Friday, May 4, 2012

SEMUA akhbar Cina seperti Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily menggelapkan akhbar mereka sebagai menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi membantah kononnya keganasan yang dilakukan terhadap pihak media ketika BERSIH 3.0. 

Ketua Pengarang Sin Chew Daily Pook Ah Lek berkata akhbar tersebut bertindak sedemikian kerana ramai pekerja media termasuk jurugambar telah dipukul ketika perhimpunan tersebut dan Ketua Pengarang, Nanyang Siang Pau, Chong Choong Nam pula berharap agar dengan ini pihak berkuasa diingatkan bahawa pekerja media perlu diberi perlindungan oleh pihak polis. 

Akhbar-akhbar berbahasa Cina di negara ini terkenal dengan sikap berat sebelah kepada mana-mana organisasi yang menentang kerajaan. 

Walaupun hakikatnya mereka terus wujud, dan bebas untuk menghasut para pembaca bagi mempercayai bahawa korupsi dan kekejaman kerajaan BN sudah tidak dapat diperbaiki lagi, mereka tetap melaung-laungkan bahawa tiada kebebasan media di Malaysia.  

Jelas bahawa akhbar-akhbar ini hanya mengikut gerak langkah pembangkang dan telah dibutakan oleh sifat prejudis terhadap kerajaan.  Bukanlah keterlaluan jika dikatakan bahawa laungan mereka sebagai media yang bebas, terbuka dan telus adalah karut semata-mata.  

Sebelum kita terbawa-bawa dengan sentimen dan emosi seperti mereka, eloklah jika kita mengimbas kembali tujuan sebenar BERSIH 3.0. BERSIH 3.0 sepatutnya adalah berkenaan 8 tuntutan untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil. 

Jika akhbar-akhbar cina tersebut benar-benar bebas dan tidak berat sebelah maka mereka pasti telah berkali-kali mewar-warkan fakta di mana 7 dari 8 tuntutan BERSIH telah pun diluluskan.  Tinggal satu tuntutan sahaja yang tidak dapat dipenuhi iaitu tempoh berkempen selama 21 hari dalam Pilihanraya Umum.

Bagaimanapun SPR telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh kempen dari 7 ke 10 hari.  Ini kerana tempoh kempen yang panjang mampu membawa kepada scenario terburuk sepertimana ia menjadi punca tragedi 13 Mei 1969.  Begitupun, bukan kita tidak tahu bahawa pihak pembangkang telah lama dan sentiasa berkempen, dan untuk mereka menuntut tempoh kempen selama 21 hari kelihatan seperti satu lawak jenaka yang menyedihkan. 

Tentu sekali, dalam kes ‘membersihkan senarai undi’ terutamanya 42,051 nama yang dibangkitkan oleh BERSIH, SPR memerlukan kerjasama dari individu tersebut sendiri.  Ini adalah proses berterusan yang mana, seperti juga semua negara yang mengamalkan demokrasi tiada jaminan dapat diberikan bahawa senarai pengundi adalah benar-benar bersih ‘sehingga menciutkan’. 

Tetapi bagi BERSIH untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan hanya kerana 42,051 nama ini, adalah satu lakonan yang keterlaluan.  Jadi, BERSIH tidak berpuas hati dan masih ingin mengadakan bantahan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti rakyat yang mendambakan pilihanraya yang bersih bersinar-sinar. 

Mereka diberi Stadium Merdeka untuk ‘duduk dan bantah’ sepertimana yang dijanjikan. Malangnya, atas sebab yang tidak diketahui, penganjur BERSIH 3.0 telah menolak tawaran ini. Dan di sinilah puncanya kekecohan di mana akhbar-akhbar cina ini telah dengan sengaja, terlepas pandang.  

Akhbar-akhbar ini patut bertanya kenapa BERSIH tidak menerima tempat yang ditawarkan?  Dan kenapa ‘tempat’ menjadi isu penting jika benar mereka hanya ingin menunjukkan kekuatan jumlah penyokong?  Akhbar mereka juga langsung tidak bertanya kenapa para peserta perlu berarak di jalanan dan mencabar pihak berkuasa?

Bukankah lebih mudah untuk mengira jumlah penyokong jika mereka duduk dengan tertib di dalam stadium?  Bukankah ia akan lebih aman dan teratur?  Jika ini dilakukan, tentunya pihak media tidak akan melaporkan perbezaan yang jauh dari segi angka sokongan sepertimana yang berlaku hari ini  

Dan akhbar-akbhar ini juga tidak bertanya kenapa harus para peserta mencuba menceroboh Dataran Merdeka sedangkan mereka tahu ia telah diharamkan?  Dan kenapa mereka terus merempuh sedangkan mereka dapat mendengar dengan jelas arahan polis agar bersurai?

Kenapa mereka perlu melanggar undang-undang? Tidakkah akhbar-akhbar ini tahu bahawa dalam situasi huru-hara, polis ada hak untuk menundukkan perusuh yang tidak terkawal jika mereka enggan mematuhi arahan untuk bersurai. 

Dalam BERSIH 3.0 arahan dan amaran diberi bukan sekali, tetapi tiga kali bagi mengawal keadaan. Dan telah menjadi pengetahuan umum bahawa polis punya hak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar arahan.  Tidak mungkin pihak akhbar cina ini begitu naïf sehingga tidak tahu bahawa pihak media dan pemerhati juga tertakluk kepada arahan polis dalam situasi sedemikian?
 
Kesimpulannya, akhbar-akhbar ini tidak pun berminat dengan punca kekecohan tetapi hanya berminat untuk menghentam polis dan segala-galanya yang berkaitan dengan kerajaan.  Seolah-olah, bagi Sin Chew,  Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily, profesionalisme dan etika atau mungkin juga undang-undang boleh dipersetankan, asalkan mereka dapat menembak sasaran yang amat dibenci mereka, iaitu, kerajaan.

4 comments:

  1. Pada 14hb April 2012 komen saya telah di terima:
    NAJIB IStihar POLITICAL FREEDOM GUARANTEED.


    A.GUARANTEE POLITICAL FREEDOM bermaana Najib inclusive semua makhluk di Malaysia.
    B.GUARANTEE POLITICAL FREEDOM bermaana tiada undang undang yang dapat menghalang pergerakan yang merosakkan struktur negara sedia ada.(deconstructing Malaysia)
    C.GUARANTEE POLITICAL FREEDOM bermaana Najib sokong semua jenis civil disobedience.
    D.GUARANTEE POLITICAL FREEDOM beri bebanan yang tak mampu di pikul olih PDRM.

    Golongan yang di wakili 2 orang YB YB itu amat bebas untuk menjadi role model kapada AHLI PR.(majlis Pertabalan SPB YDPA)

    Tiada sesiapa2 pun tak mampu pertikaikan mulut dan perangai mereka, saperti yang di pamerkan di sessi Parlimen baru baru ini.

    Satu hari mimpi ngeri akan jadi reality memalui proses deconstruction bermulai dengan kekalalahan BN di PRU13.
    Sudah terlaluan dalam tidakkesopanan dan juga semua perkara yang melibatkan civil disobedience saperti Anti Lynas merata semananjung ,325, April 16 ,Bersih 2 dan Bersih 3, tanglung kong ming mercun besar2an,gerakan GLBT,gerakan murtad seluruhannya Solidarity M,Mansuh PTPTN,cabaran dari gereja, cabaran dari Bar Council,cabaran dari 6.4 juta orang cina sebab Najib sudah GUARANTEE POLITICAL FREEDOM yang di naungkan liberal kelainan transfomasi inklusive blue ocean strategi walk with me walkabout BAPAK VERNAKULAR Gen Y futsal gajets Mr KOOL worldview high income glokal global MUFC MAS AA rock and roll playsafe mansuh AUKU mansuh ISA RRA,suami FLOM 1M.

    Pada saya ,Najib sudah mencetus sesuana anarki dan setiap perubahan dasar yang di lancar olih Dasar memarakkan proses deconstruction dan anarki.

    Mungkin Najib akan menang di Pekan hanya untuk di lantik Ketua Pembangkang Parlimen selepas PRU 13 ? "

    Mereka yang mengambil bahagian BERSIH 3.0 hanya menghidup jaminan Najib , Guarantee Political FreeDom".

    Maka saya tanya Najib -- Anda yang buka pintu bagi jalan kapada BERSIH 3. dan lain lain, ada kah lojik mereka itu mampu MENGGULINGKAN KERAJAAN yan terdiri olih semua institusi sedia ada ?

    Maka saya tanya Najib--berbaloi kah GUARANTEE POLITICAL FREEDOM jika hanya nak tagih pujian dari barat ?

    Apa sangat ada pada 25,000 (kalau sahih angka itu) peserta ?

    dapat lesen besar 1M.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  2. Cina2 (yg berketurunan babi: bkn semua) hanya akan sedar bila depa kedai2 milik kena bakar & di rampas..

    kerajaan korup berpunca dari dorongan perasuah2 Cina yg cekap mengumpan..

    Manakala Melayu dulu tak paham kenapa jadi miskin..akan memahami merusuh tak boleh menyebabkan kaya-raya..

    Akhirnya berlaku kekacauan..mungkin perang anti-cina di seluruh dunia...

    melengkapkan kitaran malang Xenophobia Xinjiang-Tibet-SEA-Taiwan-Japan

    ReplyDelete
  3. Aku cadangkan SEMUA AKBAR CINA BABI tu, hitamkan berita mereka untuk satu tahun ( atau lebih..) tak payah siar apa-apa, mogok dan mogok lah sepuas puas hati kamu wahai bangsa yang tidak pernah berterima kasih. Aku faham bangsa kau berpaksikan kepada "realiti" - itu dari segi duit dan instant redemption- dan aku juga faham kebanyakan dari kaum yng makan babi ni tak pernah fikir ada kehidupan abadi selepas kematian..

    Tapi wahai bangsa pelopor rasuah, judi dan pelacuran, realitinya, ini bumi Tanah Melayu, engkau datang dan menetap atas ikhsan....

    Tapi yelah, cakap apa pun kau semua tak akan fikir sebab selepas Yahudi, bangsa kau lah sebangast-bangsat bangsa

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya Akhbar Cina tak buta tapi dia dengki dengan Polis yang rata-rata bangsa Melayu. Akhbar Cina dah lama anti-Melayu. Kita je terhegeh-hegeh bela dia.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..