Monday, May 14, 2012
9:00 PM
|
K.Partiban mula menelanjangi keganasan Khalid! |
BALA datang bertimpa-timpa dalam pentadbiran Khalid
Ibrahim seolah-olah membayangkan beliau adalah Menteri Besar yang paling majal
dalam sejarah institusi Menteri Besar Selangor dan mungkin kerana sekian lama
beliau menipi rakyat Selangor dan segala janji yang terkandung dalam Manifesto
PRU12 dan hingga kini gagal dilaksanakan,Khalid ditimpa bala demi bala ini.
Sejarah petadbiran Khalid Ibrahim penuh dengan
kekotoran,bermula ketegangan hubungannya dengan Istana Selangor,pemecatan Hassan
Ali sebagai Exco dan ahli PAS,proses memurtadkan orang Islam di negeri itu, rakyat
juga belum lupa kisah bersekedudukan ADUN bukit Lanjan hinggga tersebar gambar
bogel Elizabeth Wong,rakyat juga masih belum lupa bagaimana rompakan pasir
berlaku secara berleluasa,rakyat juga belum lupa segala janji yang parti mereka
taburkan demi mahu memenangai pilhanaraya tapi sampai kini tidak
tertunai,rakyat juga semakin memerhatikan bagaimana kekayaan negeri diagihkan sesama
kroni.
Rakyat semakin hari semakin muak menelan segala
pembohongan kerajaan pimpinan Khalid malah sejak zaman pemerintahan Khalid
pusat maksiat tumbuh bagai cendawan dimusim hujan.Rumah urut dan ousat
pelacuran bersepah didirikan dan Khalid demi menjaga undid an kedudukannya
terus menggadaikan prinsipnya sebagai orang Islam.
Paling malang lagi bagi Khalid bila orang yang
disebut-sebut bakal menggantikannya Azmin Ali dilanda kontraversi kononnya
penemuan gambar aksi lucah yang dikatakan mirip Timbalan Presiden PKR itu dan kini
Khalid terdedah pula kepada amukan serta tekanan daripada rakyat Ijok, DUN yang
beliau wakili bila lebih 200 penduduk di Kampung Baru Ijok, di sini
berdemonstrasi secara aman kerana kecewa dengan pentadbiran Khalid Ibrahim yang gagal menjaga kebajikan
mereka.
Demonstrasi diketuai , K Parthiban dan beberapa
ketua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut mendesak Abdul Khalid segera
menghentikan sebuah projek pembinaan perumahan yang kini didakwa menceroboh
kawasan lapang yang diwartakan sejak 2007.Adakah Khalid ini memang jenis yang
suka menceroboh?
Penduduk yang membawa pelbagai sepanduk
menyuarakan perasaan tidak puas hati, kesal pembinaan projek perumahan itu
bukan saja menyebabkan mereka kehilangan padang awam, malah turut menjejaskan
keluasan sebuah kuil tidak jauh dari situ.
Mereka turut mempertikaikan kewibawaan
Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok kerana didakwa
sukar ditemui dan jarang turun ke kawasan berkenaan untuk mendengar masalah
pengundi.
Parthiban berkata, pada 2007 kerajaan
negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah mengarahkan Majlis Daerah Kuala
Selangor (MDKS) agar menghentikan projek itu dan memperuntukkan tanah seluas
0.8 hektar sebagai kawasan lapang untuk kegunaan orang ramai.
“ Sebaik pakatan pembangkang mengambil alih
pemerintahan, keadaan berubah apabila projek itu diteruskan dan padang awam
menjadi mangsa malah sebuah kuil yang didirikan berdekatan juga terjejas
berikutan pembangunan itu,” katanya.
Rakyat Ijok mula muak dengan Khalid... |
Beliau berkata, Abdul Khalid sepatutnya
peka dan tidak membelakangkan
kepentingan ramai terutama apabila padang awam dan pondok rehat penduduk turut
menjadi mangsa dan penduduk yang mengadakan demonstrasi secara aman bermula jam
10 pagi itu turut mendakwa tindakan pemaju meletakkan sekeping notis supaya
penduduk mengosongkan pondok rehat yang dibina sejak berpuluh tahun lalu
sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Kelab Warga Tua Ijok, Tan Lin Tick, 65,
berkata notis berkenaan tidak dipamerkan secara wajar sebaliknya diletakkan di
pondok mereka berehat tanpa mengambil kira pandangan penduduk setempat.
Selama ini Khalid sering menyalahkan kerajaan BN
sebelum ini malah melabelkan kerajaan BN adalah perampas tanah rakyat tapi
jelas Khalid umpama biawak yang lidahnya bercabang dua malah lebih zalim
daripada kerajaan Yahudi.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
salam bang..
ReplyDeletetolong link blog
http://jawaber6.blogspot.com/
tq