Friday, August 17, 2012
1:32 PM
|
PAS jadi seperti lembu dicucuk hidung! |
SETELAH menjadi keldai
tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan
faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda
liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara
ini.
Sentiasa sahaja PAS akan
mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang
tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?
Takkan pemimpin PAS seperti
Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak
dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam
dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?
Dalam isu fatwa haram
mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS
begitu beria-iya mempertahankan DAP.Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara
yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?
Yang kita dengar hanya
amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara
Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.Akhirnya PAS kecundang di gelanggang
sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud
terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.
Kalaulah DAP iklhas
menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu
duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud
atau Negara Islam?
Ini membuktikan DAP tidak
berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan
puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.Dituduh pula Umno menolak
Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.
Sekali lagi pemimpin jumud
PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.Tolak
maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau
menyanggah.
Walaupun kedua-dua istilah
membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya
daripada 'menolak'.Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti
Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan
cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.
Berlainan dengan DAP yang
bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta
memperlekehkannya.Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat
perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk
memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang
dikatakan tidak ada dalam Umno.
Bagi PAS kalau ahli minum
arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta
wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri
orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah
boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden.
Sebab itu Nik Aziz boleh
keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta
boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan
kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno.
Mungkin PAS terlepas pandang
melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP
yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.
Erdogan seperti semua maklum
adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi
dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.
AKP pula adalah sebuah parti
Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau
wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.Bagi DAP dan PKR, hak
kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau
kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan
Rakyat.
Bagi Anwar dan Karpal Singh
pula, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai
Hukum Hudud dan Negara Islam dan bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk
di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian
rupa.
PAS mengganggap Malaysia
seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang
melaksanakan Hukum Hudud.Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan
undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar
Numeiri.
Pergolakan terus berlaku
disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja
elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum
tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh
pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.
Akhirnya Sudan, sebuah
negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan
kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan
Selatan) yang amat jaya dengan minyak. Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar
agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju
dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
PAS dengan lembu...paslembu...
ReplyDeleteHahahah...salam perjuangan dari ABBB/Arwis....raye datang umah ada tak dekat umah nanti...