Kita terima kalau Anwar ini
latar belakang pendidikannya dalam agama Islam,pengkaji kitab ataupun Al-Qur`an
dan takkan hanya kerana beliau bekas Presiden ABIM itu merupakan satu tiket
untuk beliau bebas keluar masuk masjid berceramah? Takkan hanya kerana Anwar
pandai serta hafal sepotong dua ayat-ayat Al-Qur`an itu sudah dikira sebagai
orang yang berilmu?Takkan semudah itu rakyat negara ini menggunapakai sebagai
penanda aras untuk melihat seseorang itu bijak beragama.
Mengambil contoh apa yang
berlaku di dalam sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini,wajarlah tindakan
sesetengah pihak yang menghalau keluar Anwar Ibrahim malah difahamkan ada yang
membaling kasut ke arah Anwar kerana bertazkirah dalam masjid kerana jelas
kedegilan Anwar itu boleh memalukan masjid serta kariah itu sendiri lantaran
Anwar memang diragui moralnya,tidakada tauliah untuk mengajar dan paling
penting kita tidak tahu Anwar ini belajar agama di mana yang melayakkan beliau
memberikan tazkirah berunsur agama itu.
Kalau di kariah
lain,seseorang imam yang dilihat membeli nombor ramalan emapt ekor pun boleh
dipulaukan dan tidak dibenarkan menjadi imam apatahlagi Anwar yang sehingga ke
hari ini masih gagal membuktikan bahawa beliau telah bersih dari segala
dosa-dosa maksiat yang dilakukannya.
Namun sayangnya masih ada
orang yang beragama Islam dan mengaku beragama,tahu hukum halal haram masih
sanggup menjadi makmum kepada Anwar,masih sanggup memasang telinga untuk
mendengar temberang Anwar,masih sanggup duduk mengadap `tazkirah’ Anwar dalam
jangka masa yang lama dan kita percaya rakyat ini sedar bahawa yang sedang
menasihati mereka itu adalah orang yang tidak layak malah makan semeja pun
tidak dibenarkan.
Takkan orang begini layak bercakap soal agama? |
Kita mempersoalkan di mana
kelayakan Anwar untuk memberikan tazkirah agama ini?Majlis Agama negeri mana
yang memberikan beliau tauliahnya?Sultan ataupun Raja mana yang bersetuju Anwar
mengguna ataupun memperalatkan masjid ini untuk kepentingan peribadi beliau?
Kalau mendengar video
tazkirahnya di masjid di Alor Setar itu yang dimuat turun melalui You Tube,rujukannya cuma Shiekh Yusuf
Qardawi,ulamak yang diperdayakannya dalam isu liwat beliau dan pemerdayaan ini
pernah diakui oleh Zulkifli Nordin bukannya kitab-kitab ataupun Al-Qur`an,sirah
Nabi atau sebagainya bagi memperkukuhkan segala hujahnya,Anwar cuma belajar melalui telinga.
Ketaksuban rakyat ataupun
penyokong Anwar ini sudah sampai ke tahap paling kritikal sehingga mereka gagal
membezakan yang mana malaikat,yang mana iblis ataupun syaitan dan membenarkan
Anwar menggunakan masjid atau surau sebagai paltform politiknya bukan sahaja
menghina golongan yang celik agama tetapi telah menghina dan mengiabkan
institusi masjid itu sendiri.
Anwar masuk masjid,berdiri
atas mimbar adalah kerana tidak ada tentangan daripada orang yang celik agama
ini dan memilih untuk bersekongkol serta menyokong segala kerosakan yang Anwar
sedang lakukan terhadap agama,bangsa dan negara ini apatah lagi Anwar juga
diberikan layanan yang cukup hormat walaupun beliau bekas banduan dan terpalit
dengan kes liwar serta melanggani pelacur Cina.
Menelusuri latarbelakang moralnya itu,adakah tidak ada lagi
orang alim,intelektual agama di Negeri Kedah ataupun negeri-negari lain yang
mampu memberikan tazkirah di masjid itu sehingga terpaksa mengundang Anwar
untuk menyampaikan tazkirah agama malah pernah satu ketika (mungkin larangannya
sehingga ke hari ini) Nik Aziz sendiri tidak dibenarkan menggunakan masjid
ataupun surau di Selangor untuk menyampaikan tazkirahnya,walaupun Nik Aziz itu
mencacatkan agama islam namun kalau mahu dibandingkan moralnya dengan Anwar,Nik
Aziz lebih baik sedikit dari Anwar itu.
Walaupun dikatakan PERKASA
yang menyerang beliau di masjid itu,Anwar ataupun pengurusan masjid itu perlu
menerima hakikat bahawa Anwar bukan orang yang layak untuk bertazkirah dan
tindakan `menceroboh,membaling kasut,membuat bising’ bagi menghentikan kegilaan
Anwar itu wajar dihormati kerana mereka ini sedar pembohongan serta temberang
Anwar itu.
Moral Anwar tetap meragukan! |
Anwar orang politik dan bukannya
guru agama.Sudahlah PAS merosakkan Islam,Islam akan lagi rosak binasa sekiranya
kelibat Anwarnyang sedang menggunakan masjid serta surau ini tidak dihalang
malah orang yang beragama lain pun sedang tergelak sakan kerana kebodohan
rakyat negara ini yang beragama Islam boleh menerima `guru agama’ seperti Anwar
ini.
Anwar bukan sahaja tidak
boleh dibenarkan menggunakan mimbar malah kalau berjemaah sekalipun,tempat
beliau paling layak adalah di saf paling belakang bersama budak-budak yang baru
akil baligh.Anwar ini barangkali sama sahaja dengan Salman Rushdie ataupun
tokong-tokong serta berhala yang dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW suatu
ketika dulu.
Cukup-cukuplah rakyat Malaysia
jadi mangsa diperbodohkan oleh Anwar dan juak-juaknya ini.Kalau mahu belajar
agama sekalipun carilah guru yang mursid,bergurulah dengan inteletual agama
yang kita tahu latar belakangnya bersih dan tidak pernah melakukan dosa-dosa
besar dan dosa-dosa kecil secara berpanjangan.Menunut ilmu daripada guru yang
baik akan menjadikan amalan kita bertambah baik serta sempuran tetapi kalau
berguru dengan Anwar ini,rasanya jiawa raga kita sudah terlalu sakit dan perlu
diubati zahir serta bathin.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Come on laa...
ReplyDeleteANWAR TIDAK BERBOHONG jika dia mengangkat tangan
ANWAR TIDAK BERBOHONG jika dia tersenyum
ANWAR TIDAK BERBOHONG jika dia mengusap rambutnya atau janggutnya
dia hanya berbohong bila bibirnya mula bergerak...
Mintak Wan Jijah pergi berubat dgn Haron Din..jijah dah kene bomoh nasi kangkang anugay
ReplyDeleteMINTAK DIA TAZKIRAH DULU
ReplyDeleteORANG NO.2 DIA...
MENGAPA PERLU BALIK JENGOK IBU.
Nk salahkan pokcik2 tu pun x leh jugak sbb pokcik2 tu x tengok video lucah...haram...sbbtulh diarg x tahu kbenarannya...ditipu hidupx2 ngan Al Juburi...yg menentang tu ada tgk video lucah..jadi tahu kesahihannya..licik btul aljuburi..lps tu cite pasal Ulamak dtg kerumah dia..itujelh modal dia nak tawan pokcik2 tu..Dajjal...
ReplyDeletebg takzirah,msuk dlm masjid tu..nuar dh mandi wajid blm..????hahaha
ReplyDeletev takzirah ko rkyat caro2 nk menjuburi ko??
wahai2 rkyat jgn la dk ikt perbuatan keji nuar al juburi ni..hehehe