Wednesday, April 18, 2012
11:17 AM
|
Begini sekali Najib dihina! |
EDIT atau tidak gambar
ini,`super impose' atau sebagainya adalah merupakan satu tindakan yang paling
kurang ajar dan biadap andainya ia dilakukan oleh generasi muda hari ini dan
ternyata tangan sesiapa yang menjadikan gambar PM Najib dalam keadaan ini sudah
hilang jati diri Islamnya.
Kalau yang mengerjakan gambar sebegini adalah dari kalangan orang-orang Islam,maka sudah wajarlah kita mempersoalkan akidah mereka dan sepatutnya mereka ini bertaubat dan memohon maaf kerana penghinaan sebegini sudah melampaui tahap sebagai orang Melayu Islam.
Gambar sebegini muncul
tatkala demo PTPTN dan anak-anak Melayu yang diperalatkan menjadi begitu bangga
untuk menghina pemimpin Melayu malah bukan sahaja gambar Najib diposekan dalam
keadaan begini,gambar Khaled Nordin juga dikalungkan seperti orang India mati.
Andainya mereka mahu menang sekalipun dalam PRU13 atau mahu tuntutan mereka dipenuhi,takkanlah sampai begini tindakan mereka atau kumpulan mahasiswa yang berarak sebelum ini telah dijamu dengan minuman keras ataupun disuntik dadah hingga mereka berani dan sanggup bertindakan sedemikan rupa,?
Nampak jelas niat mereka
bahawa isu PTPTN bukan perkara utama untuk mereka demokan.Mereka ada niat lain
yang tersembunyi,pelajar-pelajar yang separuh matang ini dipergunakan
semaksimum mungkin oleh pemimpin yang mempunyai kepentingan diri untuk
mengkacaubilaukan Negara dengan menjadikan isu PTPTN sebagai alternative sedangkan
hakikatnya mereka cuba menggerakkan gelombang demonstrasi menjelang PRU13
nanti.
Golongan mahasiswa menjadi
seperti golongan yang dirasuk syaitan.Mereka jadi Pak Turut dengan upahan
gula-gula yang tidak seberapa.Mereka menunut dihapuskan PTPTN tetapi dalam masa
yang sama,mereka inilah yang menghabiskan pinjaman itu untuk perkara-perkara
yang tidak berfaedah.
Mereka didoktrinasikan
dengan cerita-cerita palsu dan gambaran yang buruk-buruk tentang kerajaan dan PTPTN oleh Anwar Ibrahim
dan kuncu-kuncunya malah gerombolan mahasiswa (ada juga yang menggelarkan
mereka sebagai mahasisewel) dilihat sebagai makhluk haus yang baru turun di
bumi ini tanpa mengetahui apa-apa dan menurut sahaja arahan serta perintah
daripada manusia bangsat yang berkepentingan.
Atas nama PTPTN,mereka
berdemo tetapi sepanduk yang dijulang mereka bukan PTPTN semata-mata.kata-kata
yang mereka laungkan bukanlah penghapusan PTPTN tetapi lebih kepada menghina
kerajaan serta pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Segala ungkapan dan sepanduk
yang mereka tayangkan langsung tidak relevan dengan isu yang kononnya mereka
perjuangkan.Mereka berkhemah di Dataran Merdeka,sesuatu yang tidak masuk akal
kalau ianya untuk menuntut pemansuhan PTPTN yang mana mereka sepatutnya berarak
ke Parlimen bagiu mendesak PTPTN itu dihapuskan.
Sudah ada yang membayangkan
bahawa mahasiswa ini adalah sekelompok anjing belaan yang kerja mereka hanya
untuk menyalak dan akan dilepaskan daripada kandang dan mereka ini bukan lagi
bertaraf mahasiswa tetapi telah menghina nilai intelektual yang sepatutnya ada
dalam diri mereka.
Kumpulan mahasiswa ini juga
menjadikan mereka sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur dan dalam masa
yang sama mempunyai akal pendek bagi mencatur kehidupan masa depan mereka dan
mahasiswa seperti Adam Adil yang dibuang dari UPSI itu adalah gambaran kepada
betapa bodohnya kolej ataupun university yang mempunyai pelajar-pelajar seperti
ini malah anak-anak Tadika lebih cerdik dan bijak pandai daripada mereka ini.
Menyedari kebodohan yang ada
dalam diri sebahagian mahasiswa ini,Anwar dan para baruanya mengekspolitasikan
kebodohan mereka itu untuk dijadikan mereka ini sebagai pejuang bagi mencapai
hasrat Anwar ke Putrajaya.
Bertebaranlah anak-anak Melayu yang sepatutnya bertungkus lumus di
menara gading menjllat serta mencium bontot Anwar dengan harapan mereka akan
dinobatkan sebagai pejuang sedangkan
hakikatnya mereka sedang bersama-sama dengan kumpulan pengkhianat untuk
menhancurkan Negara ini dan membunuh kepimpinan Melayu.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Inilah padahnya jika menurut kehendak minoriti yang melampau2.Salah pemerinah yang bagaikan hilang pegangan .. Berpijaklah dibumi nyata..dan berpandulah dengan kitabullah nescaya kepincangan yang kononnya arus kemajuan dan bertamaddun itu hanyalah gambaran yang membawa kehancuran.Selarikan dengan AQ insyaAllah yang bathil tu akan hapus.Cukup2lah berlembut...memenuhi khendak segelintir perosak belum tentu membawa kejayaan.
ReplyDeletependapat anda saya sokong, pemimpin sekarang dah hilang arah tuju yg sepatutnya....tidak ada bezanya antara Pas dengan BN.....kedua-duanya umpama padi yg telah dilanda banjir....
DeleteSAYA SANGAT SETUJU DENGAN KOMEN DI ATAS,KERAJAAN TERLAMPAU TURUT SANGAT KEHENDAK PENGKIANAT DAN PENGHANCUR
ReplyDeleteNEGARA,CUKUP CUKUP LAH,JANGAN BAGI MUKA LAGI KEPADA MEREKA,TINDAKAN TEGAS PERLU DI AMBIL DGN SEGERA!!!!
pemimpin umno memang patut diajar macam jadi rakyat biasa.mereka ini bukannya pernah hidup susah.
ReplyDelete