Thursday, July 26, 2012
1:29 PM
|
Berulangkah kisah pengkhianat di Sabah? |
APAKAH ada muslihat politik lebih
besar pada sandiwara yang dimainkan oleh Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing
kerana dalam politik, tiada siapapun boleh menang jika permainan politik dilakukan
sendirian malah kemenangan dalam politik ditentukan oleh kumpulan berserta
massa yang mendokongnya.
Apakah Lajim dan Bumburing merupakan`
prime mover’ kepada gelombang lebih besar? Siapa-siapa kah yang terlibat di
mana pada masa ini masih bermain di belakang layar kerana dalam sejarah politik
Sabah, setiap pemimpin kerajaan yang menentang kerajaan, biasanya mempunyai
muslihat yang lebih besar dibelakangnya.
Tahun 1976, Tun Mustapha dengan
Usnonya dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri, apabila Menteri Kewangan masa
itu-Datuk Harris Salleh menubuhkan parti Berjaya dan mendapat kerjasama
dibelakang tabir daripada pemimpin pusat serta TYT masa itu- Tun Mohd Fuad
Stephen.
Demikian juga pada tahun 1985,
apabila Berjaya ditumpaskan oleh PBS, apabila Pairin dipecat daripada Berjaya
kemudian disertai oleh kumpulan pemimpin parti Berjaya.
Peristiwa yang sama berulang pada
tahun 1994, apabila tiga orang pemimpin PBS keluar parti menyertai BN, yang
mengakibatkan jumlah ADUN PBS di DUN Sabah menjadi minoriti, akibatnya BN
membentuk kerajaan dan melantik Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) sebagai Ketua
Menteri dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah-atas ilham mantan Perdana
Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad.
Apakah keadaan yang sama berulang
dengan tindakan Lajim dan Bumburing? meskipun caranya berbeza, kerana tindakan
dua pemimpin BN ini tidak mengubah status quo kerajaan.
Kita sama-sama maklum, bahawa mandat
kerajaan sekarang akan berahir pada Mac,2013-yakni berbaki 7 bulan lagi, atas
sebab itu pilihanraya umum perlu diadakan. Ada yang memperkirakan, bahawa
PRU-13 akan diadakan selepas bajet yang dibentangkan pada ujung September ini
di Dewan Rakyat.
Dipihak BN, ramai yang meremehkan
tindakan Lajim dan Bumburing; malah ada yang mengucapkan selamat berjuang
kepada mereka. BN menurut para pemimpin BN sendiri akan berkerja lebih kuat
untuk memastikan bahawa tindakan dua pemimpin BN itu tidak berimpak kepada
performance BN pada PRU-13 akan datang.
Yang pasti itulah anggapan para
pemimpin BN, kerana tiada siapapun tahu movement dua pemimpin itu-apakah mereka
merupakan prime mover kepada gelombang yang lebih besar.
Sejak tahun 2008, memang tidak dapat
dinafikan ada beberapa pemimpin BN yang bersuara lantang, antaranya Timbalan
Presiden LDP, MP Kalabakan dan ADUN Pantai Manis serta Presiden UPKO; selain
daripada mereka itu, keadaan adalah under control di bawah kepimpinan Datuk Musa
Aman.
Di pihak pembangkang pula memberi
gambaran bahawa gerakan bermula daripada Tuaran dan Beaufort, kononnya
akan menukar lanskap politik Sabah pada PRU-13 akan datang. Malah anggapan
mereka itu disokong oleh seorang ahli akademik daripada UiTM cawangan Sabah,
Arnold Poyuk, kononnya BN Sabah akan kehilangan 14 kerusi Parlimen daripada 25
kerusi yang tersedia.
Telah disebutkan diawal tulisan ini,
dalam politik, tiada yang boleh menang dalam sesuatu pilihanraya, jika hanya
bergantung kepada satu atau dua pemimpin. Perkara ini ditambah lagi, dengan
rekod pemimpin yang bertindak menunggah arus-Lajim dan Bumburing.
Lajim dan Bumburing adalah mantan
pemimpin PBS sejak tahun 1985. Mereka berdua senantiasa berada dalam kabinet
negeri. Melihat kepada performance kedua-duanya, tiada rekod yang menunjukkan
bahawa mereka adalah pejuang rakyat, melainkan perjuangan untuk menghidupkan
peluang diri sendiri berserta pengikut setia di kawasan masing-masing.
Melihat kepada kadar pembangunan
kawasan yang mereka wakili, tiadapun bentuk pembangunan yang ketara berjaya
mereka bawah ke kawasan masing-masing selama menyandang jawatan- pembangunan
yang ada, adalah hasil dayausaha secara kolektif beberapa pemimpin
bermula tahun 1994. Sebagai contoh-Jambatan Sitopok di Beaufort dibangun semasa
kerajaan BN sekarang ini, demikian juga Stadium sukan di Tamparuli adalah usaha
Datuk Jahid Jahim- ADUN Tamparuli (Tamparuli sebelum ini diwakili Welferd
Bumburing).
Mengkaji rekod perkhidmatan
kedua-dua pemimpin (Lajim dan Bumburing) tiadapun yang perlu rakyat banggakan,
kecualilah segelintir pengikut yang mendapat habuan.
Walau apapun-dalam politik semuanya
boleh berlaku, namun berasaskan kepada keadaan semasa, jika hanya mereka berdua
yang bertindak melawan arus, percayalah impak yang boleh memudaratkan BN tidak
akan berlaku.
Sebagai nota- Pada 29 Julai ini,
Bumburing akan membuat pengumuman arah tuju politiknya di Dalit Tuaran,
manakala Di Beaufort Lajim akan mengumumkan tindakannya-Kedua-dua majlis itu
akan dihadiri Anwar Ibrahim.Baca Disini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment