Monday, July 23, 2012
11:43 AM
|
TULISAN Zaini Hassan ini saya petik kerana
ada kaitan dengan tulisan-tulisan saya sebelum ini.Gerakan terancang sedang dibina.Musuh-musuh Najib sedang berselinndung di bawah ketiak Najib tanpa disedari dengan berlagak penuh kesetiaan tanpa berbelah bagi.
Ada pihak yang
meraguinya,tidak mengapa kerana dalam soal demokrasi,kita boleh tidak bersetuju
dengan pandangan orang lain tetapi dalam masa kita tidak bersetuju,kita juga
harus berlapang dada untuk melihat dengan lebih jelas agenda pihak-pihak
tertentu yang sedang hebat merencanakan perencanaan mereka.
PILIHAN RAYA Umum Ke-13
negara akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin tiga bulan lagi, jika bukan tahun
depanlah. Tapi jika dilihat kepada kehangatannya, ia sudah terlalu hampir. Apa
pun kita serahkan kepada PM untuk menentukan tarikhnya, kerana kata putus
berada di dalam tangannya.
Namun begitu secara kasarnya,
kempen telah pun berlangsung. Di Selangor di mana saya tinggal, pihak
pembangkang telah pun rancak berceramah. Jika pilihan raya berlangsung selepas
raya ini, maka Ramadan akan digunakan sepenuhnya untuk bertazkirah, yang sudah
tentunya akan condong kepada kempen pilihan raya.
Kita semua amat arif, itulah
kelebihan yang ada kepada pembangkang khususnya Pas. Mereka akan menggunakan
surau dan masjid secara maksimum. Itu pasallah di beberapa masjid di sekitar
Selangor sekarang berlaku kecelaruan apabila AJK lama masjid ditukar kepada
yang pro-Pas, sehinggakan ada antara kes calon-calon AJK yang di luar daripada
kariah masjid itu sendiri pun telah dilantik.
Bagi saya itu bukan satu
kesalahan, kerana Pas di Selangor mempunyai advantage. Sesiapa pun berkuasa,
dialah yang akan mempunyai kelebihan.Selain berceramah dan
berkempen, masing-masing parti politik, baik kerajaan atau pembangkang juga
sedang rancak untuk menyusun calon-calon yang akan menghadapi peperangan
politik itu kelak.
Penyusunan dan perancangan
calon ini amat penting sekali. Bagi BN, yang akan menjadi underdog kali ini,
penentuan itu amat-amat krusial sekali. Silap orang, maka undi akan terjunam.Maka itu, benar kata PM
beliau akan memilih muka-muka baru yang boleh menang kali ini.
Tepat sekali
strategi PM itu, kerana itu jugalah yang dimahukan oleh pengundi. Pengundi kali
ini mahu melihat calon-calon BN terdiri daripada muka-muka baru, yang segar dan
berseri-seri. Ingat pada pilihan raya lalu, pihak pembangkang yang underdog
pernah meletakkan muka-muka yang tidak pernah pun orang kenal, dan rata-rata
mereka menang.
Yang lama dan yang sudah
bertanding empat, lima penggal, berilah peluang kepada yang tidak pernah lagi
mencuba. Kecualilah, jika yang empat, lima penggal itu benar-benar disayangi
oleh para pengundi.
Kepada pembangkang kali ini
mereka bukan underdog lagi. Mereka yakin akan menang. Lim Guan Eng nampak
gayanya semakin bongkak mendabik dada akan menang lagi kali ini. Jika beliau
menang lagi maka, lebih banyaklah “perubahan demi perubahan" yang akan
dilakukan di Pulau Pinang itu. Mungkin lebih banyaklah yang akan melukut di
tepi gantang.
Tapi bagi orang Melayu,
tumpuan sudah tentulah kepada dua negeri di Utara dan Pantai Timur tanah air,
iaitu Kedah dan Kelantan. Ini adalah kerana kedua-dua negeri itu mengandungi
majoriti kaum itu.
Kedah bagi saya, BN boleh
ambil balik. Tapi ada tapinya. Ia banyak bergantung kepada siapa
calon-calonnya. jangan rebut-merebut dan gaduh-gaduh. Formula seperti di atas
amat-amat diperlukan untuk menang. Potensi memang ada.
Jika Kedah kalah kali ini,
maka negeri itu akan menjadi satu lagi Kelantan yang akan dipasak oleh Pas
selama-lamanya.
Tapi saya lebih berminat kali
ini untuk mengulas mengenai kedudukan Kelantan. Nik Aziz Nik Mat yang pernah
mencabar Dr. Mahathir Mohamad supaya berundur kerana dikatakan sudah tua dan
nyanyuk, kini telah memerintah negeri itu selama 22 tahun.
Dia pernah mencabar Dr.
Mahathir supaya meletak jawatan bagi membolehkan dia juga akan letak jawatan.
Tapi sebagai orang politik yang totok, Nik Aziz tidak pernah mengotakan
janjinya.
Difahamkan kali ini, buat ke
sekelian kalinya, Nik Aziz bercita-cita mahu bertanding lagi. Walaupun asyik
masuk-keluar hospital, dia masih mahu bertanding lagi. Tapi kali ini, mungkin
lain macam sedikit.
Saya diberitahu oleh
orang-orang dalaman Pas, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula.
Dia mahu merasai bagaimana
berada dalam Dewan Rakyat. Dia mahu melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan,
setelah dikatakan terpaksa mengakui gagal membangunkan negeri itu sebagaimana
yang dikehendaki.
Dia tahu kelemahannya. Dia
tahu, mungkin, jika dia masih berada di situ rakyat Kelantan akan membuat
perubahan. Maka, dia dikatakan akan bertanding di Parlimen P20 Pengkalan Chepa.
Jika benar, maka siapa yang
akan menggantikannya? Apakah anak emasnya, Husam Musa? Tapi Husam kini
dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB,
menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?
KJ- Kamaruddin Jaafar |
Saya diberitahu, bukan Husam.
Tapi nama yang disebut itu ialah KJ. Bukan KJ Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen
P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar.KJ ini disebut-sebut akan
menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan,
jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN
N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang.
Ahli DUN N3 Pasir Pekan yang
kini dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakob (kini Timbalan MB Kelantan) akan
bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.Tapi siapa Kamaruddin ini?
Yang kita tahu dia ini adalah orang kuat dan orang kanan Anwar Ibrahim. Juga
disebut-sebut, KJ ini pun dikatakan memasuki ke dalam Pas atas perintah Anwar
yang mahu beliau menyusup masuk ke dalam parti itu.
Apakah Anwar, akhirnya mahu
menguasai Kelantan pula secara tidak langsung? Jika tidak benar pun andaian
ini, mengapa tiba-tiba angin bertiup. Ia kini menjadi buah mulut orang-orang
Pas di Kelantan.
Anwar ini memang licik
orangnya. Itu pun semua orang tahu. Jika benarlah maka Anwar memang bijak.
Adakah jika KJ menjadi MB Kelantan kelak, maka akan mudah PKR dapat bertapak di
bumi Kelantan selepas ada tanda-tanda jelas akan kehancuran pertahanan PKR di
bumi Selangor dan Pulau Pinang.
Semua orang tahu markas Anwar
di Permatang Pauh kini telah goyah. Jika ini benar-benar terjadi, maka adalah
tidak mustahil MB KJ akan membuka peluang kepada seorang ahli DUN daripada PKR
menjadi Timbalan MB Kelantan?
Faktanya, KJ ini merupakan
strategis Anwar di dalam think-tanknya, Institut Kajian Dasar (IKD). Semasa KJ
menerajui IKD dia dikatakan banyak mengeluarkan buku mengenai fahaman yang cuba
dibawa oleh Anwar mengenai masyarakat madani. Kebanyakan buku-buku itu
dikatakan ditaja oleh sebuah yayasan dikenali sebagai Kondrad Adeneur, sebuah
pertubuhan milik Parti Kristian Demokrat di Jerman.
Sidek Baba disebut calon di Melaka |
Datuk KJ bukan calang-calang
orang. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana
Menteri, Ghafar Baba. Semasa itu, Anwar ialah Menteri Kewangan. Tapi semasa KJ
bersama Ghafar, Anwar juga sudah bercita-cita mahu menjadi TPM, menggantikan
Ghafar.
KJ dan Anwar pernah aktif
dalam ABIM dan merupakan sahabat baik. Akhirnya pada 1993, Anwar melawan Ghafar
dan oleh kerana permainan politik wang yang terlalu hebat, Anwar menang dalam
permilihan UMNO.
Beliau kemudian dilantik
menjadi TPM. KJ pula secara rasmi berada bersama Anwar di dalam lingkungan TPM
Anwar. KJ diberi peranan oleh Anwar untuk menjalankan perniagaan.Nik Aziz yang selama ini amat
mengkagumi Anwar, kini melihat KJ mempunyai potensi.
Kamaruddin dikatakan boleh
melonjakkan ekonomi Kelantan. Nik Aziz yang selama 22 tahun hanya mampu membaca
doa tazkirah sahaja mengakui gagal melakukan transformasi ekonomi negeri itu.
Nik Aziz amat mempercayai
keupayaan Kamaruddin yang dikatakan mempunyai rangkaian hubungan dengan pihak
antarabangsa termasuk dari Jerman, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Jika perkembangan ini benar
berlaku, maka ia akan menjadi satu lagi dimensi baru bagi sains politik di
negara ini.Persoalannya adakah Pas akan
berdiam diri? Kita tunggu dan lihat.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment