Thursday, August 9, 2012
5:08 PM
|
TINDAKAN mengoyak cek
membuktikan betapa kesabaran ataupun kemarahan yang sukar lagi dibendung oleh
seorang Timbalan Menteri apabila beliau semakin yakin Ketua sebuah agensi
kerajaan sedang menjalankan usaha untuk mengsabotaj segala gerak kerjanya untuk
parti dan kerajaan.
Pertelingkahan mereka
berdua bukan lagi rahsia antara mereka malah telah menjadi rahsia umum dan hampir
kesemua kakitangan agensi atau jabatan itu maupun pejabat Timbalan Menteri
menyedari bahawa hubungan antara Ketua mereka denagn Timbalan Menteri tersebut
semakin hari semakin dingin hingga timbul ketegangan dan tindakan mengoyak cek
di depan pegawai Ketua tersebut merupakan satu tindakan yang membayangkan
betapa marahnya Timbalan Menteri tersebut.
Timbalan menteri ini adalah
yang bertanggungjawab ke atas agensi atau jabatan tersebut namun beberapa
tindakan Ketua agensi itu sejak akhir-akhir ini benar-benar menguji kesabaran
dan ketenangan beliau namun apabila beberapa program penting tidak dilibatkan
beliau seperti Majis Berbuka Puasa Bersama KSN,egonya sebagai Timbalan Menteri
bagaikan dicabar serta disiat oleh Ketua ini.
Memang wajar dan tepat
sekali apabila kedudukannya diperlekehkan,beliau yang sepatutnya dirujuk untuk
sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan parti dan kerajaan dijadikan seperti
sampah oleh Ketua tersebut dan ada ketikanya,Ketua ini dkatakan tidak pernah
menganggap wujudnya seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab atas jabatan
ataupun agensi itu.
Kiblat ketua ini dkatakan
pada orang lain dan beliau hanya akan membuat keputusan apabila mendapat lampu
hijau dari seseorang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet dan
tidak berkuasa apa-apa pun dan tindakan ini dibuat oleh Ketua tersebut kerana
rasa terhutang budinya hingga beliau memperolehi jawatan tersebut.
Pun sebelum ini,sebelum
dipilih untuk jawatan tersebut,hubungan Ketua dan Timbalan Menteri ini cukup
baik dan Timbalan Menteri ini jugalah yang dikatakan menyokong penuh perlantikan
beliau untuk menerajui jabatan ataupun agensi itu.Itu masa belum dapat jawatan..!
Malah dikhabarkan juga bahawa
pertelingkahan mereka ini telah pun sampai ke peringkat pengetahuan Perdana
Menteri dan mengundang kemarahan yang bukan sedikit hingga terkeluar kenyataan
tentang pertukaran ataupun mahu dgantikan dengan orang lain.
Bila Perdana Menteri sendiri
mengungkap perkataan tersebut,jelaslah kemelut ataupun pertelingkahan tersebut
bukan lagi main-main dan satu tindakan drastic perlu dilakukan supaya ianya
tidak terus menjadi virus yang boleh menjadi penghalang untuk kejayaan lebih
besar dalam PRU13 nanti.
Ketua jabatan ataupun agensi
ini dikatakan berkiblatkan kepada orang lain dalam beliau menerajui jabatan
ataupun agensi itu dan Timbalan Menteri ini menyedari ada unsur-unsur sabotaj
di atas segala gerakan yang beliau mahu lakukan demi kepentingan politik serta
kerajaan.
Hingga satu peringkat Ketua
tersebut mengarahkan Timbalan Menteri itu supaya menulis surat kalau mahu
bantuan peruntukan daripada jabatan ataupun agensi.
Malah dalam beberapa
perjumpaan ataupu mesyuarat,Timbalan Menteri tersebut melahirkan rasa kecewa
dan tidak puas hatinya terhadap tindakan ketua tersebut malah sebagai Timbalan
Menteri yang bertanggungjawab,beliau sukar untuk mendapat kerjasama daripada
jabatan itu.
Turut difahamkan juga dalam
bulan Ramadhan ini berlaku beberapa kali pertemuan antara ketua dan
pegawai-pegawai dalam majlis berbuka puasa tetapi sekalipun Timbalan Menteri
tersebut tidak dijemput untuk hadir sama
dan satu majlis berbuka puasa yang sepatutnya diadakan di selatan tanahair oleh
Timbalan Menteri itu dibatalkan hanya kerana ketua jabatan itu tidak dapat
hadir.Hebat ketua dari Timbalan Menteri !
Pertembungan kedua mereka
ini dilihat akan menyukarkan banyak pihak untuk melaksanakan hasrat ataupun
harapan Perdana Menteri bagi berdepan dengan PRU 13 yang akan diadakan apada
bila-bila masa ini dan kita tidak menafikan bahawa Timbalan Menteri ini cukup
gigih serta berkerja keras untuk menjayakan matlamat Perdana Menteri dan sudah
tentu beliau akan menjadi kecewa bila gerakannya cuba dihalang oleh orang lain.
Perdana Menteri atau pun
sesiapa sahaja termasuklah kedua mereka ini harus mengambll pendekatan untuk
menyelesaikan kemelut tersebut kerana kita amat bimbang seandainya masih ada
tangan-tangan ghaib mengurusakannya yang akhirnya menjadi petaka yang boleh menjejaskan gerakan
semua pihak.
Tangan-tangan ghaib ini
ternyata memang cukup menyusahkan da ada juga yang mengandaikan kurangnya
sokongan ketua ini terhadap Timbalan Menteri itu kerana sebelum ini Ketua
tersebut adalah antara yang senior dalam jabatan ataupun politik dan sebab
itulah Ketua ini tidak memandang tinggi keupayaan Timbalan Menteri yang
dianggap junior itu.
Siapa Timbalan Menteri itu
dan siapa Ketua yang dimaksudkan…terserah kepada anda untuk mengesahkannya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Aku rasa aku tau siapa Timbalan Menteri ni, Ahmad Maslan kan? Ketua Jabatan tu pulak dah tentu Raja Arif kan?
ReplyDeleteDari dulu lagi ramai dah kata Raja Arif ni anjing Anwar IBrahim. Dia masuk dalam BTN sebab nak menghancurkan BTN. Tolonglah selamatkan BTN
Wahai PM, nak simpan Raja ARif ni buat apa?
Ahmad mazlan ni pun kaki bodek dan kaki menempel....Tak ada apa pun jasanya yg boleh dibangakan oleh orang johor aku orang pontian tau siapa mamat ni ......
ReplyDeleteha3x
ReplyDeleteMenteri bertungkus lumus buat program. BTN bertungkus-lumus buat bisnes. Bulan kemerdekaan .... boleh bekal bendera..... bulan puasan boleh bekal lemang.... bulan sembilan boleh bekal..... bulan haji..... musim pilihanraya ..... payung, botol minuman..... apa sahaja.
ReplyDeletehebat nuar berahim niee.. dalam jabatan kerajaan pun ada orang dia..pangkat besarlagi pulat tu..hebat pengaruhnyanya..orang yang hebat mestilah banyak pengaruhnya..manakala orang yang tak hebat mestilah tak ada pengaruhnya..
ReplyDeleteIkut cara orang yahudi suka manipulasi orang lain untuk berkuasa, itulah juga cara anwar ibrahim. Otak sentiasa nak memusnahkan malaysia tambahan dah tau ramai tak suka dia n dah hilang pengaruh. Orang ikhlas tak bust kerja macam tu....
ReplyDeleteBiar aku isi jawatan kosong sedia ada ni.
ReplyDeleteHebat nya org melayu yg berjawatan tinggi.
ReplyDeletePatutnya depanie menolong menaikkan taraf org melayu ke tahap yg lebih tinggi bukan nya.. Sibuk memenuhkan poket dan perut sendiri... Memang depa takakan kemana.. Sebab tiada sumbangan atau jasa pada masyarakat..... Baik di lucutkan saja jawatan dua2 suamang ini....
Dato Ahmad Maslan telah menjalankan kerja dengan baik kepada rakyat Dan warga felda. Jgn biarkan ketua pengarah law an timbalan menteri, kalau tak sependapat, lebih baik ketua jabatan lepas jawatan.
ReplyDeleteHebat memanh hebat orang melayu ni , tapi tunggu lah kalau DAP perintah , tahu lah nasib korang , mungkin malaysia ni tergadai 999 , coba korang tanaya si bodoh nizar tu
ReplyDeleteRaja arif org kuat BABI.... Anak dia tak lulus utk sambung pelajaran keluar negara pun di marah BTN.....ini pulak dia yg jadi ketua di BTN......gilo sungguh.....PM sedar la tidur... Sebelum terlambat......Ahmad mazlan pun sama je...
ReplyDelete