Wednesday, April 11, 2012

Patutlah dipanggil mulut longkang!
DAKWAAN ataupun tuduhan yang dilemparkan oleh bekas Ketua Penerangan KeADILan PKR Cabang Ampang terhadap Zuraidah Kamarudin,MP Parlimen Ampang bahawa beliau banyak menyimpan rahsia tentang Zuraida hingga membolahkan MP itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen bukan tuduhan ataupun dakwaan yang boleh dibiarkan begitu sahaja.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) maupun polis perlu menyiasat dakwaan tersebut dan sekiranya benar Zuraidah menang ataupun menjadi calon parlimen tersebugt melalui unsur-unsur penipuan,beiau perlu di bawa ke muka pengadilan dan dihukum selayaknya sekiranya beliau menipu sehingga berjaya menang sebagai Ahli Parlimen.

Biasanya Ahli Parlimen hilang kelayakan untuk menjadi MP adalah beliau perna h dihukum penjara dan tidak boleh menyertai parti politik selama lima tahun,didedan oleh mahkamah melebihi Rm2,000 ataupun telah diistiharkan mufils dan mungkin ada lagi sebab-sebab lain atau Zuraidah sebelum bertanding merupakan bukan warganegara Malaysia.

Tuduhan Mohd Isa Saidi, bekas Ketua Penerangan tersebut bukan tuduhan yang trngan kerana melibatkan institusi berparlimen dalam Negara ini dan SPR jangan sesekali memandang ringan dan perlu menyiasat hingga ke akar umbi tuduhan tersebut.

Malah kita juga turut mencabar Isa  untuk mendedahkan secara terbuka dan membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi disiasat segala latar belakang MP ini dan sekiranya Isa didapati  membuat tuduhan palsu yang boleh menggugat kredibilti Zuraida sebagai MP,beliau perlu membuat laporan polis kerana Isa  telah memfitnah beliau.

Isa Saidi  dipecat oleh Zuraidah setelah Ketua Penerangan PKR itu mencabar Azmin Ali untuk memperjelaskan tentang segala tuduhan yang  diilemparkan kepada beliau termasuklah memperdagangkan isterinya Shamsidar kepada Anwar Ibrahim,selain daripada tuduhan yang ilemparkan oleh beberapa penulis blog dan juga kandungan buku politik yang menyentuh maruah beliau sebagai pemimpin parti dan suami serta bapa kepada anak-anaknya.

Dalam masa yang sama Isa  juga mencabar Zuraidah untuk memecat beliau sebagai ahli parti itu dan bersedia untuk membukansegala pekong Ahli Parlimen beliau itu dan setelah Isa Saidi memberikan kata dua,Zuraida berdiam diri dan ini memungkin beliau ada bukti hingga beliau berani mendedahkan yang membolehkan Zuraida hilang kelayakan menjadi Wakil Rakyat.

Ugutan Isa Saidi menjadikan Zuraida takut untuk bertindak dengan lebih berani dan ketakutan ini menjadikan seolah-olah dakwaan ataupun bukti yang Isa ada itu mempunyai kesahihan serta kebenarannya kerana sebelum ini pun sudah ada bisik-bisik yang mempertikaikan ketulenan pemenang kerusi Parlimen Ampang ini pada tahun 1998.

Soal Zuraida yang dikatakn begitu kuat menyokong gerakan LGBT tidak menghairankan kerana beliau sebelum ini  pernah dikatakan  antara pengamal tegar gejala tersebut dan rakyat sudah tidak hairan dengan cakap-cakap Zuraida hingga beliau digelar sebagai Mak Lampir ataupun pemimpin wanita bermulut longkang.

Ada juga tuduhan yang mendakwa bahawa Zuraida memaluskan dokumen warganegaranya kerana sebelum bertanding di Parlimen Ampang,beliau masih lagi WargaNegara Singapura.Cakap-cakap sebegini sudah lama kedengaran dan dalam politik, Zuraida juga dikatakan bercita-cita tinggi selain mahu mempertahankan Parlimen Ampang pada PRU13 nanti,beliau juga khabarnya sedang mengintai kerusi DUN dalam Parlimen Serdang.

Apa sekali cita-cita politik Zuraida termasuklah mahu menjadi antara pengasas gerakan LGBT di Negara ini,tuduhan Isa Saidi perlu disiasat hingga ke akar umbi dan Isa Saidi perlu menyerahkan segala bukti yang beliau ada kepada SPR ataupun pihak berkuasa yang lain supaya politik Negara ini tidak lagi melahirkan pemimpin wanita kedua yang dilihat cukup kurang ajar mengemudikan karier politiknya untuk dilihat hebat dinegara ini.

5 comments:

  1. He he he..
    hebat Broo...
    itylaser efortare

    ReplyDelete
  2. Kalaulah benda ini betul, kenapa kdn terlepas pandang perkara ini? Menteri kdn tido ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, betul ke tak tahu? Tidor dari dolu2 lagi. Dah naik meluat org dgn sorang tu, yg kat kdn tuuu.

      Delete
    2. Bukan tido lagi tapi dia terus lelap bila terjaga muka cam nak nagis pastu lelap lagi.

      Delete
  3. SPR perlu menyiasat taraf kerakyataan mak lampir dengan KDN dengan kadar segera.

    Menteri yang satu tu pun jangan dudok diam2. cari kebenaran sekarang.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..